You are on page 1of 11

1

1.0 Ulasan Kritis


Bab 5 : Tokoh-tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Buku
TITAS (2003, Penerbit Universiti
Malaya)

TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn.
Bhd.)
Kekuatan
- Maklumat tentang tokoh-tokoh
yang banyak dan teliti
- Bahasa lain digunakan
- Mempunyai gambar-gambar
tokoh
- Jadual digunakan
- Memberi contoh tokoh-tokoh
yang lebih banyak
- Susunan kandungan lebih
mudah dibaca
- Bahasa lain digunakan

Kelemahan
- Susunan kandungan tidak
terancang dan susah dibaca
- Tidak menggunakan jadual
- Tidak mempunyai gambar-
gambar tokoh
- Memberi contoh tokoh-tokoh
yang sikit

- Maklumat yang diberi tentang
tokoh-tokoh kurang








2

1.1 Maklumat Dalam Buku
Dalam buku TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya), ia mempunyai maklumat
tentang tokoh-tokoh yang lebih banyak dan teliti jika berbanding dengan buku TITAS
(2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.). Sebagai contoh, dalam buku TITAS (2003, Penerbit
Universiti Malaya) ada menyatakan tentang karya Ibn Khaldun iaitu Muqadimab. Buku
ini telah menerangkan Muqadimab dengan teliti seperti menyatakan Muqadimab
dibahagi kepada enam bab dan menerangkan isi setiap bab. Contohnya, bab pertama
adalah mengenai risalah umum tentang masyarakat manusia.
Manakala, dalam buku TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.), ia kurang
menerangkan tentang Muqadimab. Buku ini hanya memperkenalkan Muqadimab secara
ringkas. Contohnya, Muqadimab dianggap rujukan utama ilmu sains social yang
menyentuh demografi, etnografi, falsafah, sejarah, kebudayaan dan ekonomi. Dengan
ini, kami dapati maklumat yang diberi oleh buku TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya)
lebih teliti dan banyak.
Sebagai contoh lain, buku TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya) telah
menyatakan sumbangan Al-Buruni dari pelbagai perspektik. Buku ini telah menyatakan
sumbangan Al-Buruni sebagai ahli sains dan sebagai ahli astronomi. Buku ini telah
menunjukkan Al-Buruni lebih minat dalam astronomi:





Selain itu, buku ini bukan sahaja menerangkan tentang sumbangan Al-Buruni
sebagai ahli astronomi, ia juga menyatakan sumbangan Al-Buruni sebagai ahli sains.
Contohnya, Al-Buruni, sebagai seorang sarjana dalam bidang sains telah menghasilkan
beberapa aspek mengenainya antaranya trigonometri sfera, aritmetik orang India,
cahaya dan bunyi, gravity, ketumpatan, mekanik, berat dan ukuran, geografi, geodesi
dan stratografi dan sebagainya.

Oleh kerana bidang saya ialah bidang astronomi, dan sejak awal
wujud di dunia ini lagi saya terkenal kerana ilmu itu dan saya tidak
berniat untuk keluar dari displin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat
kepadaperdendaharaan baginda (Masud) yang dikenali sebagai
nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sinaat al-Tanjim
(seni astronomi).
3

Manakala, buku TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.) hanya menekankan
sumbangan Al-Buruni dalam bidang astronomi, ia kurang menyatakan sumbangannya
dalam bidang sains. Dalam buku ini, ia ada menyatakan hasil karya Al-Buruni yang amat
berguna kepada ketamadunan dunia ialah kitab al-Athar al-Baqiah an al-Quran al-
Khaliah. Kedua-dua kitab ini menbincangkan maklumat yang mengaitkan dengan ilmu
matematik astronomi dan sejarah.
Oleh itu, dari segi maklumat dalam buku, buku TITAS (2003, Penerbit Universiti
Malaya) mempunyai maklumat yang lebih banyak dan teliti. Maklumat yang banyak dan
teliti membolehkan pembaca dapat lebih ilmu pengetahuan. Pembaca juga boleh faham
lebih dalam tentang apa yang disampai oleh buku.
















4

1.2 Persembahan Maklumat
1.2.1 Persembahan Gambar Dan Jadual
Dalam buku TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.), ia mempunyai gambar-
gambar tokoh atau gambar-gambar tentang kajian tokoh-tokoh. Kebanyakan orang tidak
suka membaca buku yang hanya ada perkataan sahaja. Sebagai seorang bakal guru,
saya tahu bantuan gambar-gambar dapat meningkatkan ingatan murid kerana masa
penumpuan mereka singkat. Jika gambar-gambar digunakan, masa penumpuan murid
akan meningkat. Jadual juga digunakan dalam buku ini untuk mempersembahkan karya-
karya tokoh-tokoh. Dengan ini, maklumat tentang karya-karya tokoh lihat lebih tersusun
dan lebih mudah dibaca.
Dari segi persembahan maklumat, buku TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya)
lebih lemah berbanding dengan buku TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.) kerana ia
hanya mempunyai perkataan dan tidak mempunyai gambar-gambar atau jadual.
Maklumat dalam buku TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya) lebih banyak, tetapi
murid sukar mengingat isinya selepas membaca. Perkara ini berlaku kerana gambar-
gambar akan menarik perhatian murid dan mereka akan lebih ingin membacakannya
jika berbanding dengan buku yang hanya ada perkataan.
Dalam persembahan gambar dan jadual, buku TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn.
Bhd.) lebih baik daripada buku TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya). Buku TITAS
(2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.) mempunyai banyak gambar serta jadual, manakala buku
TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya) tidak mempunyai sebarang gambar atau
jadual. Murid akan dapat membaca dengan lebih selesa jika buku mempunyai gambar
atau jadual. Jika murid membaca buku yang hanya ada perkataan dan tidak mempunyai
gambar, mereka akan rasa mengantuk semasa membaca.






5

1.2.2 Contoh Tokoh-Tokoh yang Diberi
Tajuk yang saya pilih untuk membuat ulasan kritis ialah Tokoh-tokoh Tamadun
Islam dan Tamadun Asia. Dalam buku TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.), bab
tersebut telah diberi banyak contoh tokoh-tokoh Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Terdapat sebelas contoh tokoh-tokoh Tamadun Islam serta tujuh contoh tokoh-tokoh
Tamadun Asia telah diberi dalam buku ini. Contoh tokoh-tokoh yang diberi seperti Ibnu
Khaldun, Al-Faradi, Ibnu Sina, Hamka, Confucius, Mahatma Ghandi, Maharaja Meiji dan
lain-lain lagi. Dalam buku ini telah membuat pengenalan, menyatakan latar belakang
serta sumbangan bagi setiap tokoh secara ringkas. Dengan ini, murid dapat tahu lebih
banyak contoh tokoh dan memperluaskan pengetahuan mereka.
Contoh tokoh-tokoh yang diberi dalam buku TITAS (2003, Penerbit Universiti
Malaya) adalah kurang daripada buku di atas. Hanya lima orang tokoh Tamadun Islam
yang diberi dalam buku ini, iaitu Ibn Sina, Ibn Khaldun, Imam Al-Ghazali, Al-Burani dan
Al Khawarizmi. Selain itu, buku ini tidak memberi contoh tokoh Tamadun Asia seperti
Confucius, Mahatma Ghandi, Maharaja Meiji dan lain-lain. Murid tidak dapat tahu lebih
banyak tentang tokoh-tokoh lain seperti tokoh Tamadun Asia.
Contoh tokoh-tokoh yang diberi dalam kedua-dua buku adalah berbeza dan buku
TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.) mempunyai lebih banyak contoh tokoh diberi.
Dengan contoh yang lebih banyak, murid dapat memperluas ilmu pengetahuan mereka
dan mereka dapat memberi contoh yang lebih jika disuruh oleh cikgu. Selain itu, saya
dapati buku lama, TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya) hanya menekankan kepada
tokoh-tokoh tamadun Islam mungkin maklumat pada masa itu tidak melengkapi.







6

1.2.3 Penggunaan Bahasa
Bahasa Arab banyak digunakan dalam TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya)
dan kebanyakannya adalah digunakan untuk nama karya tokoh-tokoh. Contohnya ialah
al-Qanun fi al-Tibb yang bermaksud Peraturan Perubatan dan Tahafut al-Falasifah yang
bermaksud Ketidakseimbangan Dalam Pemikiran Falasauf. Bahasa Inggeris juga
digunakan dalam buku ini seperti psychosomatic medicine, pulse diagnosis, pulmonary
tuberculosis, contagious dan lain-lain lagi.
Buku TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.) juga banyak menggunakan bahasa
lain. Bahasa Arab juga banyak digunakan untuk karya tokoh-tokoh seperti al-Musiqa,
Madinah al-Fadilah, al-Qanun fi al-Tibb, al-Tarikh dan lain-lain lagi. Bahasa Inggeris juga
digunakan dalam buku ini. Contohnya allergy, smallpox, observation,ultrasound dan lain-
lain. Di bahagian tokoh Tamadun Asia, bahasa Hindu ada digunakan dalam buku ini.
Contoh yang diberi adalah Sathyagraha, Swadesyi, Samma Ditthi, Samma Vaca dan
lain-lain.
Bahasa lain digunakan adalah untuk murid lebih faham apa yang disampaikan
dalam buku. Jika hanya bahasa Malaysia digunakan, ilmu pengetahuan murid tidak
akan dapat diperluaskan dan mereka tidak akan tahu tentang perkataan asal serta
maksud asal perkataan tersebut.










7

1.3 Organisasi
1.3.1 Susunan Maklumat
Dalam buku TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya), semua maklumat yang
diberinya dalam bentuk karangan. Maklumat yang ada padanya semua disusun dalam
perenggan dan pembaca perlu baca dengan teliti jika mereka ingin mencari maklumat
yang diperlukan. Selain itu, pembaca juga akan berasa ingin mengantuk jika membaca
maklumat yang disusun dalam perenggan panjang. Susunan perkataannya padat dan
menyebabkan pembaca susah untuk membaca maklumat yang ada padanya.
Manakala dalam buku TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.), maklumat juga
dalam bentuk karangan. Walaupun maklumat buku ini juga dalam bentuk perenggan, ia
tersusun dalam beberapa bahagian iaitu pengenalan, latar belakang dan sumbangan
tokoh. Dengan ini, pembaca dapat membaca buku dengan lebih mudah serta mencari
maklumat yang ingini dengan cepat kerana maklumat disusun dalam kategori tertentu.
Maklumat pada kedua-dua buku di atas disusun dengan cara yang berbeza.
Organisasi maklumat buku TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.) lebih tersusun dan
teratur. Karangannya disusun dalam perenggan pendek dan ia memudahkan pembaca
untuk membaca. Kemudian, sebahagain maklumat dalam buku ini juga disusun dalam
bentuk nota pendek. Pembaca dapat lihat maklumat dengan lebih jelas dan baca buku
dengan lebih mudah.
Susunan maklumat amat penting bagi sesuatu buku kerana susunan yang baik
akan menarik pembaca terus membaca. Jika susunannya tidak baik seperti dalam buku
TITAS (2003, Penerbit Universiti Malaya) secara perenggan yang panjang, pembaca
tidak akan membacakannya kerana mereka akan rasa bosan apabila membaca.






8

2.0 Penulisan Akedemik
Isu : Interaksi Positif Tamadun China dengan Tamadun Malaysia
Catatan Geografi telah menjelaskan tentang pelayaran utusan Maharaja Wu Di
(140-87 SM) ke India yang melalui Semenanjung Tanah Melayu dan sambil itu
melakukan perniagaan system barter dengan negeri-negeri di Asia Tenggara dan Asia
Selatan. Zaman kegemilangan hubungan tamadun Melayu dan China berlaku ketika
zaman Dinasti Ming, iaitu pada abad ke-15. Hubungan kedua-dua tamadun pada zaman
itu mencapai puncak hubungan diplomatik yang halus dan teratur, baik hubungan politik
antara dua kuasa besar mahupun hubungan perdagangan dan kebudayaan.
Kini, hubungan yang erat dapat dilihat antara Malaysia dan China di mana pada
tahun 1974 mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Razak telah berkunjung ke Beijing
bagi memastikan keamanan dosmetik dan masalah diplomatik dapat diselesaikan
melalui hubungan yang normal. Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang
mengiktiraf negara China dengan mengadakan hubungan dua hala.
Pada tahun 2014, hubungan diplomatik Malaysia dan China sudah terjalin
selama 40 tahun. Walaupun tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370
yang hilang di selatan Lautan Hindi berlaku, hubungan diplomatik antara kedua-dua
negara tidak terpengaruh.
Selama 40 tahun, hubungan politik antara dua negara telah merangsangkan
ekonomi Malaysia. Pada tahun 2013, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamamed kata Malaysia berada di landasan untuk mencapai
sasaran US$160 bilion daripada perdagangan dua hala dengan China dalam tempoh
lima tahun akan datang. Pada tahun 2012, perdagangan dua hala antara Malaysia dan
China, berjumlah lebih US$94 bilion. Ini telah menjadikan China, rakan dagangan
terbesar Malaysia. Ia juga menjadikan Malaysia, rakan dagangan terbesar China dalam
kalangan negara Asean. Dengan ini, pendapatan Malaysia menambah dan peluang
pekerjaan juga meningkat kerana perdagangan antara dua negara ini semakin banyak.



9

Sejumlah 25.7 juta pelancong asing mengunjungi negara ini tahun 2013 dengan
merekodkan perbelanjaan sebanyak RM65.44 bilion berbanding RM60.56 bilion pada
2012. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata sektor pelancongan menjadi penyumbang keenam terbesar kepada pendapatan
negara kasar sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak RM51.5 bilion. Tourism Malaysia turut
merekodkan sepanjang tahun lepas, kedatangan jumlah pelancong Singapura paling
ramai iaitu 13.1 juta orang, diikuti Indonesia (2.5 juta); China (1.7 juta); Brunei (1.2 juta)
dan Thailand (1.1 juta). Menurut data tersebut, kita boleh nampak pelancong China
datang ke negara kita adalah ketiga ramai. Ini bermaksud diplomatik China dan
Malaysia yang baik maka rakyat China sudi datang Malaysia untuk melancong.
Selain itu, budaya di Malaysia juga banyak dipengaruhi oleh negara China sejak
zaman dahulu. Budaya Baba dan Nyonya berasal dari Melaka mula wujud pada 1613
apabila komuniti lelaki China yang berhijrah ke Tanah Melayu berkahwin dengan wanita
Melayu tempatan kerana ketiadaan pedangan Cina.
Maka, wujudlah satu budaya kacukan Cina-Melayu dipanggil Baba Nyonya di
mana mereka mempraktikkan kebanyakan budaya dan adat Melayu tetapi tidak
mengamalkan ajaran Islam. Pada masa kini, budaya Baba Nyonya masih wujud di
Melaka dan Pulau Pinang tetapi keturunannya dalam bilangan yang kecil. Budaya ini
telah menjadi satu tarikan untuk menarik orang lain datang ke Malaysia untuk
melancong kerana budaya ini sangat unik dan ia hanya wujud di Malaysia dan
Singapura sahaja.
Melaka mendapat perlindungan rasmi pada 1405 M selepas Maharaja Yung-lo
mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka. Perlindungan China membolehkan
Melaka berkembang pada tahap awal tanpa berhadapan dengan ancaman dari Siam
dan Majapahit. Perlindungan ini menyebabkan lebih ramai saudagar Cina mengunjungi
pelabuhan Melaka.
Walaupun sekarang Malaysia sudah tidak perlu perlindungan China daripada
acaman luar, Malaysia masih perlu sumbangan sains dan teknologi negara China.
Apabila tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 berlaku, negara China
telah menggunakan satelitnya untuk membantu mencari pesawat yang hilang. China
juga menghantar beberapa buah kapal tentera ke Lautan Hindi untuk memberi bantuan
kepada Malaysia.
10


3.0 Refleksi
Saya amat bersyukur dapat selesai kerja kursus ini dalam masa yang telah
ditetapkan oleh pensyarah.
Untuk melengkapkan kerja kursus ini, saya perlu memilih serta meminjam buku
TITAS dari perpustakaan. Semasa memilih buku, saya perlu memilih dengan teliti
kerana saya perlu pilih buku yang ada perbezaan yang ketara dengan buku
kandungannya dalam buku akan TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.). Dengan ini,
saya baru dapat membuat ulasan kritis buku dengan lebih mudah.
Pada mulanya, saya ingin membuat perbandingan antara tiga buku TITAS.
Tetapi saya dapati jika membuat banding beza antara tiga buah buku TITAS, ulasan
kritis akan menjadi sangat kompleks dan susah untuk orang lain untuk membaca. Selain
itu, saya juga hanya dapat meminjam satu buah buku TITAS sahaja di perpustakaan
kerana kebanyakannya sudah dipinjam oleh pelatih lain.
Semasa saya menjalani kerja kursus ini, saya perlu membaca buku TITAS yang
saya pinjam kerana saya perlu tahu semua kandungan dalamnya barulah saya dapat
membuat banding beza dengan buku TITAS (2013, Oxford Fajar Sdn. Bhd.). Kemudian,
saya juga perlu memilih topik dengan teliti kerana ia perlu ada perbezaan yang ketara
dan saya dapat membuat banding beza serta memberi ulasan kritis yang sesuai. Saya
juga perlu memilih isu zaman dahulu yang sesuai untuk mengaitkan dengan isu semasa.
Ini agak mencabar kerana saya bukan hanya perlu membaca buku TITAS, saya juga
perlu membaca dan tahu tentang isu yang berlaku kebelakangan ini.
Selain itu, saya dapati setiap pengarang mempunyai cara sendiri untuk menulis
buku. Cara persembahan maklumat dan organisasi maklumat juga berbeza mengikut
pengarang. Terdapat pengarang yang biasa menggunakan persembahan grafik atau
dan juga terdapat pengarang yang suka menggunakan perkataan sahaja.
Kesimpulannya, saya dapat banyak pengalaman dan pengetahuan semasa
membuat kajian ini. Semua pengalaman dan pengetahuan ini akan membantu menjadi
seorang guru yang baik di sekolah pada masa yang akan datang. Saya juga amat
bersyukur kepada sesiapa yang memberi bantuan kepada saya supaya saya dapat
menyelesai kajian ini dalam masa yang telah ditetapkan.
11


4.0 Rujukan
Mohd Razimi Husin. (2013). Siri Pendidikan Guru : Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Universiti Malaya. (2003). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Malaysia: Penerbit
Universiti Malaya.

You might also like