Salam sejahtera dan bersyukur kepada tuhan, dapat saya menyelesaikan
tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada,pensyarah mata pelajaran Kemahiran Berfikir, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya.Bel iau juga banyak membantu saya sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berlaku.Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan i ni.Sejajar dengan anjakan paradi gma dalam era globali sasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur di ri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalnya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerusnya
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan .............................................................................................................................................. 1 2.0 Sumber Manusia ..................................................................................................................................... 1 2.1 Guru ........................................................................................................................................................ 3 2.2 Wakil Rakyat ............................................................................................................................................ 4 2.3 Penguatkuasa .......................................................................................................................................... 6 2.4 Ahli perniagaan ....................................................................................................................................... 7 2.5 Pakar Motivasi ......................................................................................................................................... 8 3.0 Sumber Media Elektronik ....................................................................................................................... 9 3.1 Televisyen.............................................................................................................................................. 10 3.2 Video ..................................................................................................................................................... 11 3.3 Komputer .............................................................................................................................................. 11 3.4 Internet ................................................................................................................................................. 13 4.0 Sumber Media Bercetak........................................................................................................................ 14 4.1 Bahan Grafik .......................................................................................................................................... 16 5.0 Sumber Media Tiga Dimensi ................................................................................................................. 16 5.1 Bahan Realia .......................................................................................................................................... 17 5.2 Diorama ................................................................................................................................................. 18 5.3 Mobil ..................................................................................................................................................... 18 5.4 Boneka .................................................................................................................................................. 19 5.5 Topeng .................................................................................................................................................. 20 5.6 Akuarium ............................................................................................................................................... 20 5.7 Terrarium .............................................................................................................................................. 21 6.0 Sumber Persekitaran ............................................................................................................................. 22 6.1 Bunyi ..................................................................................................................................................... 23 6.2 Warna .................................................................................................................................................... 24 6.3 Cahaya ................................................................................................................................................... 26 6.4 Bau ........................................................................................................................................................ 27 6.5 Tenaga ................................................................................................................................................... 28 7.0 Sumber Maklumat Tambahan ............................................................................................................. 29 7.1 Widya Wisata ........................................................................................................................................ 29 7.2 Temu Ramah ......................................................................................................................................... 30
1.0 Pengenalan Ramai orang yang belajar tetapi tidak ramai orang yang dapat belajar dengan cara yang betul.Ramai pelajar yang gagal bukan disebabkan mereka malas belajar tetapi mereka gagal kerana mereka kurang kemahiran untuk mendapatkan maklumat dengan cara yang betul.Ada pelajar yang mendapatkan maklumat terus dari buku.Jika anda belajar hanya menggunakan satu strategi sahaja bermakna anda belum lagi boleh dikatakan menguasai bidang yang anda dipelajari.Terdapat banyak lagi kaedah dan strategi yang perlu dilalui untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan.Antaranya ialah elektronik,media bercetak,media tiga dimensi,sumber persekitaran seperti bunyi, bau, warna dan seumpaanya. 2.0 Sumber Manusia
Gambar rajah 1.1 Menunjukkan Maklumat boleh diperoleh dari sumber manusia.. Sumber manusia adalah sumber rujukan yang dibuat kepada orang-orang yang mempunyai kepakaran tertentu.Mereka benar-benar arif dan juga berpengetahuan dan berpengalaman dalam sesuatu bidang.Sebelum membuat rujukan daripada mereka yang pakar anda perlu membuat tinjauan terlebih dahulu bidang-bidang yang berkaitan dengan kepakaran mereka.Perkara ini penting kerana sumber yang bakal diperoleh nanti benar-benar tepat dan tidak terkeluar dari perkara yang hendak dikaji. Maklumat yang boleh diperoleh dari pakar kebiasannya berkaitan dengan kemahiran-kemahiran tertentu yang telah mereka kuasai dengan cekap.Contohnya seorang kaunselor mestilah telah mempunyai kelayakan yang tertentu untuk 2
membolehkannya menjadi kaunselor yang cekap.Mereka sudah tentu mempunyai kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka digelar sebagai kaunselor.Di antara kemahiran yang ada pada seorang kaunselor ialah kemahiran melayan,kemahiran mendengar,kemahiran perundingan,kemahiran menganalisis masalah dan beberapa kemahiran yang berkaitan dengan aspek kaunseling. Begitu juga dengan kemahiran yang ada pada seorang doctor pakar sama ada kemahiran dari segi perubatan ataupun kemahiran dari segi perundingan dan seumpamanya.Selain dari kepakaran yang ada pada mereka,mereka juga boleh dirujuk perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab kepakaran mereka seperti,kemahiran belajar,kemahiran berkomunikasi,kemahiran perundingan,kemahiran pengurusan masa dan kemahiran lain yang lebih umum sifatnya yang selalunya ada pada orang-orang yang Berjaya di dalam kerjaya dan juga kehidupan. Pakar-pakar juga boleh membuat keputusan dengan cepat.Pengalaman yang diperoleh oleh seseorang pakar membolehkan mereka mendapatkan maklumat lebih pantas dari orang lain yang tidak mempunyai kepakaran.Mereka juga lebih cekap menyelesaikan masalah berbanding orang biasa sekiranya masalah itu berkaitan dengan kepakaran yang ada padanya.kepakaran yang ada pada mereka menjadikan mereka ini mempunyai kelebihan dari orang-orang biasa yang lain.Kemahiran- kemahiran dan kepakaran yang mereka peroleh ini boleh dijadikan sebagai satu sumber maklumat yang sangat penting dan berkesan.
3
2.1 Guru
Gambar rajah 1.2 Menunjukan Guru mempunyai sifat mendidik dan membimbing. Guru juga mempunyai pengetahuan luas berkaitan dengan pendidikan
Guru atau pensyarah sememangnya golongan yang terpilih untuk mendidik.Guru atau pensyarah perlu mempunyai sifat mendidikdan membimbing yang penuh dengan kemesraan dan kasih sayang.Oleh yang demikian,anda yang di bawah didikannya perlu menjadikan guru sebagai sumber rujukan anda sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat mahupun maklumat mengenai pelajaran yang sedang anda pelajari.Tugas guru di sekolah bukan sahaja untuk mendidik,malahan mereka juga boleh memberikan motivasi kepada anak-anak didik mereka. Pengalaman yang guru peroleh juga wajar dikongsi bersama,agar ia boleh menjadi pendorong kepada anda di dalam kehidupan.Guru juga bertanggungjawab member contoh dan membantu dalam aspek perkembangan diri seorang pelajar seperti menerapkan nilai,sikap dan penyesuaian diri dengan persekitarannya.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru tidak terbatas hanya kepada penyampai maklumat semata-mata malah sebagai fasilitator.Guru adalah merupakan sumber bimbingan untuk mendapat pelbagai maklumat dan kemahiran.Guru perlu mencipta proses menyampai maklumat yang jelas agar mudah digunakan sebagai rujukan oleh pelajar.Sumber maklumat yang boleh diperoleh daripada guru memang banyak.Guru mempunyai pelbagai maklumat yang merangkumi pelbagai aspek.Aspek yang paling 4
banyak yang dipunyai oleh guru ialah aspek pendidikan,aspek kerjaya,aspek kehidupan dan aspek-aspek isu semasa yang berkaitan dengan pengalaman pendidikan guru itu.Ilmu pengetahuan guru sangat luas kerana kerjaya seorang guru sememangnya memerlukan mereka mendapatkan maklumat yang terkini.Sumber maklumat yang diperoleh dari seorang guru adalah antara maklumat yang terbaik yang boleh diperoleh oleh seorang pelajar.Perkara ini penting kerana guru adalah sumber yang boleh dibawa berbincang dan berbahas.Guru juga boleh memimpin dan memantau pelajar yang mendapatkan nasihat darinya.
2.2 Wakil Rakyat
Gambar rajah 1.3 Menunjukan Ahli politik mempunyai pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah
Wakil rakyat termasuk ahli politik merupakan golongan insane yang terpilih oleh masyarakat setempat untuk mewakili mereka dalam sesuatu kawasan tertentu.Golongan ini sememangnya mempunyai beberapa keistemewaan dalam bidang kerjaya mereka sebagai seorang ahli politik.Kebiasaannya seorang wakil rakyat atau ahli politik mempunyai keistemewaan seperti kepimpinan, komunikasi, cekap menyelesaikan masalah,ramah mesra, peka kepada persekitaran dan seumpamanya.Contohnya dalam soal berkomunikasi, mereka dapatnmenyampaikan maklumat itu dengan baik dan berkesan.Kebanyakan mereka Berjaya menarik minat 5
audien yang mendengarnya.Mereka juga pandai berpidato dan melalui pidato ini mereka mudah mempengaruhi pendengar dan dapat menarik minat pendengar.Dari segi kepimpinan pula mereka bijak memimpin dan mereka juga berwawasan.Pemimpin begini mudah mendapatkan ramai penyokong dan pengikut.Biasanya wakil rakyat atau ahli politik mempunyai ramai kawan dan mereka berpengaruh terhadap kawan-kawan mereka. Pengetahuan mereka juga sangat mendalam dan luas.Seorang wakil rakyat atau ahli politik mesti faham tentang sejarah dab faham tentang pentadbiran.Mereka mesti berpengetahuan dari segi selok belok berpolitik,berpersatuan dan tahu dari segi strategi menawan dan mengalahkan lawan.Mereka juga faham dan menguasai bidang psikologi dan sosiologi. Tugas wakil rakyat atau ahli politik sama ada pada peringkat negeri mahupun parlimen sebenarnya sangat luas.Mereka perlu menjaga kebajikan rakyat yang luas diwakilinya, Mereka juga perlu menjaga kawasan yang diwakilinya agar tidak bercanggah dengan manifesto yang telah menjadi panduannya.Maka dengan itu anda boleh menjadikannya sebagai rujukan kepada perkara yang berkaitan. Banyak maklumat yang anda boleh diperolehi dari mereka .Maklumat yang boleh didapati dari meeka kebiasaanya berkaitan tentang dasar- dasar Negara,pengurusan persatuan,Pembangunan, nilai- nilai dan lain-lain isu yang berkaitan.Perkara yang berkaitan dengan dasar Negara, pentadbiran dan persatuan politik adalah merupaan maklumat yang paling tepat yang boleh diperoleh dari seorang ahli politik.Mereka ini kerap kali bermaesyuarat dan berbincang berkaitan dengan pembangunan dan pentadbitan.Mereka semestinya mempunyai banyak maklumat yang boleh dikongsi berkaitan dengan perkara tadi.
6
2.3 Penguatkuasa
Gambar rajah 1.4 Menunjukan Penguatkuasa menguatkuasakan sesuatu undang-undang dan peraturan
Penguatkuasa adalah orang atau pihak yang menguatkuasakan sesuatu undang-undang dan juga dasar-dasar tertentu di dalam Negara.Mereka ini merupakan orang yang penting dalam bidang pentadbiran negar.Mereka ini jugalah yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang yang menjamin kesejahteraan rakyat.Tanpa mereka negara akan menjadi kucar kacir kerana tiadanya penguatkuasan sesuatu undang-undang itu.Contohnya jalanraya yang ada di negara ini jika tidak pihak yang memastikan peraturan jalanraya itu dipatuhi maka jalanraya itu akan disalahgunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab menggunakannya. Pelbagai maklumat boleh diperolehi dari mereka.Di antara maklumat yang boleh diperolehi dari mereka ialah barkaitan dengan undan- undang dan peraturan sesebuah negeri, badan atau persatuan.Apakah hukuman-hukuman atau dendaan berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan.Mereka juga boleh member maklumat berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu penguatkuasaan itu: jenis-jenis hukuman, bentuk operasi,pelaksanaan dan juga pencegahan.Mereka juga boleh memberikan statistik berkaitan dengan hukuman dan statistik berkaitan dengan tangkapan atau serbuan yang telah dibuat. 7
2.4 Ahli perniagaan
Gambar rajah 1.5 Menunjukan Ahli perniagaan yang Berjaya dapat menyumbang kepada kesejahteraan Negara melalui kutipan cukai
Ahli perniagaan adalah orang yang menjalankan kegiatan sara hidupnya dengan berniaga.Ada orang yang berniaga secara kecil-kecilan dan ada yang berniaga secara besar-besaran. Ahli perniagaan yang berjaya dapat menyumbang kepada kesejahteraan nengara melalui kutipan cukai yang dikutip oleh kerajaan.Mereka juga boleh memberi pekerjaan kepada orang lain.Biasanya seorang ahli perniagaan yang Berjaya bermula dari berniaga secara kecil- kecilan.Ada ahli perniagaan yang bermula dari menjual besi buruk.Dengan kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri mereka akhirnya mereka telah Berjaya membuka gedung yang besar dan dapat pula membuka cawangan di dalam dan di luar negara. Pelbagai jenis perniagaan boleh dilakukan seperti perniagaan jual beli, hartanah,pengiklanan, makanan,perundingan dan seumpamannya.Sudah tentulah mereka ini mempunyai bahan dan sumber untuk dikongsikan dengan anda yang berminat di dalam bidang berkaitan.Mungkin anda ingin mengetahui kegigihan dan kejayaan yang dilalui oleh mereka ini.Ada juga inginkan maklumat bagaimana strategi 8
yang digunakan dalam perniagaan mereka sehingga dapat menghasilkan pulangan yang lumayam. Mungkin anda juga inginkan maklumat tentang sesuatu produk yang telah dihasilkan oleh sesebuah syarikat yang membawa kepada kejayaannya pengurusan syarikat yang telah membawa kepada kejayaan dan keuntungan yang banyak.Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perniagaan,orang yang paling layak untuk diperoleh maklumat tersebut sudah tentulah ahli perniagaan yang Berjaya.
2.5 Pakar Motivasi
Gambar rajah 1.6 Menunjukan Cara mereka bercakap,berkomunikasi,dan berinteraksi,dapat memberikan motivasi kepada orang lain
Terdapat ramai pakar motivasi di negara kita.Ada yang berkaitan dengan pendidikan, ada yang berkaitan dengan rumahtangga dan ada juga yang berkaitan dengan kerjaya.Mereka ini Berjaya memotivasikan orang lain.Cara mereka bercakap,Berkomunikasi, dan berceramah dapat memberikan motivasi kepada orang lain,Mereka tahu berkenaan dengan psikologi manusia,mereka berpengetahuan luas berkaitan dengan sifat-sifat manusia.Mereka berpengetahuan dan berkebolehan untuk mendorong seseorang menjadi lebih dinamik.Mereka Berjaya memberi celikakal kepada orang lain untuk mengubah kehidupan yang tidak terurus kepada yang lebih 9
terurus.Mereka Berjaya memberikan motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan lebih gigih dan ahkhirnya lulus di dalam peperiksaan yang akan dihadapi. Apakah istimewanya manusia yang dikenal sebagai pakar motivasi ini.Sebenarnya mereka adalah orang biasa juga tetapi mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang dinyatakan tadi.Mereka juga mengamalkan apa yang mereka tahu dan mengamalkan perkara yang mereka mahir maka akhirnya kegigihan mereka itulah yang mereka kongsikan dengan orang lain.Dengan bakat yang ada pada mereka itu mereka Berjaya mempamerkan tingkah laku yang positif kepada orang lain.Dengan penampilan yang positif celik akal boleh berlaku kepada orang lain.Banyak maklumat yang boleh diperoleh dari mereka ini.
3.0 Sumber Media Elektronik
Gambar rajah 1.7 Menunjukan Pelbagai jenis media elktronik yang boleh didapati dalam proses belajar Selain daripada sumber yang terhurai sebelum ini, terdapat juga pelbagai jenis teknologi yang membantu seorang guru untuk mendapatkan sumber maklumat di dalam proses belajar. Antara jenis media yang selalu digunakan ialah media elektronik. Media elektronik sering digunakan dalam proses pembelajaran dan sangat berguna untuk membantu kita memahami konsep-konsep yang kompleks dan sukar difahami melalui lisan. Terdapat dua jenis media elektronik iaitu audio visual dan computer. Audio visual termasuklah radio, televisyen dn video. Komputer pula merangkumi 10
internet, e-mail, perpustakaan maya, multimedia, pendidikan jarak jauh dan seumpamanya
3.1 Televisyen
Gambar rajah 1.8 Menujukan Televisyen memberikan sumber maklumat yang penting
Televisyen merupakan sumber maklumat yang penting. Ia sentiasa digunakn dalam pelbagai aspek, seperti ekonomi, sosial, pendidikan, hiburan dan lain-lain. Melalui rancangan pendidikan di televisyen, pelbagai maklumat yang baru dapat diperolehi. Pelbagai topik boleh dipelajari melalui televisyen, antaranya ialah Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Bahasa Melayu, Perdagangan, Matematik, Agama, Sains dan yang lain. Dengan menggunakan kesan bunyi dan grafik yang mengujakan, rancangan televisyen akan menjadi sangat menarik. Rancangan televisyan yang berkaitan dengan pendidikan kebiasaanya mengikut sukatan pelajar yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 11
3.2 Video
Gambar rajah 1.8 Menunjukan Perakam video alat berkesan sebagai bahan pembelajaran
Perakam video merupakan teknologi yang popular, mudah diguna dan murah. Penggunaan video menjadi pesat dalam kalangan masyarakat dan juga sekolah. Setiap rumah atapun sekolah mestinya memiliki sekurang-kurangnya satu set televisyen dan perakam video. Video merupakan media yang amat berguna serta berkesan dalam pembelajaran. Perakam video mudah diguna kerana ia tidak memerlukan bilik khas yang gelap malah boleh diguna dalam keadaan kelas biasa. Alat-alat yang diperlukan untuk menggunakan perakam video ialah pita rakam dan monitor televisyen sudah sedia dibekalkan. Video sesuai dalam pembelajaran kerana ia dapat menayangkan gambar , merangsang pemikiran, menarik minat dan dapat membantu pelajar dalam proses belajar. 3.3 Komputer
Gambar rajah 10.0 Menunjukan Perkakasan Komputer terdiri dari peralatan seperti papan kekunci,tetikus,monitor,unit sistem dan peranti-peranti lain 12
Komputer ialah peranti elektronik yang boleh menerima kemasukan data dan memprosesnya mengikut satu set arahan, menyimpan arahan dan maklumat yang diproseskan dan mengeluarkan hasil pemprosesan sebagai output. Input ialah fakta, nombor, huruf dan imej yang dikenali sebagi data. Arahan yang menjalankan pemprosesan dinamakan program atau perisian. Output yang dihasilkan adalah untuk kegunaan dan untuk diinterpretasi oleh manusia dan output ini dikenali sebagai mallumat. Terdapat empat elemen dalam penggunaan komputer. I. Elemen Manusia Sebuah komputer tidak akan dapat berfungsi sekiranya tiada manusia yang mengendalikannya. Terdapat dua golongan manusia yang mengendalikan komputer, golongan yang pertama ialah mereka yang ada kelayakan untuk mengaturcara, mencipta program dan membaikpulih komputer. Golongan yang kedua ialah orang ramai yang menggunakan komputer untuk tujuan hiburan, pendidikan, perniagaan dn seumpamanya. II. Eleman Teknik Penggunaan Komputer Seseorang perlu mengikut langkah-langkah tertentu apabila menggunakan komputer. Selain itu, cara yang betul adalah perlu semasa guna komputer. Buku panduan komputer (manual) ada memberi panduan menggunakan perkakasan (hardware) dan perisian (software) komputer. Jadikan buku tersebut sebagai panduan sebelm menggunakan komputer. Jangka hayat komputer bergantung kepada cara seseorang itu menggunakan komputer.
III. Data dan Maklumat Data ialah maklumat yang belum diproses. Data boleh jadi dalam bentuk kertas, elektronik atau bentuk lain yang belum diproses oleh sesebuah komputer. Data merupakan fakta dan angka mentah yang akan diproses menjadi maklumat.
IV. Perkakasan dan Perisian Komputer Perkakasan komputer terdiri daripada peralatan seperti papan kekunci, tetikus, monitor, unit sistem dan peranti-peranti lain. Perkakasan dikawal oleh perisian. Komputer memproses data untuk dijadikan maklumat. Perisian adalah program. Program adalah arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer cara melaksanakan sesuatu tugas. Perisian dicipta oleh pengaturcara komputer. Tujuan perisian ialah untuk memproses data supaya menjadi maklumat. Terdapat beberapa 13
peringkat semasa komputer memproses maklumat. Peringkat tersebut adalah seperti yang berikut.
Pada mulanya, komputer menerima input dan memberi arahan. Perkakas yang terlibat ialah papan kekunci, tetikus, pengimbas dan lain-lain. Pemprosesan dijalankan oleh CPU (Central Processing Unit) dengan menggunakan perisian dan data. Perisian dan data ini tersimpan di dalam ingatan utama atau RAM. Seterusnya, segala data yang diproses akan terpapar melalui monitor dan boleh dicetak. Maklumat boleh disimpan secara kekal dalam cekera liut, cekera keras, CD-ROM dan pita magnetik. Akhirnya, maklumat boleh dihantar dan diterima oleh komputer melalui rangkaian internet.
Kini, kebanyakan sekolah telah mula menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara meluas. Sekolah Bestari adalah satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia dan telah mula dilaksanakan sejak 1999. Dianggarkan pada tahun 2010, semua sekolah akan dibestarikan dan ini bermakna semua sekolah akan mempunyai bilik darjah atau makmal komputer. 3.4 Internet
Gambar rajah 10.1 Menunjukan Internet memberikan sumber maklumat yang penting Internet ialah jaringan komputer antarabangsa yang terbesar yang menghubungkan dari rumah, sekolah, universiti, pejabat dan pelbagai organisasi. Jaringan ini membolehkan komunikasi dapat dijalankan antara individu atau sekumpulan individu dengan individu atau sekumpulan individu yang lain. Penggunaan internet pada masa depan merupakan titian dari cara mendapatkan 14
maklumat secara lebih baik dan berkesan. Penggunaan internet dan multimedia adalah penting kerana pada masa depan, penyerapan komputer dan telekomunikasi akan mendorong kepada pembangunan suasana maya yang interaktif. Suasana belajar seperti ini akan membantu menguasai kemahiran-kemahiran kognitif yng diperlukan. Intenet telah dilihatkan sebagai alat untuk mengakses maklumat dan pengetahuan secara global dan ini akan dapat membantu kita mengakses sendiri maklumat, mengikut kebolehan kita dan dengan kadar kendiri. Internet telah merevolusi duni pengkomputeran dan komunikasi dunia pada hari ini dengan menggabungkan maklumat dalam bentuk teks, video, suara dan animasi dan telah digunakan secara meluas. Dengan menggunakan internet, kita akan menjadikan dunia ini sebagai bilik darjah. Banyak maklumat yang boleh didapati dari internet. Kita bukan hanya boleh belajar dari guru atau rakan semasa berada di dalam kelas malahan boleh bertanyakan masalah dengan guru dan rakan yang berada di sekolah lain mahupun di negara lain secara utalian.
4.0 Sumber Media Bercetak
Gambar rajah 10.2 Menunjukan Pelbagai media bertulis dan bahan grafik
Media bercetak merupakan media pembelajaran yang terawal dan hingga kini ia masih menjadi media utama dalam memberikan maklumat atau pembelajaran.Walaupun media cetak mempunyai saingan hebat daripada media elektronik seperti computer,ia masih kekal menjadi media utama dalam semua urusan komunikasi dan pembelajaran. 15
Terdapat tiga bentuk media cetak. I. Bentuk pertama,merupakan sumber untuk member hiburan atau mengisi masa lapang.Contohnya majalah yang berkaitan dengan filem,hiburan,sukan,fesyen,masakan dan permainan. II. Bentuk kedua,merupakan sumber maklumat seperti surat khabar,jurnal,risalah,brosur,laporan,dokumen,soal selidik,buku panduan telefon.istilah dan ensaiklopedia. III. Bentuk ketiga ialah berkaitan dengan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks,teks pengajaran terancang termasuk modul pengajaran,buku kerja dan nota edaran. Terdapat beberapa ciri media cetak. I. Media cetak diperbuat daripada kertas. II. Terdapat symbol-simbol seperti huruf,angka,perkataan,tanda-tanda baca Pada halaman atau muka surat. III. Menyimpan pelbagai data,dokumen dan maklumat IV. Mudah mendapatkan maklumat V. Mempunyai jadual,rajah,gambar dan ilustrasi.
16
4.1 Bahan Grafik
Gambar rajah 10.3 Menunjukan Bahan grafik boleh dijadikan bahan pelajaran yang sangat menarik dan berkesan Grafik didefinisikan sebagai gambaran visual dua dimensi yang direka dan dicipta serta digubah khas untuk menyampaikan mesej atau idea kepada anda.Terdapat beberapa jenis bahan grafik yang sesuai digunakan sebagai sumber pembelajaran iaitu;carta,geraf,poster dan lukisan kartun.Bahan grafik menjadi bahan pembelajaran yang sangat berkesan kerana bahan ini dapat menarik dan merangsang minda.Antara prinsip grafik yang baik ialahkesederhanaan,penyatuan,garisan,imbangan warna dan susunan. 5.0 Sumber Media Tiga Dimensi
17
Gambar rajah 10.3 Menunjukan Bahan bahan tiga dimensi sebagai bahan pembelajaran Kita menggunakan bahan tiga dimensi apabila kaedah biasa kurang difahami. Biasanya bahan tiga dimensi digunakan untuk memudahkan kefahaman tentang sesuatu konsep yang abstrak.terdapat tujuh jenis bahan digunakan iaitu bahan realia, diorama, mobil, boneka, topeng, akuarium, dan terrarium. 5.1 Bahan Realia Antara bahan tiga dimensi yang boleh dibuat rujukan ialah bahan realia. Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenarnya. Contoh bahan relia yang boleh dirujuk sebagai bahan pelajaran ialah daun atau haiwan kecil yang ada di persekitaran. Bahan realia ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: bahan realia dalam konteks dan bahan realia di luar konteks. Bahan-bahan di dalam konteks ialah bahan-bahan yang sebenarnya. Contohnya, aktiviti ini tidak dilaksanakan di dalam bengkel kerana kos membeli bahan tersebut terlalu mahal. Anda terpaksa pergi ke tempat bahan itu ada dan anda perlu mengkaji bahan tersebut di tempat yang sebenarnya. Contohnya, anda ingi mengetahui dan melihat kesan tanah runtuh kepada penduduk. Anda perlu sendiri ke kawasan yang mempunyai fenomena ini. Bahan di luar kontek ialah bahan- bahan sebenar yang terdapat di luar bilik darjah yang dibawa masuk ke bilik darjah atau ke bengkel untuk dipelajari. Anda tidak boleh mempelajarinya dengan hanya menggunakan rajah atau gambar sahaja. Anda memerlukan bahan yang sebenarnya untuk anda memahami dan mengingatinya dengan lebih baik dan berkesan. Contohnya, sebuah kereta boleh dijadikan bahan pelajaran untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang komponen enjin kereta tersebut. 18
5.2 Diorama
Gambar rajah 10.4 Menujukan Diorama sebagai sumber maklumat tentang sesuatu kehidupan sama ada kehidupan sebuah masyarakat atau habitat binatang
Diorama sebagai sumber maklumat tentang sesuatu kehidupan sama ada kehidupan sebuah masyarakat atau habitat binatang. Diorama ialah pameran tiga dimensi yang menunjukkan pemandangan tempat kejadian asal. Diorama banyak digunakan di muzium. Saiz diorama yang biasa ialah saiz hidup unutk bahan asal yang kecil. Di sekolah-sekolah diorama ini biasanya di buat di dalam saiz yang kecil. Banyak bahan-bahan yang boleh dipelajari dari diorma yang disediakan. Contohnya, sekiranya anda ingin mendapatkan pengetahuan dari segi suasana kehidupan masyarakat baba di Melaka terdapat satu sudut di muzium Negara yang mempamerkan suaana ini. Anda akan dapat melihat suasana kehidupan yang sebenar masyarakat baba ketika itu. Terdapat satu diorama yang menarik ialah yang terdapat di Muzium Orang Asli Melaka yang menunjukkan suasana dan caragaya kehidupan orang asli di Malaysia. Diorama penting sebagai bahan rujukan mengantikan suatu suasana yang mungkin tidak terdapat lagi keaadaan itu pada masa sekarang.
5.3 Mobil Mobil diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud bergerak. Dari segi pendidikan, mobil membawa bahan-bahan pelajaran yang boleh dibawa ke mana-mana dan biasanya ia bergantung pada suatu tempat. Mobil boleh dibuat 19
dari bahan-bahan buangan, digunting dan direka bentuk dengan begitu cantik dan menarik. Banyak perkara yang boleh dirujuk dari bahan mobil ini. Ada sekolah menggunakan mobil ini sebagai formula untuk mengingati sesuatu formula untuk mengingati sesuatu rumus matematik ada juga yang menggunakan mobil sebagai satu bahan cerita berkaitan dengan suatu peristiwa sejarah. Bahan-bahan ini boleh dijadikan bahan pelajaran kerana bahan ini mudah alih dan boleh dibawa ke mana-mana maka ia adalah merupakan bahan rujukan yang mudah diperolehi. 5.4 Boneka
Gambar rajah 10.5 Menunjukan Banyak pelajaran yang boleh didapati dari persembahan boneka Boneka adalah figura animasi yang digunakan untuk persembahan dalam sebuah teater. Banyak pelajaran yang boleh didapati dari persembahan boneka. Boneka boleh mewakili manusia, binatang dan juga personifikasi mistik. Boneka juga terdiri dari pelbagai bentuk, warna dan saiz. Ia boleh digerakkan dengan menggunakan tangan atau alat-alat kawalan yang lain. Boneka lahir semenjak tamadun manusia bermula lagi. Ia sangat berkesan digunakan untuk sebagai persembahan sesebuah penceritaan atau pengkisahan sesuatu peristiwa. Ia dapat memberikan kesefahaman dan ingatan jangka panjang bagi audien yang menonton. 20
5.5 Topeng
Gambar rajah 10.5 Menujukan Berkomunikasi dengan menggunakan topeng Topeng digunakan untuk menutup muka didalam persembahan, teater dan dapat memberi simbol kepada si pemakai. Tujuan penggunaan topeng adalah untuk berkomunikasi dengan menggunakan berlainan identiti. Diperbuat daripada kayu, kulit, kertas, plastic dan seumpamanya direka bentuk dengan berbagai rupa.topeng mempinyai variasi yang berbagai dalam bentuk realism ataupun dalam bentuk abstraknya. Membuat topeng adalah merupakan aktiviti seni dalam banyak budaya. Kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan topeng. 5.6 Akuarium
Gambar rajah 10.6 menunjukan Banyak perkara berkaitan marin yang boleh dipelajari dari akuarium
21
Akauarium merupakan tangki kaca yang diisikan air di dalamnya. Biasanya ia berbentuk empat segi dan didingi cermin. Ia juga boleh terdapat dalam berbagai bentuk dan digunakan untuk memelihara ikan hiasan atau hidupan dan haiwan laut/sungai lain. Perkataan akuarium itu sendiri membawa maksud sebuah tangki yang diletakkan di rumah sebagai perhiasan. Di makmal sekolah ia digunakan untuk mengkaji tumbuh-tumbuhan dan hidupan air seperti berudu, ulat air, katak, ikan, lumat, rumpai, dan seumpamanya. Akuarium sea world yang terdapat di Langkawi menyediakan beberapa pakej pelajaran untuk pelajar sekolah. Di luar negara kebanyakan pusat akuatik menyediakan bengkel dan pakej pendidikan kepada pelajar sekolah dan orang awam tentang kehidupan marin. Malah terdapat pembelajaran tentang hidupan laut yang dibawa ke dalam kelas oleh pengusaha-pengusaha akuatik. Banyak perkara berkaitan marin yang boleh dipelajari dari akuarium.
5.7 Terrarium
Gambar rajah 10.7 Menunjukan Terrarium sebagai sumber pembelajaran
Terrarium atau vivarium juga dikenali sebagai taman gelas. Ia didingi oleh gelas di sekelilingnya. Tujuan terrarium ialah untuk menyimpan tumbuhan , 22
rumpai, serangga atau binatang-binatang kecil yang lain. Tujuannya untuk hiasan, penelitian saintifik atau membuat kajian berkaitan dengan sesuatu habitat haiwan. Seawal tahun 500 sebelum masihi pokok-pokok yang hendak dipamerkan diletakkan di dalam pondok kaca. Terrarium pada zaman moden ini hanyalah dicipta secara tidak sengaja oleh seorang doctor yang bernama Nanthaniel Ward di London, England sekitar tahun 1827. Dr Ward telah membina para untuk paku pakis di belakang rumahnya tetapi kebanyakan pokok tersebut mati disebabkan oleh pencemaran udara ketika itu. Dr Ward juga ketika itu mengkaji kupu-kupu dan ulat-ulat daun. Semasa beliau sedang mengkaji kepompong di sebuah baling tersebut ialah sejenis paku pakis yang beliau tanam di belakang rumahnya. Dr Ward mempelajari sesuatu dari peristiwa itu iaitu paku pakis boleh hidup subur di London dengan syarat ia perlu ditanam di tempat yang tertutup dan dihindarkan dari udara kotor London.
6.0 Sumber Persekitaran
Gambar rajah 10.8 Menunjukan Sumber maklumat dari bukan manusia termasuklah sumber dari alam semulajadi seperti sungai,laut,bukit,gunung,paya dan seumpamannya.
Di dalam pembelajaran terdapat pelbagai sumber termasuk sumber dari manusia dan bukan manusia. Sumber-sumber manusia telahpun dibincangkan 23
sebelum ini. Ia adalah merupakan sumber hidup yang boleh berinteraksi. Banyak maklumat yang boleh didapat dari sumber manusia. Selain dari sumber manusia, sumber bukan manusia seperti sumber semula jadi adalah merupakan sumber penting yang boleh dirujuk untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Sumber bukan manusia ini termasuklah sumber dari alam semulajadi seperti sungai, laut, bukit. Gunung, paya dan sebagainya. Matlamat pendidikan dari pembelajaran sumber alam semulajadi ini adalah untuk menyediakan anda agar menjadi seorang yang memahami alam sekeliling dan akan menjadi seorang yang bertanggunggungjawab dan mempunyai ilmu terhadap persekitaran yang anda diami. Cara yang terbaik untuk anada memahami persekitaran anda ialah dengan memperoleh pengalaman yang sebenar terhadap kehidupan di sekeliling. Bunyi, warna bau, pergerakkan, tenaga adalah merupakan sumber semulajadi yang dapat dijadikan rujukan dalam proses pembelajaran.
6.1 Bunyi
Gambar rajah 10.9 Menunjukan Bunyi sebagai sumber maklumat pembelajaran
Tanpa bunyi dunia akan menjadi sunyi dan sepi. Ombak laut, sungai, air terjun, angin tidak akan member apa-apa makna kepada manusia. Bunyi adalah merukan satu fenomena fizikal yang merangsang deria pendengaran anda. Alat pendengaran yang ada di dalam diri anda akan bertindak balas apabila terdapat getaran yang berfrekuensi 24
di antara 15 dan 20,000 hertz yang sampai ke telinga anda. Hertz adLh merupakan unit frekuensi yang bersamaan satu pusingan sesaat. Bunyi yang mempunyai frekuensi melebihi 20,000hertz dipanggil ultrasonic. Bunyi adlah merupakan aspek penting untuk membantu anda belajar. Anda mungkin sukar menumpukan perhatian dalam pelajaran dalam keadaan bunyi yang terlalu bising.
Tidak semua bunyi itu dapat menganggu konsentrasi belajar anda. Bunyi-bunyi yang menyenangkan seperti bunyi lagu yang perlahan, bunyi deruan ombak laut, bunyi percikan air di sungai, bunyi kicauan burung dapat menambah damai suasana. Kedamaian ini boleh memberikan ketenangan kepada hati dan jiwa manusia. Sebenarnya anda boleh memilih bunyi-bunyi mana yang anda perlu untuk konsentrasi anda belajar dan membuat tugasan. Sekiranya terdapat bunyi bising di suatu tempat, anda boleh beralih ke tempat yang lain yang lebih damai dan tenang. Jika anda ingin membuat persembahan, bunyi merupakan elemen penting untuk menarik perhatian audien anda.
6.2 Warna
Gambar rajah 11.0 Menunjukan warna sebagai pembelajaran
25
Apakah yang terjadi sekiranya dunia tempat anda huni ini tidak berwarna. Pokok, bukit-bukau , tanah, air, bangunan semunya berwarna hitam ataupun putih. sudah tentu kehidupan anda berlainan. Paling tidak anda tidak akan ceria kerana nasi yang anda makan berwarna putih manakala lauk pula berwarna hitam. Syukaurlah kehidupan kita dipenuhi dengan warna warni.
Merah, biru dan hijau ialah warna asas. Warna sekunder diperoleh daripada mana-mana dua warna asas. Warna sekunder ialah warna kuning, magenta dan sian. Warna objek yang dilihat oleh mata anda bergantung kepada warna cahaya yang menyinari objek dan warna cahaya yang dipantulkan oleh objek itu. Sesuatu objek berwarna asas akan memantulkan warnanya sendiri dan menolak atau menyerap semua cahaya berwarna yang lain. Sesuatu objek berwarna sekunder akan memantulkan warnanya sendiri dan warna-warna yang membentuknya serta menolak atau menyerap warna-warna lain. Objek putih memantulkan semua cahaya berwarna yang menyinarinya. Sebab itulah sesuatu objek putih akan kelihatan berwarna sama dengan warna cahaya yang menyinarinya. Manakala pigmen pula ialah bahan berwarna yang menyerap dan memantulkan warna cahaya tertentu. Pigmen diperoleh daripada bahan organik atau mineral. Pencampuran pigmen boleh menghasilkan pelbagai warna. Dengan mencampurkan ketiga-tiga warna asas dalam kadar tertentu hamper semua warna dapat dihasilkan.
Warna digunakan oleh manusia dipelbagai tempat dan juga pada pelbagai alat. Warna-warna yang digunakan menandakan makna-makna tertentu, menjadikan suasana lebih riang, ceria dan menarik. Adanya warna rancangan televisyen lebih menarik, gambar foto dan iklan lebih berkesan, alam sekitar pula semakin lebih ceria. Warna juga digunakan dalam makanan untuk menjadikannya lebig menyelerakan. Warna juga dugunakan secara meluas dalam barangan kosmetik. Warna juga boleh mendatangkan mod tertentu kepada perasaan manusia. Warna sejuk aeperti warna hijau, biru dan campuran antara keduanya boleh mendatangkan ketenangan. Manakala 26
warna-warna panas seperti jingga, merah dan campuran antara keduanya boleh melahirkan perasaan riang dan ceria. Selain manusia, warna juga penting kepada haiwan sama ada untuk menarik perhatian pasangannya, menyamardiri atau member amaran kepada musuhnya. 6.3 Cahaya
Gambar rajah 11.1 Menunjukan Cahaya sebagai sistem pengurusan pembelajaran
Cahaya ialah sejenis pancaran elektromagnetik sama jenis dengan haba radiasi, gelombang radio dan juga sinar-x. Cahaya merambat dalam satu garis lurus. Atmosfera bumi mengandungi zarah-zarah halus yang terdiri daripada molikul-molikul gas, wap, air dan habuk. Apabila cahaya matahari menembusi atmosfera, sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua arah oleh zarah-zarah halus dalam atmosfera. Penyerakan cahaya merupakan proses pemesongan atau pemantulan cahaya daripada perambatan yang asal oleh zarah-zarah halus dalam atmosfera itu. Cahaya putih terdiri daripada tujuh juzuk warna. Setiap juzuk warna mempunyai kelajuan yang berlainan. Apabila cahaya putih melalui sebuah prisma kaca, setiap juzuk warna dibiaskan oleh prisma kaca pada sudut yang berbeza. Penyebaran cahaya merupakan penguraian cahya putih kepada tujuh juzuk warnanya. Cahaya merah paling sedikit dibiaskan. Ini berlaku kerana cahaya merah 27
bergerak [aling laju dalam kaca diikuti jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Cahaya unggu dibiaskan kerana cahaya unggu bergerak paling perlahan dalam kaca. Tanpa cahaya anda tidak akan dapat melihat warna. Warna dihasilkan oleh pencampuran pigmen melalui proses penolakan warna. Hanya warna-warna dalam cahaya putih yang tidak ditolak. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna pada pendawaian eletrik, warna padalampu isyarat dan secara keseluruhannya kita berada di dalam keadaan gelap gelita. Tanpa cahaya hidup manusia akan munjadi lesu. Manusia dan haiwan serta tumbuhan hidup ceria kerana adanya cahaya.
6.4 Bau
Gambar rajah 11.2 Menunjukan Bau sebagai sistem Pengurusan Pembelajaran
Deria bau yang terdapat di dalam hidung anda sangat sensitive terhadap struktur kimia yang masuk ke dalam rongga hidung anda. Deria bau yang ada di dalam hidung anda boleh bertindak balas dengan hanya satu molekul, yang merupakan unit yang terkecil di dalam sesuatu bahan yang terdiri dari beberapa atom. Mengikut kajian Ludel (1978) kekuatan deria bau manusia akan menjadi lebih kuat sebelum seseorang itu mengambil makanan. Mengikut Amoore (1964), terdapat tujuh sub deria bau asas iaitu bau gegat, musky, flora. Mint, ethereal (bau cacair pembasuh), masam, dan bau busuk seperti bau 28
telur telembelang. Deria bau anda akan bertambah lemah sekiranya anda perokok, tubuh badan yang gemuk, pengambilan arak atau dadah dan penghidap kencing manis. Secara saintifiknya seseorang yang deria baunya gagal berfungsi dikenal sebagai anosmia. Apa saja benda yang menghalang perjalanan udara dari luar ke dalam hidung akan mengakibatkan terjadinya anosmia. Sekiranya fungsi deria bau anda gagal, maka anda tidak berupaya untuk menerima beberapa maklumat penting. Selera makan anda akan terbatas. Anda tidak lagi dapat menikmati harumnya bunga-bungaan dan minyak wangi yang paling mahal. Anda mungkin dalam bahaya kerana anda tidak berupaya menghidu bau ammonia atau bau gas beracun yang ada di sekitaran anda. 6.5 Tenaga
Pernahkah anda bayangkan sekiranya anda hidup pada zaman kesultanan Melaka dahulu. Bagaimanakah cara gaya kehidupan anda ketika itu? Bagaimanakah anda memasang lampu, memasak, membasuh dan bekerja? Sudah tentulah ia sangat berlainan dengan apa yang anda alami sekarang ini. Perbezaan gaya kehidupan ini hanya dipisahkan oleh satu perkataan. Perkataan tersebut ialah tenaga. Tenaga memainkan peranan yang penting untuk membantu anda menjalankan aktiviti hidup pada zaman ini. Kebanyakan tenaga yang digunakan oleh anda dijalankan melalui pelbagai tindak balas kimia dan berasal daripada sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh diperbaharui. Lebih dari 70% tenaga eletrik yang digunakan di seluruh dunia dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti gas asli, arang batu dan sebagainya. Simpanan bahan api fosil sangat terhad ia akan habis suatu hari nanti., Namun begitu tenaga nuclear akan menjadi satu sumber tenaga pilihan yang penting selain sumber alam semulajadi yang lain.kegunaan tenaga nuclear yang utama ialah dalam menghasilkan tenaga elektrik. Penjanaan tenaga nuclear kepada tenaga elektrik bermula di reactor nuclear. Di samping itu, tenaga nuclear juga digunakan untuk menggerakkan kapal selam,kapal besar dan satelit. Penciptaan sel-sel kimia dan bateri yang pelbagai jenis juga merupakan satu contoh penggunaan tenaga menggantikan 29
penggunaan bahan api fosil.penggunaan tenaga secara berhemat membolehkan manusia terus menikmati kemudahan dan keselesaan hidup. 7.0 Sumber Maklumat Tambahan Sumber maklumat tambahan yang boleh menyokong sumber manusia bagi mencapai sesuatu matlamat ialah widya wisata, temu ramah, peta minda, Atlas,buku panduan,kamus,destinasi sumber , majalah,gambar,cd-rom,carta maklumat,jurnal dan lain lain lagi. Seorang guru perlu menggunakan pelbagai sumber maklumat dalam sistem pengajaran untuk menarik perhatian pelajar.Antaranya ialah sumber maklumat tambahan yang boleh menyokong sumber manusia. 7.1 Widya Wisata
Gambar rajah 11.3 Menunjukan Widya wista adalah kegiatan belajar yang dilaksanalan melalui kunjungan untuk mendapat sumber maklumat Widya wisata adalah kegiatan belajar yang dilaksanakan melalui kunjungan ke suatu tempat di luar kelas sebagai integral dari seluruh kegiatan akademik dalam rangka pencapaian tujuan pendidikan. Keuntungan-keuntungan yang diperoleh dengan belajar melalui widya wisata adalah pelajar memperoleh pengalaman langsung sehingga proses belajar menjadi lebih bermakna, membangkitkan minat pelajar untuk menyelidiki, melatih seni hidup bersama dan tanggung jawab bersama, menciptakan kepribadian yang komplit bagi guru dan pelajar, mengintegrasikan pengajaran di kelas dengan kehidupan dunia nyata. 30
7.2 Temu Ramah
Gambar rajah 11.4 Menunjukan temu ramah sebagai sumber maklumat yang penting Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa. Persediaan Awal Sebelum Menemu Ramah Tentukan maklumat yang diperlukan. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemu ramah. Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya). Buat temu janji dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat). Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki. Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan. 7.3 Kamus
31
Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi,penggunaan dan kedudukan semasa sesuatu perkataan yang disusun mengikut urutan abjad.
Gambar rajah 11.5 Menunjukan kamus sebagai sumber maklumat yang penting Terdapat dua jenis kamus iaitu: Kamus umum Kamus khas atau kamus istilah Mengesan Maklumat Daripada Kamus Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad.Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah mendapat halaman tersebut, cari perkataannya. 32
7.4 CD-Rom
Gambar rajah 11.6 Menunjukan cd-rom sebagai sumber maklumat
CD-ROM kepanjangan dari compact disk read only memori yang ertinya bahawa CD-ROM drive hanya biasa digunakan untuk membaca sebuah CD sahaja.Selain kegunaan dasar tersebut CD ROM juga digunakan untuk melakukan penginstalasian sebuah OS (OPERATING SYSTEM), Game, atau Software-software lainnya atau melakukan booting pada saat masuk ke OS bila sebuah System tidak mau berjalan.
7.5 Jurnal
Gambar 11.7 Menunjukan jurnal sebagi sumber maklumat
33
Jurnal termasuk salah satu proses pencatatan dalam akuntansi dan merupakan penghubung antara transaksi dengan buku besar. Fungsi jurnal ialah sebagai dokumen pencacatan iaitu ertinya semua transaksi yang terjadi berdasarkan bukti dokumen yang ada harus dicacat.Selain itu,sebagai dokumen Historis iaitu transaksi yang terjadi harus dicatat sesuai urutan waktu (kronologis).Jurnal juga sebagai dokumen Analisa iaitu hasil analisis dari bukti-bukti transaksi hingga jelas letak debet/kredit perkiraan peserta jumlahnya.Seterusnya sebagai dokumen Instruktif iaitu instruksi atau perintah untuk melakukan posting atau memindahkan debet/kredit ke dalam buku besar.Jurnal juga sebagai dokumen Informatif iaitu memberikan informasi/pemberitahuan mengenai transaksi yang terjadi.
7.6 Ensiklopedia
Gambar 11.8 Menunjukan ensiklopidia sebagai sumber maklumat
Maklumat yang terperinci dan kasar juga terdapat. Ada ensiklopedia mempunyai jilid maklumat umum atau kasar, yang disebut makro. Jika terdapat jilid yang menerangkan secara terperinci, ia disebut ensiklopedia mikro. 34
7.7 Atlas
Gambar menunjukan 11.9 atlas sebagai sumber maklumat
Maklumat di atlas asasnya ialah maklumat geografi. Kita akan memperolehi maklumat tentang nama negeri nama bandar, nama laut, nama gunung, nama selat, nama kawasan dan bentuk muka bumi yang lain. Daripada atlas juga terdapat maklumat tentang pertanian, perlombongan, pengangkutan, taburan penduduk, kedudukan sesuatu tempat di garisan bujur dan lintang dan sebagainya. 7.8 Graf
Gambar 12.2 menunjukan graf sebagi sumber maklumat 35
Membaca graf garisan memerlukan pengetahuan tentang skala. Kita juga perlu tahu membaca maklumat di paksi X dan paksi Y. Sukatan dan maklumat yang ada di paksi X dan paksi Y tercatat di sebelah kedua-dua paksi. Membaca graf pai pula dijalankan dengan melihat sektor-sektor yang ada di dalam grf pai. Di dalam sektor ini ada label dan nilai. Baca label dan nilai untuk mengetahui sesuatu maklumat seperti jumlah dagangan, jumlah penduduk, peratus golongan bandar dan luar bandar dan sebagainya. 7.9 Peta
Gambar rajah 12.1 menunjukan peta sebagi sumber maklumat Di dalam peta terdapat beberapa jenis maklumat. Apabila membaca peta seperti peta topo, kita perlu mengetahui makna simbol atau lambang yang ada dalam peta. Kita juga perlu tahu makna sesuatu warna dan saiz skalanya. Semua maklumat ini ada di dalam ruangan petunjuk. Petunjuk dan skala terdapat di bahagian tepi bawah peta. Begitu juga arah angin. Kalau tiada arah angin, peta itu mempunyai arah utara di sebelah atas dan barat di sebelah kiri pembaca. Untuk mencari tempat seperti bandar gunakan garisan bujur atau lintang atau panduan grid bagi peta topo jika soalan mencari tempat disediakan dengan bacaan grid. 36
7.10 Melawat destinasi sumber(sejarawan)
Gambar rajah 12.2 menunjukkan cerita Sejarah Melayu Melaka Seseorang memerlukan sumber tambahan boleh mendapatkan sumber dengan melawat destinasi yang terdapat sumber tersebut.Misalnya seorang sejarawan yang ingin mengkaji dan menulis tentang sejarah sesuatu peristiwa perlu menghadiri tempat kejadian peristiwa tersebut maka bukti dan bahan yang diperlui dari sumber dapat menyokong sumber maklumat sejarawan.Contoh Sejarah Melayu Melaka,seseorang perlu melawat ke Melaka untuk mendapat menyokong sumber yang dikaji.
7.11 Gambar
Gambar 12.3 menunjukan gambar sebagai sumber maklumat 37
Sekeping gambar mengandungi banyak maklumat. Maklumat di gambar boleh dikesan dengan melihat bentuk, rupa atau warna yang ada di dalam gambar itu. Selepas dapat mengesan bentuk atau rupa, barulah kita menceritakan tentang ciri sesuatu bentuk, rupa atau warna sesuatu benda. Kita boleh buat lakaran di atas kertas berasaskan kepada rupa bentuk dan kedudukan sesuatu benda yang ada di dalam gambar.
7.12 Majalah
Gambar 12.4 menunjukan majalah sebagi sumber maklumat Ia bermula dengan mencari tempat dan nama majalah. Senarai makalah yang ada di perpustakaan perlu dibaca dahulu untk mengetahui kehadiran sesuatu makalah atau majalah. Mungkin ia disimpan secara terbuka di rak-rak majalah atau ia perlu diminta dari pustakawan. Penuhkan borang khas untuk mendapatkan majalah dari simpanan tertutup. Baca isi kandungan serta bilangan muka suratnya untuk mendapat muka surat di mana sesuatu penulisan itu dicetak. Senarai kandungan ini boleh 38
terdapat di halaman luar kulit depan atau kulit belakang. Ia juga boleh terdapat di halaman judul majalah itu sendiri. 8.0.Kesimpulan Secara keseluruhannya, terdapat banyak lagi kaedah dan strategi yang perlu dilalui untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan.Antaranya ialah maklumat sumber manusia dan bukan sumber manusia. Sumber manusia adalah sumber rujukan yang dibuat kepada orang-orang yang mempunyai kepakaran tertentu.Mereka benar- benar arif dan juga berpengetahuan dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Selain dari sumber manusia, sumber bukan manusia seperti sumber semula jadi merupakan sumber penting yang boleh dirujuk untuk mendapatkan pelbagai maklumat.
39
Bibliografi
Ramlan hamzah, L. M. (2011). Kemahiran Belajar. In L. M. Ramlan hamzah, Kemahiran Belajar (p. 132). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Pengarang, kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved 2012, from http://www.moe.gov.my Pengarang, Portal pendidikan Utusan . Retrieved 2011, from Portal pendidikan Utusan : http://www.tutor.com.my