You are on page 1of 4

Nombor :

Salinan Bilangan :

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN STAF
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS MAKLUMAN PROGRAM PEMANTAPAN PDP
MENGGUNAKAN STANDARD 4 SKPM 2010 DAN VIDEO E-GURU


TUJUAN

1. Kertas ini dikemukakan untuk memaklumkan kepada ahli mesyuarat
mengenai pelaksanaan Program Pemantapan PdP yang akan
dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

LATAR BELAKANG

2. Berdasarkan dapatan penaziran Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK) dalam tempoh tiga tahun kebelakangan (2011 hingga 2013),
kualiti pembelajaran dan pengajaran (PdP) masih belum menyerlah.
Daripada 30,564 pelajaran yang diperhatikan, hanya 983 pelajaran
(3.22%) mencapai tahap cemerlang dan 4,339 pelajaran (14.20%) berada
di tahap baik. Sejumlah 25,242 lagi (82.59%) hanya mencapai prestasi
pada Tahap Harapan, Memuaskan, Lemah dan Sangat Lemah.



3. Sebagai langkah menyokong usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan PdP guru, JNJK mengambil
inisiatif mengadakan Program Pemantapan PdP. Program ini adalah
selari dengan Anjakan 7 PPPM: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di Malaysia.

4. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan
Guru (BPG), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). JNJK
menyediakan satu modul khas bagi menjayakan program tersebut.

Objektif

5. Program ini dilaksanakan untuk:

5.1 Membimbing peserta program bagi melaksanakan PdP yang
berkesan dengan menggunakan satu modul khas yang dibina
oleh JNJK.

5.2 Memberi kesedaran kepada guru tentang kewujudan
perpustakaan maya video e-guru yang boleh dijadikan rujukan
untuk melihat contoh-contoh PdP yang berkualiti.

5.3 Membolehkan peserta program berkongsi pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh melalui program ini dengan rakan
sejawat di sekolah supaya kualiti PdP di sekolah berkenaan
dapat ditingkatkan.



Modus Operandi

6. Program ini akan dilaksanakan melalui program Latihan dalam
Perkhidmatan (LADAP) anjuran PPD mengikut modus operandi berikut:


Tarikh dan Tempat

6.1 Tarikh dan tempat pelaksanaan program akan mengikut tarikh
dan tempat pelaksanaan program LADAP yang ditetapkan
oleh PPD di sepanjang bulan Jun hingga September 2014.

6.2 Dicadangkan supaya dilaksanakan pada hari Sabtu minggu
kedua dan/atau minggu keempat supaya tidak mengganggu
masa PdP.

Masa

6.3 Tempoh masa program ini adalah selama empat jam, iaitu
mulai 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Fasilitator Program

6.4 Setiap program akan dikendalikan oleh sepasukan dua atau
tiga orang nazir.





Peserta Program

6.5 Peserta terdiri daripada seorang Penolong Kanan dan seorang
guru dari setiap sekolah (Guru Cemerlang atau Ketua Panitia).
Pegawai SISC+ di PPD berkenaan juga akan dilibatkan sebagai
peserta.

Modul Program

6.6 Modul program yang berpandukan kepada Standard 4 SKPM
2010 dan Video e-guru disediakan oleh JNJK.

Urusan Logistik

6.7 Ketua Nazir Negeri (KNN) bertanggungjawab untuk berunding
dengan PPD berkaitan perkara :
i. Surat panggilan kepada peserta
ii. Tempat pelaksanaan program
iii. Kemudahan/keperluan program

Perbelanjaan

7. Perbelanjaan bagi peserta program akan menggunakan peruntukan
LADAP PPD, manakala perbelanjaan Nazir Sekolah akan menggunakan
peruntukan dasar sedia ada JNJK dan peruntukan LDP daripada BPG.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia
20 Mei 2014

You might also like