You are on page 1of 56

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

1

TAJUK 1 TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

1.1 Sinopsis
Kursus ini adalah mengenai teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
1.2 Hasil Pembelajaran
1.2.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi
pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan
1.2.2 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan
kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting
1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan
aktiviti
pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan
1.3 Kerangka
Tujuan Pemeliharaan Ikan Hiasan
Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan. Kegiatan
ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau sebahagian dari
proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau pemeliharaan mengikut
saiz untuk mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya dilakukan secara intensif.
Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifat-sifat
unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang.
Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan
sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina
ketenangan dan kesabaran seseorang.Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang
berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat keperihatinan
seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan yang dipelihara.
Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kerana ia dapat menjana
ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat
memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha ikan hiasan.

Faedah Pemeliharaan Ikan Hiasan
Melalui kaedah penjagaan yang memerlukan ketelitian dan berbeza mengikut jenis ikan akan
melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu
membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ikan
emas dan arowana umpamanya menjadi lambang kemewahan dan tuah kepada pemiliknya
melalui sisiknya yang keemasan dan sifatnya yang agresif. Ada juga ikan yang diguna untuk
merawat penyakit atau membuang parasit dan kotoran. Pemeliharaan ikan hiasan semakin
menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifat-sifat unik dan menarik pada ikan hiasan
itu mampu menarik perhatian seseorang.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
2

Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan
sebagai satu hobi yang unik.Hubungan sosial antara pemelihara dapat mempereratkan
hubungan dalam bertukar pendapat dalam pengetahuan mengenai ikan hiasan. Dari segi emosi,
ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran
seseorang.
Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah
penjagaan yang rapi dan teliti.

Ciri Istimewa Ikan Hiasan
Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan
tabiat makan dan jantina. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan
mampu memberii pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan.
Kebanyakkan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung
daripada bakteria dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu
pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.

Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:
a. Pergerakan
Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan
mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.
b. Sisik
Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis. Sisik nipis
berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit.
c. Saiz
Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa mempunyai saiz badan
yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil.
d. Sirip
Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang
e. Bentuk badan
Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk, pendek dan panjang.
Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.
f. Warna badan
Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.
g. Cara makan
Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang makan
makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan rumusan dan
makanan hidup.


RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
3

h. Jantina
Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk
badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih
besar dan perut pipih.
i. Cara pembiakan
Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan Guppy merupakan
spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan
terhasil.Ikan Arowana bertelur dan dieram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak
ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.




Rajah Bahagian-bahagian luar ikan

Tabiat Dan Keperluan Kehidupan
Ikan hiasan tergolong dalam 4 kumpulan tabiat makan iaitu
I. ikan herbivor (pemakan tumbuhan),
II. ikan karnivor (pemakan haiwan, terutama sekali memakan haiwan hidup),
III. ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik)
IV. ikan omnivor (pemakan segala macammakanan).

Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan omnivor. Makanan yang diberi mesti
bersesuaian dengan tabiat makan ikan.

Kualiti air bagi ikan hiasan tropika perlukan suhu air berada pada julat 25 C 35 C . Ikan
hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4 C- 25 C. Suhu diukur dengan meter
termometer. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang, bergerak
,mencari makanan dan melihat objek lain.

Sirip Dorsal
Penutup Insang
Sirip Pelvik
Sirip
Pektoral

Sisik Garisan
Lateral

Sirip
Kaudal

Sirip Anal
Mata
Mulut
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
4


Fikir dan senaraikan kepentingan ikan hiasan. Muatkan
himpunan maklumat berkenaan di dalam folio anda.

Pada pendapat anda, mengapa ikan hiasan menjadi satu kegemaran/hobi
yang sangat popular dewasa ini?

Anda diminta menghubungi seorang pembekal ikan hiasan
terdekat/pakar untuk menerangkan perkembangan industri
ini di Malaysia.


Jenis-Jenis Ikan Hiasan
Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan
hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa sepsis ikan hiasan yang terdapat
dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Bil Famili Spesis Ciri-ciri Utama
1 Cyprinidae


seluang (Rasbora), ikan
mas,kap

Barb
Kecil, berbadan mampat,
besesunngut. Tiada adipos fin dan
gigi
Ekor terbuka dan berbentuk fork
Badan bersisik dan bergerak
Pantas
Kepala tanpa sisik
Terdapat di Afrika, Amerika Utara,
sebahagian besar dari Asia
Tenggara


Bil Famili Spesis Ciri-ciri Utama
2 Chichildea Angel

discus

oscar

Hanya sepasang lubang hidung
Hanya satu dorsal fin (long base)
Sirip ekor bulat
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
5

3 Charachidae Semua jenis ikan Tetra

Seakan ikan barb
Tiada sesungut
Ada gigi dan adiposfin
Berasal dari Amerika Selatan dan
Afrika Tengah
4. Belontiidea Ikan pelaga Siam (Betta
splendens),

Gourami biru (Trichogaster
trichopterus),

Dwarf Gourami (Colisa lalia)

Berbadan lebar dan mampat
Sirip anal yang panjang
Mempunyai aksesori respiratory
organ untuk bernafas di udara.
Terdapat di Korea Selatan, Asia
Tenggara dan Afrika Barat.
5. Pociliidae

Guppy.


Sward tail

Platy

Livebearing tooth carps
Melahirkan anak
Sedikit persamaan dengan
mamalia.

6 Catfish
Families

Coridoras sp. Ikan bandaran
(Rinelloricaria parva)

Suckermouth
bersesunggut
Jadual Spesis-spesis Ikan Hiasan



Hasilkan sebuah buku skrap yang mengandungi
kepelbagaian spesis ikan hiasan yang dikumpul mengikut
famili dan tabiat kehidupannya.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
6


Soalan Tutorial:



Senaraikan semua masalah yang anda hadapi semasa proses pengurusan tumbuhan
hiasan dan pengurusan ikan hiasan yang anda jalankan di sekolah. Bincangkan nanti
bersama tutor semasa sesi tutorial.
Pilih salah satu tajuk dalam unit 7.0. Sediakan Rancangan Pelajaran Harian RPH
lengkap. Pilih pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang sesuai. Kemukakan hujah
yang munasabah mengapa anda memilih keempat-empat aspek berkenaan.






























RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
7

TAJUK
2
DOKUMEN DAN PENYIMPANAN REKOD

1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.2.1 Menyenarai jenis-jenis, ciri dan kepentingan dokumentasi dan rekod.
1.2.2 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti
pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan
1.3 Kerangka Konsep Tajuk 2


Dokumentasi dan penyimpanan rekod
Jenis
Kepentingan

Jenis Rekod
Rekod bererti tulis, catat, rakam serta daftar. Sebarang catatan atau sekumpulan
dokumen yang mengandungi maklumat yang mempunyai kaitan antara satu sama lain yang
diwujudkan dalam sesuatu urusan serta wujud dalam apa jua bentuk. Rekod diurus dengan cara
memelihara rekod kekal, memisah dan memindah rekod tidak berguna, menyelia dan latih staf
serta membuat semakan dari semasa ke semasa sistem rekod.
Bagi industri pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan antara dokumen yang
perlu adalah rancangan bajet yang merangkumi semua keperluan kewangan bagi menjalankan
aktiviti tersebut. Semua anggaran bajet, kos perbelanjaan dan pendapatan dicatat dalam
rancangan tersebut. Selain itu perlu juga direkod program pembiakan yang dijalankan, rekod
induk dan anak serta rekod inventori alatan dan stok supaya semua maklumat sentiasa
dikemaskini dan dapat digunakan sebagai rujukan bila perlu.
Manakala rekod kewangan merupakan rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan.
Rekod kewangan berguna bagi mengurus atau mengawal perbelanjaan, menilai prestasi ladang,
mengetahui jumlah pemiutang, menilai aset yang ada dan menilai liabiliti yang ditanggung. Ia
merangkumi tentang segala urusniaga yang dilakukan oleh pengurusan ladang meliputi catatan
seperti kos pembelian baja, biji benih, racun serta makanan untuk haiwan. Selepas hasil
pengeluaran dijual, rekod jualan akan dicatatkan. Semua ladang perlu menyimpan rekod aktiviti
di ladang. Semua rekod yang disimpan hendaklah dikemaskini dan diselenggarakan dengan
mengambil kira semua elemen penting seperti yang terdapat dalam rekod ladang.





RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
8

Kepentingan Rekod
Pihak pengurusan dapat menggunakan rekod yang ada bagi merancang masa depan ladang,
mengira pendapatan bersih, mengubahsuai ladang dan dapat mengenal pasti sesuatu masalah
dan tindakan yang tepat dapat diambil.
Belanjawan ladang merupakan rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang
terhad supaya bidang usaha yang diceburi mendapat keuntungan yang maksimum. Bagi
menyediakan belanjawan ladang kita perlu mengetahui harga pasaran hasil seperti harga di
ladang, harga borong dan harga runcit. Selain itu perlu mengetahui sumber pengeluaran yang
ada seperti tanah, pekerja, modal dan pengurusan. Kos sumber pengeluaran bagi tanah, modal
dan pekerja juga perlu diketahui. Pemilihan bidang usaha berdasarkan kepada keuntungan dan
pulangan setiap ringgit yang dilabur.


Dapatkan contoh-contoh borang bagi catatan dalam buku rekod
sesebuah ladang penternakan. Semua maklumat perlu disimpan
dalam folio.





















RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
9


TAJUK 3

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN
HIASAN

3.1 Sinopsis
Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan
hiasan.
3.2 Hasil Pembelajaran
1.2.1 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan
kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting
1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan
aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang
diusahakan

3.3 Kerangka
Faktor Pertimbangan Untuk Pemilihan Jenis Haiwan
Tujuan Pemeliharaan
Sebagai hobi, perniagaan, sumber pendapatan dan lain-lain. Untuk tujuan perniagaan, perlukan
tempat, kawasan yang luas, kuantiti yang lebih banyak berbanding pemeliharaan sebagai hobi.
Kucing, hamster sesuai untuk kanak-kanak,
penyelengaraan mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

Gaya Hidup Bakal Pemelihar
Gaya hidup yang sibuk, sentiasa out station dan lain-lain. Gaya hidup yang sibuk mungkin
menyebabkan kebajikan haiwan peliharaan dan ikan hiasan akan terabai. Waktu pemberian
makanan tidak menentu, sangkar tidak dijaga dengan rapi dll. Pemelihara yang tidak
penyayang, akan menganiaya haiwan.

Tabiat semula jadi haiwan
Ada haiwan yang lincah dan menjadi haiwan penggerit seperti hamster. Selain itu ada juga
haiwan kesayangan yang mungkin di bela kerana ianya manja, licik, mencakar, pemangsa,
garang dan berani.

Kos
Kos membeli atau membina sangkar, tempat tinggal bagi haiwan yang memerlukan sangkar.
manakala ikan perlukan bekas atau akuarium dan aksesori. Makanan dan makanan sampingan
serta perubatan juga memerlukan kos tertentu. Sesetengah haiwan perlukan alat permainan dan
lain-lain keperluan. Pemelihara perlu ada kemampuan menyediakan tempat tinggal dan
kemudahan yang sesuai untuk ikan hiasan dan haiwan kesayangan.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
10

Masa
Penjagaan rutin, memberikan makanan, minuman, membersihkan sangkar dan peralatan lain
seperti permainan hamster memerlukan masa dan tenaga. selain itu kita juga perlu
membersihkan haiwan itu sendiri dan membersihkan akuarium, air serta aksesori.

Ruang
Kita perlu ruang yang mencukupi untuk menempatkan sangkar atau akuarium. Jika memelihara
untuk perniagaan kita perlukan kawasan yang lebih luas untuk menempatkan akuarium
mahupun sangkar.

Haiwan peliharan lain yang sedia ada
Jika ingin memelihara ikan hiasan, haiwan peliharaan yang sedia ada seperti kucing perlu diberi
perhatian. Begitu juga dengan hamster, anjing peliharaan, burung dan arnab .

Ciri-Ciri Haiwan Yang Perlu Diperhatikan Semasa Pemilihan.
Baka
Terdapat berbagai jenis baka haiwan mahupun ikan. Pemilihan baka bergantung kepada
kegemaran pemilik, keperluan tertentu, kesesuain cuaca, sifat dan personaliti haiwan,
perlakuan, tabiat, kos dan sebagainya.Ada pemilik yang menyukai anjing besar berbanding
kecil, begitu juga dengan kucing, di mana lebih ramai menyukai kucing baka Parsi yang cantik
dan berbulu panjang. Namun begitu,tidak semua jenis ikan kecil mudah dijaga terutama dari
segi pembiakan. Bagi hamster, setiap baka mempunyai keunikan, kelebihan dan kelemahan.

(a) Hamster siria
Ia murah dan memerlukan penjagaan rumit berbanding jenis lain. Tubuh besar, perlukan
sangkar lebih luar, makanan lebih banyak, penggantian serbuk kayu lebih kerap. Kepelbagaian
warna, mudah dijinakkan.







RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
11

(b) Hamster campbell rusia

Hamster mini yang mudah ditemui . Tubuh kecil, tidak perlukan sangkar besar. Agak susah
dijinakkan dan bersifat agresif dibanding hamster lain. namun begitu, ia boleh dijinakkan dengan
kesabaran dan waktu yang lebih lama.

(c) Hamster winter white rusia

Mudah dijinakkan, oleh itu, menjadi pilihan mereka yang baru berjinak-jinak dalam memelihara
hamster, juga sesuai untuk kanak-kanak. Tidak memerlukan tempat yang besar dan tidak
perlukan makanan banyak. Tetapi hanya memiliki 2 warna iaitu kelabu dan putih. Kurang
menarik.

(d) Hamster roborovski

Hamster yang terkecil di kalangan keluarga hamster. Sangat lincah, sukar dipegang. Menjadi
pilihan kebanyakan penggemar hamster kerana tubuhnya kecil dan mukanya yang unik.

Jantina
Jika membeli seekor, jantina tidak menjadi masalah. Jika membeli 2 ekor,jantina perlu diberi
perhatian. Jika mahukan anak-anak hamster, jantian berbeza. Hamster jenis haiwan yang
mudah membiak. Jika sepasang hamster diletakkan dalam sangkar sama, dalam masa sebulan,
akan mendapat 6-8 ekor anak hamster. Cara membezakan jantina adalah hamster dewasa
pada jantan, kelihatan testikal, hemster betina mempunyai putting susu.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
12

Peringkat Umur
Bagi hamster, pilih hamster berusia antara 4 10 minggu. Pada usia ini, hamster masih muda
dan mudah dijinakkan. Hamster muda mudah bercampur dengan hamster lain jika ingin
memelihara lebih dari seekor hamster. Jika memilih berumur lebih 10 minggu, pilih jenis yang
telah dijinakkan. Jangan memilih hamster di bawah usia 4 minggu kerana ia baru dipisahkan
dari ibunya, risiko kematian, kekurangan zat kerana kekurangan air susu ibu.

IKAN PELIHARAAN
Ciri-ciri istimewa
Ikan flowerhorn mempunyai rupa bentuk yang istimewa. Ikan kelisa berharga mahal. Ikan koi
mempunyai ekor yang pendek. Bagi hamster ia mempunyai muka yang menarik.
Bentuk luar badan haiwan
Ikan hiasan mempunyai bentuk unik yang meliputi tubuh pipih, bulat, pendek dan panjang. Ada
yang sirip berjuntai, normal, mata besar dan menonjol. Corak warna dan jumlah warna. Ikan
flower horn punyai bentuk istimewa. Ikan koi punyai ekor pendek.Bagi hamster bulunya
sepatutnya lembut dan mata dan hidungnya perlulah bersih. Nafasnya tidak bising.
Kesihatan Haiwan
Pilih haiwan yang sihat dan tidak berpenyakit. Hamster yang sihat dapat dilihat dari penampilan,
kelincahan, keadaan sangkar dan kandungan makananya. Dua ciri penting dalam menilai
kesihatan hamster ialah keadaan mata dan bulunya.
Mata yang bersinar dan bersih dengan kelopak mata yang tidak melekat. Bulunya lembut, tebal
serta bersih. Bulu yang kotor atau basah di bahagian ekor merupakan salah satu tanda hamster
dijangkiti penyakti diarea. Sebahagian besar kematian hamster disebabkan penyakit di area.
Ikan hiasan menunjukkan tanda tertentu jika diserang penyakit.

Contoh1 : Penyakit Bintik Putih

Tanda : kemunculan bintik putih di sekeliling badan ikan,ikan kelihatan resah, suka
bersembunyi, hilang selesa makan, suka berada di dasar akuarium dan suka menggesel badan
pada objek.



RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
13

Contoh 2 - Penyakit Argulosis

Penyakit kerap menyerang ikan koi dan ikan mas. Ia disebabkan oleh parasit yang disebut kutu.
Ikan yang dijangkiti menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir badan yang disedut keluar
oleh parasit.

Kesempurnaan pergerakan haiwan
Bagi hamster ia bergerak aktif pada waktu malam. Ia akan memusingkan diri dalam roda
permainan, memanjat dan berlari di dalam terowong. Hamster yang tidak berlari dan tidak aktif
berkemungkinan akan menjadi lumpuh.
Elakkan dairpada memilih hamster yang tidak aktif. Pilihlah hamster yang berjaga-jaga dan aktif.
Ikan hiasan yang berenang dengan bebas serta lincah menunjukkan ia aktif.

Buat satu lawatan ke kedai haiwan peliharaan atau kedai ikan hiasan.
Fikir ciri-ciri haiwan yang anda pilih sebelum membeli haiwan peliharaan di
kedai tersebut.

















RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
14

TAJUK 4 REKA BENTUK PERUMAHAN DAN PERALATAN PEMELIHARAAN
HAIWAN KESAYANGAN

1.1 Sinopsis
Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan
hiasan
1.2 Hasil Pembelajaran
1.2.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi
pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan
1.2.2 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan
kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting
1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan
aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang
diusahakan
1.3 Kerangka
Pemilihan Alat Kelengkapan Dan Bahan-Bahan Dan Ciri-Cirinya.
Sangkar (hamster)
Ukuran yang sesuai minimum 25 x 30 cm, cukup tinggi menempatkan roda mainan.
Semakin besar sangkar, semakin baik. Seekor hamster cukup selesa dengan sangkar yang
kecil selagi dilengkapi dengan mainan dan potongan kayu untuk digigit. Bahan yang disyorkan
adalah alas diperbuat dari plastik. Bentuk sangkar- segiempat kerana hamster mempunyai
kecenderungan membuat sarang, menyimpan makanan dan membuang kotoran di sudut yang
berbeza. Penutup sangkar diperbuat dari batang-bantang besi agar hamster berlatih memanjat.
Penggunaan sangkar kayu tidak sesuai kerana hamster haiwan menggerit dan
mempunyai gigi tajam- sangkar rosak dan tidak selamat untuk didiami. Akuarium boleh
digunakan sebagai sangkar alternatif. Sangkar akuarium diperlukan untuk hamster bunting
hingga proses melahirkan kerana sangkar yang berjeriji besi menyebabkan anak hamster yang
baru lahir terkeluar dan jatuh dari sangkar.

Bekas makanan dan minuman
Bekas makanan dari plastik. Botol minuman yang dapat mengeluarkan air jika hamster menjilat
hujungnya. Bekas minuman berbentuk mangkuk dan terdedah tidak sesuai kerana mudah
tumpah. Hamster sukakan air, oleh itu, bekas seperti ini membahayakan hamster. Untuk
mengalas sangkar hamster gunakan sebuk kayu. Selain sebagai alas tidur, ia berfungsi
menyerap urin dan sebagai bahan membuat sarang. Ia perlu diganti secara rutin.Untuk sangkar
kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali, kerana hamster adalah haiwan
pembersih.


RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
15

Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat
pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin. Penggunaan kertas surat khabar tidak
digalakkan kerana racun yang terdapat dalam dakwat menyebabkan alahan dan juga bulu
hamster kelihatan kotor.
Makanan
Hamster adalah haiwan omnivor. Makanan yang baik adalah campuran biji bijian,
kekacang, jagung dan pelet. Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang diperlukan
hamster. Hamster perlukan 18% protin, oleh itu jangan beri makanan arnab kerana arnab hanya
perlukan 14% protin disamping mengandungi ubat antic oksidiosis yang berbahaya kepada
haiwan lain. Makanan yang tidak boleh diberikan adalah makanan yang sudah diletakkan perisa,
jeruk dan makanan berkarbonat, makanan manis, coklat dan gula-gula. Makanan anjing/kucing
tidak sesuai kerana memiliki protin terlalu tinggi.
Buah dan sayur seperti epal, lobak merah, timun, kobis, salad ,tomato, pisang, pear,
anggur, tembikai, kacang panjang, ubi merah, jagung dan pelbagai jenis kacang boleh diberikan
kepada hamster sebagai makanan sampingan.
Makanan ini hanya boleh diberikan 2 kali seminggu dan dalam kuantiti yang kecil.
Pemberian berlebihan menyebabkan masalah sisitem pencernaan, kekurangan zat dan
menyebabkan kematian. Kesalahan yang sering dilakukan dalam pemberian makanan hamster
ialah pemberian sayur atau buah sebagai makanan utama dan ditambah dengan biji bunga
matahari. Ini mengakibatkan masalah keseimbangan gizi hamster.
Pemberian sayur dan buah berlebihan mengakibatkan kerosakan organ perncernaan
dan ginjal. Gejala dapat dilihat melalui kekerapan hamster membuang air kecil yang berlebihan,
sangkar akan basah dan berbau. Keadaan ini tidak baik untuk hamster dan menyusahkan
pemelihara kerana mengganti serbuk kayu lebih kerap.
Pemberian biji bunga matahari tidak sesuai. Biji bunga matahari mengandungi lemak
yang tinggi, protin dan kalsium rendah menyebabkan hamster gemuk dan tidak sihat. Lebihan
minyak dalam tubuh hamster mengakibatkan kelainan pada proses kelahiran dan menyebakan
kematian ibu atau anak. Kekurangan kalsium sebabkan gigi dan tulang rapuh. Kualiti makanan
akan menentukan kualiti hamster.
Pemberian makanan yang baik membantu hamster membesar dengan sihat, tubuh
sempurna, bulu lembut bersinar dan melahirkan anak sihat.Oleh itu, jangan mudah memberi
makanan tidak sesuai, walaupun terdapat penambahan vitamin. Vitamin boleh membantu tetapi
makanan tetap merupakan sumber gizi utama. Selain makanan siap, makanan hamster boleh
dibuat sendiri, namun begitu ia merupakan makanan tambahan bukan makanan utama dan
tidak boleh diberikan terlalu kerap.

Bahan Bedding
Untuk mengalas sangkar hamster. Selain sebagai alas tidur, ia berfungsi menyerap urin dan
sebagai bahan membuat sarang.Perlu diganti secara rutin.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
16

Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali, kerana hamster
adalah haiwan pembersih. Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan
sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin.
Penggunaan kertas surat khabar tidak digalakkan kerana racun yang terdapat dalam
dakwat menyebabkan alahan dan juga bulu hamster kelihatan kotor.
Permainan
Alat paling digemari adalah roda berputar. Saiznya perlu diberi perhatian, roda berputar
berdiameter kecil menyebabkan luka yang serius di belakang hamster. Contoh permainan lain
adalah lorong diperbuat dari plastik, memerlukan sangkar luas ataupun sangkar khusus,
membersihkan permainan ini perlukan masa lama. Hamster gembira jika mendapat permainan
yang boleh digigit. Sediakan kayu atau kadbod yang dapat digigit hingga habis.

Penyediaan Sangkar Dan Peralatan
Pembersihan dan membasmikan kumankan peralatan
Buang semua serbuk kayu yang terdapat di dalam sangkar. Jika masih bersisa, menyebabkan
penyakit kepada hamster terutama yang disebabkan kulat. Bersihkan dengan menggunakan
sabun dan semburkan ubat anti bakteria pada sangkar. Ini untuk membunuh bakteria dan kulat
yang tumbuh di serbuk kayu yang lembap atau pada bekas makanan. Keringkan sangkar
dengan betul dengan mengelap atau menjemur di bawah matahari supaya cecair pembersih
tidak dimakan oleh hamster. Bersihkan semua kelengkapan yang terdapat di dalam sangkar.
Kebiasaannya, permainan hamster boleh dibuka dan dipasang dengan mudah. Cuci bekas
makanan dan botol minuman sekerap yang mungkin supaya hamster sihat.

Penyediaan sangkar
Buka bahagian atas sangkar dan letakkan serbuk kayu di dalamnya. Ramas-ramas agak
serbuk tidak bergumpal. Ratakan sehingga menutupi permukaan sangkar setinggi 2-3 cm. Atur
semua aksesori dan permainan hamster dalam sangkar mengikut kemahuan.
Isikan bekas makanan dan botol minimum. Berikan makanan hamster secukupnya. Makanan
berlebihan sebabkan pembaziran. Hamster suka makanan segar dan baru.
Makanan diberi mengikut keperluan dan diganti sekerap mungkin. Sisa makanan
dibuang sebelum diisi kembali. Botol minuman dibersihkan 3 hari sekali. Pasang bahagian atas
sangkar dan letakkan hamster di dalamnya. Pintu sangkar ditutup untuk elakkan hamster keluar.
Pada peringkat awal, hamster akan memeriksa seluruh isi sangkar. Setelah selesa, hamster
mula bermain dan tidur.

Kelengkapan dalam sangkar
Bekas makanan dan botol minuman adalah kelengkapan yang paling penting. Selain itu hamster
boleh di berikan rumah-rumahan, roda berputar, tempat mandi dan tandas merupakan peralatan
tambahan. Tempat mandi merupakan sebuah bekas segiempat yang diisi air dengan pasir khas
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
17

untuk hamster.Tempat mandi berfungsi seperti bilik air manusia, iaitu hamster buang air dan
mandi pasir.
Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan Sangkar
Keamatan cahaya
Jangan dedahkan haiwan pada cahaya panas terik. Jangan pula meletakkan haiwan di tempat
gelap. Keadaan di atas menyebabkan haiwan kesayangan
merasa tidak selesa.
Suhu, pengudaraan dan lembapan
Suhu yang sesuai untuk hamster ialah 18-22C. Haiwan peliharaan yang lain, tempatkan di suhu
bilik. Penurunan suhu secara berlebihan ataupun udara yang panas menyebabkan hamster
dijangkiti selsema. Pengudaraan yang baik, tingkap, tidak terkurung. Kelembapan tidak terlalu
tinggi atau terlalu rendah. Kelembapan yang terlalu tinggi mungkin menyebabkan jangkitan
penyakit (kulat) pada hamster. Terlindung dari hujan (tidak selamat dan menyebabkan
kelembapan tinggi).
Kebisingan
Haiwan seperti hamster tidak boleh terkejut kerana hamser yang terkejut bertindak
mempertahankan dri. Pendengaran hamster amat tajam, oleh itu, elakkan meletakkan hamster
di tempat yang bising. Bagi haiwan kesayangan lain seperti kucing, jangan letakkan
berhampiran dengan anjing kerana salakan anjing menyebabkan kucing akan gelisah.
Keselamatan
Letakkan haiwan kesayangan di tempat yang selamat dari gangguan manusia atau dari
gangguan haiwan yang lain. Kehadiran haiwan kesayangan lain mungkin mengganggu
keselamatan hamster atau kucing. Sangkar juga perlu diletakkan jauh dari objek yang
merbahaya. Terlindung dari hujan dan angin kuat.


Buatkan senarai keperluan barangan dan alatan jika anda ingin
memelihara hamster disekolah anda.










RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
18

TAJUK 5 TEKNOLOGI PENGURUSAN DAN PENJAGAAN HARIAN HAIWAN
KESAYANGAN

1.1 Sinopsis
Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan
hiasan
1.2 Hasil Pembelajaran
1.2.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi
pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan
1.2.2 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan
kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting
1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan
aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang
diusahakan
1.3 Kerangka
Kaedah Dan Peralatan Penyediaan Makanan Dan Minuman
Hamster merupakan haiwan omnivor tetapi tidak boleh diberi segala jenis makanan. Makanan
yang baik campuran biji bijian, kekacang, jagung dan pelet. Campuran ini mengandungi
vitamin lengkap yang diperlukan hamster. Hamster perlukan 18% protin, oleh itu jangan beri
makanan arnab kerana arnab hanya perlukan 14% protin disamping mengandungi ubat antik
oksidiosis yang berbahaya kepada haiwan lain.
Makanan yang tidak boleh diberikan :
Makanan yang sudah diletakkan perisa. Jeruk dan makanan berkarbonat. Makanan manis,
coklat, gula-gula. Makanan anjing/kucing kerana memiliki protin terlalu tinggi.
Makanan yang sesuai untuk hamster
Buah dan sayur seperti epal, lobak merah, timun, kobis, salad ,tomato, pisang, pear,
anggur, tembikai, kacang panjang, ubi merah, jagung dan pelbagai jenis kacang boleh diberikan
kepada hamster sebagai makanan sampingan.
Makanan ini hanya boleh diberikan 2 kali seminggu dan dalam kuantiti yang kecil.
Pemberian sayur dan buah berlebihan mengakibatkan kerosakan organ perncernaan dan ginjal.
Gejala dapat dilihat melalui kekerapan hamster membuang air kecil yang berlebihan,sangkar
akan basah dan berbau. Keadaan ini tidak baik untuk hamster dan menyusahkan pemelihara
kerana mengganti serbuk kayu lebih kerap.
Pemberian biji bunga matahari tidak sesuai, Biji bunga matahari mengandungi lemak
yang tinggi, protin dan kalsium rendah menyebabkan hamster gemuk dan tidak sihat.Lebihan
minyak dalam tubuh hamster mengakibatkan kelainan pada proses kelahiran dan menyebakan
kematian ibu atau anak.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
19

Vitamin boleh membantu tetapi makanan tetap merupakan sumber gizi utama. Selain
makanan siap, makanan hamster boleh dibuat sendiri, namun begitu ia merupakan makanan
tambahan bukan makanan utama dan tidak boleh diberikan terlalu kerap.
Kebersihan Sangkar Dan Peralatan
Serbuk kayu perlu diganti secara rutin.
Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali, kerana hamster
adalah haiwan pembersih.
Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat
pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin.
Penjagaan Kesihatan Dan Kecantikan
Menghasilkan hamster yang cantik
a. Mandi kering
Memandikan hamster dengan bedak.
Setelah ditaburkan, bedak diratakan di seluruh badan.
Mandian kering juga boleh dilakukan denga meletakkan pasir bersih ke dalam bekas dan
diletakkan ke dalam sangkar hamster. Hamster akan membersihkan dirinya sendiri.
b. Mandi basah
Mandi basah dilakukan dengan mengelap tubuh hamster dengan kain basah. Air yang
digunakan merupakan campuran Dettol dengan sukatan sedikit. Setelah mandi, bulu
dikeringkan dengan menggunakan alat pengering.
Disebabkan hamster tidak boleh terlalu terdedah kepada air, mandi basah tidak boleh dilakukan
dengan kerap
c. Menyisir/menyikat
Gunakan sikat getah atau sikat dawai yang banyak dijual di kedai haiwan. Sikat sama arah
dengan bulu.
Penyakit Yang Biasa Menyerang Hamster
Selesema
Disebabkan udara panas atau penurunan suhu berlebihan. Boleh dijangkit dari selsema
manusia. Ia dilihat dari tanda: bersin, keluar cecair dari mata dan hidung, hamster lesu, mata
separuh tertutup, dan tidur di salah satu sudut sangkar. Adakala
tubuh sejuk bila di sentuh. Perlu segera dirawat kerana serangan teruk sebabkan radang paru-
paru dan kematian. Jika terdapat tanda, pindahkan ke tempat lebih panas atau dalam sangkar
yang ada lampu. Letakkan sebanyak mungkin serbuk kayu dalam sangkar. Beri campuran susu,
air dan madu sebagai ubat. Akan sembuh dalam beberapa hari.
Diarea (cirit-birit)
Biasanya disebabkan pemberian sayuran dan buahan berlebihan, berterusan, perubahan jenis
makanan secara mendadak, sangkar kotor yang tidak dibersihkan atau adanya bakteria. Perlu
ketahui puncanya. Diarea yang berpunca dari sayuran/ buahan berlebihan. Hentikan pemberian
sayur dan buah. Gantikan dengan makanan kering khas untuk hamster. Air minuman perlu
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
20

sentiasa disediakan kerana hamster yang mengalami diarea perlukan banyak air. Kebanyakan
kes kematian akibat diarea adalah kerana dehidrasi. Dengan rawatan, akan pulih dalam 1-2
minggu. Diarea berpunca dari bakteria dikenali juga sebagai wet tail. Serang hamster
muda.Punca dari tekanan darah yang tinggi sehingga sebabkan ketidakseimbangan jumlah
bakteria yang terdapat dalam usus. Mengalami diarea sangat kronik, penampilan kotor,
basahdan bau busuk. Hamster mati dalam 24 jam jika tidak dirawat. Sebelum gejala muncul,
hamster tidak berselera makan minum. Suap hamster sedikit demi sedikit air guna straw.
Rawatan; ubat antidiarea(kaopectate) dan antibiotik. Hamster mengidap wet tail mati
disebabkan dehidrasi. Hanya menyerang hamster siria. Penyakit yang serang ibu
hamster boleh sebabkan jangkitan kepada anak

Kulat dan kutu
Hamster gatal dan kulit kering.Kadang-kadang bulu mudah gugur.
Kutu yang menyerang juga boleh sebabkan penyakit pada manusia yang diberi nama plague.
Sembur hamster dengan ubat anti kutu sebulan sekali dan jaga kerbersihan sangkar dan
kawasan sekitar.

Keguguran bulu
Keguguran bulu dan kadangkala kehilangan bulu berpunca dari usia,alahan, kurang vitamin dan
kutu. Ketika memasuki usia tua (2 tahun),hamster kehilangan bulu sehingga botak. Tidak
berbahaya. Jaga keperluan vitamin agar seimbang. Alahan terhadap makanan atau serbuk kayu
Jangan gunakan serbuk kayu dari kayu pain dan cedar (hamster alah). Alahan terhadap
makanan berbeza pada setiap hamster.
Kurang vitamin jika gizi tak seimbang. Berikan tambahan cecair vitamin E setitis setiap 2 hari
sekali. Bulu akan tumbuh kembali. Jika diserang kutu hingga keadaan lemah, bulu gugur dan
membentuk petak (bahagian kulit tidak berbulu) di belakangnya. Hamster menggaru sebabkan
luka. Sembur ubat kutu.

Penjinakan Haiwan
Hamster baru tertekan dan tidak biasa dengan tangan manusia, akan menggigit. Jika tidak
dijinakkan, ia gelisah , takut manusia dan menghadapi masalah hingga mempunyai anak.
Hamster akan memakan anaknya apabila tuannya membersihkan
sangkar dan memegang anaknya. Sentuhan dan bau manusia diangap ancaman musuh
menyebabkan hamster melindungi anaknya dengan cara memakannya. Waktu paling sesuai
untuk jinakkan hamster ialah 7 hingga 10 malam iaitu ketika hamster sangat aktif.
Panduan menjinak hamster
1. Sediakan ruang cukup besar untuk hamster. Letakkan sangkar hamster dalam
kawasan ini dan buka pintu sangkar.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
21

2. Ramas serbuk kayu dalam sangkar untuk pindahkan baunya ke tangan. Jangan
memegang hamster jika baru saja memegang makanan kerana hamster mungkin
menggigit kerana menyangka ia adalah makanan.
3. Ketika hamster mula keluar dari sangkar dan berjalan, mulalah berlatih mengambilnya
dengan menggunakan kedua-dua tangan.
Untuk pertama kali, hamster akan panik, tetapi lama2 akan biasa. Ketika berlatih
memegang hamster, sebaiknya, tuannya dalam keadaan duduk. Ini untuk elakkan
hamster melompat dan jatuh pada jarak tinggi. Jangan ambil hamster dari atas kerana ia
akan menganggap sebagai serangan, ambil hamster dari bawah.
4. Masalah yang mungkin terjadi ialah hamster akan terbalik, menelentang,
mencakar dan memperlihatkan giginya. Jika hamster begitu, jangan pegangnya kerana
ia akan menggigit, biarkan hamster berasa santai dan selesa, kemudian cuba lagi cara
diatas perlahanlahan. Jika masih seperti ini, cuba pujuk dengan memberi kacang atau
buah. Usap belakangnya perlahan-lahan hingga dia merasa selesa untuk disentuh.
Biasanya hamster tidak berpusing untuk menggigit kerana lebh suka menggigit makanan
yang ada didepannya. Elakkan letak jari dihadapan mulutnya.
Panduan Menjinak Hamster - Perkara Boleh Dilakukan
Bercakap dengan suara lembut perlahan
Pergerakan perlahan sebelum dan semasa mengendali hamster
Basuh tangan sebelum mengendali hamster supaya bau kekal sama
Biarkan hamster mencium tangan supaya ia tahu siapa memasuki kawasannya.
Biarkan hamster bertenang jika ia ketakutan pada pertama kali.
Bersabar kerana hamster tidak akan menjadi jinak dalam satu hari.
Panduan Menjinak Hamster Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan
Melakukan kejutan kerana akan bertindak mempertahankan diri
Membuat bising, pendengaran hamster tajam
Menyebabkan hamster jatuh dari tempat tinggi.
Mengambil dan memegang hamster yang sedang tidur.

Bincangkan perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam
membantu menjinakkan hamster anda.








RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
22

TAJUK
6
PEMBIAKAN HAIWAN KESAYANGAN

1.1 Sinopsis
Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan
hiasan
1.2 Hasil Pembelajaran
1.2.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi
pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan
1.2.2 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan
kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting
1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan
aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang
diusahakan
1.3 Kerangka
Pemilihan Induk
Seekor hamster boleh melahirkan 1-20 ekor anak, jumlah yang paling biasa 6-10 ekor. Elakkan
penyilangan baka hamster yang menghasilkan baka kacukan.
Bagi induk betina pilih induk betina berusia antara 4 -11 bulan dengan bentuk tubuh dan
kesihatan yang baik. Jika bunting kurang dari usia 3 bulan, hamster betina berisiko melahirkan
anak lemah kerana pertumbuhan belum maksimum. Setelah berusia lebih daripada 12 bulan,
hamster betina tidak boleh bunting lagi. Namun begitu, ada kes hamster betina lebih 12 bulan
dibuntingkan, tetapi tidak lama kemudian ia sakit dan mati. Keadaan anak yang lahir lemah dan
mudah mati. Berbeza dengan hamster betina yang dibiakkan ketika berusia 4 bulan, hamster
jantan boleh dibiakkan ketika berusia 5 minggu. Kadangkala hamster jantan tidak tertarik
kepada hamster betina hingga berusia 3-4 bulan. Tempoh subur hamster jantan ialah 18 bulan.
Penentuan jantina induk

Induk Jantan



RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
23

Jantina hamster boleh ditentukan dengan jelas setelah ia matang.
Hamster jantan - tonjolan membulat kemerahan yang terletak berhampiran pangkal ekorya
(kantung zakar). Alat kelamin berada di atas bantalan zakar tersebut. Antara penis dan zakar
terdapat jarak yang semakin menjauh mengikut kadar usianya.


Induk Betina

Hamster betina -alat kelamin berdekatan dengan lubang anus, menyerupai sebuah garis kecil di
atas lubang anusnya.

Proses pengawanan
Tunggu sehingga dewasa. Umumnya bagi Syrian (5 bulan), Winter white (3 bulan) dan
Roborovski (8 bulan) Letakkan pasangan hamster yang telah dipilih di dalam satu wadah
penjodohan (sangkar).Terdapat kemungkinan hamster tersebut akan bergaduh. Jika berlaku,
asingkan selama satu hari kemudian letakkannya bersama semula.
Lakukan perkara yang sama jika masih bergaduh sehingga kedua-duanya dapat hidup
bersama aman dan damai. Tempoh mengawan hamster betina setiap 4 hari sekali.Hamster
betina biasanya boleh mengawan pada waktu malam sekitar 8 hingga waktu pagi. Untuk
mengetahui hamster telah bersedia untuk mengawan, ia akan menggaru belakangnya. Jika
hamster betina berdiri diam tidak bergerak dengan mengangkat ekornya ke atas dan matanya
separuh tertutup, ia beerti telah bersedia untuk mengawan.Semasa mengawan, biasanya betina
akan mengeluarkan bau bauan khas yang sangat kuat.Jantan akan mengikut di belakang betina
sambil menghidu mulut dan kepala betina.
Jika betina tidak menolak, mereka akan berdekatan dan saling menciumi bagian hidung
masing-masing. Jantan akan berada di belakang tubuh betina untuk beberapa saat dan
dilakukan berulang-ulang, proses perkahwinan akan berjalan
Setelah proses mengawan selesai, peringkat seterusnya adalah menunggu kelahiran
anakanak hamster. Setelah selesai proses persenyawaan, anak-anak hamster akan lahir dalam
tempoh lebih kurang 16 hari.


RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
24

Tempoh Bunting dan melahirkan anak
Induk bunting tidak terima hamster jantan. Ia menjadi garang dan agresif. Dalam masa 10 hari,
perut membesar dan puting susu keluar dan jelas merupakan tanda ketara hamster bunting.
Banyak terjadi di mana pemilik tidak sedar hamster bunting.Pisahkan dalam sangkar khusus .
Syria - 16 hari selepas mengawan
Winter white - 18-21 hari selepas mengawan
Roborovski - 23-30 hari selepas mengawan
Penjagaan induk bunting
Perilaku hamster bunting diperhatikan. Kuantiti makanan yang diperlukan meningkat.
Peningkatan berat badan, tubuh kelihatan gemuk, perut membulat. Menjadi lebih agresif.
Membentuk sarang. Putting susu menonjol. Perlukan penjagaan dengan elakkan sebarang
gangguan terhadap hamster. Pisahkan dengan pasangannya. Berikan makanan dan nutrisi
yang mencukupi. Membekalkan beddding yang tebal. Letakkan hamster diitempat yang
tenang.
Pengurusan ibu dan anak selepas kelahiran
Sebelum beranak hamster syria akan menekan otot perutnya 2-3 kali dan mendekatkan
tubuhnya ke dasar alas kandang. Tidak lama kemudian bayinya akan lahir satu per satu dengan
jarak sekitar 10 minit dari induk akan memakan setiap plasenta yang keluar. Bayi hamster lahir
dalam keadaan sudah bergigi. Hamster yang baru beranak dan anaknya tidak boleh diganggu.
Jika dilakukan, induk hamster tidak mahu lagi menyusui bayinya, bahkan memakan
habis anak anak yang baru dilahirkannya. Hal ini disebabkan adanya bau lain yang menempel di
tubuh anak hamster yang tersentuh tangan. Bagi Winter White & Roborovski, proses kelahiran
berlangsung dengan cepat dan jeda waktu kelahiran bayi hamster yang satu dengan yang lain
hanya beberapa saat. Induk winter white secara naluri langsung mengumpulkan anak-anaknya
di dalam sebuah cekungan yang telah dibuatnya. Biasanya, cekungan ini terletak di sudut
kandang.

Penjagaan anak hamster
Jangan memegang bayi hamster yang baru lahir,
Jangan memisahkan induk hamster dengan bayi-bayinya
Jangan terlalu sering melihat induk hamster tersebut
Berilah serbuk kertas atau kain agar bayi hamster tidak kedinginan.
Selama 2 minggu sejak kelahiran bayi hamster, jangan membersihkan kandangnya.


Senaraikan ciri-ciri yang sesuai bagi induk jantan dan betina hamster sebelum
pembiakan dapat dilakukan.


RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
25

TAJUK 7 Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan, Penyediaan Akuarium Dan Peralatan

7.1 Sinopsis
7.2 Hasil Pembelajaran
7.1.1 Menerangkan peralatan/kelengkapan dan bahan yang diperlukan untuk
pemeliharaan ikan hiasan.
7.1.2 Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan untuk
pemeliharaan ikan hiasan.
7.1.3 Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan.

7.3 Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini
Alatan Kelengkapan Dan Bahan
Akuarium/bekas
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti jenis
akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan),jenis ikan hiasan, bilangan ikan hiasan dan saiz ikan
hiasan.
Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan
para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan
pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis
berdasarkan:
i. saiz akuarium;
ii. bentuk akuarium;
iii. bahan buatan akuarium;dan
iv. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan.
a. Saiz akuarium.
Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar,
besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium
boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis
panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah
i. akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter),
ii. akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan
iii. akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter).
Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga
boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem
hutan kelp (kelp ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).
b. Bentuk akuarium.
Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di
Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu,
bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
26

segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium
berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal
aquarium), akuarium separa-silinder (semicylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical
aquarium) (Rajah A dan B).
Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia.
Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang
dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin
popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang
paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk
separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium
kubus berbentuk kubus sebagai namanya.

Rajah A dan B: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi
empat sama
(A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D)
separa silinder (E) dan silinder (F)



RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
27

c. Bahan buatan akuarium.
Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium:
i. akuarium kaca (glass aquarium); dan
ii. akuarium akrilik (acrylic aquarium).
Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam
silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di
samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama
lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan
menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium.
Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik
lebih kuat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam
berbagai bentuk.
Sistem Penapis
Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah C). Fungsi
utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan
partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa
makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini
merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria
dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air
menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi
paras tertentu menjadi racun kepada ikan).
Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem
penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik
seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan
kotoran partikulat dari akuarium. Penggunaan penapis undergravel filter membantu pembiakan
bakteria di bawah penapis yang akan menguraikan nitrit kepada nitrat untuk digunakan oleh
tumbuhan akuatik. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau
aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air.
Cara system penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem
penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke
dalam system penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam
akuarium.
Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus. Aksesori utama sistem
penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump), penapis (filter), paip plastik
termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan
(filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai
akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah
jenis terendam dalam air (submersible filtering pump).
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
28

Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis.
Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan.
Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil
kapas penapis (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik
seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam
penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah
bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi
pam penapis digerakkan.

Rajah C: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A),
penapis (B) dan kapas penapis, sejenis media penapisan (C).

Sistem Pengudaraan
Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air
apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori system
pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi
(Rajah D). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu
udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan
injapinjap akuarium (aquarium valves).
Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah
memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu
udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke
seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara
dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara.
Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara
yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium,
membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam
air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti
berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24
jam.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
29


Rajah D: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A),
batu udara (B) dan tiub udara (C).

Aksesori
Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat
berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium
tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:
i. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan;
ii. mempastikan pH air pada tahap optima;
iii. memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan
dapat dipam keluar daripada akuarium;
iv. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan
bersih; dan
v. lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai
sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.
Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat
sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium
ialah:
i. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium;
ii. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium;
iii. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium;
iv. iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan
v. v. pasir dan batua untuk lantai akurium.
Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang
pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun,
pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam
akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan
pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa
jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan
cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan
dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10
hingga 12 jam sehari.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
30

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk
fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai
lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu
untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak
tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi
perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar
umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik
untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya
mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu
yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.
Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang
cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah
akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat luxmeter boleh digunakan untuk
mengukur kuantiti cahaya dalam unit lux. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan
5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.
Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent
tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai
spectrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga
boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis tungsten dan halogen tidak begitu sesuai. Lampu
jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk
tumbuhan.

Rajah E: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan
akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).

Tumbuhan Akuatik
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan
mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan
akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari
perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan.
Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan
menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
31

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas
oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga
berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi
tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun
tumbuhan akuatik.
Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah
akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium
ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan
Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang
muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika
boleh digunakan.
Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar
Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor,
antaranya ialah:
(i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium,
(ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak,
(iii) tahap pencahayaan akuarium,
(iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan
(iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium.
Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang
digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut,
misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya.
Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan
tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan
spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya
pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.
Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium
dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan
lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.
Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam
sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak
dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air.
Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium.
a. Keperluan Bagi Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium
Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis
sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas
karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus
dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
32

hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium.
Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan
akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan
baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.
Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang
lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.
b. Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium
Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. Akuarium
berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik
daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh
membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana
sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan
tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.
c. Jenis-Jenis Tumbuhan Hiasan Akuarium
Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla
verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah
dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium.
Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1
memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran.

Jadual : Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium
Spesis
1. Anubias sp
2. Aponogeton sp
3. Azolla sp
4. Bacopa sp
5. Cabomba sp
6. Hydrocotyle sp
7. Hygrophila sp
8. Hydrilla verticiliata
9. Elodea sp
10 Althonanthera spp.
11 Lobelia spp.
12 Java fern
13 Sumatra fern
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
33


Cryptocoryne sp Vallisneria sp

Ludwigia sp Cabomba sp

Cuba anda fikirkan soalan dibawah ini
Senaraikan nama tumbuhan akuatik yang biasa terdapat di Malaysia

Cuba anda fikirkan soalan dibawah ini

1. Apakah tujuan memasukkan tumbuhan akuatik di dalam sebuah akuarium yang
telah diisi dengan ikan hiasan yang cantik.
2. Pengurusan akuarium perlu dilakukan dengan teliti dan berkala. Nyatakan
kepentingan pengurusan akuarium secara berkesan.
Cara Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium
1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.
2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam
akuarium
3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg
plastik.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
34


Rajah Memasukkan Ikan ke Dalam Akuarium
Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan Akuarium
a. Keamatan cahaya
Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh
akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang
hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna
badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikanikan ini sudah biasa dengan
beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan
memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan
yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan
lampu 10 hingga 12 jam sehari.
Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk
fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai
lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu
untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak
tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi
perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya.
Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya
yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya
akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang
terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.
b. Kadar cahaya
Kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) .Satu lokasi yang sesuai
ialah tempat yang mampu mendedahkan akuarium kepada keperluan cahaya yang mencukupi.
Bagi sebuah akuarium, punca cahaya adalah daripada Lampu akuarium yang dipasang. Ikan
hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan bergerak, mencari dan
melihat makanan serta melihat objek-objek lain dalam akuarium termasuk ikan lain. Bagi
akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama 10 -12 jam sehari
manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. Kadar cahaya
diukur menggunakan fotometer (photometer).

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
35

c. Suhu
Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit C. Bagi ikan hiasan tropika,
suhu air mesti berada pada julat 25C - 35C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan
sederhana pada julat 4C hingga 25C. Suhu boleh diukur menggunakan meter termometer.
Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan, penghadaman,
selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini cuma boleh berlaku pada
julat-julat suhu tertentu saja. Suhu juga mempengaruhi organisma hidup lain yang ada hubung
kait dengan ikan, misalnya bakteria, kulat, virus dan parasit dalam akuarium. Selain itu suhu
turut mempengaruhi parameter-parameter air yang lain.
Misalnya, semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut dalam air, oleh
itu suhu yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut. Ketahanan ikan terhadap
suhu bergantung kepada spesies atau jenis ikan.
d. Keselamatan
Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh menyebabkab
bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri. Kanak-kanak yang
menyebabkan akuarium tersebut pecah akan terdedah kepada kecederaan ( luka akibat
serpihan kaca ). Perbelanjaan yang telah dikeluarkan juga terbazir akibat akuarium yang pecah.
Bagi mengelakkan perkara yang tersebut berlaku, akuaris boleh meletakkan akuarium ditempat
yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Lokasi yang sesuai juga boleh menjamin
keselamatan akuarium dan manusia. Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu
menempatkan akuarium di dalam rumah atau akuarium di pasangkan sistem keselamatan yang
sesuai mengelakkan ikan tersebut dari dicuri.

Fikirkan pertimbangan bagi memilih lokasi menempatkan
akuarium anda.

TAJUK 8

Penyediaan, Pengurusan Dan Penjagaan Ikan Hiasan

8.1 Sinopsis
8.2 Hasil Pembelajaran
8.2.1 Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan untuk
pemeliharaan ikan hiasan.
8.2.2 Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan.

8.3 Kerangka
Penyediaan, Pengurusan Dan Penjagaan Ikan Hiasan


RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
36

Makanan
Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk
mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel.
Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut
yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.
a. Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
permakanannya.
Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan
pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam
dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat.
Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.
Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton.
Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat
anak.
Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak
sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah
ikan Lampam dan Tiger Barb.
Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan
reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah
menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivore ialah ikan Pelaga, Oscar,
dan cichlid.
b. Kumpulan Pemakanan Ikan Hiasan
Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering,
cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan
yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan
hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,
pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa
sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.
Makanan hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,
ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
37


Blood worm Ulat roti

Plankton Plankton
Makanan kering
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.
Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang
membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan
haiwan.

Pellet Emping





RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
38

c. Jenis makanan mengikut sepsis
Jenis makanan Jenis ikan
Makanan hidup dan makanan
basah
Tiger Barb, Discus, Guppy , Black Tetra

Makanan kering Pearl Gourami, Harlequin Rasbora,Bala Shark Silver
Marble Molly
Makanan rumusan Sunrise Platy,Angel,Tiger Barb, Brown Corydoras

Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium.
Tetapkan masa memberi makanan iaitu pagi, tengahari dan petang
Kawalan Kualiti Air
a. pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam
atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling
sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan
kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu
asidik.
b. Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26C hingga 27C. Suhu yang terlalu tinggi
atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26C
menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita
tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk
ikan hidup dengan baik.
c. Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari
proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem
tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada
kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk
tumbuhan akuatik di dalam akuarium.
Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh
tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).

Rajah Ikan Kurang Sihat
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
39

d. Rawatan air
Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan
kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat luar
biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit.
Antara tabiat luar biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan menggesel badan
pada objek keras, ikan muncul tercungap di permukaaan air, warna ikan pudar, ikan tidak mahu
makan, ikan tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif berenang), tanda-tanda
penyakit pada badan ikan dan sebagainya.
Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air, akuarium serta semua aksesori dan
ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air akuarium diganti dan langkah rawatan
penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu mahal, beli saja bekalan ikan baru untuk
menggantikan ikan berpenyakit.
Elakkan mengisi akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan lagi
timbunan bahan organik dari najis ikan dan sisa makanan.
Kawalan Bahan Buangan Toksik dan Makanan Ikan
Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Ikan yang kekurangan makanan dan
sentiasa lapar akan mengalami tekanan dan mudah dijangkiti penyakit. Beri makan sekurang-
kurangnya dua kali sehari, bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk
ikan.
Elakkan memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan
makanan yang diberi. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Elok sekali diperhatikan
waktu-waktu ikan makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan.
Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan
adalah mudah.
a. Penjagaan harian
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan
oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti
berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat ecederaan, berubah warna,
sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang
mati perlu dibuang.
Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
b. Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau
bahagian dari isipadu tangki.
Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin
tangki.
Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara
waktu.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
40

Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung
minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya
akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

Rajah Edaran Nitrogen Di Akuarium

Pembersihan Akuarium
Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan
secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang
penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan.
Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. Pasir di
dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan
bersih dan berwarna semula jadi. Jika pasir berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan
kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar, maka seluruh akuarium perlu dibersih dan
diganti air.
Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut,
lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi
dengan baik.
Kawalan Penyakit dan Membasmi Patogen
Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan
di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh system
akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat.
Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli
bagi menggantikan aksesori lama, terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam
fungsinya. Ikan berpenyakit boleh dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos
membeli bekalan ikan baru, maka lebih baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan
dengan ikan baru. Elakkan membeli ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan
ikan berpenyakit.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
41

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
i. Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
ii. Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa
lama.
iii. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

a. Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu
sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan
larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat
yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.



b. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian
yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan
seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan
larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang
dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.



c. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
42

disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami
stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat
tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.



Fikirkan jenis makanan yang sesuai bagi ikan guppy dan ikan bandaran yang ada
di akuarium anda.


Bincangkan pengurusan yang anda perlu lakukan bagi mempastikan ikan
peliharaan dalam akuarium anda sentiasa cergas dan sihat.



















RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
43

TAJUK 9 Teknologi Pembiakan Ikan Hiasan

9.1 Sinopsis
Modul ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti ikan hiasan jenis beranak,
membiakkan, mengasuh, memilih dan memasarkan ikan hiasan.
9.2 Hasil Pembelajaran
9.2.1 Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan.
9.2.2 Mengenal pasti spesies ikan hiasan jenis beranak dan bertelur.
9.2.3 Mengenal pasti jantina ikan dan memilih induk.
9.2.4 Menjalankan pembiakan ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail.
9.3 Kerangka Tajuk-Tajuk
Pembiakan Ikan Hiasan
Ikan membiak dengan cara bertelur atau beranak ikan bertelur dan telurnya menetas di dalam
air. Ada sesetengah ikan menjaga telurnya sehingga menetas dan sebahagiannya akan
meninggalkan telurnya tanpa penjagaan. Ikan beranak anak melahirkan anak yang sempurna
sifatnya dan dapat hidup dengan sendiri.
Pembiakan Secara Beranak
Famili Poeciliidae ; Ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail membiak secara beranak.
Proses pembiakan ikan-ikan ini tidaklah sukar. Ikan ini boleh dibiak dengan mudah di dalam
tangki, perlu ditambah dengan sedikit garam dapur untuk menggalakkan pengeluaran anak.
Anak-anak yang dilahirkan boleh hidup tanpa penjagaan yang rapi.


Sekiranya proses persenyawaan berlaku di dalam badan induk ikan sperma ikan jantan
dimasukkan ke dalam badan ikan betina melalui urogenital. Telur yang telah tersenyawa itu
disimpan dan berkembang membentuk anak lembaga di dalam badan ikan betina.
Anak ikan yang telah sempurna dan boleh berenang bebas akan dilahirkan. Ikan yang bersifat
seperti ini dikenali sebagai ikan jenis beranak.
Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan aliran darah induknya ia
dikenali sebagai viviparous. Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan
yolk sac ia dikenali sebagai ovoviviparous.
a. Perbezaan jantina
Dalam spesies ikan beranak sirip anal ikan jantan diubahsuai menjadi struktur yang digunakan
untuk memasukkan sperma ke dalam organ pembiakan ikan betina. Struktur ini dikenali sebagai
gonopodium. Kebiasaanya ikan jantan dibezakan dengan ikan betina dari perbezaan struktur ini.
b. Biologi pembiakan
Semasa mengawan ikan jantan akan memasukkan sperma ke dalam badan ikan betina melalui
gonopodium. Ikan betina menyimpan sperma di dalam struktur yang dikenali sebagai oviduct
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
44

sehingga beberapa bulan. Sebanyak 4 hingga 5 kali perindukan (brood) boleh dihasilkan dari
satu pengawanan. Sebanyak 20 hingga 200 ekor anak boleh dihasilkan setiap kali beranak.





c. Penyediaan Tempat Pembiakan
Untuk mendapat kejayaan pembiakan beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:
i. Mutu air dengan kadar pH sekitar 7.5
ii. Air baru dan bersih
iii. Induk yang matang dan tidak berpenyakit
iv. Saiz tangki lebih 30 x 30 x 30cm dengan isipadu air lebih daripada 20 liter.
v. Menyediakan sangkar pembiakan.
d. Tangki Pembiakan
Tangki pembiakan digunakan juga sebagai substrak mengumpul anak yang dihasilkan
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
45

dan tangki pembesaran. Anak ikan yang dihasilkan akan dipelihara di dalam tangki yang sama
sehingga boleh dipasarkan.
e. Menyediakan Sangkar Pembiakan
Semua ikan jenis beranak cenderung untuk bersifat kanibalistik iaitu memakan anak yang baru
dilahirkan. Untuk menjaga keselamatan anak-anak ikan yang baru dilahirkan dari menjadi
mangsa kepada induknya sendiri atau ikan lain, sangkar yang diperbuat daripada jaring netlon
atau sebarang kotak plastik yang mempunyai lubang yang membolehkan anak-anak ikan bebas
keluar perlu disediakan. Alat ini dikenali sebagai sangkar pembiakan. Ukuran sangkar adalah
berbeza-beza bergantung kepada kesesuaian tangki pembiakan yang digunakan.


Gambarajah menunjukkan kedudukan tangki dan sangkar pembiakan untuk
membiakkan ikan Molly, Guppy Platy dan Swordtail

Sangkar pembiakan digunakan untuk membiakkan Black Molly
Pembiakan secara bertelur
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
46

Ikan Barb, Rasbora, Tetra dan Anabantid membiak secara bertelur. Kelazimannya terdapat tiga
jenis telur iaitu jenis terapung, separa terapung dan melekat. Ikan bertelur lebih sukar dan rumit
untuk dibiakkan kerana memerlukan penjagaan rapi terutamanya di peringkat yolksac sehingga
berumur 3-5 hari, kerana rega masih lemah, sensitive terhadap penyakit dan perubahan
sekitaran. Tumbesarannya bergantung kepada kuning telur sahaja. Lain-lain ikan bertelur yang
dibiak secara meluas di negara ini adalah seperti berikut:-
Cyprinidae- Ikan Emas, Barb, Rasbora, Danio, Minnow dan
Labeo.
Characidae - Ikan Tetra dan Ikan Charachid.
Anabantidae- Jenis ikan yang bernafas di udara
Cichlidae - Ikan Cichlidae

Cyprinidae Characidae
Anabantidae Cichlidae
Ikan membiak melalui proses persenyawaan iaitu induk betina bertelur dan induk ikan
jantan mengeluarkan sperma. Proses persenyawaan ini pula berlaku sama ada di dalam badan
atau di luar badan induk ikan betina.
Pembiakan ikan Anabantidae (jenis-jenis penafas udara)
Kebanyakkan species Anabantid membuat sarang buih. Induk jantan membuat sarang dengan
membentuk gelembung udara pada akar tunbuhan yang terapung sebelum mengawan. Telur
tersenyawa dijaga oleh induk jantan sehingga menetas. Induk betina tidak berperanan menjaga
sarangnya. Sesetengah species Anabantid, seperti ikan pelaga siam (Betta Splendens) induk
betina perlu diasingkan selepas membiak kerana induk jantan akan mencederakan induk betina.
Terdapat juga spesies dimana induk betina mengeram telur di dalam mulutnya (mouth brooder)
seperti Sphaerichthys Osphomenoides (Cochlate Gourami) dan Betta pugnax atau membuat
sarang dari cebisan-cebisan tumbuhan air seperti ikan kaloi (Osphronemus gourami).
Ikan dalam kumpulan ini termasuklah ikan pelaga (Betta splendens), ikan sepat
(Trichogaster sp), ikan Lili (Colisa), ikan kaloi (Osphronemus gourami) dan ikan pelaga
china atau Paradise Fish (Macropdus opercularis).

Cari maklumat bagaimana ikan emas dapat dibiakkan di
tangki pembiakan.

Pembiakan Ikan Pelaga (Betta Splendens).
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
47

Betta splendens, nama saintifik yang diberikan
oleh Bleeker, diambil dari perkataan
Jawa iaitu Wader Bettah. Membuat sarang buih ketika membiak. Ikan jantan
mengawasi anaknya sehingga dapat hidup sendiri.
Ikan pelaga (Betta) sentiasa mendapat tempat dikalangan peminat ikan hiasan.
Trend semasa ialah mendapatkan jenis fancy untuk hiasan& dipertandingkan.
Seekor baka baru boleh mencapai harga ribuan ringgit
Langkah-langkah untuk membiak Betta
1. Pra pembiakan ( Conditioning )
Induk jantan dan betina diasingkan.Induk jantan dalam sebuah bekas dan betina dalam
akuarium secara komuniti.

Makanan utama seperti Moina sp, tubifex worm atau blood worm boleh diberikan.


2. Penyediaan tangki pembiakan
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
48

Tangki berukuran 12x10x10 adalah memadai.Tangki diisi air separuh penuh dengan air
paip&air hujan yang telah diheningkan.
Letakkan satu keratan paip PVC 6 untuk induk betina bersembunyi ketika induk
jantan sedang aggresif.
3. Mencampurkan induk
Induk jantan dimasukkan dalam tangki pembiakan. Bila ia telah membina sarang
buih, sudah sedia untuk membiak.
Induk betina dimasukkan dalam botol di dalam tangki pembiakan untuk merangsang
pembiakan ikan jantan.
4. Membuat sarang buih

Induk jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan
satu buih yang berbaur dgn mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih
bercantum membentuk segumpal sarang. Pada permulaan berlaku pergaduhan induk jantan &
betina. Bila kedua-dua induk sedia mengawan,ia akan berada dibawah sarang dan mulai
mengawan.
5. Pengawanan
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
49


Semasa mengawan, ikan jantan dan betina membelitkan badannya.
Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan
menghembuskan ke dalam sarang buih.
Buih yang rosak akan terus dibaikki oleh ikan jantan.
Proses ini berulang-ulang antara 1-1.5 jam.
6. Penjagaan telur
Sebaik sahaja selesai mengawan, induk betina dikeluarkan dari tangki pembiakan
dan dibuat rawatan. Induk jantan mengawasi telor sehingga menetas.
7. Penjagaan Fry
Telur menetas selepas 24-30 jam.Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya.
Selepas 3 hari fry akan mula berenangdan perlulah diberikan makanan. Makanan
terbaik ialah air hijau( green water ) yang boleh didapati dalam ternakan keli/tilapia.
Kaedah lain ialah makanan artemia yang baru menetas. Selepas 5 hari boleh
diberikan makanan rumusan berbentuk serbuk.
Fry berumur 7-10 hari dipindahkan ke tangki pemeliharaan dengan diberikan
makanan moina atau blood worm yang dicincang.
Tangki pemeliharaan tidak perlu pengudaraan.
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
67
8. Pengasingan/pembotolan
Setelah 3 bulan, jantan mulai agresif dan perlulah diasingkan secara individu di dalam
botol. Ikan betina dipelihara dalam akaurium secara komuniti.
Untuk penghasilan komersial pastikan ruang mencukupi dan bekas yang banyak untuk
menyimpan jantan.
a. Pengurusan Dan Pemilihan Induk
Induk ikan jantan dan betina perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum anak ikan matang
untuk mengelakkan dari pembiakan tidak terkawal (early pregnancy). Ini bagi
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
50

memastikan pembesaran yang baik untuk induk dan anak yang dihasilkan. Induk perlu
dipilih mengikut sifat-sifat tertentu yang dikehendaki. Ikan yang cacat dan warna badan
yang kurang menarik tidak dijadikan induk.
b. Pengurusan Dan Mengumpul Anak
Untuk penghasilan ikan secara komersial pembiakaan dijalankan dalam tangki simen
atau fiberglas yang besar (saiz tangki lebih kurang 10m x 10m). Ikan yang dihasilkan
dikutip dari masa ke semasa untuk mengelakkan kesesakan dan menggalakkan induk
untuk terus menghasilkan zuriat lain. Untuk mengelakkan pemangsaan ke atas anak
ikan yang baru dilahirkan tangki tersebut perlu dibubuh tumbuhan akuatik seperti keladi
bunting (Eichhornia crassipes) atau Hydrilla sp yang berfungsi sebagai tempat
persembunyian.
c. Mengasuh anak
Anak ikan yang dihasilkan boleh membesar di dalam tangki yang sama dan pindahkan
induk untuk pembiakan ke tangki lain. Untuk penghasilan secara komersial, anak ikan
yang dihasilkan perlu ditangguk dan dipindahkan ke dalam tangki lain atau kolam tanah.
Untuk menggalakkan pembesaran, anak ikan diberi makan Moina atau pelet dua kali
sehari. Setelah ikan berumur 3 hingga 4 bulan dan mencapai saiz yang sesuai ikan
boleh dipasarkan.

Moina yang baru dikumpulkan Moina di bawah mikroskop

Sista Artemia Artemia yang baru menetas
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
51


Artemia di bawah mikroskop Sista Artemia di dalam di dalam tin

d. Memilih, mengred dan membungkus ikan
Di dalam industri ikan hiasan proses memilih, mengred dan membungkus ikan merupakan
aspek yang sangat penting terutama bagi industri yang melibatkan urusniaga eksport.
e. Pemilihan ikan berkualiti
Proses memilih ikan yang berkualiti memerlukan kemahiran dan pengalaman dimana
hanya ikan berkualiti dan memenuhi mutu peminat ikan hiasan semasa yang akan dipilih untuk
dipasarkan sama ada di eksport atau dipasaran tempatan. Ikan-ikan yang kurang berkualiti
biasanya akan dipasarkan untuk kegunaan tempatan atau dieksport sebagai makanan ikan
karnivor.
Pemilihan ini dijalankan kepada dua peringkat iaitu semasa peringkat fry dan peringkat juvenil.
f. Pemilihan diperingkat Fry
Anak ikan yang telah berumur sekitar 2 hingga 3 minggu akan dipilih berdasarkan morfologi
yang menarik dan memenuhi mutu semasa. Ikan yang cacat atau yang tidak diperlukan akan
dihapuskan atau dijual dengan harga yang murah sebagai makanan ikan karnivor. Proses ini
biasanya dijalankan dalam industri pembenihan ikan Emas dan ikan Koi.
g. Pemilihan diperingkat juvenil
Ikan yang telah mencapai saiz maksimum akan dipilih sekali lagi berdasarkan morfologi yang
dikehendakki. Sekali lagi ikan yang kurang bermutu akan diasingkan dari ikan yang bermutu.
Ikan hiasan ini akan dipasarkan berdasarkan gred yang telah ditentukan. Proses ini biasanya
dijalankan dalam industri pengeluaran ikan Emas dan Koi.
h. Pemilihan berdasarkan jantina
Ikan jantan biasanya mempunyai warna yang lebih menarik dan berharga lebih mahal dari ikan
betina. Ikan betina pula biasanya kurang menarik. Ianya sama ada boleh dipasarkan dengan
harga yang murah untuk makanan ikan karnivor, dijadikan bakal induk atau dimusnahkan.
Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pengeluaran ikan Sepat, ikan Pelaga dan dwarf
gourami.
Ikan Guppy jantan mempunyai warna ekor yang lebih panjang dan berwarna-warna
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
52

sementara ikan betina tidak mempunayi warna yang menarik. Ikan jantan akan dipilih semasa
ikan masih diperingkat anak dan diasingkan dari induk betina. Ianya dibesarkan hingga boleh
dipasarkan. Di kalangan jantan ini juga akan terhasil baka atau strain yang pelbagai dan perlu
pemilihan seterusnya. Ikan betina akan dijual dengan harga yang murah untuk makanan ikan.
i. Pemilihan berdasarkan variety
Dalam sesetengah jenis ikan pembiakan akan menghasilkan lebih dari satu jenis strain
atau variety ikan. Ini adalah disebabkan ikan yang dibiakkan itu bukan merupakan baka tulin.
Gen resesif yang dibawa dalam induk akan dimanifestasikan dalam generasi anaknya.
Fenomena ini biasa ditemuai dalam pembiakan ikan Diskus, Pelaga, Tiger
Barb, Ruby Barb, Flower Horn dan lain-lain. Pemilihan yang teliti adalah sangat
diperlukan. Kerja ini adalah rumit, memerlukan kecekapan, pegalaman dan memerlukan masa
yang panjang. Jenis-jenis ikan ini akan dipasarkan dengan harga yang berbezabeza
berdasarkan mutu dan permintaan pasaran semasa.
j. Pemilihan berdasarkan kelainan
Keuntungan yang lumayan mungkin akan diperolehi oleh pembiak ikan yang dapat ciri unik
seperti albino, kecacatan tulang belakang atau bentuk kepada mungkin dapat menarik perhatian
peminat ikan hiasan ganjil yang menawarkan harga ribuan ringgit bagi seekor ikan Contohnya
ialah ikan Arowana Albino, Arowana berkepala dua, Flower Horn atau Oskar yang yang
mempunyai corak warna tertentu pada padanya dan lainlain.
k. Pemilihan berdasarkan warna
Warna memainkan peranan penting dalam menentukan mutu ikan hiasan yang akan
dipasarkan. Warna yang paling menarik mendapat harga pasaran tinggi. Dalam industry
penghasilan benih ikan Arowana secara besar-besaran faktor ini sangat diambil berat untuk
memastikan anak ikan yang dihasilkan mempunyai mutu warna yang menarik.
Induk yang dipilih untuk pembiakan adalah dikalangan gred terbaik. Pembiak ikan
mengharapkan anak yang dihasilkan dari induk bermutu ini akan diwariskan ke generasi
seterusnya. Dalam industri pembenihan ikan Koi juga biasanya pembiak ikan akan cuba
memperolehi induk yang telah memenangi pertandingan. Pertandingan ini biasanya dijalankan
di negara Jepun.
Sebagai contoh ikan Arowana Merah dan Arowana Emas yang dihasilkan secara pembiakan
semula jadi di dalam kurungan akan menghasilkan pelbagai gred anak
walaupun induk yang digunakan dari jenis yang terbaik.
l. Asas penggredan ikan hiasan
Saiz ikan merupakan kriteria penting dalam penggredan ikan. Untuk tujuan eksport saiz ikan
perlu diambil kira memandangkan kos pengangkutan adalah tinggi. Oleh kerana itu saiz ikan
yang kecil lebih sesuai sesuai dan ekonomik.
Penggredan berdasarkan 3 saiz iatu saiz kecil (S) , sederhana (M) dan besar (L). Gred
S dibahagikan lagi kepada double S (SS) dan gred L dibahagikan lagi kepada double L (LL).
Sebenarnya penggredan ikan ini adalah sangat subjektif dan lebih dipengaruhi
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
53

kepada kecenderungan penternak itu sendiri tanpa adanya panduan piawai yang boleh
digunakan sebagai rujukan.
Saiz S biasanya digunakan untuk anak-anak ikan yang masih kecil atau saiz ikan itu
sendiri adalah kecil. Saiz M merujuk kepada saiz ikan yang masih di peringkat remaja
(juvenile). Saiz L pula digunakan kepada ikan yang telah dewasa atau matang.
Penggredan ini akan menjadi sangat penting sekiranya pembeli dari luar negara atau tempatan
menetapkan spesifikasi tertentu untu membeli. Biasanya ikan yang
mempunyai gred L dan mempunyai kualiti terbaik (A) berharga mahal berbanding ikan bersaiz S
dan tidak mempunyai kualiti.




m. Penggredan Ikan Hiasan


Tangki fiberglas yang dipasang kotak
dan jaring untuk mengasingkan ikan
pelbagai saiz


Tangki simen dan tangguk juga
digunakan untuk mengred ikan hiasan



Mengred ikan hiasan perlu dilakukan
dengan teliti


Pekerja sedang melakukan penggredan

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
54



Mangkuk kecil digunakan untuk memilih
ikan


Ikan yang telah digredkan, dibungkus
untuk dipasarkan

TAJUK 10 Penerapan Unsur Pedagogi

10.1 Sinopsis
Modul ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti tujuan, prinsip, kekuatan dan
kelmahan serta cara perlaksanaan pengajaran secara kumpulan.
10.2 Hasil Pembelajaran
` 10.2.1 Menerangkan tujuan dan prinsip pengajaran secara kumpulan.
10.2.2 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran secara
kumpulan.
10..2.3 Mengenal pasti cara melaksanakan pengajaran secara kumpulan.
10.3 Kerangka Tajuk-Tajuk
Pengajaran Pasukan Atau Secara Kumpulan
Pengajaran berpasukan adalah satu pendekatan untuk menjayakan program di mana dua atau
lebih pendidik berkongsi tanggungjawab pengajaran dalam persekitaran bilik darjah. Kedua-dua
guru berinteraksi dengan semua kanak-kanak pada masa yang berlainan. Pengajaran
berpasukan memanfaatkan anak murid dengan mewujudkan semangat kekitaan untuk
kumpulan yang lebih besar sementara masih mengekalkan keperibadian, membolehkan
pembangunan persahabatan yang lebih besar, menyediakan lebih banyak model rakan sebaya,
membolehkan guru-guru untuk bekerja dengan lebih bebas dengan anak murid. Ini
menyediakan anak murid dengan dua orang guru yang mempunyai gaya dan kepakaran untuk
mendapat manfaat daripadanya dan membolehkan guru-guru untuk merancang program
kurikulum yang lebih ketat. Cabaran guru berhadapan dengan pengajaran berpasukan mungkin
termasuk membina kepercayaan dan komitmen antara satu sama lain dan keperluan yang lebih
besar untuk bersama merancang operasi dan usaha sama. Ia juga boleh menjadi sukar untuk
dilaksanakan dengan jayanya jika sokongan pentadbiran dan penjadualan tidak
dipertimbangkan dengan teliti. Pentadbir perlu membantu kakitangan merancang jadual dan
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
55

perancangan masa, memberikan sokongan guru tambahan di dalam kelas, menetapkan
jangkaan pelajar dan menilai model tersebut dengan guru-guru, pelajar dan ibu bapa. Pelarasan
dibuat untuk memenuhi keperluan anak murid di dalam kelas yang terbaik.
Keperluan Pengajaran Pasukan
Keperluan individu pelajar boleh dipenuhi dengan lebih mudah dan berkesan dengan dua orang
dewasa dalam bilik bekerja dengan pelbagai keperluan anak murid. Guru memerhati,
berbincang dan merangka program terbaik sesuai untuk anak murid. Ia juga merendahkan
nisbah pelajar / guru dan memperluaskan kepakaran profesional guru-guru. Pengajaran
berpasukan juga merendahkan perbezaan antara jangkaan kurikulum. Ini akhirnya memberi
manfaat kepada kemajuan pembangunan anak murid. Mempunyai lebih kanak-kanak untuk
dipilih untuk bekerja dengan juga membolehkan mereka berasa lebih dijalinkan kepada
rakanrakan mereka, membangunkan rangkaian persahabatan yang lebih mendalam dengan
orang lain yang berkeupayaan sama.
Tidak ada satu saiz untuk semua model pengajaran pasukan. Apa kerja-kerja pada satu-satu
sekolah mungkin tidak relevan untuk keperluan anak murid. Walaupun kita boleh melawat
sekolah-sekolah lain, membaca dan mematuhi amalan terbaik pengajaran berpasukan, guru
benar-benar perlu bekerja dengan diri sendiri dan anak murid untuk membangunkan amalan
terbaik yang memberi manfaat kepada kita semua. Model ini akan memberikan hasil yang lebih
baik untuk kanak-kanak melalui keterlibatan secara aktif dalam pembelajaran mereka dan
berasa djalinkan antara satu sama lain.
Bagaimana Pasukan Kerja Mengajar
Terdapat beberapa model pengajaran yang berbeza pasukan dan lebih daripada satu model
boleh dijalankan:
Seorang guru memberi arahan pada seluruh kelas manakala yang lain bekerja dengan
seorang kanak-kanak, atau bekerja dengan kumpulan fokus kecil. Kumpulan fokus kecil boleh
dibuat pengayaan, pengajaran sebelum, pengajaran semula, kumpulan berkepentingan,
projekprojek khas, sokongan tambahan atau taksiran.
Seorang guru bekerja dengan kumpulan fokus kecil, yang lain keliling dan menyediakan
persidangan dengan kanak-kanak.
Kelas dibahagikan pada separuh dengan kedua-dua guru yang mengajar pelajaran yang sama
pada masa yang sama.
Kedua-dua guru menyampaikan arahan yang sama pada masa yang sama untuk kedua-dua
kumpulan.
Guru membahagikan kandungan pengajaran kepada beberapa segmen dan membentangkan
kandungan dalam dua atau lebih stesen berasingan di seluruh kelas. Guru-guru bekerja dengan
satu kumpulan kanak-kanak dan kemudian beralih kumpulan.


Keadaan Kelas
RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan
56

Guru tidak akan berfungsi dalam persekitaran yang tidak kondusif untuk pembelajaran. Anak
murid perlu sentiasa terlibat secara aktif dalam kognitif, pembelajaran emosi dan sosial mereka.
Guru sentiasa mengarahkan pelajar untuk belajar dalam tahap yang boleh diterima. Perubahan
ini bergantung kepada aktiviti dan objektif tugas. Sebagai contoh semasa aktiviti celik huruf, di
mana kita menggalakkan anak murid untuk mengamalkan perkembangan bahasa lisan mereka
ini akan mempunyai unsur 'bising' daripada aktiviti penulisan bebas. Guru juga menggunakan
pelbagai alat dan strategi untuk melatih anak murid untuk bekerjasama dalam tahap bunyi bising
yang boleh diterima.
Adakah Terdapat Anak Murd 'Hilang' Di Dalam Kelas
Seperti mana-mana kelas yang baru, kanak-kanak individu mungkin mengambil masa lebih
peralihan daripada yang lain. Jika terdapat anak murid berasa terharu, kita perlu berkomunikasi
dengan guru anak anak kita dengan segera, supaya kita dapat mengenal pasti cara-cara untuk
membantu murid-murid tersebut. Secara amnya, kita mendapati bahawa kanak-kanak pada
mulanya amat teruja dengan reka bentuk bilik darjah, tetapi tidak lama kemudian dapat
menyesuaikan diri dengan cepat kepada organisasi bilik dan sumber yang diperuntukkan.
Bagi pelajar mereka dapat bekerjasama dan keadaan saiz bilik memudahkan untuk bergerak
dan meletakkan banyak barang kerja. Jika kita memerlukan bantuan terdapat banyak orang atau
guru yang berbeza untuk meminta pertolongan. Dua kawasan kelas berasingan adalah baik
untuk menunjukkan dan memberitahu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dua guru yang mempunyai gaya dan perspektif yang berbeza membantu lebih ramai pelajar
untuk berinteraksi dengan rakan-rakan. Adalah hebat untuk guru belajar antara satu sama lain
dan sentiasa mencerminkan amalan kita. Guru lebih mampu untuk menangani isu-isu di tempat
kejadian seperti; waktu makan tengahari / persahabatan, tanpa mengganggu seluruh kelas.
Pelajar yang terlibat dalam pembelajaran membantu antara satu sama lain untuk belajar.

Fikirkan faedah pengajaran berpasangan yang sering
dijalankan oleh pelatih semasa menjalankan sesi praktikum
disekolah.

You might also like