You are on page 1of 14

Pentaksiran Berbantukan Komputer

Disediakan oleh :
1.Lee Siang Jin
2.Tiong King Mooi
3.Wong Yin Foog
Konsep Pentaksiran

1.Pentaksiran ialah satu proses
mendapatkan maklumat
dan seterusnya membuat
penghakiman tentang
produk sesuatu proses pendidikan.

2.Dalam konteks pendidikan,
pentaksiran merupakan satu episod
dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod,memberi skor
dan menginterpretasi maklumat
tentanghasil pembelajaran
seseorang pelajar bagi tujuan
tertentu.


3.Proses:

Langkah / tindakan / operasi
yang digunakan untuk
mendapatkan hasil yang
dikehendaki.

4.Maklumat
Bukti tentang prestasi pelajar
dalam sesuatu perkara yang
ditaksir.
5.Penghakiman:
Proses pertimbangan tentang
pencapaian pendidikan pelajar.
6.Produk:
Pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang pelajar peroleh setelah melalui
proses pendidikan

7. Tujuan Pentaksiran:

Proses mendapatkan gambaran
tentangprestasi seseorang dalam
pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa
pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan
tentang pengajaran dan pembelajaran

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
Merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun
Pentaksiran Berbantukan Komputer
1.Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat
dapat di wujud dengan pertalian antara:
a) Kurikulum
b) Pedagogi
c) Pentaksiran

2.Kurikulum TM digubal dalam konteks P & P bestari
dan disokong oleh pentaksiran berasaskan kriteria.
3.Pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan
haluan dan kemajuan pembelajaran.
4.Pentaksiran berasaskan sekolah membolehkan
pelajar:
a) Mengukur tahap penguasaan pengetahuan
b) Mengukur tahap penguasaan kemahiran
c) Sikap.

5.Pentaksiran berasaskan sekolah
dilaksanakan dengan tujuan
membolehkan pelajar memperbaiki
pencapaian sendiri.
6.Penggunaan komputer dalam pengujian
bermula sejak tahun 1905 yang dikenali
sebagai computer adaptive testing(CAI).
7. Adaptive testing(CAI) terdiri daripada
item yang dipilih daripada bank soalan.
8.Item yang dipilih sesuai dengan
kebolehan murid.
9.Ujian yang digubal bagi memenuhi keperluan
guru bagi mengetahui tahap pencapaian
sesorang murid.

10.Soalan yang digubal atau dibina kadang-
kadang terlalu sukar atau terlalu umum,
tetapi ia berbeza dengan ujian adaptif
seperti ujian diagnostik dengan penggunaan
kemudahan komputer dalam pengujian
memudahkan pentadbiran sesuatu ujian.

11.Ia membantu guru dalam mempercepatkan
proses penyemakan skrip jawapan murid
khususnya bagi soalan aneka pilihan yang
menggunakan borang OMR.

12.Penggunaan komputer dalam pengujian
dan penilaian juga boleh dilaksanakan
dalam tugas seperti:

a) Mengira
b) Melapor
c) Membuat keputusan tentang pencapaian
murid.
d)Membantu guru dalam kerja-kerja
menilai murid termasuk:
i. aspek penggubalan item
ii.percetakan instrumen pengujian
iii.merekod
iv.menganalisis data skor murid.


13.Beberapa langkah perlu dilakukan dalam
Proses penilaian seperti berikut:
a)Pengurusan Komunikasi:
i. Antara guru dan murid
ii. Sesama murid
iii. Sesama guru
iv. Antara guru dan pentadbir
b)Pengurusan rekod Pelajar:
i.Skor ujian
ii.Laporan kehadiran
iii.Laporan kemajuan
c)Pengurusan proses pembelajaran
i. Organisasi mata pelajaran
ii. Maklumat tugasan
Sekianlah ,
Terima Kasih

You might also like