You are on page 1of 6

Guru dan Dakwah : Kerja Besar Untuk Perubahan Besar

Oktober 1, 2013 oleh azizeehasan


Mukadimah
Kebangkitan atau kemunduran suatu ummah menggambarkan mampu atau tidak ummah
merancang pendidikannya. Pendidikan yang baik melahirkan generasi yang berkualiti. Sirah
menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menumpukan kepada generasi muda. Ini kerana mereka
merupakan Jil Tahgyir yang mampu membawa perubahan yang besar.Ini juga menunjukkan bahawa
dakwah baginda berorientasikan masa hadapan. Malah seluruh ideologi dominan di dunia ini
memilih kelompok muda terutama para pelajar sebagai sasaran mereka.
Imam al-Bana pernah menyatakan : Oleh kerana itu, sejak dahulu hingga sekarang, generasi
muda merupakan pilar kebangkitan, pemuda adalah rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah,
pemuda adalah pengibar panjinya.
Islam melihat generasi muda sebagai penyambung zuriat umat beriman . [15:21]
dan orang-orang yang beriman dan yang yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam
keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka dan kami tidak mengurangi
sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang mereka
kerjakan..
Profesion perguruan terlibat secara langsung dengan tugas berorientasikan masa hadapan dalam
ertikata melaksanakan tugas dakwah dan perkaderan. Justeru itu guru merupakan pendakwah yang
bertindak sebagai muallim,murobbi, muwajjih, mursyid, daie dan qaid.
Guru dan Dakwah
Allah memuliakan dan mengangkat martabat manusia dengan usaha dakwah yang dilakukannya.
Guru adalah pelaksana kerja mulia ini. Kerja memberikan tauiyah [kesedaran] kepada para pelajar di
samping berusaha membentuk rakaiz islamiah [ binaan Islam ].
Bukankan allah menyatakan di dalam al-Quran :
siapakah yang paling terbaik amalannya dari mereka yang menyeru ke jalan allah serta
melakaukn amal solih, lantas menyebut , aku dari kalangan orang-orang yang mempasrahkan diri
kepadaNya.. [ Fussilat :33]
Nabi SAW menyebut :
dengan sebab usaha kamu seorang mendapat hidayah, maka itu lebih baik dari unta merah..
[Riwayat Muslim]
orang yang menunjukkan jalan kebaikan maka baginya balasan pahala selagi mana orang itu
masih melakukan kebaikan...
Memilih untuk menjadi guru bererti memilih untuk terlibat secara luas di dalam usaha tajmik dan
mengkaderisasi pelajar untuk menjadi penyambung risalah dakwah kita. Bahkan mereka akan
menjadi agen perubah kepada perubahan umat. Oleh itu bidang perguruan merupakan bidang
paling efektif di dalam medan amal dakwah dan amal tarbiyah di mana kita dapat menumbuh kader
baharu bahkan merealisasikan matlamat melahirkan pewaris dakwah pada masa hadapan.
Potret anak-anak kita hari ini..
Anak-anak kita hari ini tumbuh membesar dalam cengkaman budaya hedonistik yang bermahajalela,
tenggelam dalam lautan nafsu syahwat yang buas. Benih yang lahir dari sulbi ummah ini adalah
benih yang lemah, hilang jati diri, mandul budi pekerti sehingga mereka di seret jauh dari panduan
dan bimbingan ilahi.
Anak-anak hari ini adalah anak-anak yang mengkagumi budaya negeri matahari terbit, terpesona
dan terkesima dengan sogokan pemikiran amerikanisasi. Lihatlah gelagat dan perilaku mereka,
sekerat muslim sekerat sekular. Seolah-oleh, dunia tanpa sempadan ini, alaf gajet dan millinium
adalah tuhan baharu di dalam kehidupan mereka. Hedonistik dan materialistik menjadi berhala
sembahan mereka dek kerana ketempangan daya tahan diri lantaran serangan liberalisasi dan
sekularisasi.
Yang menjadi kegilaan mereka adalah para artis dan aktor filem. Yang mengisi kekosongan mereka
adalah superstar bolasepak dan anak-anak muda liberalis. Mereka terheret ke lembah kehancuran
dan kemusnahan yang bakal memusnahkan tamadan umat dan bangsa ini. Mereka generasi yang
hidup tanpa agenda. Kehidupan mereka diwarnai dengan Valentine Day, ketagihan dadah, seks
bebas dan juga siulan muzik yang entah dari mana asalnya. Begitulah potret anak-anak generasi kita.
Ya..disinilah kita para guru wajib menginsafi tugas dan peranan besar kita untuk mengeluarkan
generasi ini dari lembah kebinasan kepada lembah kemuliaan yang mengangkat harakat mereka.
Bukankan allah menyatakan..sesungguhnya kami telah memulia dan menghebatkan anak-anak
Adam...Kemuliaan atau karamatul insan yang sehingga mereka mengerti peranan mereka sebagai
bangsa dan umat yang memiliki risalah untuk memimpin perubahan besar ini..mereka adalah
khalifah allah yang akan dipersoal di hadapan allah nanti . Termasuk kita juga selaku para guru yang
akan ditanya terhadap tugas dan akauntabiliti sebagai pembawa risalah. dan allah pasti akan
bertanya tentang nikmat yang telah diberikan kepada kamu... Nikmat sebagai seorang guru,
penunjuk hidayah pemikul risalah dan daie ilalah.
Sementalahan itu, kelalaian kita dengan tugas-tugas besar ini menjadi penyebab datangnya azab
Allah SWT yang merata.
Bagaimana memulakan dakwah di sekolah..?
Sebelum memulakan usaha dakwah dan tajmik di sekolah, seorang guru perlu memahami waqi
[realiti] sekolah dan seterusnya mewujudkan jambatan atau hubungan langsung dengan pihak di
sekolah. Antaranya :
Pihak pentadbir terutama Pengetua dan PK HEM.
Guru-guru dan ustaz-ustaz.
Warden-warden
PIBG
Ibu bapa
Pimpinan pelajar
Jaga
Macam mana
Beri salam dan bertaaruf dengan mereka. Bertaaruflah dengan mereka bersungguh-sungguh
dan penuh sopan. Al-Bana berkata : asas dakwah kita adalah taaruf... dakwah kita
adalah dibina atas kasih sayang dan dengannya kita membuka pintu-pintu hati
manusia...
Ambil masa menziarahi mereka terutama di sempena-sempena tertentu. Lebih baik jika
anda menjadi warden kerapkanlah menzirahi mereka waktu sakit, waktu cuti dan
sebagainya.
Beri hadiah dan buah tangan. Ajaklah mereka hadir ke rumah anda.
Buat aktiviti yang mengikat hati dan dikenang budi seperti gotong royong, kelas tambahan,
hadir memberikan kuliah di surau sekolah, tuisyen percuma, sediakan bank solan di samping
qudwah seorang guru daie.
Jaga penampilan diri, jaga percakapan dan pergaulan diri, buang tanggapan negatif terhadap
kita samada dari pihak pentadbir, guru-guru dan para pelajar.
Sentiasa bergaul dengan pelajar samada di surau dan padang sekolah. Riadah dan main
bersama mereka. Ringan tangan membantu dan menyelesaikan masalah mereka.
Jadikan diri kita idola pelajar
Siapakah guru idolaku ?
Kaedah menyatakan al-qudwah qobla dakwah. Menunjukkan teladan yang baik dahulu sebelum
mengajak kepada fikroh kita. Dakwah melalui contoh teladan adalah dakwah yang lebih efektif dan
mampu mempengaruhi para pelajar. Antara sifat yang perlu ada pada seorang guru :
Sentiasa senyum dan bermanis muka.
Ambil berat tentang pelajar
Hebat dan bersungguh-sungguh di dalam mengajar dan mendidik
Memuji allah
Panggil nama pelajar yang paling disukai
Senang didekati
Solat bersama pelajar
Belanja makan pelajar
Ziarah pelajar ketika sakit dan waktu cuti persekolahan
Sabar dengan kerenah pelajar
Selalu beri motivasi kepada pelajar
Tegas dan adil kepada pelajar
Suka menolong pelajar
Gunakan bahasa yang lembut..
Nasihat yang ringkas dan berkualiti..bukan berleter
Memberi hadiah dan ucap tahniah kepada pelajar serta pujian
Ajak rehlah dan jaulah dengan pelajar
Hasilnya pelajar mudah mendekati kita dan mereka lebih thiqah [percaya] kepada kita.
Buka Lembaran zaman sebagai pelajar
Saya tidak suka nasihat yang berjela-jelajangan berleter..
Sebagai guru, berilah nasihat yang ringkas dan padat. Mereka akan menanti nasihat tersebut dan
tertanya-tanya bila lagi. Berilah nasihat secara personal, jangan aibkan mereka di khalayak ramai.
Kalau ingin memberi tazkirah..bawalah kisah-kisah dan cerita-cerita kerana ia lebih disukai pelajar.
Saya anak kampung..petang-petang berkayuh basikal, pergi ke sawah masa sekolah
menengah ustaz selalu ajak mendaki gunung..pergi ke tempat-tempat rekreasi
Guru perlu kreatif rancang aktiviti. Pelajar suka aktiviti-aktiviti lasak dan kegiatan rekreasi. Mereka
rasa jemu duduk di dalam kelas. Bawalah mereka ke program
jaulah..rehlah..perkhemahanmendaki gunung..di tepian pantai dan sebagainya.
Saya johan pertandingan hafazan al-Quran..
Guru perlu bimbing dan latih pelajar..pelajar akan lebih menghargai dan mengingati guru yang telah
melatihnya menjadi juara atau pemenang. Ia adalah satu wasilah mendekatkan guru dengan pelajar
semasa latihan dan pertandingan
Saya menjadi ketua pengawas di sekolah dan pernah mendapat tokoh pelajar sekolah
dan daerah..
Kalangan pelajar ada yang bersifat unta merah..pilih dan beri perhatian kepada mereka ini..buatlah
DF dengan mereka..hampiri dan dekati serta follow up selalu..carilah yang ada sifat berani dan
cerdik..mereka ini bakal menjadi tokoh dan pemimpin umat pada masa akan datang..
Saya jadi Setiausaha Persatuan Pelajar Islam dan JK Kem Kepimpinan Islam
Kebanyakkan program guru yang merancang, kami hanya mengikut. Program tidak datang dari buah
fikiran pelajar. Kita sebagai guru sepatutnya bertindak sebagai coach, pelajar yang merancang dan
mengendalikannya. Ini akan menjadikannya cepat faham amal dakwah dan tarbiyah. Berilah taujih
agar dia menggerak dan merancang dakwah di sekolah.
Melahir Kader Dakwah Sekolah
Dakwah tidak akan berjaya tanpa diikuti dengan tarbiyah. Tugas guru setelah mengadakan program-
program umum ialah menyediakan program yang mampu membentuk diri mereka menjadi kader
dakwah sekolah.
Pelajar yang sudah kita dekati ini dan ada kecintaan pada islam perlu dikumpulkan di dalam satu
halaqah dan diberikan taujih tarbawi secara khusus. Mereka akan menjadi batu bata kepada dakwah
di tempat mereka di samping pembantu kepada kita di dalam membawa fikrah yang jelas ini.
Mereka akan menjadi agen dakwah kerana rakan-rakan mereka kerana mereka lebih kenal dan
senang didekati.
Dakwah pelajar kepada pelajar untuk pelajar
Membeningkan [melembutkan] hati
Dakwah kita adalah dakwah hati nurani. Kita sebagai daie wajib menghidupkan hati kita sebelum
melunakkan hati orang lain. Rasulullah SAW membuat perumpamaan :
Perumpamaan orang yang selalu berzikir mengingati Allah dengan orang-orang yang tidak
mengingatinya adalah seperti yang hidup dan yang mati.. [ H.R Bukhari].
Wahai guru ..sang murobbi..beningkan hati anda dengan zikir, ibadah wajib, ibadah sunnah dan
tinggalkanlah dosa-dosa. Ingatlah ketika Allah dekat dengan kita, maka hati kita menjadi bersinar,
kilauannya memikat jiwa manusia lain, lisan kita berkesan, kelopak mata kita menyejukkan, akhlah
kita menenangkan dan dakwah kita akan mudah didengari dan disahut.
Katakan dengan CINTA..
Maka, katakanlah dengan cinta pada anak-anak murid yang berada di tangan kita. Zahirkan ekspresi
cinta yang tulus dari hati yang bersih. Cinta yang tulus itu lahir dari raut muka dalam ekspresi wajah
yang manis, simpati dan respon positif terhadap madu-madu kita.
Wajah yang senyum dan cerah terasa menyejukkan dan menarik untuk didekati oleh para pelajar
serta mudah untuk dijadikan teman.Guru ini adalah mujahid fi sabilillah. Terkamir dari raut wajah
keseriusannya menanggung beban perjuangan. Getaran keimanannya mampu menggetarkan hati-
hati di sekelilingnya.
Ya..ada kata-kata para ulama silam.. faqidus syai la yuti- orang yang tidak memiliki apa-apa tidak
akan mampu memberi. Dakwah ini adalah dakwah yang robbanijadilah guru yang robbani. Tidak
ada jalan bagi menjayakan dakwah ini melainkan dengan pengalaman. Pengalaman yang diiringi
dorongan imani serta kepelbagaian kemahiran akan menjayakan tugas besar ini.Guru sebenarnya
adalah insan yang faham dan tahu ilmu berkaitan kejiwaan para pelajar. [al-khibroh bin nufus].
Akhirnya antara nikmat berdakwah ini ialah perasaan bahagia apabila fikrah yang kita dokong ini
dinikmati oleh pelajar yang kita tajmik. Alangkah bahagianya hati seorang guru apabila diketahui
pelajar yang bersamanya menyambung ke universiti menjadi aktivis dakwah, kemudian membentuk
rumahtangga islami. Lebih bahagia lagi mereka sekarang menjadi penggerak dakwah di mana-mana
tempat mereka berada. Alhamdulillah ia adalah nikmat kurnian allah yang tidak terhingga atas
barokah dakwah dan tarbiyah.
Guru Kerja Besar Untuk Perubahan Besar
Tugas dan amanah kependidikan ini berat dan sukar. Sejarah telah merakam bahawa disebalik
kegemilangan ketamadunan sesuatu bangsa dan umat terletak dibahu para guru. Meneliti kejayaan
tamadun Islam bermula dari Era Nubuwwah , Era Khulafak sehingga ke puncak peradaban di zaman
Abbasiyyah, maka mereka yang mewarnai dan mencorak kekuatan umat adalah para ilmuwan dan
intelektual Islam yang bergelar sebagai seorang guru.
Kehebatan para pemimpin Islam dahulu juga ditunjangi oleh para guru yang mursyid, yang bertindak
sebagai seorang murobbi, muallim, muaddib dalam kerangka melanjut dan melangsung kepimpinan
umat Islam. Yang menghebatkan para sahabat r.a adalah Rasulullah SAW selaku rasul dan murobbi
agung, yang menghebatkan Khalifah Umar Abdul Aziz dan Khalifah Harun Ar-Rashid ialah guru yang
bernama Imam Malik b. Anas, yang menghebatkan Sultan Solahuddin Al-Ayyubi ialah Bahauddin
bin Shaddad dan yang menghebatkan Sultan Muhammad Al-Fateh, gurunya bernama Syeikh Agha
Shamsuddin. Kata Sultan Muhammad al-Fateh : Penghormatan saya kepada Syeikh Agha
Shamsuddin bukanlah satu pilihan saya. Ketika berada bersamanya, saya rasa terpegum dan
kagum.
Memang guru agen perubahan dan transformasi umat. Jika kita ingin perubahan besar di negara ini,
maka ubahlah generasi pelajar kita. Kita sedang melakukan kerja besar para ambiya, kerja yang
menjadikan allah dan malaikat berselawat ke atas kita, seluruh makhluk termasuk ikan-ikan di lautan
memohon istighfar ke atas kita, kerja yang menjadikan para Malaikat merendahkan sayapnya untuk
mengagungkan kita. Ya kerja kita yang besar ini memerlukan jiwa dan tekad yang besar. Jiwa dan
tekad yang besar perlu bermula dari diri kita..kalau tidak kita siap lagi..kalau bukan hari ini bila
lagi..Bukankan allah berfirman :
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu umat melainkan mereka mengubah apa yang ada
dalam diri mereka..
Hasan Hudhaibi pernah berkata :
Tegakkanlah Islam dalam diri anda nescaya tertegak islam dalam watan anda..
[Artikel untuk Seminar iGuru Nasional Bangi 2013

You might also like