EDUCATION of ELAKSAMANA
2.3KEGIATAN EKONOMI & PENDAPATAN ORANG ASLI DI MALAYSIA2.3.1KEGIATAN EKONOMI BERDASARKAN PERSEKITARANOrang Asli Semenanjung Malaysia
•
Pekerjaan orang asli adalah berasaskan alam sekitar mereka.
•
Mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi sara diri seperti pertanian sara hidup,berburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan.1.Pertanian sara diri
•
Mereka mengusahakan pertanian kecil-kecilan di sekeliling rumah.
•
Tanaman yang diusahakan adalah padi huma, sekoi, ubi keledek, ubi kayu,kacang panjang, labu, timun, bendi dan sebagainya.
•
Sistem barter (tukar barang dengan barang) diamalkan untuk mendapatkanbahan keperluan dan juga mendapat sumber wang.1.Memburu binatang
•
Aktiviti memburu dijalankan oleh kaum lelaki menggunakan alatan sepertisumpitan dari buluh dan turut menggunakan jerat.
•
Haiwan buruan adalah seperti tupai, monyet, kera, biawak, pelanduk, khindzirhutan dan sebagainya.1.Menangkap ikan
•
Dilakukan oleh orang lelaki dan perempuan dan dilakukan di sungai-sungaisekitar rumah panjang.
•
Orang Seletar sering menangkap ikan di pantai.
•
Kaedah yang digunakan untuk menangkap ikan adalah menggunakan jerat,lukah, kail, racun akar tubam, tombak, jarring dan menggunakan tangan.1.Memungut hasil hutan
•
Hasil hutan yang dikumpul adalah rotan, buluh, kayu cendana, damar dan akar-akar kayu sebagai sumber ubat-ubatan.
•
Buahan-buahan turut dipungut seperti buah kasai, duku, manggis, durian danulaman seperti petai, kerdas dan jering.
•
Mereka turut memungut madu lebah.
•
Mereka menjual akar-akar dan batang kayu pelbagai bentuk sebagai perhiasan.
Bumiputera Sabah & Sarawak
1.Kaum Iban
•
Masyarakat orang Iban masih tinggal secara berselerak di lembah-lembahsungai di seluruh Sarawak.
•
Mereka masih terlibat dalam aktiviti pertanian padi huma dan padi bukit.
•
Orang Iban pada suatu ketika dahulu merupakan peneroka ulung dalammembuka hutan rimba (berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuanpenanaman padi bukit.
•
Bagi masyarakat Iban, sesiapa yang berjaya membuka sawah padi huma yangpaling besar dianggap kaya dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
•
Masyarakat Iban dianggap sebagai masyarakat yang terkenal denganpenanaman padi bukit (Sultive: 1978).
Created by elaksamana@yahoo.com© All Right Reserved Presented 2009