You are on page 1of 2

REFLEKSI

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya, KUEK YONG AI , pelajar
dari unit Pendidikan Seni Visual 3 (SJKC) 3 PPISMP Ambilan Jun 2011 ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya
sepanjang tempoh saya menyiapkan Kerja Kursus Pendek, Matematik Asas
statistik pintar ini.
Semasa mendapat kertas kerja kursus matematik, saya tidak sangat faham apa
sebenarnya pensyarah mahu. Tetapi, nasib baik saya kerana beliau telah
meluangkan masa untuk menerangkan soalan dengan teliti agar saya lebih
memahaminya. Saya telah mendapat maklumat yang selanjutnya daripada beliau
serta berbincang dengan beliau untuk memastikan kerja khusus yang saya buat
adalah bertepatan dengan tajuk.
Selepas mendapat tugasan ini, saya dan ahli kumpulan saya Yong Ching Kim
memberikan kerjasama yang baik untuk menyiapkan kerja khusus ini. Kami bincang
bersama-sama untuk menentukan tajuk-tajuk tentang soal selidik yang akan
digunakan. Perbincangan kami masih lancar semasa menghasilkan kerja kursus.
Kami juga mengambil pendapat dari rakan-rakan sekelas untuk mengelakkan tajuk
yang sama.
Semasa menghasilkan borang soal selidik, kami menghadapi masalah
tentang salah faham tujuan dan objektif kami membuat boring tersebut, oleh itu
menyebabkan kami mengubah berkali-kali hingga akhirnya boring soal selidik
tersebut dilulus oleh pensyarah. Saya juga rasa gembira kerana dapat berkongsi
pengetahuan, menghadapi masalah serta cari penyelesaian dengan ahli kumpulan
saya Yong Ching Kim. Tambah pula, pada waktu lapang, saya dan ahli kumpulan
saya Yong Ching Kim juga akan berkumpul di cafe untuk membincang perkara
tentang kerja kursus.
Tambahan pula, saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah kami kerana sudi memberi bantuan kepada kami tentang kerja kursus ini.
Contohnya, beliau telah menbuka sebuah laman web yang bernama edmodo untuk
kemudahan kami buat pertanyaan serta menujukan soal selidik kami. Selain itu,
apabila kami menghadapi masalah dalam kerja kursus ini, kami telah menanyakan
soalan kami kepada pensyarah dan beliau amat sudi menjelaskan kepada kami.
Di samping itu, beliau juga sangat mesra kerana sudi mengajar kita cara
menggunakan ICT dalam statistik terutamanya menggunakan perisian Microsoft
Excell untuk menganalisis dan intepretasi data dengan lebih cepat dan tepat. Dengan
bantuan pensyarah kami, kami telah menyiapkan kerja kursus dalam masa yang
ditetapkan.
Tuntasnya, walaupun saya menghadapi kesukaran dan rintangan saya ketika
menyempurnakan kerja kursus pendek saya, namun saya memperolehi banyak
pengetahuan dan pengalaman yang banyak dan berharga. Saya sebagai
seorang bakal guru agar mampu saya memperbaiki diri sendiri dari semasa ke
semasa dan seterusnya tabah menghadapi masalah pada masa akan datang.

You might also like