You are on page 1of 4

PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM

 
OBJEKTIF
1.      Ahli usrah mengetahui bagaimana membentuk akhlak menurut Islam
2.      Ahli usrah mengetahui peri-pentingnya berakhlak dengan akhlak Islam
 
KANDUNGAN
1.      Pembentukan akhlak menurut Islam
2.      Akhlak yang baik ialah kesempurnaan Islam
3.      Kepentingan akhlak dalam peribadi Muslim
4.      10 sifat mahmudah
5.      10 sifat mazmumah
6.      Muslim terhadap Tuhannya
         Sedar dan taat akan perintah Tuhan
         Sentiasa bertaubat dan mencari redha Allah
7.      Muslim terhadap dirinya
         Memurnikan aqidah
         Memiliki ilmu yang mantap
         Memiliki bidang pengkhususan
8.      Muslim terhadap ibu bapa dan keluarganya
         Mentaati kedua ibu bapanya
         Berlemah lembut
9.      Muslim terhadap saudara dan sahabat-handai
         Mencintai kerana Allah di atas dasar iman dan aqidah
         Tidak membelakangi mereka
         Memenuhi keperluan apabila diperlukan
         Berpesan di atas kebenaran dan kesabaran
 
PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM
 Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah
disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Akhlak yang dibentuk berasaskan kesedaran dan hidayah dari
Allah yang mampu dimiliki oleh setiap manusia yang mahu digelar hambaNya.
 Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah:
         Ilmu pengetahuan
Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak
yang dikeji (akhlak mazmumah). Al-Quran telah menggariskan akhlak yang utama yang mesti
dihayati oleh setiap orang mukmin. Sennah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula telah
memperincikan serta telah menterjemahkannya ke dalam reality kehidupan sebenar.
         Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan
Akhlak adalah cermin bagi individu Muslim itu sendiri, malah daya tarikan Islam juga bergantung
kepada akhlak yang mulia.
         Keazaman yang tinggi
Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat
yang mulia.
         Ibadah yang kuat dan ikhlas
Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutamanya
bisikan hawa nafsu.
         Bergaul dengan orang yang baik akhlak
Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang
lain. Dalam masa yang sama menjauhi orang-orang yang melakukan maksiat dalam erti kata uzlah
syuuriyah (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka
kembali ke jalan yang benar.
         Membiasakan diri dengan kebaikan
Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta senantiasa membiasakan diri
dengannya agar ia tetap kekal di dalam jiwa.
         Sentiasa
berlapang dada untuk menerima nasihat
Kadang-kala seseorang itu tidak menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri.
Oleh itu ia perlu berlapang dada dan menerima nasihat-nasihat yang bertujuan untuk membaiki
dirinya.
Umar Ibn Al-Khattab pernah berkata: Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang-
orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku.
 
AKHLAK YANG BAIK IALAH KESEMPURNAAN ISLAM
 Rasulullah sallallahu alaihi wasallam diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak
sebagaimana yang dinyatakan dalam hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Dengan akhlak
Rasulullah memenuhi kewajipan dan menunaikan amanah, menyeru manusia kepada tauhid dan dengan
akhlak jualah baginda menghadapi musuh di medan perang. Dengan akhlak baginda memimpin rakyat
dalam perjuangan mencapai cita-cita serta membangunkan Negara yang berdaulat dan merdeka.
Sesungguhnya akhlak yang mulia melengkapkan sendiiman untuk menuju kepada kesempurnaan
keperibadian manusia sebagai mana keterangan hadeeth yang berbunyi:
  Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Paling sempurna keimanan orang-orang mukmin ialah
yang lebih baik akhlaknya. (Hadeeth Riwayat At-Tirmizi dari Abu Hurairah).
 Dalam konteks pengamalan syariat iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap Allah, dapat dilihat
pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah, akhlak berperanan untuk melengkapinya.
 Manakala dalam bab ibadat, kita akan dapati antara hikmah ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Islam
terdapat pertautan yang erat antara akhlak dan ibadah meskipun ibadah itu berlainan pada rupa dan
bentuknya tetapi kesemuanya menuju kepada satu sasaran yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam dalam sabdanya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.
 Sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain amalan yang diperintahkan di dalam Islam adalah
merupakan anak tangga untuk mendaki kemuncak kesempurnaan dan sebagai strategi untuk melindungi
diri dai kerosakan dan kerendahan moral. Dengan sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah tersebut terletak
di tempat yang tinggi dalam agama.
 Persiapan umat Islam untuk menjadi Ummatan Wasathon harus dilengkapi dengan tuntutan untuk
dijadikan alat komunikasi dengan sesame manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlak mulia, yang
diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan manusia. Kerana itu, sesungguhnya ilmu komunikasi
yang paling hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak yang mulia.
 
KEPENTINGAN AKHLAK DALAM PERIBADI MUSLIM
 Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam system hidup manusia. Ini adalah kerana nilai
manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu
maka makin tinggi pula nilai kemanusian pada dirinya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan
dengan haiwan dari segi perilaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian.
Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi.
 Firman Allah subhaanahu wa taaala:
  Dan sesugguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia yang mana
mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu
melihat dengannya, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti
binatang malah lebih sesat, mereka ialah orang-orang yang lalai. (Al-Araf:179).
 Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia. Oleh itu, masyarakat
yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia
walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.
 
SIFAT MAHMUDAH
         Sabar
         Syukur
         Khauf (takutkan kemurkaan Allah)
         Roja (mengharapkan keredhaan Allah)
         Benar
         Jujur
         Pemaaf
         Pemalu
         Tawadhu (merendahkan diri sesame muslim)
         Tawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah)
 
SIFAT MAZMUMAH
         Tergesa-gesa
         Riya (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain)
         Dengki (hasad)
         Takabbur (membesarkan diri)
         Ujub (kagum dengan diri sendiri)
         Bakhil
         Buruk sangka
         Tamak
         Pemarah
         Sumah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kemasyhuran )
 
MUSLIM TERHADAP TUHANNYA
         Sedar dan taat akan perintah Tuhan
Menyedari dia senantiasa memerlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah Allah sekalipun
bertentangan dengan kehendak nafsunya.
         Sentiasa bertaubat dan mencari keredhaan Allah
Segera bermohon kepada Allah apabila menyedari yang dirinya lalai atau berlaku cuai serta
memastikan bahawa seluruh gerak kerja adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat
kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (Al-Araf:201)
         Perlaksanaan ubudiyyah terhadap Allah
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
  Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. (Al-
Zaariyat:56)
beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan dalam segala gerak-geri manusia selagi niatnya
hanyalah semata-mata kerana Allah. Sebesar-besar ibadah ialah menegakkan hukum Allah dan
membangunkan pemerintahan Islam.
 
MUSLIM TERHADAP DIRINYA
         Memurnikan aqidah
Pembersihan keyaqinan, kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras dengan keterangan
dan tuntutan Al-Quran dan Hadeeth serta memastikan aqidah bersih dari dicemari dengan segala
bentuk kesyirikan, bidaah, khurafat, dan tahyul.
         Memiliki ilmu yang mantap
Perkara pertama yang patut diketahui dengan lebih mendalam ialah ilmu pengetahuan berkenaan
kitab Allah dan diikuti dengan ilmu fardhu ain yang lain.
         Memiliki bidang pengkhususan
Menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada jurusan dan perhatian yang menjadi
pengkhususan sama ada di bidang agama (fardhu ain) atau bukan. Kejayaan ilmiyyah yang tinggi
menyebabkan seseorang itu dipandang tinggi seterusnya dakwah dan risalah yang dibawa juga akan
dipandang mulia oleh manusia selagi individu itu merealisasikannya dengan ikhlas, bersungguh-
sunnguh dan menjaga adab-adabnya.
 
MUSLIM TERHADAP IBU BAPA DAN KELUARGANYA
         Berbuat baik kepada kedua-duanya
Islam mengangkat tinggi martabat ibu bapa sehinggakan Allah meletakkan keredhaan keduanya
sesudah keredhaan Allah.
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
 Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat
baiklah kepada kedua ibu bapa. (An-Nisaa:30)
         Mentaati kedua-duanya selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam
         Melaksanakan
tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
 Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu. (At-Tahrim:6)
 
MUSLIM TRHADAP SAUDARA-MARA DAN SAHABAT-HANDAINYA
         Mencintai kerana Allah atas dasar iman, dan ikatan aqidah
Tidak mencintai seseorang kerana peribadinya semata-mata sebaliknya kerana kelebihan-kelebihan
yang ada padanya yang membawa orang lain menuju keredhaan Allah.
         Tidak membelakangi mereka
Meraikan mereka sama ada di dalam keadaan senag ataupun susah.
         Memenuhi keperluan yang diperlukan
Hendaklah memenuhi keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan mereka dari
kepentingan diri sendiri.
         Berpesan atas kebenaran dan kesabaran
Mengingatkan tentang suruhan agama yang perlu ditunaikan serta larangan-larangan yang mesti
ditinggalkan.
 
BAHAN RUJUKAN
1.      Keperibadian Muslim Mohd. Ali Hashimi
2.      Badan Kendiri PJJ-ILHAM Kertas Seminar ILH 203 (Akhlak Islam-Nota C)
3.      Pekerti Muslim (Siri 1) Muhammad Al-Ghazali
 
SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN
1.      Bagaimanakah pembentukan akhlak mengikut pandangan Islam?
2.      Mengapakah kita perlu berakhlak dengan akhlak Islam?
3.      Pekerti Muslim (Siri 1) Muhammad Al-Ghazali
 
SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN
1.      Bagaimanakah pembentukan akhlak mengikut pandangan Islam?
2.      Mengapakah kita perlu berakhlak dengan akhlak Islam?

You might also like