PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM
OBJEKTIF 1.
Ahli usrah mengetahui bagaimana membentuk akhlak menurut Islam2.
Ahli usrah mengetahui peri-pentingnya berakhlak dengan akhlak Islam KANDUNGAN1.
Pembentukan akhlak menurut Islam2.
Akhlak yang baik ialah kesempurnaan Islam3.
Kepentingan akhlak dalam peribadi Muslim4.
10 sifat mahmudah5.
10 sifat mazmumah6.
Muslim terhadap Tuhannya
Sedar dan taat akan perintah Tuhan
Sentiasa bertaubat dan mencari redha Allah7.
Muslim terhadap dirinya
Memurnikan aqidah
Memiliki ilmu yang mantap
Memiliki bidang pengkhususan8.
Muslim terhadap ibu bapa dan keluarganya
Mentaati kedua ibu bapanya
Berlemah lembut 9.
Muslim terhadap saudara dan sahabat-handai
Mencintai kerana Allah di atas dasar iman dan aqidah
Tidak membelakangi mereka
Memenuhi keperluan apabila diperlukan
Berpesan di atas kebenaran dan kesabaran PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAMAkhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Akhlak yang dibentuk berasaskankesedaran dan hidayah dari Allah yang mampu dimiliki oleh setiap manusia yangmahu digelar hambaNya.Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah:
Ilmu pengetahuan
Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). Al-Quran telahmenggariskan akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orangmukmin. Sennah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula telah memperincikanserta telah menterjemahkannya ke dalam reality kehidupan sebenar.
Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan
Akhlak adalah cermin bagi individu Muslim itu sendiri, malah daya tarikan Islam juga bergantung kepada akhlak yang mulia.
Keazaman yang tinggi
Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat yang mulia.
Ibadah yang kuat dan ikhlas
Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis seranganmazmumah terutamanya bisikan hawa nafsu.
Bergaul dengan orang yang baik akhlak
Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusiacepat meniru orang lain. Dalam masa yang sama menjauhi orang-orang yangmelakukan maksiat dalam erti kata uzlah syuuriyah (pengasingan jiwa) yang