Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
69Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
assignment _rozihan(pilihanraya)

assignment _rozihan(pilihanraya)

Ratings: (0)|Views: 5,235 |Likes:

More info:

Published by: Mohd Noh bin Md. Yunus on Dec 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2013

pdf

text

original

SKSJ 2153: KERAJAAN DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SESI 2008/2009 SEMESTER 3

DISEDIAKAN OLEH:
ROZIHAN BIN ABDUL RAHMAN (GB00760 )

TAJUK TUGASAN NO.10 ; BINCANGKAN PERKARA-PERKARA PENTING YANG
BERKAITAN DENGAN PILIHAN RAYA SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM
PERLEMBAGAAN . PERBINCANGAN JUGA BOLEH MERUJUK KEPADA
PERUNTUKAN AKTA PILIHANRAYA YANG BERKAITAN .

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR.MOHAMMAD AGUS BIN YUSOFF

SOALAN 10: BINCANGKAN PERKARA-PERKARA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN PILIHANRAYA SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBAGAAN. PERBINCANGAN JUGA BOLEH MERUJUK KEPADA PERUNTUKAN AKTA PILIHANRAYA YANG BERKAITAN.

1.0
PENGENALAN

Pilihanraya merupakan salah satu asas berkerajaan sendiri dan mengisi kemerdekaan sesebuah negara. la adalah satu proses dan satu sistem yang membolehkan rakyat negara bangsa tersebut memilih pemimpin dan parti yang akan membentuk kerajaan. Pilihanraya merupakan salah satu asas utama dalam pengamalan sistem demokrasi bagi negara-negara yang telah merdeka. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, peruntukan untuk mengadakan pilihanraya telah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1948 yang menjanjikan pilihanraya kepada Tanah Melayu pada satu masa yang sesuai. Ternyata ia bukan dimulakan dan didesak semata-mata oleh \u201cNational

Convention\u201dPerikatan UMNO-MCA. la adalah kesedaran semua pihak orang Melayu yang
telah terlibat dalam gerakan nasionalisme, politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

Pilihanraya awal yang diadakan ialah di peringkat perbandaran. Ini dilakukan setelah Akta Majlis Berkuasa Tempatan diluluskan pada akhir 1950. Pilihanraya Bandaran 1951 yang diadakan pertama kalinya di Pulau Pinang adalah tindakan politik yang awal oleh British untuk menyerahkan kerajaan sendiri kepada Tanah Melayu secara beransur-ansur. Pilihanraya bandaran ini semata-mata untuk memberi pengalaman politik kepada penduduk Tanah Melayu sebelum pilihanraya negeri dan persekutuan yang akan diadakan bagi memilih kerajaan sendiri. Pilihanraya bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada Febuari 1952 pula bukan sahaja memberi pengalaman pilihanraya kepada para penduduknya tetapi turut memberi makna yang lebih daripada itu. Pilihanraya ini telah menyaksikan kelahiran satu kerjasama politik di antara parti-parti perkauman bagi melahirkan kejayaan dalam pilihanraya. Independence of Malayan Party (IMP) yang memulakan kerjasama dengan MCA dan MIC, telah mendapat tandingan daripada UMNO-MCA. Dengan kejayaan kerjasama yang dibuat di antara UMNO-MCA dalam pilihanraya bandaran Kuala Lumpur itu, terbukalah satu alternatif baru kepada permasalahan politik Tanah Melayu itu.

2.0
Pilihanraya mengikut perlembagaan

Di bawah Perkara 114, Suruhanjaya memiliki kuasa "mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan juga mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan". Di bawah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Suruhanjaya mempunyai seorang Pengerusi dan dua ahli, tetapi selepas Tanah Melayu digabungkan denganSabah,Sarawak danSingapura untuk membentuk Malaysia, keahlian Suruhanjaya bertambah selepas penambahan ahli dari Sabah atau Sarawak. Satu rang diwujudkan pada 1981 yang membolehkan penambahan ahli lain dan mewujudkan jawatan Timbalan Presiden.

Suruhanjaya mempunyai kuasa melakukan persempadanan semula dengan mengkaji kawasan- kawasan pilihan raya setiap tidak kurang 8 tahun, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan daftar semakan pemilih, dan mengawal kelancaran pilihan raya seperti yang ditetapkan. Walaupun Perlembagaan tidak merujuk kepada Suruhanjaya sebagai badan bebas daripada pengaruh kerajaan atau jika tidak, kawasan pengundian ditimbangkan oleh Perlembagaan sepertimana melindungi kebebasan Suruhanjaya. Dalam pada itu, suruhanjaya ini turut dikawalrapi oleh sebuah badan pemilikan, dan boleh diubah melalui prosedur sama mengikut keputusan Mahkamah Tinggi.

Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketika melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di- Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. Walaupun Perlembagaan tidak menyatakan peranan

Perdana Menteri mengenai perkara ini, Perkara 40 - Perlembagaan mestilah dipatuhi, yang mana

Raja tidak dibenarkan bertindak mengikut kepentingan sendiri kecuali tidak dinyatakan secara jelas; dalam semua kes, Raja mestilah mematuhi nasihat Perdana Menteri, dan mengadakan perjumpaan antara Suruhanjaya berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Anggota Suruhanjaya mestilah meletakkan jawatan secara sukarela setelah mencapai umur 65 tahun.

Activity (69)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ibe Michael liked this
strawberyy gurlz liked this
cwedgeszz liked this
Hafiz Dinazhri liked this
Sanjeev Durai liked this
Sanjeev Durai liked this
Ikin Kamaruddin liked this
Lovely Yanz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->