You are on page 1of 4

Terdapat banyak kesan dan pengaruh islam yang dapat kita lihat telah berlaku

dalam tamadun melayu setelah kedatangan islam. Jika dahulu, sistem ekonomi
masyarakat melayu tidak terlalu tersusun dan tidak mengikut syariat islam. Namun,
sejak kedatangan islam, banyak perubahan positif telah berlaku dan membawa
perubahan yang baik kepada sistem ekonomi tersebut. Seperti yang diketahui, Islam
menyediakan prinsip, ciri, etika dan sebagainya yang berkaitan dengan muslahat harta
manusia. Peraturan-peraturan yang dibincangkan dalam ilmu muamalat
memperkatakan sumber-sumber ekonomi, pengeluaran, pengagihan, penggunaan,
konsep pemilikan, pengurusan harta seperti jual beli, pinjaman, gadaian, perkongsian,
pelaburan dan lain-lain. Hal-hal tersebut menunjukkn bahawa prinsip ekonomi yang
dibawa oleh islam amat adil dan tidak menindas mana-mana pihak. Perniagaan dalam
bahasa Arab bermakna tijarah.Tijarah membawa makna pertukaran sesuatu dengan
sesuatu yang lain, yakni ia adalah jual beli. Allah SWT menggunakan perkataan
perniagaan bagi sesorang yang menjual amalan baiknya kepada Allah SWT untuk
mendapat ganjaran kebaikan daripada Allah SWT. Perniagaan disebut tajir iaitu orang
yanh menjual dan membeli (Al- Faruzabadi, 1997:507) iaitu seseorang yang menjual
barang ataupun perkhidmatan. Ia kemudianya membeli kembali barang perniagaan
daripada pembekal untuk dijual. Daripada maksud yang telah dinyatakan di atas, dapat
kita huraikan bahawa
Antara dasar-dasar ekonomi yang utama yang diamalkan dalam islam ialah
tauhid, amanah, tanggungjawab dan kebertanggungjawab, keadilan, kebebasan, syura,
berinovasi dan mengeluarkan diri daripada menjadi pak turut dalam ekonomi. Nilai-nilai
yang diamalkan dalam perniagaan setelah kedatangan islam telah member keuntungan
dan peluang yang abnyak kepada peniaga dan dapat menggelakkan gejala rasuah dan
penindasan. Konsep kerasionalan Islam juga berlainan dan kerasioanalan ekonomi
barat kerana ekonomi islam mendatangkan keuntungan di dunia beserta pahala di
akhirat. Islam tidak hanya tertumpu kepada pelaburan di dunia sahaja malahan member
fokus kepada keredhaan Allah terhadap apa yang diusahakan oleh manusia. Ekoran
daripada perkara tersebut, masyarakat tamadun melayu sepatutnya dapat
menghasilkan keuntungan yang bukan sahaja memberi manfaat di dunia namun
member pulangan yang lumayan di akhirat kelak.
Selain itu, kesan dan pengaruh islam dalam tamadun melayu juga dapat kita lihat
dari aspek sosial. Contoh yang paling ketara yang dapt dilihat adalah dari segi
kekeluargaan iaitu keluarga telah dijadikan sebagai agen sosialisasi ke arah
pembentukan jati diri dan peribadi melayu yang beragama, berakhlak dan berbudi telah
menjadi fokus utama. Berbanding daripada zaman sebelumnya, tamadun melayu
dahulu kala tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh lalu mempunyai nilai akhlak
yang rendah. Disebabkan itu, tahap sosial dan pergaulan mereka tidak berlandaskan
ajaran agama yang betul. Apabila datangnya islam, konsep dan amalan kekeluargaan
telah berubah dan menjadi lebih teratur. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik
berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Oleh itu, seseorang itu akan
mendapat didikan yang berteraskan syariat yang betul seterusnya dapat menggelakkan
diri daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran islam seperti
amalan menghormati ibu bapa dan orang tua, menunaikan solat, menutup aurat dan
sebagainya.
Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi
warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran
Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Dengan tersebarnya agama islam di tanah melayu, masyarakat di
sana telah mengalami perubahan hidup kearah yang lebih baik. Antara contoh-contoh
perubahan hidup tersebut ialah kelahiran bayi disambut dengan azan dan iqamat,
perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam al-Quran dan
berzanji serta mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat.










BIBLIOGRAFI
1) Ahmad, I. (2010, February 9). PISMP MATH COHORT 5 IPG KBA. Retrieved
March 8, 2011, from iloveislamsokmo:
http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/2010/02/kesan-dan-pengaruh-islam-
dalam-tamadun.html
2) Deraman, D. H. (n.d.). Kedatangan Islam dan Pembudayaan Alam Melayu.
Retrieved March 5, 2011, from Pro Tajdid:
http://protajdid.blogspot.com/2008/09/kedatangan-islam-dan-pembudayaan-
alam.html
3) HABA. (2009, May 3). TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA. Retrieved
March 5, 2011, from http://titas-haba.blogspot.com/2009/05/sumbangan-
tamadun-islam.html
4) Sejarah, Pencapaian dan Masa Depan. (n.d.). Retrieved March 8, 2011, from
Pengajian Tamadun Islam :
http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf
5) Aros, A. H. (2004). TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS). Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
6) Abdullah, Z. (2009). TAMADUN ISLAM. Selangor: Federal - Marshall Cavendish
Education.

You might also like