You are on page 1of 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MAY / 2012






HBEF1503


SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN














NO. MATRIKULASI : 761124135940001
NO. KAD PENGNEALAN : 761124135940
NO. TELEFON : 019-8896698
E-MEL : nolia6698@gmail.com



PUSAT PEMBELAJARAN : PPW SARAWAK





HBEF1503


1

Senarai Kandungan
............................................................................................................


1.0 Pengenalan
Ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia 2
Dasar Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara 3

2.0 Kekuatan dan Kelemahan Dasar Pendidikan dan
Falsafah Pendidikan Negara 5 - 8

3.0 Cadangan Memperbaiki dan Mempertingkatkan
Dasar Pendidikan Negara 9 - 12

4.0 Kesimpulan 12


Rujukan 13












HBEF1503


2
1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang istimewa dan unik dari segi
kepelbagaian kaum, etnik, budaya, agama, bahasa dan perayaan yang disambut oleh
masyarakatnya. Masyarakat majmuk ini merupakan daya tarikan kepada masyarakat luar.
Majmuk bermaksud terdiri daripada berbagai jenis yang disatukan. Manakala masyarakat
majmuk pula bermaksud masyarakat pelbagai kaum yang merujuk kepada suasana
kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah
negara yang sama.
Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli,
Bajau, Kadazan, Murut, Kedayan, Melanau, Bidayuh dan Iban. Kepelbagaian kaum dan
etnik ini membawa kepada wujudnya kepada pelbagai bahasa dan dialeknya. Kelainan
bahasa dan dialek ini mewarnai masyarakat majmuk di Malaysia. Namun ia bukan
penghalang kepada masyarakat majmuk ini untuk hidup bersama-sama dan berkongsi
segalanya.
Menurut J.E Goldthorpe iaitu seorang sarjana dalam bidang sosiologi, beliau
berpendapat kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah sejajar dengan penjajah
yang datang ke Tanah Melayu pada masa dahulu dengan membawa masuk kaum Cina
dan India bagi memenuhi peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak penjajah. Namun
pada masa tersebut, kaum-kaum ini hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan.
Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga terpisah
daripada segi pekerjaan serta tempat tinggal.

Ciri-ciri Masyarakat Majmuk di Malaysia

Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadi
Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak. Penerimaan kontrak sosial
yang dipersetujui bersama adalah untuk menjaga hubungan kaum dan etnik yang cukup
istimewa. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka
sendiri tetapi tetap mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.


HBEF1503


3
Pengiktirafan ini memudahkan masyarakat majmuk di Malaysia untuk berkomunikasi
tanpa sebarang halangan.
Ciri yang lain terdapat dalam masyarakat majmuk di Malaysia ialah bebas untuk
mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walapun agama Islam diberi status
sebagai agama rasmi negara. Di Malaysia, masyarakatnya menganut pelbagai agama
selain agama Islam. Antaranya Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois.
Kebebasan beragama ini tidak menyebabkan masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan
berpecah-belah seperti negara-negara yang dilanda krisis hanya kerana agama.
Masyarakat Malaysia ini juga berkongsi dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan
dan makanan. Masyarakat unik ini berkongsi kegembiraan apabila tiba musim perayaan
sesuatu kaum. Aktiviti rumah terbuka yang diamalkan oleh kaum melayu Islam turut
diraikan bersama oleh kaum atau etnik yang bukan beragama Islam. Perkongsian
makanan dan pakaian juga merupakan ciri masyarakat majmuk di Malaysia, contohnya
baju kurung diterima oleh semua kaum di Malaysia, begitu juga dengan makanan.


Dasar Pendidikan Di Malaysia Penentu Perpaduan Kaum

Dasar pendidikan penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita.
Peringkat permulaan dasar pendidikan di negara kita, kerajaan British telah
memperkenalkan Laporan Barnes (1950), dimana negara kita belum mencapai
kemerdekaan. Tujuan laporan tersebut ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan
sendiri dengan perpaduan kaum pada masa itu. Laporan ini mencadangkan bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa
Inggeris pada peringkat sekolah menengah. Cadangan ini juga diharap dapat merapatkan
jurang komunikasi antara kaum tersebut.
Namun cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana bagi mereka cadangan
tersebut menggugat bahasa ibunda mereka dan kemudian mencadangkan Laporan Fenn-
Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walapun mereka setuju dengan sistem
pendidikan kebangsaan. Bagi menyelesaikan masalah ini, Ordinan Pelajaran 1952
diperkenalkan dengan mengambil kira Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Namun


HBEF1503


4
ordinan ini tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada masyarakat
Cina dan India, selain itu kerajaan pada masa itu mengalami kekurangan kewangan dan
juga ancaman komunis.
Selepas itu Parti Perikatan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu telah
memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang
sama dan kurikulum yang seragam bercorak kebangsaan. Fungsi utama penyata ini
adalah bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum di Tanah Melayu. Kemudian
Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan pula penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ia telah menjadi Akta Pendidikan 1961.
Setelah itu, Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk mengkaji keberkesanan sistem
pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Seterusnya kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah ini
menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan, dimana dasar ini amat penting
dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.
Dasar Pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan amat menitikberatkan dasar dalam
membentuk perpaduan dan hanya pendidikan dapat mewujudkan semangat perpaduan di
kalangan pelbagai kaum di Malaysia.












HBEF1503


5
2.0 Kekuatan dan Kelemahan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara

Kekuatan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia sejak mula dan hingga kini mempunyai matlamat
menyatupadukan masyarakatnya yang berbilang kaum dan seterusnya diikuti dengan
matlamat bahawa pendidikan dapat membekalkan tenaga kerja mahir untuk
pembangunan ekonomi negara serta melahirkan rakyat yang berdisplin. Ini
mencerminkan bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga
rakyat negara ini dalam jangka masa panjang dan juga pendek. Pendidikan adalah satu
proses asas dan penting untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu untuk
menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu kekuatan dasar dan falsafah pendidikan adalah falsafah tentang manusia
yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Maka Laporan Jawatankuasa
Kabinet memperakui supaya murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral,
manakala pengajaran Pendidikan Islam pula akan diperbaiki serta diperkukuhkan.
Dengan ada pengetahuan agama yang mendalam dapat membantu seseorang individu
menjadi seorang yang harmonis dan seimbang. Selain itu memahami kewujudan alam
dan hukum-hukum Tuhan, juga menjadi insan yang bersyukur serta sedia menerima
dugaan. Inilah yang ditegaskan dalam falsafah pendidikan bagi melahirkan insan yang
berpegang teguh kepada agama.
Kekuatan kedua yang terdapat pada dasar dan falsafah pendidikan ialah Bahasa
Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah hinggalah ke
institusi pengajian tinggi. Ini dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Ini menunjukkan
bahawa sistem pendidikan mementingkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dan seterusnya dapat merapatkan jurang komunikasi dikalangan masyarakat yang
berbilang kaum serta mempunyai dialek yang berlainan.
Kekuatan ketiga yang boleh dihuraikan ialah peluang pendidikan yang diberikan
secara percuma kepada semua individu tanpa mengira kaum atau agama. Ini memberi
peluang kepada semua masyarakat mendapat pendidikan tanpa rasa dipinggirkan.
Golongan miskin juga berpeluang memiliki ilmu pendidikan dan dapat dimanfaatkan


HBEF1503


6
untuk diri sendiri dan orang lain. Inilah yang dimahukan dan dihuraikan dalam falsafah
pendidikan negara. Pendidikan percuma kepada semua murid ini dapat merapatkan lagi
perhubungan dalam masyarakat dan menjauhkan sikap tidak puas hati.
Melalui Akta Pelajaran 1961 juga, semua sekolah menggunakan kurikulum yang
sama tanpa mengira aliran sekolah. Kurikulum yang sama memudahkan pertukaran atau
perpindahan murid dari sekolah aliran Cina atau India ke sekolah aliran Melayu. Murid
tidak akan mengalami masalah untuk belajar kerana kurikulum yang diajar adalah sama.
Selain itu penggunaan bahasa yang sama memudahkan komunikasi murid tersebut bila
berada dalam sekolah rendah aliran Melayu. Keselesaan untuk belajar dapat dikekalkan.
Syor yang dikemukakan oleh Laporan Rahman Talib 1960, iaitu kenaikan darjah
secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan.
Dasar pendidikan mahu masyarakat Malaysia menjadi seorang yang berilmu
berpengetahuan, memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. Oleh
sebab itu, dasar pendidikan memberi peluang kepada masyarakat untuk belajar tanpa
membebankan dimana tiada halangan untum masyarakat meneruskan pendidikan
sehingga ke sekolah menengah.
Matlamat dasar pendidikan dengan memberi bantuan peruntukan bagi kumpulan yang
kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar menunjukkan bahawa dasar pendidikan
tidak lupa kepada masyarakat pendalaman. Masyarakat ini juga mempunyai peluang
untuk menjadi orang bijak pandai dan seterusnya memberi sumbangan dalam bentuk
tenaga kerja kepada negara Malaysia yang semakin pesat membangun.












HBEF1503


7
Kelemahan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara

Kelemahan sistem pendidikan pada masa sekarang, pertama adalah kaum Cina dan
India lebih cenderung memilih sekolah aliran masing-masing daripada sekolah aliran
Melayu. Cara ini merenggangkan lagi hubungan perpaduan di kalangan masyarakat
majmuk Malaysia. Memandangkan ketiga-tiga kaum iaitu Cina, Melayu dan India juga
jarang diam dalam kawasan yang sama, maka diharapkan dengan menghadiri sekolah
satu aliran sahaja dapat mmengecilkan jurang perbezaan antara mereka. Salah satu
matlamat falsafah pendidikan ialah keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Matlamat ini dapat dicapaikan jika semua masyarakat mahu mengamalkan sikap
toleransi di antara satu sama lain.
Kewujudan banyak aliran pada masa ini telah terbukti tidak membantu dalam
mewujudkan hubungan harmonis adalam masyarakat Malaysia. Malaysia sepatutnya
mencontohi Hawaii, yang mana hanya memperkenalkan satu aliran sekolah untuk semua
penduduknya yang juga terdiri daripada pelbagai kaum. Masalah yang dihadapi oleh
dasar pendidikan sekarang ialah para ibu bapa kaum Cina dan India masih kurang yakin
terhadap sekolah kebangsaan. Bagi mereka sekolah kebangsaan kurang berkualiti kerana
kurang memberi penekanan kepada mata pelajaran penting seperti Bahasa Inggeris dan
Matematik. Kaum Cina dan India amat mementing mata pelajaran tersebut kerana mereka
mahu pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka juga tidak yakin dengan
tenaga pengajar yang terdapat di sekolah kebangsaan.
Kelemahan kedua ialah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
subjek sains dan matematik atau dikenali dengan Program Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Program ini telah mendapat
respon negatif daripada rakyat kerana program tersebut telah merosakkan kedudukan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu yang digunakan sepenuhnya seperti yang
termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 dan juga memusnahkan reputasi pelajar,
terutamanya yang berada di luar bandar. Ini berlaku kerana para pelajar itu belajar
melalui medium yang mereka tidak faham dan seterusnya memberi impak yang buruk
kepada pendidikan negara. Paling menakutkan ialah berlaku komunikasi tidak berkesan
dalam pelajaran.


HBEF1503


8
Kelemahan ketiga ialah kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran juga
menjadi isu dalam pelaksanaan dasar pendidikan. Sekarang banyak berlaku guru yang
dipanggil dengan gelaran bidan terjun. Ini berlaku kerana guru yang bukan opsyen
terpaksa mengajar mata pelajaran yang kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa
Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar.
Namun kewibawaan seseorang guru akan mula dipertikaikan kerana guru tersebut
kurang berpengalam dan pengetahuan tentang subjek yang diajar. Masyarakat yang
menerima kesan daripada masalah ini biasanya masyarakat yang tinggal di pendalaman
dan pulau-pulau. Perkara ini akan memberi kesan kepada dasar pendidikan kebangsaan
yang mahu semua masyarakat di Malaysia mendapat peluang pendidikan yang sama dan
juga memusnahkan hasrat kerajaan untuk mendemokrasikan pendidikan kerana tidak
memberi perhatian yang serius dalam masalah ini.
Kelemahan ini juga menyebabkan matlamat pendidikan yang diperluaskan skopnya
dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet tidak dapat dicapai oleh masyarakat yang berada di
pendalaman dan pulau-pulau.

......matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisiplin dan terlatih. (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974, hal.1)















HBEF1503


9
3.0 Cadangan Membaiki dan Mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar
Pendidikan Negara

Dalam usaha memastikan pelaksanaan Dasar Pendidikan dapat mencapai matlamat,
terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan. Diharap cadangan yang akan
dikemukakan dapat membantu untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya memenuhi matlamat dasar tersebut.
Cadangan pertama ialah penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama bagi semua sekolah yang mempunyai aliran yang berlainan. Penggunaan Bahasa
Kebangsaan atau Bahasa Malaysia ini selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan
Kebangsaan iaitu hendak menyatupadukan masyarakat yang pelbagai kaum. Semua tahu
bahawa Bahasa Malaysia telah diiktirafkan sebagai bahasa rasmi dalam segala urusan.
Perkara ini telah termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang
menyatakan:

Bahasa Kebangsaan (Bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar
utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali
sekolaj jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana
institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini
(Akta Pendidikan, 1996)

Berdasarkan petikan diatas, walapun sekolah tersebut terdiri dari berbagai aliran,
Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib dipelajari di sekolah.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara pelbagai kaum dapat
diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Ia juga dapat mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di Malaysia yang aman damai ini.
Cadangan kedua bagi memperbaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan Dasar
Pendidikan Kebangsaan ialah mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama
di semua sekolah tanpa mengambil kira jenis dan kategori sekolah tersebut. Bagaimana ia
dilakukan? Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama ini dilakukan dengan
menyelaraskan sukatan dan rancangan pengajaran yang hendak diajar oleh guru kepada


HBEF1503


10
para pelajar sekolah. Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung segala
ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma. Terdapat juga unsur-unsur
budaya dan kepercayaan yang telah dipilih oleh masyarakat untuk diajar.
Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan para pelajar yang
mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang
diselaraskan ini wajib digunakan oleh semua pihak. Ini telah disentuh dalam Seksyen 18
(1), Akta Pendidikan, 1996:

Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai
Kurikulum Kebangsaan yang tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah
digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(Akta Pendidikan 1996)

Peranan kurikulum ini adalah sangat penting kepada para pelajar kerana ia adalah
untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan
emosi. Dalam konteks negara kita sekarang, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan
rakyat yang memenuhi cita-cita negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu
berpandukan Rukun Negara dan juga menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk
keperluan modal insan.
Bagi sistem peperiksaan pula, bahasa Malaysia juga dijadikan sebagai ukuran untuk
menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Dengan
adanya sistem peperiksaan yang seragam juga, pelajaran para pelajar tidak terganggu
apabila pelajar berpindah ke sekolah lain. Mereka dapat meneruskan pelajaran seperti
biasa di samping mendapat kawan-kawan baharu.
Di peringkat pengajian tinggi sama ada awam atau swasta, kedudukan bahasa
Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Setiap pelajar institusi tinggi awam atau swasta juga wajib mengambil peperiksaan
bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan. Cara ini boleh
menolong dalam proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di peringkat pengajian
tinggi.



HBEF1503


11
Cadangan ketiga ialah mendemokrasikan pendidikan di kalangan masyarakat
majmuk. Usaha ini mula dilakukan sekitar tahun 1980-an dan ia bermatlamat bagi
memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan juga mengagihkan peruntukan secara
adil. Ini selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat
dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya
dengan miskin agar mereka sama-sama dapat menikmati pelbagai kemudahan.
Program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks, asrama desa dan
harian, biasiswa, rancangan makanan tambahan (RMT) dan program kesihatan untuk
sekolah disediakan untuk semua kaum. Ini dibuktikan juga dengan kenyataan daripada
Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang menyatakan bahawa setiap rakyat negara ini, selagi memegang kerakyatan
Malaysia dan taat setia kepada negara berhak menikmati pelbagai kemudahan pendidikan
yang disediakan oleh kerajaan.
Beliau juga memberitahu bahawa dasar kerajaan tidak membezakan soal pelajaran,
sesiapa sahaja berhak pergi ke sekolah, tidak kira anak-anak itu datang dari kaum India,
Melayu, Cina, Iban atau Orang Asli. Kenyataan ini disampaikan oleh beliau semasa
berucap merasmikan majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil
Merlimau, Melaka pada 14 Februari 2011.
Cadangan keempat ialah pengajaran bahasa ibunda. Ini selaras dengan matlamat
sistem pendidikan kebangsaan iaitu mewujudkan sistem pendidikan berteraskan
masyarakat sendiri. Kerajaan mahu memastikan setiap masyarakat di Malaysia akan
dapat mengekalkan identiti kaum masing-masing, dimana ia bersesuaian dengan
masyarakat majmuk Malaysia.
Dengan itu, kerajaan telah mengenal pasti beberapa langkah yang sesuai iaitu
membenarkan pengajaran bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan-
Dusun dan bahasa Arab di sekolah-sekolah. Dengan langkah ini pasti setiap masyarakat
di Malaysia akan rasa hak mereka dihargai dan ini akan mengelakkan wujudnya perasan
disisihkan oleh negara sendiri.




HBEF1503


12
Perkara ini juga telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan
bahawa:

....pengajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengan satu syarat jika ada permintaan 15
orang ibu bapa atau lebih dan jika munasabah dan praktik.
(Akta Pendidikan 1996)



4.0 Kesimpulan

Semenjak mencapai kemerdekaan , Malaysia telah meletakkan matlamat dan
landasan yang jelas untuk menjadi sebuah negara bermasyarakat majmuk yang
bersatupadu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik
yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan paling penting
pendidikan. Kaum yang paling utama di Malaysia ialah Melayu, India dan Cina.
Negara Malaysia juga mengamalkan demokrasi berparlimen dan juga sebuah negara
yang makmur dan maju. Semua ini dapat dikecapi dengan menambah baik sistem
pendidikan di negara ini, di mana masyarakat majmuk Malaysia mendapat hak dan
peluang pendidikan yang sama seperti yang telah ditetapkan dalam strategi pelaksanaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan .
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan negara
Malaysia pada masa ini dan masa depan untuk menjadi sebuah negara yang maju
bersepadu dari segi perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup,
kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa
serta semangat keyakinan bangsa.






HBEF1503


13
RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia.
Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (2001). Falsafah dan Konsep Pendidikan.
Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (2001). Pembangunan Pendidikan
2001- 2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fadzilah Bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur:
As Noordeen.

Mohamad Faiza Ibrahim (2011). Konsep Masyarakat Majmuk (Plural Soceity)
Oleh J.S Furnivall. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mok Soon Sang (2001). Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya, Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-
kebangsaan.html

http://qalish.com/2011/03/sejarah-pendidikan-negara.html

http://kulanzsalleh.com/isu-pendidikan-di-malaysia/

http://kulanzsalleh.com/strategi-bagi-menjayakan-dasar-pendidikan-kebangsaan/

You might also like