You are on page 1of 89

PKP3106

[ipgksm] Page 1

Tajuk 1 Pengenalan Kepada Pentaksiran Dalam Pemulihan Khas

Maksud Pentaksiran
Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawa
maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama
dengan apa yang dimaksudkan.
Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh Salvia dan
Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data
dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk
membuat keputusan.
Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan
dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan
keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan
penempatan.
Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi definisi
pula adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan
menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.
Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalam
bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil
pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai
untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.
PKP3106

[ipgksm] Page 2

Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan
tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.
Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan
gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti
membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan
punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran
dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.
Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan
maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan
maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?
i.Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid
ii.Memantau kemajuan murid Memberi dan menetapkan penggredan
iii.Menentukan keberkesanan pengajaran
iv.Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan Menilai
guru dan pendidik
v.Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran




PKP3106

[ipgksm] Page 3

Tujuan Pengujian
i.Menentukan perubahan tingkahlaku murid
ii.Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu
iii.Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian
iv.Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran
v.Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat

Tujuan Pengukuran
i. Menempatkan murid ke aliran yang sesuai
ii. Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu
iii. Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan
tertentu
iv. Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Penilaian
i.Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
ii.Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran
bagi membolehkanaktiviti pengayaan dan pemulihan
iii.Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi
membolehkan perancanganstrategi pengajaran yang lebih berkesan
PKP3106

[ipgksm] Page 4

iv.Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi
membolehkanaktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan
v.Mentaksir keberkesanan pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
Kesahan skor
-Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.
Kebolehpercayaan Skor
-Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.
Keobjektifan
-Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
Kebolehtadbiran
-Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat
atau berasaskan sekolah.
Kemudahtafsiran
-Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan
mengadakan ujian.
Kekomprehensifan
-Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau pengajaran.

Perbezaan Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian
PENGUJIAN PENGUKURAN/
PENTAKSIRAN
PENILAIAN
DEFINISI Alat pengukuran
perubahan sesuatu
aspek tingkah laku.
Proses
menentukan
peringkat
pencapaian dan
.Proses
menentukan
perubahan
tingkahlaku dan
PKP3106

[ipgksm] Page 5

kedudukan pelajar

membuat
pertimbangan nilai.
TUJUAN/KEGUNAAN

Menentukan
pencapaian
sesuatu
pembelajaran.
Untuk membuat
pengelasan bagi
pencapaian dan
kedudukan dalam
pembelajaran.

Memberi maklumat
tentang pencapaian
objektif
pembelajaran,
kaedah mengajar
dan kurikulum.
BENTUK

Pemerhatian.
Ujian lisan.
Bertulis.

Set ujian bertulis
dengan markah
dan gred.
Jadual.
Gred berdasarkan
teknik perangkaan.
CARA/PROSES

Persediaan Ujian.
Pntadbiran
Pemeriksaan..

Proses pengujian.
Merekod
markah/gred.
Proses
pengukuran.
Proses
penganalisisan.
Proses
interprestasi.
Melapor.
Tindakan.

MASA

Selepas
pembelajaran.
Selepas
pembelajaran.
Sebelum, semasa,
selepas
pembelajaran.
LIPUTAN

Terhad pada
sesuatu kemahiran
atau pembelajaran.

Sesuatu peringkat
pembelajaran.

Dari sesuatu
pembelajaran
tertentu ke seluruh
kurikulum.

KEPUTUSAN

Menunjukkan
prestasi sesuatu
Menunjukkan
pencapaian secara
Menunjukkan
pencapaian
PKP3106

[ipgksm] Page 6

kemahiran atau
penguasaan
pembelajaran yang
spesifik.

relatif.

keseluruhan tetapi
tidak semestinya
membayangkan
kebaikan seorang
individu.


Pelbagai Cara Pengumpulan Maklumat
Cara Pengumpulan Maklumat Penerangan
Rekod atau laporan
Latar belakang keluarga
Kesihatan murid
Prestasi akademik dahulu
Minat murid
Laporan-laporan yang dibuat oleh
para profesional akan memberi
banyak maklumat berkaitan murid
yang boleh digunakan oleh guru
Guru merujuk kepada laporan-
laporan tersebut untuk mendapat
satu gambaran yang lebih
menyeluruh berkaitan murid.
Dilihat melalui rekod profil murid,
rekod anekdot atau pun buku
laporan prestasi murid.
Membantu guru menilai secara
jangka panjang dan memberi
maklumat tentang pencapaian
murid dalam semua mata pelajaran.
Guru dapat mengetahui tahap
kesihatan dan minat murid.
Sampel kerja Salah satu sumber maklumat yang
sedia ada berkaitan murid adalah
PKP3106

[ipgksm] Page 7

sampel-sampel kerja yang
dihasilkan oleh murid dalam mata
pelajaran yang diikutinya di sekolah.
Dilakukan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.
Guru membuat analisis sampel
kerja.
Untuk mengetahui kelebihan dan
kekurangan murid dalam mata
pelajaran yang dipelajari.
Pengujian
Ujian rujukan norma
Ujian rujukan kriteria
Inventori tidak formal
Kuiz
Probe
Analisis tugasan
Analisis ralat
Guru boleh mendapat tahu tahap
kebolehan murid dengan
mentadbirkan ujian-ujian kepada
murid.
Pengujian ditadbirkan dengan
pelbagai cara mengikut apakah
tujuan sebenarnya guru.
Nama yang diberikan kepada
sesuatu ujian biasanya
menunjukkan tujuannya.
Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk
mengukur sama ada kemahiran
yang telah diajar boleh dianggap
sebagai telah dikuasai murid.
Ujian rujukan norma : Ujian yang
membandingkan prestasi murid
dalam sesuatu
ujian dengan pencapaian orang
yang telah mengambil
ujian yang sama.
PKP3106

[ipgksm] Page 8

Kuiz : Ujian yang dijalankan sebaik
sahaja sesuatu pelajaran telah
disampaikan untuk menguji sama
ada murid telah
memahami apa yang telah diajar.
Probe : Kalau seorang guru ingin
tahu sama ada murid boleh
menjalankan sesuatu tugasan atau
ujian dalam keadaan yang lain, dia
boleh memberi tugasan atau ujian
yang sama tetapi dengan sedikit
pengubahsuaian seperti memberi
penyampaian yang berlainan. Guru
sebenarnya telah menjalankan
probe.
Analisis tugasan : melibatkan
satu siri kemahiran kecil yang perlu
dilakukan oleh murid dengan
jayanya.
Analisis ralat : petunjuk tentang
kemahiran yang masih belum
dikuasainya apabila murid kerap
melakukan kesilapan bagi sesuatu
kemahiran yang belum dikuasainya
Pemerhatian Pemerhatian merupakan satu
kaedah yang selalu dijalankan oleh
para profesional atau guru untuk
mengumpul maklumat, khususnya
berkaitan tingkah laku seseorang
murid.
PKP3106

[ipgksm] Page 9

Pemerhatian yang dibuat perlu
direkodkan dan terdapat beberapa
cara untuk merekodkan hasil
pemerhatian.
Soal selidik Bertujuan mengenalpasti sesuatu
masalah supaya penyelesaiannya
boleh dirangka, memahami sesuatu
fenomena dengan lebih jelas, serta
mengumpul maklumat tentang isu
tersebut.
Dijalankan terhadap ibu bapa murid
pemulihan, guru pemulihan, guru
kelas ataupun pihak -pihak yang
terlibat.
Cara soal selidik(self-administered)
berkesan jika responden boleh atau
bersedia memberikan pendapatnya
dengan jelas.






PKP3106

[ipgksm] Page 10

Tajuk 2 Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas

Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan pengamatan aspek
penglihatan, pendengaran ,kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran pembelajaran
asas juga meliputi konsepsualisasi dan organisasi yang mana adalah merupakan
kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. Selain itu,
aspek utama yang terlibat ialah kepantasan pemprosesan maklumat. Dalam
pemprosesan maklumat ini, melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam
otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan
pantas.

1. Pengamatan
Maksud Kebolehan Pembelajaran AsasTerdiri daripada:
Pengamatan
Penglihatan
Pendengaran
Sensori motor
Kinestatik
Taktil dan haptik

Diskriminasi Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf,
nombor dan perkataan.
Ingat Kembali Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.
Orientasi
Kedudukan
Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk,
huruf dan nombor.
Turutan Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-
PKP3106

[ipgksm] Page 11

huruf dalam perkataan.
Menyudah atau
Melengkapkan
Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau melengkapkan
objek, nombor, perkataan atau ayat.
Menyalin Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor,
perkataan atau ayat.
Rajah Latar
Belakang
Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf
atau nombor dari latabelakang sesuatu gambar atau rajah.
Koordinasi Motor Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan
tangan.
Pertalian Jarak
(Ruang)
Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan
serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.
Ketetapan Bentuk /
Kedudukan dalam
rajah
Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau
nombor yang mempunyai bentuk tetap dan tidak akan berubah
bentuknya dalam mana-mana keadaan
Gambar Bersiri Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak
yang lain.
Mazing atau
Mencari Jalan
Keluar
Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah
Benda Tersembunyi Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang
abstrak.

Kesukaran Dalam Pengamatan Pendengaran
Antara masalah dalam pengamatan pendengaran yang berpunca daripada kecacatan
organism telinga adalah seperti:
Diskriminasi

- Ketidakbolehan mengenal dan
membezakan bunyi sebutan, rentak,
irama, dan intonasi yang berlainan.
- Ketidakbolehan mengenal arah
PKP3106

[ipgksm] Page 12

bunyi (jauh atau dekat)
- Ketidakbolehan mengingat bunyi-
bunyi yang didengar.
- Ketidakbolehan mengulang corak
bunyi dan turutannya.

Pekak Koduktif - Tidak dengar bunyi bernada rendah
Pekak Perseptif - Tidak dengar bunyi bernada tinggi

Pekak Campur Aduk

- Campuran pekak koduktif dan
pekak perseptif.

Pekak Rikrutmen (Automatic Volume
Control)

- Boleh mendengar bunyi yang kuat
sahaja.

Secretory Otitis Media

- Cecair yang menyekat getaran.


Kesukaran Dalam Kemahiran Sensori Motor
1. Motor Kasar: Ketidakbolehan dalam pergerakan badan dengan automatis,
mudah danbeirama serta dengan imbangan yang sewajarnya.

2. Motor Halus: Ketidakbolehan untuk menguruskan tugas-tugas atau kerja-kerja
yangmemerlukan kawalan-kawalan motor halus terutamanya dalam penggunaan
tangan dalamtulisan, lukisan, jahitan dan sebagainya.

- Ketidakbolehan bertindak balas terhadap dorongan melaluipenglihatan,
pendengaran dan daya perasa.
- Ketidakbolehan mengesan, mentafsir dan bertindak balas terhadapdorongan
dan daya perasa
PKP3106

[ipgksm] Page 13

- Kekurangan kesedaran perhubungan ruang dengan imej badan,sisian dan
arah
Masalah dalam pengamatan
Kesukaran memahami konsep yang melibatkan visual
Kekurangan visual-aid mesin braille, kanta lekap, embosser, tacktile aids
Sikap murid bergantung kepada orang lain
Kepakaran guru
Stigma/ pelabelan masyarakat rendah diri
Tempat/ ruang terhad untuk laksana pentaksiran
Tiada tindak susul daripada pihak bertanggungjawab

Keperluan Pentaksiran Pengamatan
- Mengesan masalah pengamatan seawal mungkin
- Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi
- Menyediakan penempatan yang bersesuaian
- Mengenalpasti pasukan pelbagai disiplin untuk membantu.

Pengamatan Taktil ialah sentuhan yang berkenaan dengan atau menggunakan
deria sentuhan.
Pengamatan Kinestetik membincangkan tentang deria pergerakan tubuh badan.
Haptik ialah gabungan antara pengamatan taktil dan kinestetik yang berlaku
secara serentak.

2. Konsepsualisasi dan Organisasi

Konsepsualisasi : proses formulasi dan penjelasan dari konsep.
PKP3106

[ipgksm] Page 14

Organisasi : didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia
yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai
matlamat individu, kumpulan, dan orgsnisasi.

Ringkasnya, konsepsualisasi dan organisasi merupakan kebolehan untuk memahami
konsep dan mengikut organisasi dengan betul.

Peringkat dalam pembelajaran konseptualisasi
Peringkat pertama ialah pengalaman berbentuk konkrit. Ini bermaksud tindakan
yang dilakukan oleh seseorang dan kesan perlakuannya diperhatikan dalam situasi-
situasi tertentu. Individu itu mengalami atau melibatkan diri secara langsung dalam
tugasan tertentu. Biasanya, seseorang individu itu hanya melakukan tugasan yang
diberi tanpa mempunyai kesedaran atau membuat refleksi.
Peringkat kedua ialah refleksi iaitu membuat refleksi selepas sesuatu tindakan atau
daripada pengalaman tertentu. Paradigma mempengaruhi perbezaan bentuk refleksi.
Kkesan daripada tindakan atau tingkah laku perlu diambil kira dalam refleksi supaya
perlakuan itu tidak diulang dalam situasi yang sama.
Peringkat ketiga ialah membina konsep daripada yang abstrak kepada yang
sebenar. Konsepsualisasi melibatkan keadaan yang boleh diperhatikan dan
pemahaman antara perkaitan antaranya. Paradigma juga mempengaruhi keadaan
dalam membentuk konsepsualisasi. Ini bermaksud seseorang itu perlu memahami
prinsip asas sebelum mengaplikasikan prinsip-prinsip tertentu dalam bentuk konsep.
Peringkat keempat ialah membuat jangkaan. Seseorang itu boleh membuat aplikasi
dan generalisasi. Malah, individu itu juga dapat membuat perancangan berbentuk
konteks dalam pemahaman dan menterjemahkan sesuatu konsep untuk jangkaan pada
masa depan atau untuk jangkaan tindakan yang akan dilakukan.

PKP3106

[ipgksm] Page 15

3. Kepantasan pemprosesan maklumat

Definisi : Melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan
menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas.

Peringkat Pemprosesan Maklumat
1. Kenalpasti ransangan
Ransangan = semua jenis maklumat persekitaran yg diterima melalui
reseptor sensori
Berperanan utk mentafsir maksud ransangan yg wujud dalam
persekitaran
Contoh : seorang pemain badminton menerima hantaran tinggi sebagai
rnasangan dan akan mula bertindak untuk mematikan bola tersebut
2. Pemilihan respon
Berperanan sebagai system yg menyediakan beberapa respond an akan
memilih respon yg terbaik dan relevan dengan tafsiran ransangan tersebut
Contoh : jika kita ingin menangkap bola, secara auto matiknya, otot
tangan dan jari sudah bersedia melakukan aksi tersebut
3. Pemprosesan respon
Merupakan peringkat pelaksanaan fizikal segala persiapan yg telah
dilakukan di peringkat organisasi lakuan
Pelaksanaan lakuan ialah pergerakan yg dapat dilihat
Contoh : pemain badminton yg menerima bola tinggi sebagai ransangan
maka lakuan yg tepat baginya ialah dengan melakukan pukulan smesy
Dlm peringkat ini, pelaku memperoleh pengalaman sensori daripada
pengalaman yg dilakukan

PKP3106

[ipgksm] Page 16

Cara memproses maklumat
1) Menyusun maklumat
2) Membuat lakaran grafik
3) Menganalisis data
Menyusun maklumat
- Maklumat yg terkumpul boleh diproses berdasarkan :
o Kronologi (masa dan peristiwa)
o Keutamaan
o Kata Tanya
o Kategori
Membuat lakaran grafik
Lakaran grafik adalah penting untuk menyusun maklumat. Lakran grafik adalah
maklumat yg ditunjukkan menggunakan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-sama
dengan sedikit maklumat bertulis.
- Jadual
o Cara yg paling kemas utk mempersembahkan maklumat yg
mengandungi nombor ataus sesuatu yg boleh dikategorikan kepada
beberapa kumpulan yg sama
o Maklumat seperti itu boleh dimasukkan ke dalam lajur dan baris
o Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu
kategori maklumat dengan kategori yg lain, seperti kewangan dgn
bilangan atau kuantiti barangan atau antraa kekuatan dengan
kelemahan sesuatu
- Graf
o Graf digunakan utk menunjukkan perubahan pembolehubah. Graf
membolehkan kita melihat trenda atau gaya perubahan tersebut.
o Jenis graf :
PKP3106

[ipgksm] Page 17

Graf garis menggunakan garisan tegak dan mendatar sebagai
paksi untuk kita plot data bagi dua variable. Kedua-dua paksi x
dan y biasanya mempunyai skala yang sekata
Graf bar- bagi variable yg diskrit seperti bilangan syarikat atau
bulan Januari, Februari dan lain-lain. Lebih sesuai maklumat itu
dinyatakan dalam graf bar.
Graf pai digunakan utk menunjukkan peratusan atau pecahan
pembolehubah.
- Piktograf
o Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah
difahami jika diberikan dalam bentuk grafik berbanding dengan angka.
o Oleh itu, angak diwakili dengan symbol
o Bentuk grafik ini dikenali sebagai piktograf
- Carta pokok /Organisasi
o Carat menggunakan grafik dan perkataan utk mempersembahkan
ringkasan (overview) sesuatu maklumat
o Carta ini digunakan utk menunjukkan hubungan dan turutan dengan
cara yg tersusun
o Contoh : carta struktur sebuah organisasi
- Carta alir
o Maklumat tenatng suatu proses
o Carta ini berbentuk cabang atau lingkaran
- Carta stream
o sesuatu maklumat yg boleh dikelaskan dan setiap kelas itu mempunyai
hubungan antara satu sama lain
- Rajah
o Sejenis grafik yg menggunakan garisan, tanda dan symbol untuk
menunjukkan hubungan idea, kedudukan objek, proses atau sistem
o Contoh : rajah litar elektrik
- Peta
PKP3106

[ipgksm] Page 18

o Maklumat tenatng keadaan dan kedudukan sesuatu tempat biasanya
lebih jelas ditunjukkan
- Lakaran
o Ada maklumat lebih mudah dan lengkap diwakilkan secara lakaran
o Contoh : bentuk sehelai daun lebih mudah dipaparkan dalam bentuk
lakaran
- Gambar
o Adalah bentuk grafik yg dapat menyampaikan maklumat dengan tepat
dan mebarik bagi sesuatu objek maujud.
o Gambar mewakili seribu perkataan

Menganalisis data
Maklumat yg telah disusun atau diproses perlu dianalissi untuk membuat kesimpulan yg
jelas dan tepat
Langkah menganalisis data :
- Menghubungkaitkan fakta
- Mengsintesis data
- Membandingkan fakta
- Membaca yg tersirat
- Membuat kesimpulan

Masalah Berkait Dengan Pemprosesan
Masalah spatial
Masalah berkaitan dengan arah
Berkaitan konsep masa
Masalah imej badan
Masalah organisasi
PKP3106

[ipgksm] Page 19

Masalah symbolization atau perwakilan
Masalah membina konsep / penaakulan

Matlamat Pengajaran
Rumusan hasil pentaksiran
Rumusan perlu dibuat ke atas pentaksiran yang dilaksanakan dalam
kebolehanpembelajaran asas sama ada dalam aspek pengamatan, kemahiran
sosial ataupunkemahiran pengurusan diri.

Pengenalpastian matlamat pengajaran
Rumusan yang dihasilkan akan menentukan bentuk perancangan pengajaran
yang akandiputuskan oleh guru. Berdasarkan rumusan ini seseorang guru
merancang hasil pembelajarannya atau matlamat pengajaran.

Perancangan intervensi
Setelah mengenal pasti masalah yang dilalui oleh murid dalam menguasai
kemahiranpembelajaran asas, program intervensi untuk membantu murid-murid
berkenaanbolehlah dirancang. Perancangan intervensi ini berkait rapat dengan
masalah sebenar yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu.







PKP3106

[ipgksm] Page 20

TAJUK 3 MENTAKSIR KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

Maksud kemahiran sosial dan tingkah laku

Kemahiran sosial
Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran sosial?
Kemahiran yang membantu individu menjalin hubungan sosial yang lebih baik seperti:
membina persahabatan
berbual dengan orang lain
mempunyai budi pekerti yang baik
mempunyai rasa empati terhadap orang lain

Kemahiran Hidup dalam Bilik darjah:
Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah.
Ini termasuklah:
mendengar dan mematuhi arahan
berkelakuan sopan dan menghindari gangguan
meminta bantuan
memberi sumbangan dalam perbincangan
membuat keputusan
pengendalian konflik
membina kemahiran akademik
melaksanakan kewajipan
bertanggungjawab atas tingkah laku anda





PKP3106

[ipgksm] Page 21

Tingkah laku dalam bilik darjah
Maksud tingkah laku ialah perlakuan yang ditunjukkan secara konsisten dalam satu
jangka masa yang lama yang akan memberi kesan buruk kepada perkembangan
pembelajaran murid seterusnya menghalang penglibatan mereka secara aktif di dalam
atau di luar bilik darjah.

Kaedah mengenalpasti murid yang mempunyai tingkahlaku bermasalah
Kaedah berasaskan ujian
Kaedah bukan ujian- pemerhatian, temuduga, kaedah penyelidikan (kajian kes, kajian
dokumen, kajian rentasan, kajian menegak)

Contoh situasi di mana tingkah laku bermasalah dipamerkan:
Semasa sesi pengajaran
Semasa membuat latihan
Semasa di luar kelas
Semasa bukan guru kelas mengajar

Pentaksiran Tingkah Laku Secara Formal
senarai semak
- maklumat (diri, kerjaya, pendidikan)
- inventori (minat, kerjaya)
skala kadar
- ukuran kuantitatif menurut nilai tertentu
5 = sangat bersetuju
4 = bersetuju
3 = kurang bersetuju
2 = hampir bersetuju
1 = tidak bersetuju
temuduga
- lebih berfokus kepada interaksi sosial
PKP3106

[ipgksm] Page 22

- maklumat hampir sama dalam soal selidik diri
- pemerolehan maklumat dengan cara santai
pencerapan
pencerapan naturalistik
pemerhatian di setting yang biasa / natural
pencerapan klinikal
rumusan ke atas pelbagai alat ujian / maklumat
pentaksiran psikometrik
- maklumat perkembangan diri individu
- penggunaan kaedah saintifik
pentaksiran berasaskan kurikulum dilaksanakan melalui :
- pentaksiran kurikulum fungsional
o pentaksiran tidak langsung
o pemerhatian secara langsung
o eksperimen
- pentaksiran kesesuaian tugas
iaitu penilaian yang sistematik untuk menilai pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dengan menggunakan senarai semak

Cara Pentaksiran Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku
Pemerhatian
Penilaian Orang lain
Penilaian kendiri
Pentaksiran ekologi

Matlamat Pengajaran
Rumusan hasil pentaksiran
Pengenalpastian matlamat pengajaran
Perancangan Intervensi
PKP3106

[ipgksm] Page 23

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran social dan
tingkah laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya
melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang penting
untuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku ini merujuk
kepada keberkesanan dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitan
dengan umur dan kumpulan kebudayaan.
Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan
tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh
dipelajari pada bila-bila masa. Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatif
dan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya dapat dilihat
dan diperhatikan dalam bilik darjah. Antara tingkah laku positif ialah seperti
menghormati arahan dan akur dengan perintah guru. Manakala bagi tingkah laku
negatif pula adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan sekelas.
Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku sasaran
modifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku yang
diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya
termasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan,
pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku
sasaran, mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah yang
bersesuaian, penentuan ganjaran, menjalankan program , membuat penilaian, tindakan
susulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak akan berulang dan tingkah
laku yang positif dapat dikekalkan.
Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini antaranya
adalah dengan pemberian ganjaran yang terdiri daripada primer , sekunder dan sosial.
Ganjaran primer ini terdiri daripada makanan dan minuman, manakala ganjaran
sekunder pula terdiri daripada token, kupon dan lain-lain. Ganjaran sosial pula adalah
seperti senyuman ,belaian dan penghargaan emosi kepada individu. Terdapat
PKP3106

[ipgksm] Page 24

beberapa strategi peningkatan yang lain iaitu seperti penggunaan kontrak dan
sebagainya. Bagi teknik pelupusan pula terdapat pelbagai teknik antaranya adalah
seperti teknik pelupusan, dendaan, kejelakan, timed out ,pembetulan semula dan yang
lain lagi. Segala strategi peningkatan dan pelupusan ini sememangnya dapat
membantu untuk mengubah tingkah laku kepada tingkah laku yang diingini. Segala
hasil oleh strategi ini akan direkodkan dalam pelbagai jenis rekod seperti rekod
anekdot, persampelan masa dan sebagainya. Daripada data yang diperolehi maka satu
baseline dapat dilihat dan disini jugalah guru dapat mentaksir dan merancang aktiviti
yang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah laku sasaran di masa hadapan.
Selain itu juga, dalam proses pentaksiran kemahiran social dan tingkah laku
juga, penglibatan ibu sangatlah penting. Ini kerana ibu bapa adalah merupakan orang
yang paling rapat dengan mereka. Hasil temul bual dan perbincangan daripada ibu
bapa sememangnya sangat membantu guru dalam membuat pentaksiran dengan betul
dan lebih jitu.











PKP3106

[ipgksm] Page 25

TAJUK 4 MENTAKSIR BAHASA LISAN



Pentaksiran secara lisan adalah untuk menaksir kebolehan pelajar mengingat
dan memahami konsep kemahiran lisan bahasa. Lisan merupakan salah satu daripada
kemahiran yang penting dalam menjadi asas pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Terdapat dua aspek kemahiran asas dalam lisan iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur. Sebenarnya, kanak-kanak mula menguasai bahasa daripada apa
yang didengar dan dialaminya. Mereka akan cuba meniru serta menuturkannya
berulang-ulang kali.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar adalah apabila seseorang itu dapat mengecam, mengenal dan
mengamati serta mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran
mengenal dan mendiskriminasikan sesuatu bunyi itu bergantung kepada faktor-faktor
Mendengar
Bertutur
Kemahiran lisan
PKP3106

[ipgksm] Page 26

fisiologi dan neurologi pendengaran seseorang iaitu setakat mana kadar pengamatan
pendengarannya. Oleh itu, seseorang yang mempunyai kemahiran mendengar dapat :
Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
Mendengar secara kritikal.
Auding
Mengikut arahan.
Memahami urutan atau sekuan.
Mengingat kembali.
Menentukan idea utama / terpenting.
Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur pula adalah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi
bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ),
jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan
suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi
setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan
perbezaan maksud atau makna.
Tetapi bagi Bahasa Melayu, hanya intonasi dan jeda sahaja yang bersifat fonetik
yang boleh membezakan makna atau maksud. Ujaran sesuatu ayat mestilah dengan
intonasi-intonasi yang tertentu supaya ia boleh menentukan maksud ayat dan jenis-
jenis ayat yang berkenaan. Misalnya ayat Dia sudah makan boleh berfungsi sebagai
PKP3106

[ipgksm] Page 27

ayat penyata dan juga sebagai ayat tanya jika diubah intonasi dalam pengujarannya.
Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana
pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komponen-Komponen Bahasa Lisan

Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan iaitu
fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga pragmatik. Melalui lima aspek
pentaksiran ini, masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti dan
seterusnya dapat membantu guru melakukan strategi dan intervensi yang bersesuaian
bagi individu tersebut.
Fonologi adalah kajian mengenai pola bunyi bahasa iaitu kajian mengenai bunyi-
bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Sebutan dan bunyi yang berlainan akan
memberikan makna yang lain. Misalnya perkataan pin dan tin, perbezaan bunyi
utama adalah pada awal perkataan-perkataan tersebut. Kebiasaannya individu yang
mengalami masalah pembelajaran ini sukar untuk membunyikan bunyi fonetik dengan
betul. Kadangkala mereka seringkali melakukan penggantian, penambahan,
pengguguran dan sebagainya. Contohnya perkataan kakak menjadi katak. Hal ini
telah pun berlaku penggantian. Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza hanya pada
satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini menghasilkan dua perkataan dan masing-
masing mempunyai makna yang berbeza.
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian
Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini
merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Struktur kata bermaksud susunan
bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata
pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses
PKP3106

[ipgksm] Page 28

menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama.
Sintaksis pula merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur
dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan
ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam
ayat. Sintaksis boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa,
perkataan, dan morfem. Sebagai contoh Abang membaca buku. Namun bagi individu
yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis, individu itu hanya mampu
menyebut abang buku. Hal ini sememangnya telah pun memberi maksud dan makna
yang lain.
Menurut Kamus Dewan, 1997: 1228, semantik merupakan kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Komponen kandungan terdiri
daripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakan
secara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya semantik melibatkan
perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem yang bergabung
akan membentuk perkataan dan perkataan digunakan untuk mewakili benda, konsep,
pengalaman dan sebagainya. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini
sangat lemah dalam bidang semantik terutama dalam membezakan perkataan yang
mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan bunyi. Contohnya perkataan semak (e
pepet) dengan semak (e taling). Semak bermaksud belukar manakala semak yang satu
lagi adalah memeriksa. Selain itu mereka juga mengalami masalah dalam memahami
peribahasa seperti simpulan bahasa dan sebagainya.

Bidang pragmatik pula adalah merupakan bidang yang berkaitan dengan
penggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak autisme
misalnya mengalami kesukaran dalam menggunakan kata ganti diri. Hal ini kerana kata
ganti diri pertama seperti saya seringkali ditukarkan dengan perkataan awak.
Penggunaan bahasa yang salah akan memberi maksud yang berlainan. Disebabkan
itulah unsur pragmatik juga memainkan peranan penting dalam aspek komponen
bahasa.
PKP3106

[ipgksm] Page 29

Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakan
maklumat yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru.
Selain itu juga, maklumat yang diberikan perlulah sejajar dengan teori perkembangan
kognitif. Tujuan pentaksiran lisan juga adalah untuk menyediakan maklumat khusus
berkenaan dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Melalui pentaksiran
lisan jugalah guru akan dapat merancang dan memulakan pengajaran secara lebih
efektif berdasarkan data yang diperolehi.


Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif

Dalam pentaksiran lisan terdapat dua jenis bahasa yang menjadi aspek utama
untuk dinilai dan ditafsirkan iaitu bahasa reseptif dan ekspresif. Bahasa reseptif merujuk
kepada keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yang
diterima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa reseptif ini misalnya
melibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa dan dapat
mempamerkan kefahaman mereka terhadap isu yang diperkatakan tadi. Sebagai
contoh, selepas memperdengarkan beberapa perkataan, murid tersebut akan disoal
semula mengenai kefahaman beliau terhadap apa yang dibacakan tadi.
Bahasa ekspresif pula merujuk kepada keupayaan murid untuk berkomunikasi
dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain.
Pentaksiran terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan aspek pengeluaran
bunyi yang betul, ucapan dan bahasa. Pengucapan atau pertuturan adalah merupakan
pengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif. Misalnya, berdasarkan contoh
gambar yang diberikan oleh guru, murid dikehendaki bercerita mengenai gambar
tersebut.
Antara ciri-ciri individu yang mengalami masalah bahasa reseptif dan ekspresif,
biasanya mereka lebih suka berdiam diri atau mengelakkan diri daripada sebarang
perbincangan dan perbualan. Selain itu, mereka juga seringkali memberi respon yang
salah dengan arahan yang diberikan. Murid-murid yang mengalami masalah ini juga
akan mengalami kesukaran untuk bertukar giliran berkomunikasi dan bercakap apabila
PKP3106

[ipgksm] Page 30

mereka diminta untuk melakukan perbincangan. Kesemua masalah ini dapat dirawat
jika diberi rawatan dan intervensi dengan segera. Psikoterapi dapat dijalankan untuk
merawat masalah ini terutamanya bagi mereka yang menghidapi masalah dalam emosi
dan juga tingkah laku.

CARA PENTAKSIRAN BAHASA LISAN
Penilaian orang lain
Pemerhatian
Sampel bahasa
Pengujian tidak formal

Bagi melakukan pentaksiran terhadap individu yang mengalami masalah lisan ini,
terdapat beberapa cara dan kaedah (Rujuk rajah 4). Antara cara pentaksiran yang
boleh dilakukan oleh guru ialah melalui penilaian orang lain, pemerhatian, sampel
bahasa dan pengujian tidak formal. Bagi cara mentaksir dengan penilaian orang lain,
guru boleh melakukan perbincangan atau temu bual dengan ibu bapa, guru kelas, guru
Bahasa Melayu, rakan sebaya atau individu yang mengenalinya dengan baik bagi
menilai dan mengumpul maklumat berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid
tersebut.
Selain itu, guru juga boleh melakukan pemerhatian sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung. Menurut Haidi (2009), terdapat tiga teknik pemerhatian yang
sesuai dilaksanakan iaitu pemerhatian dengan senarai semak, pemerhatian di luar bilik
darjah dan pemerhatian tingkah laku. Selain itu, pemerhatian juga boleh dilaksanakan
dalam situasi yang spesifik, pelbagai tempat dan masa yang berbeza sepanjang hari.
Pemerhatian situasi yang spesifik dilaksanakan sepanjang satu masa yang tertentu
misalnya seperti semasa waktu rehat. Manakala bagi pemerhatian dalam pelbagai
tempat pula boleh dilakukan pada persekitaran atau tempat yang berbeza. Begitu juga
dengan pemerhatian pada masa yang berbeza sepanjang hari yang boleh dilaksanakan
sama ada pada waktu pagi, petang dan malam. Misalnya, guru boleh membuat
PKP3106

[ipgksm] Page 31

pemerhatian terhadap tingkah laku murid tersebut ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran iaitu bagaimana murid itu menjawab ketika guru menanyakan soalan
ataupun guru memerhati perbualan murid tersebut dengan rakan-rakannya. Dengan
maklumat yang diperoleh, guru dapat mengumpul lebih banyak maklumat untuk
melakukan pentaksiran.
Seterusnya adalah sampel bahasa. Sampel bahasa biasanya dilakukan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini memerlukan guru untuk membuat
analisis sampel bahasa. Ini kerana untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid
dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru boleh menyediakan
beberapa set soalan bagi memahami perkembangan bahasa mereka. Contoh ujian
yang sesuai dijalankan adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapan
dan juga bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif,
mimik muka atau gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatan
audiotari. Ujian seperti ini biasanya dilakukan pada usia selepas lahir hingga berumur 7
tahun.
Selain itu, guru juga boleh melakukan pengujian tidak formal. Pengujian tidak
formal dijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan, dijalankan sama ada secara
individu atau kumpulan, dijalankan secara lisan, tidak melibatkan kemahiran atau unit-
unit tertentu dan ia dibina oleh guru serta tidak mempunyai arahan atau prosedur.
Contohnya, temubual dengan murid ataupun sesi soal jawab. Melalui soal jawab dan
temubual, guru dapat menganalisis kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran
lisan. Selain itu, melalui pengujian tidak formal, guru dapat merekod maklumat yang
diperoleh dan dapat membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak-kanak bergantung kepada
pendedahan yang diterimanya daripada persekitaran selain daripada keupayaan
kognitif. Pendedahan daripada persekitaran yang mereka terima boleh dalam bentuk
interaksi dua hala dan kekerapan berlakunya interaksi itu. Teori interaksi menegaskan
kepentingan menyediakan peluang-peluang untuk berinteraksi yang lebih luas kepada
kanak-kanak untuk membantu mereka menguasai bahasa lisan dengan lebih
PKP3106

[ipgksm] Page 32

cekap.Oleh itu, guru perlu memperbanyakan aktiviti lisan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Kemahiran Lisan dalam Ujian Diagnostik.

Jenis jenis ujian Diagnostik dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kemahiran
lisan, kemahiran bacaan dan kemahiran tulisan. Kemahiran Lisan merupakan satu
daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek
kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak
mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru
serta menuturkannya berulang-ulang. Kemahiran-kemahiran asas dalam kemahiran
lisan ialah kemahiran mendengar.Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya
dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi
bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.
Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung
kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar
pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu
boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh mendiskriminasi bunyi-
bunyi bukan bahasa,mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa,memahami perkataan,
konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Selain itu, murid-murid dapat memahami
ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran
bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan
pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta
helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini
merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah
bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau
makna.Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan
suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi
penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
PKP3106

[ipgksm] Page 33

Terdapat beberapa kepentingan kemahiran lisan iaitu manusia mencipta
lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Kita harus
mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan
menulis.Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula
mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan
bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka
menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.Kanak-kanak yang telah menguasai
bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah
fikiran. Maka mereka akan lebih berani dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.
Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa
dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian
jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak
dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.Bahasa Melayu khususnya berbeza dari
segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan
menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.Struktur ayat, pembinaan ayat dan
aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung.
Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas
bahasa yang kukuh.Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan
lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat
awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak.
Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

Matlamat pengajaran
Rumusan hasil pentaksiran
Pengenalpastian matlamat pengajaran
Perancangan intervensi

Cara memperbaiki kelemahan-kelemahan lisan
PKP3106

[ipgksm] Page 34

Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-
murid.
Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan
khusus murid-murid.
Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..
Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui
susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
- Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup
untuk didengar oleh pendengar yang ada.
2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada
murid.
3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai
perkara-perkara tertentu.
4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan
mereka sendiri.
6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah
pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :
o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.
o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh si
penutur.
PKP3106

[ipgksm] Page 35

7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk
sekali dua sahaja.
8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang
berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.
9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika
didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara
spontan.
















PKP3106

[ipgksm] Page 36



TAJUK 5 MENTAKSIR BACAAN

Pengenalan Bacaan
Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak
pemulihan dan juga menjadi punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah
dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah
laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca
adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan
maksud bacaan.
Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan.
Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk
memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang
untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,
dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya
(Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk
menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.
Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989)
telah merumuskan proses membaca seperti berikut:
1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat
diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud
dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam
perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
PKP3106

[ipgksm] Page 37

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain
pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk
menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut
perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-
perkataan yang dibacanya.
3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan
apa yang dibaca.
Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan
pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu
proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:
i. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
ii. Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
iii. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan
apa yang sedia ada di kepala.
iv. Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat sehingga
menjadi sebuah idea yang lengkap.
v. Mencuba untuk menghuraikan idea kepada orang lain.


Proses Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca mengandungi dua proses asas iaitu kemahiran memecahkan kod
dan kefahaman. Kemahiran memecahkan kod melibatkan pemahaman tentang
hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk
yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran memecahkan kod ataupun
dikenali sebagai nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis
dengan betul. Manakala proses kefahaman pula membolehkan seseorang memahami
makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.


PKP3106

[ipgksm] Page 38



Faktor-faktor Yang Berkaitan Dengan Membaca
Antara faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca seseorang adalah kesediaan
membaca. Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak
menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan
sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan.
Oleh itu bagi persediaan untuk kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan dengan
merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan
membaca, seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang
diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diajar kepadanya.
Sementara itu, antara faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca
kanak-kanak adalah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi, motivasi
dan sahsiah, kecerdasan, pengamatan dan penguasaan bahasa. Keadaan fizikal
merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna.
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan
dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Misalnya mendengar cerita,
lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan
anak mereka dan sebagainya.
Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan
emosi, motivasi dan sahsiah kanak-kanak. Ini kerana dorongan yang diberikan oleh ibu
bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Manakala kecerdasan dan
perkembangan kognitif juga turut mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.
Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih
cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Selain itu, keupayaan pengamatan turut menjadi faktor dalam mempengaruhi
kemahiran membaca misalnya kemahiran diskriminasi penglihatan dan diskriminasi
pendengaran. Contohnya, semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasikan
huruf dan juga mendiskriminasikan bunyi-bunyi huruf. Ini melibatkan kemahiran
PKP3106

[ipgksm] Page 39

pengamatan penglihatan dan pendengaran. Kanak-kanak yang menguasai bahasa
dengan baik juga akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat
membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat komunikasi manusia untuk
melahirkan fikiran, perasaan, kehendak dan sebagainya.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk
memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi
sebelum mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.

Peringkat-Peringkat Mengajar Bacaan
Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua
kemahiran iaitu bacaan secara kuat iaitu bacaan mekanis dan bacaan secara senyap
iaitu bacaan mentalis. Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran
sebutan, intonasi, dan gaya membaca. Manakala bacaan senyap merupakan
kemahiran membaca untuk memahami dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu
bahan.
Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara
berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan
baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima
peringkat iaitu peringkat menyediakan murid, peringkat mendirikan asas, peringkat
melatih membaca dan memahami, peringkat melatih membaca untuk hiburan atau
mencari maklumat dan peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.
Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat
terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga
emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga
kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi
pelajaran membaca.
Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran
membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini, guru perlu menggunakan pelbagai
PKP3106

[ipgksm] Page 40

alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang
digunakan hendaklah ringkas, menarik dan bermakna. Kemahiran asas bacaan
bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa dan seterusnya ayat.
Pada peringkat ini juga, galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara
berterusan.
Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memahami. Pada peringkat
ini, bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan
aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman.
Kebiasaan, murid yang membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap
secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru yang berkaitan dengan bahan yang dibaca
akan membantu murid membina kemahiran memahami.
Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya
memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk
memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa
lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran
mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.
Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka
membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa
kanak-kanak. Kebiasaannya, sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca,
pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

Pendekatan Pengajaran Bacaan
Terdapat dua pendekatan pengajaran bacaan iaitu kaedah bottom-up dan kaedah
top-down.
Kaedah bottom-up bermaksud membaca dari bawah ke atas. Membaca dalam
proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, butiran dan
rangkaian persepsi serta identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan dan unit bahasa.
Menurut pendekatan ini, petikan yang menentukan pemahaman seseorang. Menurut
PKP3106

[ipgksm] Page 41

Brown (2001), proses bottom-up adalah proses membaca terlebih dahulu dengan
mengetahui pelbagai tanda linguistik seperti huruf, morfem, suku kata, frasa, petunjuk
gramatik dan tanda wacana. Kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan yang
masuk akal, koheren dan bermakna. Untuk memahami bacaan berdasarkan kaedah ini,
pembaca memerlukan kemahiran yang berkaitan dengan lambang bahasa yang
digunakan dalam teks.
Dalam kemahiran membaca, pendekatan top-down juga dikenali sebagai model
psikolinguistik dan ia dikembangkan oleh Goodman (1976). Pendekatan ini berkaitan
dengan kemahiran membaca yang menjadi sebahagian daripada proses skema
seseorang iaitu membaca secara terus-menerus untuk menguji sama ada untuk
menerima atau menolak hipotesis yang dibuat semasa proses membaca. Maklumat
grafik hanya digunakan untuk menyokong hipotesis tentang makna. Pembaca tidak
hanya memerlukan maklumat grafik daripada bacaan kerana mereka telah memiliki
model bacaan sendiri untuk memahami bacaan. Berdasarkan pendekatan ini, sebelum
membaca seseorang itu membuat ramalan ataupun hipotesis berkaitan dengan apa
yang mungkin ada dalam bahan bacaan dengan bermodalkan pengetahuan tentang isi
dan bahasa yang dimilikinya.
Untuk membantu pemahaman berkaitan dengan pendekatan ini, pembaca
menggunakan strategi berdasarkan kepada penggunaan petunjuk semantik dan
sintaksis. Ini bermakna, untuk mendapatkan makna bacaan, pembaca dapat
menggunakan petunjuk tambahan yang merupakan kompetensi berbahasa yang ia
miliki. Jadi, kompetensi berbahasa dan pengetahuan tentang apa saja memainkan
peranan yang penting dalam membentuk makna bacaan. Kesimpulannya, pendekatan
ini melibatkan pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca untuk memahami
bacaan.

Masalah-Masalah Dalam Bacaan
Masalah-masalah dalam bacaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu masalah berkaitan
dengan kebolehan memecah kod dan masalah berkaitan kefahaman. Masalah
PKP3106

[ipgksm] Page 42

berkaitan dengan kebolehan memecahkan kod dapat dibahagikan kepada bentuk huruf,
peringkat suku kata, kesukaran dalam pengamatan dan kesukaran membaca peringkat
ayat.
Antara masalah bentuk huruf ialah tidak dapat membezakan huruf kecil yang
seakan-akan sama bentuknya, huruf yang terbalik, bunyi huruf yang seakan-akan
sama, keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya, menyebut huruf-
huruf mengikut telor bahasa ibunda dan keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil
kerana bentuknya berubah.
Masalah pada peringkat suku kata pula, murid tidak boleh mengadun atau
membatang suku kata terbuka atau tertutup, keliru membunyikan suku kata yang
melibatkan e taling dan e pepet, tidak boleh membunyikan dengan betul setelah
mengeja atau membatang suku kata, tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata
VK di awal perkataan, salah memecah atau membatang suku kata, tidak boleh
membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata, keliru membatang
perkataan yang mengandungi Diftong atau vokal berganding, tidak boleh membunyikan
perkataan yang mengandungi Diagraf di awal perkataan dan tidak boleh membatang
suku kata yang melibatkan imbuhan.
Manakala masalah dalam kesukaran dalam pengamatan pula adalah boleh
mengeja tetapi tidak boleh membunyikan, mengeja sebelum membaca, boleh
membatang suku kata tetapi gagal menyebut, menggantikan bunyi suku kata dalam
perkataan, menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan, salah menyebut
perkataan yang seakan-akan rupanya, keliru ejaan bahasa Melayu dengan bahasa
Inggeris, salah menyebut atau membunyikan perkataan yang seakan-akan sama dan
menyebut perkataan mengikut loghat.
Seterusnya adalah kesukaran membaca peringkat ayat. Mereka cenderung
menggantikan perkataan dengan perkataan lain, tertinggal, pembalikan perkataan,
mengulang, merangkak-rangkak dan membaca mengikut loghat.
Masalah berkaitan dengan kefahaman pula, murid tidak dapat memahami makna
sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.
PKP3106

[ipgksm] Page 43

CARA PENTAKSIRAN BACAAN
Senarai semak
Analisis ralat
Pengujian berdasarkan kurikulum

Antara cara pentaksiran yang boleh dilakukan oleh guru ialah senarai semak, analisis
ralat dan pengujian berdasarkan kurikulum. Pengujian berdasarkan kurikulum dapat
dibahagikan kepada empat iaitu kemahiran memecahkan kod, kemahiran mengenal
perkataan, kefasihan membaca dan kefahaman. (Rujuk Rajah 5)
Senarai semak adalah satu senarai yang merangkumi instrumen tertentu untuk
mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Sementara itu,
pentaksiran analisis ralat pula berkaitan dengan kesilapan yang dibuat oleh murid yang
boleh dijadikan sebagai petunjuk berkaitan dengan kemahiran yang masih belum
dikuasainya. Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang
masih belum dikuasainya. Oleh sebab itu, guru harus mengkaji ralat yang terdapat
dalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar.
Sementara itu, pengujian berdasarkan kurikulum pula bermaksud ujian yang
dijalankan berdasarkan kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah. Ujian yang
boleh dilaksanakan adalah Ujian Rujukan Kriteria (URK). Ia merupakan satu ujian
yang direka oleh guru pemulihan untuk menilai setakat mana kemahiran yang telah
diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu. Kebiasaannya, kemahiran yang diuji
hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja. Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-
satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu. Tujuannya adalah untuk
menilai sama ada murid telah menguasai kemahiran tersebut ataupun tidak.
Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan kriteria
pencapaian, iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap peratus (%) yang
ditentukan oleh guru. Contoh 70% hingga 80%. Guru boleh menggunakan URK untuk
kemahiran memecahkan kod dan kemahiran mengenal perkataan. Contohnya untuk
PKP3106

[ipgksm] Page 44

menguji kebolehan membaca KVKV. Selepas membaca perkataan KVKV selama 3
minggu, guru menguji sama ada murid telah menguasai kemahiran yang telah diajar
dalam tempoh berkenaan dengan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang pernah
diajar untuk menguji murid. Dalam borang catatan, guru menulis apabila didedahkan
kepada 10 patah perkataan KVKV yang pernah diajar, murid dapat membaca dengan
tepat tujuh daripada 10 perkataan yang ditunjukkan. Guru mula menguji dengan
memberi murid 10 perkataan KVKV dan murid membaca perkataan. Kalau murid
berjaya membaca tujuh perkataan atau lebih dengan tepat, guru akan jadikan sebagai
bukti bahawa kemahiran telah dikuasai. Maka guru bolehlah mengajar kemahiran yang
baru.
Selain itu, guru juga boleh melaksanakan Ujian Diagnostik (UD). UD
dilaksanakan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah dalam
pembelajaran yang dihadapi oleh murid. Dengan ujian ini, guru boleh mengenal pasti
sama ada murid dapat membaca perkataan dan ayat yang ditulis dengan betul ataupun
tidak dengan mengadakan ujian lisan. Contohnya, murid membaca ayat tunggal yang
ditunjukkan oleh guru semasa ujian lisan dilaksanakan dan guru merekod kesalahan
murid.
Seterusnya adalah untuk menguji kefasihan membaca. Ujian yang boleh
dilaksanakan adalah Ujian speed. Ujian ini perlu dihabiskan dalam masa yang agak
terhad dan dilakukan secara tidak formal. Misalnya, murid membaca petikan yang
diberikan oleh guru dalam masa yang telah ditetapkan. Guru merekod kesalahan murid.
Seterusnya untuk menguji kefahaman murid, guru boleh memberikan petikan dan
menyediakan soalan berdasarkan petikan yang diberikan. Melalui ujian ini, guru dapat
mengenal pasti sama ada murid memahami apa yang dibaca ataupun tidak.




PKP3106

[ipgksm] Page 45

Kemahiran Bacaan dalam Ujian Diagnostik.
Selain daripada kemahiran lisan, kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa
yang penting dikuasai oleh seseorang individu. Kita mungkin tidak dapat bersama-sama
dengan orang lain sepanjang masa, oleh itu melalui bacaan kita dapat memahami
mesej yang disampaikan oleh orang lain melalui tulisan. Pengertian bacaan adalah luas
iaitu tidak hanya terhad kepada maksud membunyikan tulisan atau barking at words
semata-mata. Membaca secara senyap dengan memberi penekanan kepada
memahami apa yang dibaca adalah sangat penting.
Bagi seseorang pelajar, membaca merupakan kunci kejayaan akademiknya,
sumber kepada penambahan ilmu pengetahuan, dan kunci kepada keupayaan
menikmati hasil penulisan untuk mengisi masa lapangnya. Pengajaran kemahiran
membaca kepada kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik tertentu supaya mereka
dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik sama ada membaca secara
nyaring atau membaca secara senyap. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran pula,
mereka memerlukan kaedah dan teknik mengajar yang lebih khusus sesuai keupayaan
dan kebolehan mereka.
Menurut Frak Smith (1971),Membaca adalah satu operasi psycholinousitic .
Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran
bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan Long
(1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses
mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah
fikiran daripada bahan bertulis itu.Kesimpulannya, membaca adalah proses
memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara,memahami makna-makna yang
terkandung di dalamnya serta membuat perkaitan makna-makna tersebut dengan
pengalaman sedia ada murid.




PKP3106

[ipgksm] Page 46

PENTAKSIRAN BACAAN

Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalam
proses pembelajaran dan pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya
adalah bergantung dengan latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan
faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara
pendekatan yang digunakan adalah seperti orientasi dalam bacaan, berpandukan
arahan dan menggunakan maklumat.
Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik perlulah
dilakukan. Ujian diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat
dan membantu guru mengenalpasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini
mengandungi beberapa komponen mana perlu mahir dikuasai oleh murid-murid iaitu
fonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga
merangkumi pengecaman huruf dan perkataan penyebutan serta pemahaman
terhadapa apa yang dibaca. Ujian ini akan dilaksanakan secara individu dan dilakukan
di tempat kebiasaan murid.
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan.
Antaranya adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami
masalah apabila dua perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yang
sama iaitu semak ( belukar) dan semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga akan
membaca secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat hubung kait antara bunyi
perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiap
perkataan yang dibaca.
Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu
dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara
variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan
yang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid.
Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira
PKP3106

[ipgksm] Page 47

jenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa
membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan, menulis dan bahasa.
Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan
prob, analisis kesalahan, think aloud, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas
bacaan, senarai semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan
oleh murid, dan juga penilaian kendiri.
Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan
melakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan
kelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf , suku kata , perkataaan, ayat
dan teks.
Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yang
hampir sama bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalam
menyebut huruf yang hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapat
juga kesilapan dalam meyebut bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contoh
perkataan khamis akan disebut sebagi kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalam
bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut perkataan yang mana kakak
disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti bala menja laba.
Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan dengan
orientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbeza
bentuk seperti A-a.
Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran
membaca. Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada
semakin susah. Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jenis
kesilapan yang dilakukan. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh murid
semasa melakukan proses bacaan adalah seperti insertion, substitution , inversion
, omission dan banyak lagi.
Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaan
yang dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal,
kefahaman inferens dan kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah merupakan
PKP3106

[ipgksm] Page 48

kefahaman yang diuji selepas murid membaca teks. Murid akan disoal berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman inferens pula memerlukan belajar
untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian, pandangan atau
penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca. Murid
juga mampu membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, murid
akan diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan sama
ada berbentuk literal atau inferens.
















PKP3106

[ipgksm] Page 49

TAJUK 6 MENTAKSIR KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran Menulis
Tulisan
Ejaan
Mengarang

TULISAN
Pengenalan
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah
penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang
bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Peranan tulisan
Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea
Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis
dengan baik, cekap dan pantas.
Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa
dan tulisan.
Mendedahkan kanak-kanak cara penulisan yang betul

Peringkat-peringkat kemahiran menulis
1. Pramenulis
Peringkat persediaan sebelum murid dapat menulis dengan kemas.
2. Mekanis(mendirikan asas)
PKP3106

[ipgksm] Page 50

Selepas pratulisan dan mereka dilatih membentuk lambang-lambang
tulisan
3. Pelahiran (mental)
Melahirkan fikiran murid secara bertulis.

Pramenulis
Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan
kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata
diberikan kepada murid. Contoh aktiviti pramenulis :
Menulis dari kiri ke kanan
Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.
Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa
menggunakan alat tulis.
Menyambung titik
Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.
Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk
Melukis gambar

Mekanis
Murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam
abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.
Contoh aktiviti:
Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad
yang berlubang.
Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-
putus.
Latihan menulis huruf dalam suku kata.
Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
Latihan menyalin frasa atau ayat.
PKP3106

[ipgksm] Page 51

Latihan menyalin ayat daripada buku.

Pelahiran
Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis
penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian
mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif. Contoh aktiviti:
Menulis jawapan pemahaman
Menulis karangan
Menulis ayat berdasarkan gambar
Membina ayat
Memanjangkan ayat
Menulis rencana
Mengisi silang kata
Melengkapkan ayat.

MASALAH
Kaminsky dan Powers (1981) telah mengenal pasti lima masalah yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak dalam tulisan tangan.
(a) Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingat bagaimana huruf
itu kelihatan dan untuk memperlihatkan semula huruf-huruf tersebut.
(b) Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakan motor tangan
atau jari yang sesuai.
(c) Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tangan menjadikan
sukar untuk menulis.
(d) Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpanan maklumat-
maklumat motor di dalam otak.
(e) Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial) tulisan
tersebut.

PKP3106

[ipgksm] Page 52

Masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh kanak-kanak semasa menulis seperti
berikut;
(a) Bentuk huruf:
Tidak dapat membentuk huruf dengan betul.
Menulis dari kanan ke kiri.
Menulis abjad dan ayat terbalik.
Menulis dengan tiada ketetapan kecondongan.
Menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah.
Menulis perkataan terbalik ( bapa baqa ).
(b) Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai;
(c) Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;
(d) Mencampurkan huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataan tidak
seragam
(e) Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.

EJAAN
Definisi :
Proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan
secara lisan dan bertulis.

Huraian :
Sebahagian kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Kemahiran diperoleh
melalui bacaan

Masalah Kemahiran Menulis :
1. Lemah dalam ingatan penglihatan
PKP3106

[ipgksm] Page 53

a. Tidak dapat ingat dan bayangkan bentuk sebenar perkataan
b. Masalah penglihatan (rabun/juling)
2. Lemah dari segi analisis pendengaran
a. Tidak dapat tentukan lambang yang wakili bunyi
b. Tidak boleh cam perkataan
c. Tidak dapat pilih lambang-lambang secara rawak
d. Kemungkinan lemah dalam bacaan

MENGARANG
Definisi kemahiran mengarang

Kamus
Dewan
Edisi Terkini
Perihal mengarang (cerita), perbuatan (pekerjaan) mengarang
Aldous
Hexley
Kebolehan berbahasa untuk membincangkan satu isi/info secara bertulis
Williams
(1989)
Aktiviti manusia yang paling kompleks yang melibatkan proses kognitif, bahan,
peraturan dan sistem
Wikipedia
Penggabungan objek-objek utama secara sistematik
General
karya tulisan untuk mengukapkan gagasan dan menyampaikannya melalui
bahasa tulis kepada pembaca untuk difahami
PKP3106

[ipgksm] Page 54


Proses / peringkat kemahiran mengarang
1. Pra mengarang
2. Semasa mengarang
3. Pasca mengarang

Pra mengarang
Aktiviti pada peringkat ini ialah:
1. Berbincang untuk menentukan format.
2. Berbincang untuk menentukan isi
3. Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan
eletronik yang lain.
4. Membuat peta minda atau carta alir cerita.
5. Menentukan watak
6. Menyaring bahan.
7. Menulis draf

Semasa mengarang
Aktiviti pada peringkat ini ialah:
1. Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan.
2. Menentukan format
3. Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, wacana,
sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca dan ejaan.
4. Mengambil kira aspek kohesi dan koheren

Pasca mengarang
Aktiviti pada peringkat ini ialah:
PKP3106

[ipgksm] Page 55

1. Menyemakkarangan
2. Melakukanpembetulan
3. Membuat penambahan sekiranya perlu
4. Menghantar karangan

Masalah dalam mengarang
Penggunaan dialek (tidak menggunakan bahasa baku)
Kesilapan tatabahasa
Kesilapan ejaan
Kesilapan istilah
Kesalahan struktur ayat
Ketidakrevelan isi

CARA PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS

Senarai semak Satu senarai deskripsi diberikan dan responden hanya menanda
deskripsi yangdianggap tepat berkaitan murid yang ditaksirkan.
Pemerhatian Merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para
professional untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan
tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu
direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil
pemerhatian :

Temubual :
Guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan
PKP3106

[ipgksm] Page 56

menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain, atau rakan
sebaya murid.

Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan
Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada
guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan
mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik
dan prestasi dengan tepat.
Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus
untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga
mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari
bagaimana untuk menyimpan rekod dan mengulas
ringkasan kerja.

Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai
iaitu:

I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian
(interpretation) dan tanggapan (judgement). Melaporkan
apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian
semasa.
II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara
open ended. Menilai kemahiran, pengetahuan dan
perlakuan.
Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian
dalam bentuk sekuense.
Analisis Sampel
Kerja
Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampel-sampel
kerja
yang dihasilkan murid berikut dalam mata pelajaran yang
dipelajarinya.
PKP3106

[ipgksm] Page 57


Analisis Tugasan
Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya,
kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu
diajar, guru perlu mengenalpasti apakah kemahiran kecil yang
terdapat
dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid
menjalankan tugasan tersebut.

Analisis Ralat
Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai
petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya.

Ujian Rujukan
Kriteria
Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yang
dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah
ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan seseorang
murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan
pencapaian murid dengan setkriteria yang telah ditetapkan
itu.
Dijalankan selepas mempelajari sesuatu kemahiran
Inventori Ejaan
Tidak Formal
Inventori tidak formal merupakan ujian yang dibina untuk
mengukur setakat mana murid telah menguasai kemahiran-kemahiran
yang terkandung dalam sukatan yang digunakan di sekolah. Sekiranya guru
ingin membina inventori ejaan tidak formal bagi menguji kebolehan murid
dalam kemahiran mengeja guru akan merujuk kepada sukatan
Bahasa Melayu untuk mengetahui kemahiran-kemahiran yang
terkandung di dalam kedua-dua aspek tersebut. Berdasarkan
rujukan yang dibuat item-item ujian akan dibina untuk menguji
murid

Langkah-langkah untuk membina sesuatu inventori ejaan tidak formal adalah
PKP3106

[ipgksm] Page 58

seperti berikut :

Tent ukan dul u kemahi r an dal am sukat an yang
anda i ngi n gunakan unt ukmenguji murid, contohnya
ejaan vkv

Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk
ujian berdasarkan umur, darjah dan tahap kebolehan murid

Sediakan item-
item ujian bagi setiap bahagian sukatan dengan memberi
tumpuan kepada aspek-aspek penting setiap bahagian

Pastikan bahawa bilangan item yang digunakan adalah dikawal

Susunkan item-item ujian daripada yang paling
senang kepada yang pal ing susah.


MATLAMAT PENGAJARAN
1. Rumusan hasil pentaksiran (pelaporan dan tindakan susulan)

Proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa
tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap
dan pencapaian murid.
Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus
berdasarkan pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar,
kemahiran menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh dan
ketrampilan diri mengikut tahap keupayaan mereka.
PKP3106

[ipgksm] Page 59

Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil
daripada analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil
kerja murid.


2. Pengenalpastian matlamat pengajaran

Tujuan Mentaksir Kemahiran Menulis adalah untuk mengenalpasti sama
ada murid;
Boleh menulis secara mekanis dan membina perenggan berdasarkan
panduan / rangsangan.
Menulis teks prosa (naratif/diskriptif/fungsional) dan puisi berdasarkan
panduan dan rangsangan.
Menulis pelbagai teks berdasarkan panduan dan rangsangan.


3. Perancangan intervensi
Intervensi - ti ndakan susul an @kel as l anj utan yang di ambi l dan
di j al ankan ol eh guru atau pi hak-pi hak yang bertanggungj awab bagi
membantu muri d yang bel um menguasai kemahi ran menul i s.

BAGAIMANA PERANCANGANNYA??
Dengan memfokuskan kepada Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ;
Berpusatkan Guru
Berpusatkan Murid
Berpusatkan Bahan
Pendekatan (Kelas, Berkumpulan, Individu)
Teknik (Bercerita, main peranan, soal jawab,lakonan, menyanyi).


PKP3106

[ipgksm] Page 60




PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS

Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan
kemahiran membaca. Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan kebolehan
untuk menterjemahkan lambang-lambang bunyi bahasa kepada penulisan. Definisi bagi
menulis adalah, kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan
perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor,
dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan
Hoffman, (1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk
menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih
tinggi.
Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai
semak, temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh
murid tersebut. Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru membuat
pemerhatian dan penilaian terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid.
Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat masalah murid yang terdapat dalam
penulisan.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh ialah bentuk huruf yang
tidak konsisten.( maKan). Selain itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf dan
perkataan dengan baik. (lam pu). Murid yang mengalami masalah penulisan juga tidak
mampu untuk mengeja dengan baik misalnya makan menjadi (makang). Tulisan murid
ini juga kotor kerana kerap memadam dengan getah pemadam.
Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran yang
perlu diuji. Antara kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf
besar, suku kata v, suku kata kv, perkataan kv +kv dan banyak lagi. Kesemua
PKP3106

[ipgksm] Page 61

kemahiran ini akan dinilai untuk mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan.
Apa yang penting disini, semasa melakukan pentaksiran terhadap murid-muird, ujian
yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan murid. Selain itu ujian yang diberikan
perlulah bermakna dan bersifat pelbagai dimensi.
TAJUK 7 MENTAKSIR MATEMATIK

Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih minda supaya dapat berfikir
secara mantik dan sistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran.



Kemahiran asas pra-nombor
Kemahiran asas pra-nombor dalam matematik terdiri daripada :
Warna
Saiz
Bentuk
Jenis
Kemahiran
Matematik
Kemahiran asas pra-
nombor
Kemahiran
komputasi
Kemahiran aplikasi
dan penyelesaian
masalah
Kemahiran Matematik
PKP3106

[ipgksm] Page 62


Kemahiran komputasi
Kemahiran komputasi merujuk kepada pengiraan dalam matematik. Pengiraan dalam
matematik ini melibatkan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Kemahiran komputasi ini terdapat dalam setiap bidang pembelajaran matematik yang
utama iaitu :
1. Nombor nombor bulat, pecahan, perpuluhan, wang, peratus
2. Ukuran masa dan waktu, panjang, timbangan berat, isipadu cecair
3. Bentuk dan ruang bentuk dua matra, bentuk tiga matra
4. Statistik purata, perwakilan data
Komputasi pula bertujan untuk menilai kebolehan daripada operasi-operasi arithmatik
secara tradisi seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian kepada
operasi yang memerlukan kepakaran melibatkan keempat-empatnya secara serentak di
dalam sesuatu penyelesaian.

Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah
Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah dalam matematik digunakan dalam
kehidupan harian.
Aplikasi
Terdapat empat sub topik utama dalam aplikasi :
1) Ukuran
penilaian memerlukan pengenalan dan penggunaan ukuran unit biasa
secara praktikal ke atas ukuran panjang, berat dan suhu
2) Pembacaan graf dan jadual
Penilaian memerlukan pembacaan graf dan jadual untuk penyelesaian
masalah-masalah yang berkaitan.
PKP3106

[ipgksm] Page 63

3) Masa
Penialain mengenal pasti perbezaan masa, percutian dan musim-musim.
4) Belanjawan dan kewangan
memerlukan murid mengapliksikan kemahiran dan konsep Matematik
dalam penyelesaian masalah kewangan.
Murid-murid dapat membuat penaksiran secara logik. Dengan ini pelajar
boleh menaksir apa yang telah dibelanja mengikut belanjawan yang telah
ditetapkan dan boleh menyediakan akaun serta menyemak semula akaun
tersebut.
Penyelesaian masalah
Penyelesaian masalah memerlukan para pelajar menyelesaikan masalah
berpandukan cerita ynag dibacakan kepada mereka atau yang dibaca oleh
mereka.
Terdpat empat jenis penyelesaian masalah iaitu :
o memerlukan satu langkah operasi Matematik
o memerlukan dua langkah operasi Matematik
o membezakan informasi yang diperlukan dan yang tidak
o menunjukkan pemikiran secara logik di mana elemen-elemen yang tidak
lengkap diberikan.

Kemahiran Matematik dalam Pendidikan Pemulihan
Terdapat 22 kemahiran dalam matematik pemulihan ini iaitu :

Kemahiran 1 Pra nombor
1.1 mengkelaskan benda konkrit dan semi konkrit
Kemahiran 2 Konsep angka
2.1 menyatakan kuantiti melalui perbandingan
PKP3106

[ipgksm] Page 64

Kemahiran 3 Mengenal angka
3.1 nilai nombor - 1 hingga 5
- 6 hingga 9
3.2 mengenal angka
3.3 nombor menaik, menurun dan di antara
Kemahiran 4 Mengenal sifar 0
Kemahiran 5 Operasi tambah dalam lingkungan 10
5.1 mengenalkan konsep tambah
5.2 menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan
5.3 melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah yang melibatkan nombor
hingga 10
5.4 menambah secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan nombor hingga 10
5.5 penyelesaian masalah
Kemahiran 6 Operasi tolak dalam lingkungan 10
6.1 mengenal konsep tolak
6.2 menulis ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor hingga 10
6.3 melengkapkan ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor hingga
10
6.4 menolaksecara spontan fakta asas tolak yang melibatkan nombor hingga 10
6.5 penyelesaian masalah
Kemahiran 7 Mengenal nombor 11 hingga 50
7.1 menamakan dan menentukan nilai
PKP3106

[ipgksm] Page 65

7.2 menulis angka
7.3 melengkapkan nombor secara membilang satu-satu
7.4 menulis nombor dalam bentuk perkataan
7.5 menentukan nilai tempat puluh dan sa
7.6 menulis angka dalam bentuk panjang
Kemahiran 8 Operasi tambah dalam lingkungan 18
8.1 menulis ayat matematik melalui proses penyatuan
8.2 melengkapkan ayat matematik
8.3 menambah secara spontan fakta asas tambah
8.4 menulis hitungan tambah dalam bentuk lazim
8.5 penyelesaian masalah
Kemahiran 9 Operasi tolak dalam lingkungan 18
9.1 menulis ayat matematik
9.2 melengkapkan ayat matematik
9.3 menolak secara spontan fakta asas tolak
9.4 menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim
9.5 penyelesaian masalah
Kemahiran 10 Operasi tambah dalam lingkungan 50, tanpa mengumpul semula
10.1 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan gandaan sepuluh
10.2 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit
10.3 menambah sebarang dua nombor, dua digit
PKP3106

[ipgksm] Page 66

10.4 penyelesaian masalah
Kemahiran 11 Operasi tambah dalam lingkungan 50, secara mengumpul semula
11.1 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit dan sebaliknya
11.2 menambah sebarang dua nombor, dua digit dan dua digit
11.3 penyelesaian masalah
Kemahiran 12 Operasi tolak dalam lingkungan 50, tanpa mengumpul semula
12.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor dua digit
12.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor dua digit
12.3 menolak sebarang dua nombor gandaan sepuluh
12.4 penyelesaian masalah
Kemahiran 13 Operasi tolak dalam lingkungan 50, secara mengumpul semula
13.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada dua digit
13.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor dua digit
13.3 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh
13.4 penyelesaian masalah
Kemahiran 14 Mengenal nombor 51 hingga 99
14.1 menamakan dan menentukan nilai
- 61 hingga 70
- 71 hingga 80
- 81 hingga 90
- 91 hingga 99
PKP3106

[ipgksm] Page 67

14.2 menulis angka
14.3 melengkapkan nombor secara membilang satu-satu
14.4 menulis nombor dalam bentuk perpuluhan
14.5 menentukan nilai puluh dan sa
14.6 menulis angka dalam bentuk panjang
Kemahiran 15 Operasi tambah dalam lingkungan 100, tanpa mengumpul semula
15.1 menambah sebarang dua nombor gandaan sepuluh
15.2 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit atau sebaliknya
15.3 menambah sebarang dua nombor dua digit dengan dua digit
15.4 penyelesaian masalah
Kemahiran 16 Operasi tambah dalam lingkungan 100, secara mengumpul semula
16.1 menambah sebarang dua nombor satu digit dan dua digit atau sebaliknya
16.2 menambah sebarang dua nombor dua digit
Kemahiran 17 Operasi tolak dalam lingkungan 100, tanpa mengumpul semula
17.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada nombor dua digit
17.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada nombor dua digit
17.3 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh
17.4 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh
17.5 penyelesaian masalah
Kemahiran 18 Operasi tolak dalam lingkungan 100, mengumpul semula
18.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada nombor dua digit
PKP3106

[ipgksm] Page 68

18.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada nombor dua digit
18.3 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh
18.4 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh
18.5 penyelesaian masalah
Kemahiran 19 Operasi darab
19.1 mengenal konsep darab
19.2 menulis ayat matematik darab
19.3 melengkapkan ayat matematik darab
19.4 mendarab secara spontan
19.5 penyelesaian masalah
Kemahiran 20 Operasi bahagi
20.1 mengenal konsep bahagi
20.2 menulis ayat matematik bagi operasi bahagi fakta asas bahagi
20.3 melengkapkan ayat matematik operasi bahagi
20.4 mengenal operasi bahagi melalui proses pengagihan
20.5 operasi bahagi, berbaki
Kemahiran 21 Wang
21.1 mengenal wang syiling
21.2 menyatakan perbandingan nilai dua syiling
21.3 menulis simbol ringgit malaysia (rm)
21.4 menyatakan perbandingan nilai wang kertas rm2, rm5 dan rm10
PKP3106

[ipgksm] Page 69

21.5 menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan belanja harian
Kemahiran 22 Masa dan waktu
22.1 mengenal bahagian-bahagian siang dan malam
22.2 menyatakan waktu dalam jam
22.3 menyatakan waktu dalam pecahan jam
22.4 membaca maklumat dari kalendar: jam, hari, haribulan, minggu, bulan dan tahun
22.5 penyelesaian masalah






Masalah
Matematik
Mengenal pasti bentuk
dan pola
Penguasaan konsep
nombor
Penguasaan operasi
asas matematik
Masalah Matematik
Cara Pentaksiran
PKP3106

[ipgksm] Page 70








PENTAKSIRAN MATEMATIK





Cara
Pentaksiran
Senarai
semak
Inventori
matematik
tidak formal
Analisis
ralat
Penyoalan
klinikal
Ujian
rujukan
kriteria
Matlamat
Pengajaran
Rumusan
hasil
pentaksiran
Pengenal
pastian
matlamat
pengajaran
Perancangan
intervensi
Tindakan
susulan
Matlamat Pengajaran
Masalah-masalah Dalam Kemahiran Matematik
Lemah dalam membezakan warna, saiz dan bentuk
sesuatu benda
Tidak dapat membezakan bilangan banyak, sedikit dan
sama banyak
Masih keliru dalam mengenal nombor 1 hingga 10
Tidak dapat membuat operasi tolak dan tambah
Mengalami masalah masa, waktu dan wang
Tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah
Cara Pentaksiran
1) Temu bual dengan guru
kelas,
guru mata pelajaran, guru
besar, ibu bapa
2) Melihat rekod murid
3) Melalui pemerhatian Soal
4) Soal selidik
5) Senarai semak
PKP3106

[ipgksm] Page 71





Matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni,
dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui
kegiatan seharian tertentu. Matematik selalunya didefinisikan sebagai
pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata
lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan
aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol
matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan
penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan
mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Masalah yang hadapi oleh kanak-kanak dalam matematik ialah mereka menulis
nombor dengan terbalik sehingga menyebabkan jawapan yang mereka terima adalah
salah. Selain itu, mereka juga kurang faham akan konsep masa, ruang, isipadu dan
sebagainya. Ini menyebabkan konsep matematik mereka salah dan mereka tidak dapat
menguasai matematik dengan baik.
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat
matematik pada asasnya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran. Matematik membantu kanak-kanak sedar akan dunia di luar sekolah dan
membantu mereka membina asas yang kukuh untuk berjaya dalam pelajaran. Terdapat
tiga aspek penting dalam matematik yang perlu dikembangkan dalam ciri pelajar (PPK,
2003) seperti cara yang digunakan untuk mentaksir kebolehan matematik seseorang
murid ialah dengan menggunakan senarai semak, inventori matematik tidak formal,
analisis ralat, penyoalan klinikal, dan ujian rujukan kriteria.
PKP3106

[ipgksm] Page 72

Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan hukum
dan tatacara dalam matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah,
pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan
pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan
mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas murid perlulah
spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan pemikiran
yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran
dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan
mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri
menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini.
Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan
kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian
kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak
dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di dalam kelas
dan portfolio murid.
Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan,
perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lain lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan
dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah
keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga persekitaran sosial
murid.
2 faktor yg mempengaruhi masalah matematik:
-faktor dalaman
- faktor luaran
Faktor dalaman



Faktor intrinsik yg mempengaruhi kesukaran
menguasai subjek Matematik
a) Kekacauan atau kecacatan ringan di
bahagian otak
b) Gangguan penglihatan dan dyslexia
c) Cacat pendengaran
d) Kesukaran pengamatan penglihatan dan
pendengaran
e) Masalah keselarasan antara mata dan
Kesannya :
sukar untuk mempelajari, memahami dan
mengadaptasikan pengetahuan Matematik yang
telah dipelajari ke dalam kehidupan seharian
sukar untuk menulis
mengalami kesukaran untuk mengawal
koordinasi motor halus dan kemahiran persepsi
penglihatan kerana agak lemah untuk
mengawal secara total pergerakan mata serta
PKP3106

[ipgksm] Page 73








Masalah matematik Kesan
Masalah dalam memberi tumpuan ketika
P&P
tidak memahami secara total apa yang
telah diajarkan kepada mereka terutama
di dalam matapelajaran Matematik yang
melibatkan lebih banyak komponen-
komponen atau sub topik yang lebih
kompleks
kurang keupayaan dalam pembelajaran
dan ingatan serta kurang menguasai
kemahiran Matematik terutama yang
berkaitan dengan konsep abstrak
tidak bersedia untuk memperoleh
kemahiran Matematik yang lain
tidak berminat untuk mengikuti
kemahiran yang seterusnya


kesukaran dalam memahami pelajaran
nombor yang diajar di atas kertas kecuali
ianya diwakili penerangan dengan
benda sebenar
kesukaran untuk memahami konsep dan
pengiraan Matematik
masalah dari segi mendiskriminasikan
secara visual dari segi bentuk, saiz, jarak
dan warna
menghadapi masalah dalam
melakukan aktiviti seperti memadan
dan membeza, mengkatogeri dan
PKP3106

[ipgksm] Page 74

membuat urutan
perkembangan mereka lambat dalam
pembentukan konsep-konsep yang
melibatkan warna, bentuk, ruang,
masa, penomboran dan abjad

Kenapa matematik ini sukar dikuasai?
- Matematik berbentuk abstrak dan terperinci dengan urutan-urutan yang ketat
- Pembentukan istilah Matematik yang tersendiri dan melibatkan penyelesaian
masalah yang menguji kawasan-kawasan kelemahan para pelajar

Kesan kesukaran penguasaaan Matematik
- Wujud situasi kurangnya keyakinan diri, sukar untuk mengawal emosi, sukar
memahami dan menerima konsep serta sering kali menyisihkan diri
- Tidak dapat menguasai kemahiran membaca secara total
- gagal untuk memahami maklumat matematik dan arahan-arahan di dalam
tugasan matematik yang diberi

Kenapa penguasaan matematik ini lemah???
(a) kurangnya keupayaan dan daya taakulan dan tidak mempunyai gambaran secara
abstrak
(b) kurang daya ingin tahu dan kemampuan terhad di dalam membuat gambaran


Faktor luaran :
- penyampaian guru yang tidak begitu sempurna dan tersusun.
o Sekiranya guru yang mengajar tidak dapat memberikan pengalaman
yang cukup dengan menggunakan alat-alat yang dapat memberikan
kefahaman yang lebih, maka sudah tentu konsep Matematik yang abstrak
agak sukar untuk dikuasai dan sukar untuk menarik minat para pelajar.
- Hilang minat dalam subjek Matematik
PKP3106

[ipgksm] Page 75

o Kerana menganggap topik-topik Matematik amat sukar untuk dikuasai
- Persekitaran bilik darjah yang tidak selesa
o jarak di antara papan hitam dan kedudukan para pelajar kadang kala tidak
diambil kira oleh para guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan
o Postur duduk di antara kerusi dan meja juga perlu dititik beratkan oleh
para guru bagi memastikan para pelajar berada di dalam keadaan selesa
ketika belajar.
- Sikap ibu bapa para pelajar
o Terdapat segelintir ibu bapa para pelajar bermasalah pembelajaran tidak
memberi sokongan moral secara total kepada anak-anak mereka.
Fenomena ini terjadi kerana mereka lebih cenderung menyerahkan tugas
mendidik anak mereka kepada para guru di sekolah

Bentuk penaksiran

Dua bentuk penaksiran yang boleh dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti
pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Matematik
1) Ujian saringan
- bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian dan kefahaman pelajar tetang
keseluruhan isi kandungan mata pelajaran yang telah diajar oleh guru
- bersifat umum dan berbeza dengan ujian diagnostik yang bersifat lebih khusus
2) Ujian diagnostik
- merujuk kepada ujian yang dilakukan untuk mengetahui kekuatan dan
kelemahan pelajar dengan lebih terperinci di dalam sesuatu mata pelajaran.

Cara penaksiran lain ialah melalui pendekatan informal
- Digunakan untuk mendapat maklumat bagi tujuan penaksiran masih digunakan
untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan Matematik di kalangan para pelajar
bermasalah pembelajaran.
PKP3106

[ipgksm] Page 76

- Contoh : Teknik temu bual dan pemerhatian (merupakan antara teknik yang baik
yang boleh digunakan secara tidak formal di dalam prosedur penaksiran dalam
Matematik.)

* Ujian diagnostik merupakan satu langkah terbaik bagi guru mengenal pasti sejauh
mana pelajar menguasai kemahiran kemahiran asas matematik

Sebab ujian diagnostik langkah terbaik:
- dapat mengesan dan menghalusi kawasan-kawasan kesukaran yang dialami
oleh seseorang pelajar
- dapat mengesan sebab-sebab kesukaran itu berlaku serta dapat memberi
petunjuk kepada para guru untuk melakukan tindakan susulan bagi memperbaiki
kelemahan yang wujud

Terdapat dua jenis ujian diagnostik yang digunakan dalam konteks pendidikan :
1. Ujian Diagnostik Intensif
Satu cara untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang sesuatu perkara
2. Ujian Diagnostik Ekstensif
satu cara untuk mengukur isi kandungan yang lebih luas dari Ujian Diagnostik
Intensif.
Oleh itu, kawasan kesukaran dan kelemahan dapat diketahui dengan lebih
meluas.
Maklumat dari Ujian Diagnostik Ekstensif lebih sesuai untuk tujuan
menentukan kedudukan pelajar sebelum pelajaran diperkenalkan.

Salah satu contoh ujian diagnostik ialah Key Math-Revised. Penaksiran berdasarkan
individu direka bentuk untuk menaksir dan menganalisis berdasarkan perkembangan
kecekapan Matematik yang meliputi tiga aspek penting iaitu konsep asas Matematik,
operasi dan aplikasi Matematik. Bagi meningkatkan keberkesanan ujian diagnostik yang
dijalankan bagi mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar, guru perlu
memperbanyakkan latihan dalam satu-satu kemahiran supaya kelemahan dan
PKP3106

[ipgksm] Page 77

kesalahan yang mungkin berlaku lebih mudah dikesan dengan jelas dan tepat. Ujian
diagnostik yang dijalankan tidak semestinya hanya menjawab di atas kertas soalan
yang disediakan sahaja, tetapi juga boleh dijalankan secara lisan.

Peraturan-peraturan bagi ujian diagnostik:
1. Biasa dijalankan ujian diagnostik satu orang murid pada satu masa.
2. Memerhatikan seseorang pelajar memberikan jawapannya.
3. Sediakan segala kemudahan untuk ujian
- Pensil, getah pemadam dan kertas ujian diagnostic
- Kalau murid kurang sihat, ujian tidak boleh dijalankan.
4. Catitkan apa-apa yang dilakukan dan respon dari pelajar walaupun melalui ujian
diagnostik secara lisan di dalam kertas ujian diagnostik tersebut
5. Susunan kandungan ujian dari senang kepada perkara yang susah.
6. Setelah maklumat kesalahan pelajar didapati, catitkan ke dalam lampiran senarai
semak (senarai semak berada di dalam fail murid)
7. Arahan-arahan yang terkandung dalam ujian diagnostik mestilah tepat supaya tidak
ada sesiapa mempertikaikan kandungan ayat bagi sesuatu arahan tersebut.

Langkah penting dalam pengajaran matematik :
i. Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik.
ii. Mengenal pasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara
eksplisit.
iii. Mengenal pasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan
skema matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.
iv. Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan
sesuatu konsep.
v. Mempertimbangkan dan mneyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu
kemahiran khususnya dalam penyelesaian matematik.
vi. Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
vii. Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dikalangan pelajar.
PKP3106

[ipgksm] Page 78

viii. Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti
luar kelas.

Kaedah pengajaran matematik

1. Pelajaran yang disampaikan kepada pelajar seharusnya bermula dari pengalaman
enaktif iaitu pengalaman secara langsung atau sebenar ke pengalaman ikonik iaitu
melalui visual seperti gambar, video dan sebagainya dan ke cara simbolik atau digital
seperti perkataan dan angka-angka. Maka, kebijaksaaan guru menyusun bahan
bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan pelajar-pelajar
terhadap sesuatu pelajaran khususnya matemataik. Proses ini sesuai bagi kesemua
peringkat pelajar bukan sahaja kanak-kanak. Apabila sesuatu tugasan pembelajaran
disampaikan kepada para pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang relevan
sebagai asas rujukan, proses pengajaran hendaklah dimulakan dari pengalaman
secara langsung, pengalaman ikonik dan simbolik. Dalam merancangkan pengajaran,
langkah awal dan terpenting bagi guru ialah mengukur peringkat pengalaman pelajar
yang sedia ada sebelum sesuatu topic pengajaran itu disampaikan.


Simbol
verbal
Simbol
visual
Rakaman audio,
Radio/gambar kaku,
Gambar bergerak
Bahan pameran
Lawatan
Tunjuk cara
Pengalaman melalui lakonan atau drama
Pengalaman tiruan
Pengalaman sebenar
Abstrak
Ikonik
Enaktif
PKP3106

[ipgksm] Page 79

2. Permainan merupakan satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan
daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik. Ia juga
merupakan satu kaedah yang menyeronokkan dan boleh dikaitkan dengan semua
bentuk kecerdasan dan kemahiran. Permainan juga adalah satu komponen yang amat
meluas untuk dijadikan salah satu pendekatan bagi memperolehi segala tumpuan
pelajar. Dalam mana-mana bilik darjah, permainan merupakan satu bahagian yang
penting. Di dalam kelas kanak-kanak bermasalah pembelajaran, permainan sangat
penting dan seharusnya diintegrasikan sebagai sebahagian daripada pengajaran dan
kurikulum Matematik. Permainan menambahkan kesempurnaan keseluruhan dan
kesempurnaan keseimbangan program dalam aktiviti pembelajaran dan pengalaman
dalam Matematik. Ia membuatkan aktiviti Matematik menarik, praktikal dan
memuaskan. Selain itu, berdasarkan kepada ciri-ciri permainan, ia boleh membantu
pelajar-pelajar ke arah tahap penguasaan ya ng membolehkan mereka untuk
menyelesaikan masalahmasalah dengan pantas.

Sebab-sebab mengapa permainan harus digabungkan ke dalam kurikulum
Matematik:
i. Jika bentuknya bersesuaian, permainan boleh digunakan dengan jayanya untuk
kanak-kanak yang mengalami beberapa jenis masalah pembelajaran, seperti
kekurangan dalam bentuk-bentuk bahasa, matematik dan lain- lain.
ii. Permainan boleh digunakan untuk menolong pelajar-pelajar yang menunjukkan
masalah disiplin yang mana mereka selalu bosan dengan kerja harian kelas
biasa.
iii. Permaian dilengkapkan dengan sebaiknya ke dalam bilik darjah di mana pendekatan
pemusatan pembelajaran digunakan. Bentuk ini digunakan bila
permainan dilakukan sendiri dalam kawalan guru secara langsung.
iv. Permainan menyediakan pelajar peluang peluang untuk menggunakan kawalan
dan pengaruh melalui persekitaran sosial dengan mengalakkan mereka untuk bertukar
dari menjadi pengguna yang pasif dalam maklumat kepada pembuat keputusan yang
aktif.
v. Permainan boleh menggalakkan interaksi- interaksi kehendak sosial di kalangan
PKP3106

[ipgksm] Page 80

kanak-kanak dengan mengalakkan kerjasama dan perbincangan antara satu sama
lain.
vi. Permainan boleh digunakan untuk menyediakan guru-guru dengan maklumat
diagnosis di mana mereka boleh menggunakannya untuk membantu individu
membetulkan kekeliruan konsep-konsep atau memenuhi ruang-ruang dalam
pengajaran pembelajaran mereka.
vii. Permainan boleh digunakan untuk mengaitkan matematik dengan subjek-subjek
lain dan ia juga boleh digunakan untuk memastikan minat tertentu para pelajar.

3. Pengguanan BBM dapat membantu para guru menyelesaikan masalah penguasaan
matematik dikalangan pelajar dan mengekalkan minat belajar matematik kepada para
pelajar. Selain itu juga, penggunaan BBM telah menjadi keperluan harian kepada
pendidik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran amat menekankan kemahiran-kemahiran asas Matematik yang bermula
daripada pengenalan asas nombor hinggalah kepada penyelesaian masalah.

Kriteria pemilihan BBM :
i. Memenuhi rangsangan yang dikehendaki mengikut topik yang diajar.
ii. Memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran dari segi:
Sesuai dengan isi pelajaran
Sesuai dengan tahap pelajaran
Jelas, ringkas dan mudah difahami
Sesuai dengan bilangan pelajar
Kedudukan guru dan pelajar yang sesuai sewaktu menggunakannya.
iii. Bahan yang digunakan mudah didapati
iv. Ia berhubung terus dengan objektif khusus atau objektif menyelesaikan masalah
dan dapat menarik minat pelajar.
v. Isi kandungan dan struktur sesuatu BBM menunjukkan perancangan yang rapi.

4. Pengenalan komputer dalam pendidikan telah banyak mengubah fenomena dan
cara kita belajar, menyebarkan maklumat dan menyimpan maklumat yang diperolehi.
PKP3106

[ipgksm] Page 81

Maka, para guru boleh mengambil inisiatif penyebaran maklumat matematik dengan
teknik pengajaran berbantukan komputer. Bagi para pelajar yang
mengalami masalah motor halus untuk melakukan aktiviti penulisan boleh
menggunakan komputer dengan hanya menekan keyboard atau papan kekunci untuk
mencatat maklumat, menulis dan sebagainya. Komputer dalam pengajaran juga boleh
memberikan gambaran yang jelas melalui gambar tiga dimensi, gambaran pergerakan
yang jelas mengenai sesuatu perkara serta setiap maklumat yang disampaikan
melaluinya dapat dicetak dengan mudah. Pengenalan komputer di dalam pendidikan
yang menggabungkan pelbagai media seperti grafik, animasi video dan sebagainaya
telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan
khasnya kepada para pelajar bermasalah pembelajaran.

5.Para guru juga boleh menggunakan kaedah penekanan kepada kod-kod warna
yang pelbagai ketika sesi pengajaran dan pembelajaran matematik dijalankan di dalam
kelas. Hal ini kerana, dengan pengunaan warna yang pelbagai, ia diharapkan secara
tidak langsung dapat menarik minat para pelajar untuk pempelajari dan mengingati
konsep-konsep matematik yang dipelajari. Kod warna ini juga berperanan untuk
menonjolkan maklumat matematik kepada para pelajar. Sebagai contohnya ialah para
guru memasukkan warna-warna yang tertentu untuk mewakili operasi matematik seperti
simbol tambah, tolak dan sebagainya. Ia pastinya dapat menarik perhatian dan fokus
para pelajar terhadap operasi yang terlibat di dalam sesuatu penyelesaian masalah
matematik yang diberikan oleh guru kepada para pelajar tersebut.

MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pengenalan
Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan merupakan tindakan
yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam
menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).
Konsep dan Definisi Pendidikan Pemulihan Matematik
PKP3106

[ipgksm] Page 82

Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari
oleh semua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah dikuasai jika
kita hendak mendalami bahasa bidang tersebut.
Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu
seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi
manusia.
Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil untuk
mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran
matematik di sekolah rendah amnya. Pendidikan Pemulihan ini lebih
menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi
tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Biasanya program ini
dikendalikan oleh guru-guru yang telah menjalani latihan khas (matematik).
Kalau kita perhatikan dalam diri murid-murid, proses kognitif dan pengetahuan telah
berkembang sejak permulaan persekolahan lagi. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi
pengetahuan tentang matematik guru perlu memperkenalkannya dengan menggunakan
kaedah dan strategi yang dapat menarik minat murid tersebut meneroka bahasa itu.
Proses untuk memahami konsep memerlukan masa yang agak panjang. Murid-murid
perlu mempunyai persediaan yang mencukupi sebelum membina dan melanjutkan
sesuatu konsep itu. Bagi tujuan ini, proses itu perlu dimajukan mengikut suatu susunan
yang tertentu dalam 3 fasa :-
1. Memajukan kefahaman prasyarat bermaksud membuat persediaan untuk
mempelajari sesuatu konsep. Kemahiran yang diperlukan dalam fasa ini mungkin
berupa kesediaan terhadap sesuatu yang hendak dipelajari atau idea yang telah
dipelajari bolehlah dihubungkaitkan dalam pembentukan konsep yang hendak dikaji.
2. Membina konsep dan generalisasi ialah membentuk idea dengan
menghubungkan pengalaman yang telah dipelajari dengan pengalaman yang baru.
Proses ini melibatkan sesuatu kesimpulan yang telah dibuat yakni generalisasi yang
PKP3106

[ipgksm] Page 83

diperolehi dari contoh yang dikaji atau yang telah dipelajari lebih awal melalui proses
pembelajaran. Di sini murid-murid perlu
menghasilkan sesuatu contoh dan mengkajinya untuk menunjukkan bahawa sesuatu
idea atau pengetahuan itu telah diperolehi.
3 Melanjutkan dan mengukuhkan pengetahuanan ialah murid melanjutkan
kefahaman dengan cara mengkaji kandungan pengetahuan yang baru dibina dan
mengukuhkan pengetahuan itu dengan memeriksa kembali dan mengulanginya supaya
pengetahuan yang betul dapat difahami dan dikekalkan dalam pemikiran mereka.
Tujuan pendidikan pemulihan matematik
Dalam mata pelajaran matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu murid-
murid salah dalam mempelajari dan memahami konsep dan kemahiran matematik serta
murid-murid memang lemah dari segi mental. Oleh yang demikian, tujuan untuk
mengadakan pemulihan matematik adalah perlu bagi murid-murid yang sukar
menguasai pembelajaran matematik ini. Antara tujuannya adalah seperti berikut :-
Menolong dan membantu murid-murid yang lambat dalam menguasai kemahiran-
kemahiran asas matematik seperti mengenal nombor, operasi tambah, operasi tolak,
operasi darab dan operasi bahagi seterusnya dapat digunakan dalam kehidupan
seharian.
Melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari seperti
menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan membantu
murid-murid membina keyakinan dalam diri mereka.Sebagai contohnya, apabila
seorang murid berjaya menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah
dipelajari, mereka akan berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari
matematik.
Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dikuasai oleh murid-
murid.
PKP3106

[ipgksm] Page 84

Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari kemahiran matematik
mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. Ini dilakukan untuk mengelak mereka
daripada terus tercicir dan seterusnya dapat memupuk minat mereka untuk
mempelajari mata pelajaran matematik.

Faktor-faktor yang menghalang Penguasaan Kemahiran Matematik
1. Sekolah
a) Pihak pentadbir
Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan
Tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya
Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid pemulihan
sebaliknyamenumpu kepada murid UPSR
b) Kelas Pemulihan
Tempat tidak sesuai seperti di bawah tangga
Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian
Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan
2. Guru
Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-
peringkat, tidak menggunakan pengetahuan sedia ada murid,
tiada aktiviti pengukuhan
Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan sesuai
Emosi guru garang, tidak sabar
Kurang prihatin
Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul
Guru kurang berminat
PKP3106

[ipgksm] Page 85

Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan pengajaran dan
pembelajaran secara individu
Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan
3. Ibu Bapa
Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku, dan sebagainya
Tidak memberi dorongan
Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak
Sibuk dengan hal sosioekonomi
Tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak
4. Murid
a. Masalah kurang kecerdasan @ mental
Warisan daripada genetik ibu bapa
Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran
Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan
Kekurangan makanan yang berzat
b. Faktor sikap
o Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai - tidak berminat
c. Faktor Masalah pengamatan
Masalah pendengaran, penglihatan, dan psikomtor
d. Faktor fizikal
o Makanan yang tidak berzat
o Murid cepat letih tak mampu menumpukan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di sekolah atau kerja rumah
PKP3106

[ipgksm] Page 86

o Keletihan
o Menolong keluarga menambah pendapatan / menjaga adik
o Berpenyakit - kerap tidak hadir ketinggalan dalam pelajaran
e. Tidak boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa Inggeris
f. Penempatan murid yang tidak sesuai
Disleksia, slow learner dan sebagainya
5. FAKTOR LAIN
- Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ pelajar
- Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar
- Sukatan Pelajaran yang terlalu umum
- Persekitaran P & P yang tidak ceria

Jenis-jenis dan ciri-ciri masalah seperti Anxiety, Disleksia, Mathophopia,
Diskalkulia, Masalah ruang, dan lain-lain
1) Anxiety ( Kerisauan )
Merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatan perasaan trauma mahupun
risau disebabkan oleh pengalaman masa lampau.
Ciri-ciri gangguan masalah Anxiety
v Kognitif
Rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti
PKP3106

[ipgksm] Page 87

v Somatik
Menjadi terlalu berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang dirasakan
boleh mengancam keselamatannya.
Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi, berpeluh serta sistem
pencernaan terganggu
v Emosi
Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci
v Tingkah Laku
Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca anxiety
o Tidak dapat mengawal diri
2) Disleksia (Dyslexia)
Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan menulis matematik
Ciri-ciri gangguan masalah Disleksia
v Pendengaran
Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan
Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf
Payah menyebut huruf m dengan n
v Pertuturan / Penulisan
Kesalahan mengeja perkataan
Contohnya mengeja magic sebagai mjc
Susunan huruf terbalik
PKP3106

[ipgksm] Page 88

Contohnya mengeja does sebagai dose
Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama
Contohnya mengeja should sebagai shud
Kesalahan/ kurang tepat sebutan
Tidak lancar, tersekat atau gagap
3) Mathophopia
Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi
keupayaannya dalam matematik.
Ciri-ciri gangguan masalah Mathophopia
Tidak suka matematik
Berasa tidak pasti / kurang yakin
Pencapaian lemah
Kekurangan minat
Sikap tidak ambil peduli
4) Diskalkulia
Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu kawasan yang
tertentu dalam otak yang tidak berfungsi secara normal
Ciri-ciri gangguan masalah Diskalkulia
v Pengiraan
Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor
Sukar memahami konsep nombor
v Membaca dan Menulis nombor
PKP3106

[ipgksm] Page 89

Terkeliru nombor 12 dengan 21
Salah membaca nombor 5004 dibaca
lima ratus empat
v Arah
Sukar memahami arah kiri atau kanan
Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta

Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.
1. Pra nombor
a) Tidak dapat membezakan kumpulan benda yang seakan-akan sama
banyak seperti tidak sama banyak , kurang dan lebih.
2. Disleksia (Dyslexia)
a) Tidak boleh menulis angka dengan tepat nombor seperti
3. Mathophopia
a) Tidak dapat mengasingkan kumpulan-kumpulan mengikut bentuk,
saiz, warna dan jenis benda seperti empat segi sama dan tepat, warna
merah dan jingga
4. Diskalkulia
a) Tidak memahami dan keliru nilai tempat nombor
Contoh : Lima ratus tujuh ditulis 57

You might also like