You are on page 1of 23

PENGENALAN

Segelintir golongan mendakwa wanita sejak awal kedatangan islam dahulu tidak
berpengetahuan,tidak mempunyai kesedaran,lemah dan tidak berupaya.Hal ini disebabkan tiada
catatan sejarah menyatakan penglibatan wanita dalam kehidupan. Kejayaan tamadun awal dalam
mencapai tamadun tinggi telah melahirkan para cendekiawan dan ahli falsafah yang terkemuka.
Namun, arus kemajuan ini tidak melibatkan kaum wanita. Secara tradisi, peranan wanita
hanyalah dalam rumahtangga sahaja. Malah mereka dianggap tidak mempunyai hak untuk
bersuara, statusnya dalam kasta kedua dan mereka hanya sebagai pengikut lelaki sahaja.

Namun,sejarah Islam telah membuktikan penglibatan wanita dalam pelbagai bidang


seperti ilmu pengetahuan,pendidikan,politik dan tidak ketinggalan juga dalam medan perang.
Sesudah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w., Islam telah mengangkat darjat kaum wanita.
Mereka mendapat hak yang sewajarnya sesuai dengan risalah penciptaan wanita. Islam
memperakui wanita berhak mendapat penghargaan sebagai seorang ibu, isteri dan anak
perempuan. Mereka juga manusia mukalaf dan berhak beribadat, beragama serta
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perilakunya di dunia dan akhirat. Wanita juga berhak
memiliki harta, mentadbir serta menguruskannya.Kaum wanita adalah aset penting dalam
kehidupan bermasyarakat,berbangsa dan beragama.Itulah hakikat sebenar yang harus disedari
dan dihayati oleh semua.

Sesungguhnya,dalam hidup ini ada kewajipan-kewajipan tertentu yang perlu


dilaksanakan oleh kaum wanita.Kewajipan-kewajipan ini pula mesti mereka tunaikan dengan
cara yang baik,mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam.Justeru,kaum wanita
jangan disangka bahawa mereka tidak mempunyai peranan penting dalam hidup ini jika tidak
diberikan oleh kaum lelaki.Sebaliknya mereka perlu merebut hak-hak mereka serta menunaikan
kewajipan dan tanggungjawab yang sememangnnya sudah ditetapkan oleh Islam ke atas mereka.

Di Malaysia,kedudukan dan pencapaian kaum wanita pada masa kini memang boleh
dibanggakan.Ke mana sahaja kita pergi dan bidang apa sahaja yang diperkatakan,kita dapat
melihat penglibatan wanita serta sumbangan mereka.Segala pencapaian kaum wanita pada masa
kini adalah berdasarkan kesungguhan mereka.Sebagai,warga Malaysia,kita perlu bersyukur
dengan hakikat ini kerana inilah yang dituntut oleh Islam.
KEPIMPINAN WANITA ISLAM

Maksud Firman Allah :

"Hai sekelian manusia, bertakwalah kemu kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari

seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah

memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah

yang dengan mempergunakan nama Nya kamu saling meminta satu sama lain , dan

(peliharalah) hubungan silaturrahim . Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawal

kamu." (An-Nisa':1)

" Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka ( adalah menjadi

penolong) bagi sebahagian yang lain . Mereka menyuruh yang makruf, mecegah dari yang

mungkar. Mendirikan solat , menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya .

Mereka itu akan diberi rahmat Alllah ; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha

bijaksana." (At-Taubah :71)

Merujuk dari firman diatas, huraian tajuk di atas lebih menjurus kepada peranan wanita dan

mukminat dalam kepimpinan politik dan menjelaskan dimanakah letaknya kepimpinan wanita

menurut Islam.
Definisi Kepimpinan

Kepimpinan merupakan satu ’seni’ yang mengarah kepada suatu proses untuk

menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan

mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu

melakukannya. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang,

yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang terbaik. Arah tersebut boleh bersifat

umum, seperti penyebaran Islam ke seluruh dunia, atau khusus seperti mengadakan conference

atau persidangan mengenai isu tertentu. Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah

memenuhi kepentingan terbaik orang-orang yang terlibat dalam pengertian jangka panjang yang

nyata. Kepimpinan adalah suatu peranan dan juga merupakan suatu proses untuk mempengaruhi

orang lain. Pemimpin adalah anggota dari suatu perkumpulan yang diberi kedudukan tertentu

dan diharapkan dapat bertindak sesuai dengan kedudukannya. Seorang pemimpin adalah juga

seseorang dalam suatu kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruhnya dalam

mewujudkan dan mencapai tujuan kelompok. Pemimpin yang jujur ialah seorang yang

memimpin dan bukan seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin. Fenomena

kepimpinan dapat dijelaskan melalui konsep-konsep dasar berikut:

1. Kepimpinan adalah suatu daya yang mengalir dengan cara yang tidak diketahui antara

pemimpin dengan pengikutnya, mendorong para pengikut supaya mengerahkan tenaga

secara teratur menuju sasaran yang dirumuskan dan disepakati bersama. Bekerja menuju

sasaran dan pencapaiannya memberikan kepuasan bagi pemimpin dan pengikutnya.

2. Kepimpinan juga mewarnai dan diwarnai oleh media, lingkungan, pengaruh dan iklim di

mana dia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruangan yang hampa, tetapi suasana

yang diciptakan oleh pelbagai unsur.


3. Kepimpinan sentiasa aktif, namun boleh berubah-ubah darjatnya, kepentingannya dan

keluasan tujuannya. Kepimpinan itu bersifat dinamik.

4. Kepimpinan bekerja menurut prinsip, methodologi dan matlamat yang pasti dan tetap.

Ciri-Ciri Kepimpinan Wanita Islam

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok

tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju.

Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

1. Islam,baligh,berakal dan merdeka. Sifat-sifat ini merupakan ciri asas kepimpinan dalam
islam.
2. Berilmu,ciri ini melayakaan wanita bergelar pemimpin. Dengan ilmu wanita dapat
mempertingatkan kualiti diri dan kualiti kepimpinan ke arah yang lebih mantap dan
cemerlang. Keupayaan wanita untuk menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan
terbukti sejak empat belas abad lalu.
3. Al-‘Adalah, pada agama bermaksud bertaqwa kepada Allah s.w.t. al-‘Adalah pada akhlak
adalah bersifat adil dengan memastikan setiap yang berhak menerima haknya, ikhlas dan
amanah pada tanggungjawab mereka. Sifat al-‘Adalah menjadikan wanita itu sebagai
tokoh yang disanjung dan dihormati juga sebagai pemimpin yang sejati yang diikuti
arahannya dengan rela hati tanpa menggunakan sebarang paksaan.
4. Berwibawa. Sifat ini bermaksud berani, bersemangat waja, berfikiran terbuka, matang,
mampu bertindak secara positif dan tahu adat istiadat serta keadaan semasa.
5. Tidak cacat pancaindera yang boleh menjejaskan kemudahan berkomukasi , cacat
pancaindera yang boleh menjejaskan kecekapan bertindak, bergerak pantas dan daya
kerja. Jika masalah kecacatan dapat diatasi dengan alat-alat canggih atau adanya
pembantu khas.
6. Setia pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.
7. Tujuan pemimpin melihat organisasi bukan sahaja berdasarkan kepentingan kelompok
tetapi juga dalam ruangan tujuan Islam yang lebih luas.
8. Pembawa amanah.Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang
disertai dengan tanggungjawab yang besar.Al-Quran memerintahkan pemimpin
melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya
sebagaimana Firman Allah SWT:
“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan

solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang

mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Prinsip-prinsip Dasar Pelaksanaan

Kepimpinan Islam ada tiga prinsip dasar yang mengatur pelaksanaan kepemimpinan Islam:

Syura dan Musyawarah, Keadilan, serta Kebebasan Berfikir dan Memberi Pendapat.

A. Syura dan Musyawarah

Musyawarah adalah prinsip pertama dalam kepemimpinan Islam. Al-Qur’an menyatakan

dengan jelas bahwa pemimpin Islam wajib mengadakan musyawarah dengan orang yang

mempunyai pengetahuan atau dengan orang yang dapat memberikan pandangan yang baik.

“Dan orang-orang yang menerima seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan

mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian

rezeki yang kami berikan kepadanya”. (Surah Asy-Syura, ayat 38).

Rasulullah SAW juga diperintahkan oleh Allah supaya melakukan musyawarah dengan sahabat-

sahabat beliau:

“Maka rahmat Allah-lah yang telah menyebabkan kamu berlemah-lembut terhadap mereka.

Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari

sekelilingmu. Oleh kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah ampunan bagi mereka, dan

bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan tersebut. Kemudian apabila kamu telah

membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang

yang bertawakal kepadaNya” (Surah ‘Ali Imran, ayat 159).


Pelaksanaan musyawarah memungkinkan anggota organisasi Islam turut serta dalam

proses membuat keputusan. Pada saat yang sama musyawarah berfungsi sebagai tempat

mengawasi tingkah laku pemimpin jika menyimpang dari tujuan umum kelompok. Tentu saja

pemimpin tidak wajib melakukan musyawarah dalam setiap masalah. Masalah rutin hendaknya

diselesaikan dengan pendekatan berbeza dengan masalah yang berkaitan perbuatan

kebijaksanaan. Apa yang rutin dan apa yang tidak harus diputuskan dan dirumuskan oleh setiap

kelompok berdasarkan dan bersesuaian dengan ukuran, keperluan, sumber daya manusia,

suasana dan lingkungan yang ada. Apa yang pasti, pemimpin harus mengikuti dan melaksanakan

keputusan yang telah diputuskan dalam musyawarah. Dia harus menghindari dirinya dari

memanipulasi bermain kata-kata untuk menonjolkan pendapatnya atau mengungguli keputusan

yang dibuat dalam musyawarah. Secara umum petunjuk berikut dapat membantu untuk

menjelaskan ruangan di dalam musyawarah:

1. Urusan-urusan pentadbiran dan eksekutif diserahkan kepada pemimpin.

2. Persoalan yang memerlukan keputusan segera harus ditangani pemimpin dan

dibentangkan kepada kelompok untuk ditinjau dalam pertemuan berikutnya atau

langsung melalui telefon.

3. Anggota kelompok atau wakil mereka harus mampu membuat pemeriksaan semula dan

menanyakan tindakan pemimpin secara bebas tanpa rasa segan dan malu.

4. Kebijaksanaan yang harus diambil, sasaran jangka panjang yang direncanakan dan

keputusan penting yang harus diambil para wakil terpilih diputuskan dengan cara

musyawarah. Masalah ini tidak boleh diputuskan oleh pemimpin seorang diri.
B. Keadilan dan Pemimpin yang Adil

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa

mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Qur’an memerintahkan agar kaum

Muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak

menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu

berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak

adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada taqwa.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi

kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri, ibu-bapa, dan kaum kerabatmu, sama ada ia

kaya atau miskin, kerana Allah akan melindungi.” (Surah An-Nisa’, ayat 135).

Selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya masyarakat Islam,

pemimpin organisasi Islam juga mesti mendirikan badan peradilan internal atau lembaga

hukum untuk menyelesaikan pelbagai perbezaan atau pengaduan dalam kelompok itu. Anggota-

anggota lembaga tersebut harus dipilih dari orang-orang yang berpengetahuan, arif dan

bijaksana.
C. Kebebasan Berfikir dan Memberi Pendapat

Pemimpin Islam hendaklah memberikan ruang dan mengundang anggota kelompok

untuk mengemukakan kritikannya secara konstruktif. Mereka dapat mengeluarkan

pandangan atau masalah-masalah mereka dengan bebas, serta mendapat jawapan dari segala

persoalan yang mereka ajukan. Al-Khulafa’ al-Rasyidin memandang persoalan ini sebagai unsur

penting bagi kepimpinan mereka. Ketika seorang wanita tua berdiri untuk memperbetul Saidina

Umar ibn al-Khattab sewaktu beliau berpidato di sebuah masjid, beliau dengan rela mengakui

kesalahannya dan bersyukur kepada Allah SWT, kerana masih ada orang yang mahu

membetulkan kesalahannya. Pada suatu hari Saidina Umar pernah pula bertanya kepada umat

Islam mengenai apa yang dilakukan oleh mereka jika beliau melanggar prinsip-prinsip Islam.

Seorang lelaki menyebut bahawa mereka akan meluruskan dengan sebilah pedang. Lantar

Saidina Umar bersyukur kepada Allah kerana masih ada orang di dalam lingkungan umat yang

akan memperbetulkan kesalahannya. Pemimpin hendaklah berjuang menciptakan suasana

kebebasan berfikir dan pertukaran gagasan yang sihat dan bebas, saling kritik dan saling

menasihati antara satu sama lain, sehingga para pengikutnya merasa senang membincangkan

masalah atau persoalan yang menjadi kepentingan bersama. Seorang Muslim disarankan

memberi nasihat yang ikhlas apabila diperlukan. Tamim bin Aws meriwayatkan bahwa

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Agama adalah nasihat”, Kami berkata: “Kepada siapa?” Beliau menjawab: “Kepada Allah,

Kitab-kitab-Nya, Rasul- Nya, pemimpin umat Islam dan kepada masyarakat kamu seluruhnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim).


Kepimpinan wanita terbahagi kepada tiga:

1) Kepimpinan wanita pada diri sendiri.


2) Kepimpinan wanita dalam rumahtangga.
3) Kepimpinan wanita di dalam masyarakat.

Kepimpinan pada diri sendiri

Kepimpinan wanita kepada dirinya sendiri adalah dengan mempertingkatkan kualiti diri ke
arah yang lebih mantap, matang, dan cemerlang iaitu dengan berilmu berakhlak mulia dan
beramal soleh. Sifat positif ini dapat dijadikan teladan kepada keluarga dan masyarakat awam.
Malah, menjadikan wanita yang dihormati dan disanjung tinggi.

Kepimpinan pada rumahtangga

Allah s.w.t. telah menetapkan suami adalah pemimpin atau ketua keluarga. Kepimpinan
suami ke atas isteri adalah dalam bentuk penjagaan, pembelaan, dan bimbingan. Bukannya
paksaan, penindasan, atau penganiayaan. Justeru itu, bagi menjamin keselamatan orang-orang
yang dibawah pemimpinnya,islam mewajibkan lelaki berjihad.

Kedua dua pihak berkewajipan menunaikan tanggungjawab dan hak masing-masing


dengan baik serta berusaha untuk membuat sesuatu yang sesuai bagi menyenangkan hati pihak
lain. Selain itu mereka haruslah bekerjasama yang erat yang berlandaskan keadilan, persamaan
hak, dan syura. Dengan ini, dapat menggelakan daripada berlakunya pergaduhan yang boleh
menyebabkan perceraian.

Tidak wajar isteri dituntut memberi layanan yang baik terhadap suaminya, sedangkan suami
tidak dituntut untuk berbuat sedemikian.

Kepimpinan terhadap masyarakat

Wanita sebagai seorang yang dinamik juga berperanan dan memberi sumbangan pada
pembangunan ummah, agama dan Negara. Ulama berpendapat mengharuskan kepimpinan
wanita dalam kelompok kecil atau besar yang anggotanya terdiri dari kalangan wanita sahaja
tanpa khilaf.
PENGLIBATAN WANITA ISLAM DALAM POLITIK

Wanita Islam pada hari ini dituntut untuk menceburkan diri dalam bidang politik sebagaimana

lelaki kerana mereka turut menyumbang tenaga dalam usaha memajukan hidup

masyarakat.Selain memberi nasihat,ia direalisasikan dengan cara menyuruh kepada kebaikan dan

mencegah kemungkaran.Dengan kata lain,mereka mendukung sebarang perkara positif yang

dianjurkan dan membanteras mana-mana penyewelengan yang berlaku dalam masyarakat.Ini

ada;ah sebahagian daripada jihad yang ganjarannya besar di sisi Allah selain dapat membantu

menegakkan keadilan.

Selain itu,hukum melaksanakannya adalah fardhu kifayah.Sekurang-kurangnya seseorang

perlu menjawat jawatan tersebut dan jika tiada yang menjawatnya maka semua akan

berdosa.Kata-kata menarik direkodkan daripada Ummu Salamah dalam hadis oleh Abdullah bin

Rafi’.Katanya,”Ummu Salamah menceritakan beliau mendengar Rasulullah berkhutbah di atas

mimbar.(ketika itu pembantu beliau sedang menyikat rambutnya), “Wahai manusia.” Lalu

Ummu Salamah berkata kepada tukang sikatnya, “Cukuplah kamu menyikat rambutku.”

Dalam laporan lain menyebut, “Lalu aku berkata kepada hambaku, “Berhentilah menyisir

rambutku.” Hambanya pun membalas, “Beliau (Rasullullah) hanya memanggil kaum

lelaki,bukan wanita.” Ummu Salamah berkata lagi, “Aku juga manusia.” Beliau menganggap

panggilan imam kepada manusia ditujukan kepada semua golongan tanpa membataskan kepada

lelaki sahaja.

Sebenarnya sumbangan wanita dalam memajukan masyarakat dan menegakkan keadilan

dalam pemerintahan ada tercatat di dalam al-Quran.Allah berkata di dalam surah at-Taubah ayat

71,
“Dan orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan,sebahagian mereka (adalah_ menjadi

penolong bagi sebahagian yang lain.Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf,mencegah

dari yang mungkar,mendirikan sembahyang,menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah

dan rasulnya.Mereka itu diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha

bijaksana.”

Daripada Tamim ad-Dari melaporkan Nabi Muhammad berkata, “Agama itu nasihat.”

Kami bertanya, “Untuk siapa?” Beliau menjawab, “Untuk Allah,untuk kitabnya,untuk rasulnya

dan imam-imam Muslimin dan bagi orang ramai di kalangan mereka.”

Betapa tingginya kedudukan nasihat dalam Islam sehingga Nabi Muhammad

mengibaratkannya, “Agama itu nasihat”.Ia bermaksud agama sebenar tidak wujud tanpa

nasihat.Maksud agama pula adalah agama bagi setiap Muslim, tidak kira lelaki mahupun

perempuan.Allah menyoal semua tanpa kira lelaki taupun perempuan sama ada kita menunaikan

tanggungjawab menasihati umat Islam seluruhnya berdasarkan keadaan dan kemampuan kita

ataupun tidak.

Nasihat boleh dilihat dari dua sudut, iaitu sudut perasaan dan sudut praktikal.Sudut

perasaan bermaksud semua orang Islam mahu kebaikan untuk orang Islam.Manakala dari sudut

praktikal pula bermaksud mengutarakan pandangan dan berkata benar walaupun seorang itu

menanggung kesusahan dan terpaksa berusaha.

Kata Dr.Abdul Muta’al Muhamad al-Jabari, “Antara asas yang menggambarkan fitrah

Islam sebagai agama kehidupan dan agama kemakmuran ialah kesudian Rasulullah berbai’ah

dengan wanita.
Beliau berkata lagi, “Malah pendirian ‘Aishah ketika cuba meleraikan pergaduhannya

dengan Ali dituduh berat sebelah.Ini jelas menunjukkan tiada pertimbangan yang wajar untuk

golongan wanita dalam kegiatan politik.”

Sementara itu,Dr.Mustafa al-Siba’ie berpandangan sebaliknya.Beliau berkata, “Kita tidak

tahu dalam sejarah Islam,kaum wanita berjalan seiringan dengan kaum lelaki dalam

menguruskan hal ehwal politik dan memimpin perang.Cuma yang kita baca dalam sejarah

hanyalah Nabi Muhammad mengambil wanita bagi berbai’ah bersama beliau supaya “tidak

mensyirikkan Allah,tidak mencuri,tidak berzina dan tidak boleh membunuh anak-anak mereka”.

Katanya lagi, “Siapa yang menyangka ayat ini menunjukkan penglibatan aktif wanita dalam

dunia politik,maka dia memberi penafsiran yang melampau dan meramalkan peristiwa-peristiwa

sejarah yang tidak sepatutnya.

Sambungnya lagi, “Kita tahu Aishah menharung perang yang terkenal dalam sejarah iaitu

Perang Jamal.Beliau adalah pemimpin tentera dalam perang itu dan beliau hanya berada di dalam

keretanya.Apa yang pasti,beliau begitu menyesal dengan apa yang dilakukannya kerana sebagai

isteri Rasulullah,beliau tidak sepatutnya keluar rumah,seperti yang tercatat di dalam Al-

Quran.Namun,beliau mentakwilnya atau mempertikaikannya.Beliau bertaubat atas kesalahan ini

dan meminta ampun daripada Allah.Jadi,kita tidak boleh mengambil perbuatannya itu sebagai

bukti wanita pada zaman itu memang bergiat aktif di dalam dunia politik.

Walau apa pun,sama ada kedua-dua hadis ini dianggap wanita boleh terlibat dalam

kegiatan politik atau tidak,ia jelas membuktikan wanita memberi sumbangan yang besar kepada

kehidupan orang Islam.Kedua-duanya menunjukkan peranan yang dimainkan oleh wanita adalah

pelengkap kepada kehidupan orang Islam sejak mula kemunculan Islam hingga hari ini.
Oleh kerana itu,wanita dituntut supaya melibatkan diri dalam pergerakan politik.Ini

kerana banyak gejala sosial masa kini berkait rapat dengan aktiviti politik wanita.Antaranya

adalah seperti berikut:

1. Fenomena pencerobohan penjajah ke atas negara-negara Islam seperti

Palestin,Afghanistan,Iraq,Bosnia,Chechnya dan beberapa lagi negara Islam lain.Oleh itu,

golongan wanita perlu menyertai jihad bagi membebaskan negara Islam yang dijajah.

2. Fenomena yang membelenggu masyarakat moden dan mengikat kehidupan wanita.Gejala

ini menimbulkan pelbagai masalah dan isu baru yang berkaitan wanita.Kini,semakin

banyak suara mengajak wanita menyertai parlimen kerana mereka lebih memahami

situasi yang berlaku hari ini serta mampu mencari jalan penyelesaian berbanding kaum

lelaki.

3. Fenomena kemajuan dan kepelbagaian ilmu pengetahuan dalam pelbagai peringkat

melalui aktiviti-aktiviti bersama masyarakat.Ia memerlukan penglibatan wanita dalam

aktiviti politik sama ada melalui tunjuk perasaan secara aman,membawa suara mereka

dengan menyertai badan-badan politik dan NGO,menyertai pilihan raya bagi

menganggotai parlimen atau bergabung dengan pertubuhan-pertubuhan politik dan

badan-badan kebangsaan.
Pendapat Ulama’ tentang pelantikan wanita sebagai ketua negara

1. Al-Quran, firman Allah yang bermaksud “Kaum lelaki itu adalah pemimpim ke atas
kaum wanita”.
2. Hadis Rasullah s.a.w yang bermaksud, “Sekali-kali tidak akan berjaya sesuatu kaum yang
melantuk pemimpin mereka daripada kalangan wanita”.
3. Fitrah wanita tidak sesuai dengan jawatan ketua negara.
4. Hadis yang bermaksud “Wanita itu kurang pada akal dan agama”. Kurang pada akal
bukan bererti tahap kecerdikan wanita lebih rendah berbanding lelaki. Tetapi, ketetapan
syarak yang menentukan nisbah bilangan kesaksian dua orang wanita menyamai
kesaksian seorang lelaki. Kurang pada agama bermaksud ketetapan yang mewajibkan
wanita untuk meninggalkan sembahyang dab puasa dikala haid dan nifas.

Segolongan ulama’ mengharuskan pelantikan wanita sebagai ketua negara

1. Tidak terdapat nas qat’i di dalam al-Quran yang melarang perlantikan wanita sebagai
pemimpin tertinggi negara.
2. Hadis Rasullah s.a.w yang melarang pelantikan sebagai ketua negara adalah hadis
Maudu’. Sanad dan matannya saja yang sahih. Tambahan pula, hadis yang diucapkan
Baginda s.a.w sesuai dengan keadaan parsi pada waktu Parsi pada masa itu.
3. Di dalam al-Quran ada menceritakan tentang kejayaan Puteri Balqis memerintah
Saba’.
4. Kehadiran beberapa tokoh wanita dalam arena kepimpinan tertinggin negara
menunjukkan kaum wanita mampu menguasai bidang ini.

Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua golongan ulama di atas,
maka pendapat golongan pertama adalah lebih tepat.

1. Meskipun tidak tedapat nas qat’i di dalam al-Quran yang melarang pelantikan wanita
sebagai seorang ketua negara tetapi jelas bahawa Rasullah s.a.w. ada menyebut tentang
perkara tersebut.
2. Hadis yang melarang pelantikan wanita sebagai ketua negara adalah hadis sahih
diriwayatkan oleh Bukhari. Al-Imam Abi Isa di dalam kitab al-Jami al-Sahih
menyebutkan bahawa hadis hasan sahih.
3. Ketrampilan beberapa wanita sebagai ketua negara yang membawa kejayaan adalah
berbentuk sementara dan tidak bersinambungan dan bilangan mereka adalah terlalu
sedikit serta terhad.
Keterampilan Puan Margeret Thatcher dan Puan Goldar Meir adalah berbeza.
Mereka terhasil daripada keupayaan dan kebolehan sendiri. Tetapi kejayaan itu masih
belum menepadi makna al-Falah seperti yang dikendaki oleh Islam iaitwi dan kejayaan
yang memperseimbangkan di antara pembangunan material dan rohani dan antara
kepentingan dunia dan ukhrawi.

Sekiranya kita memberi pengiktirafan ke atas menunjukkan adanya sifat


kepimpinan mereka itu maka ini tidak bercanggah dengan hadis Rasullah s.w.t kerana
Allah mencipta sesuatu yang luar biasa daripada asalnya(Nadir). Seterusnya sesuatu yang
nadir tidak dapat dijadikan hujah.

Tentang kedudukan kepimpinan wanita dalam bidang agama, Allah s.w.t telah
menetapkan bahawa pemilihan rasul dan nabi daripada kalangan lelaki. Ini bermaksud
kepinpinan wanita tidak diwajibkan berjihad sesuai dengan fitrahdan risalah penciptaan
mereka. Wanita juga tidak diharuskan menjadiimam kepada kaum lelaki.
WANITA DAN ILMU PENGETAHUAN

Ilmu adalah asas bagi semua peringkat kepimpinan.Wanita yang mendapat peluang
pembelajaran sama dengan lelaki berpotensi untuk mempertingkatkan kualiti kepimpinan ke arah
yang lebih cemerlang.Keupayaan wanita dalam bidang ilmu terbukti dengan pertambahan
bilangan kemasukan mereka ke universiti dan mengatasi dalam bidang sastera berbanding
lelaki.Selain itu dalam bidang sains juga bertambah bilangan wanita dan hampir sama dengan
lelaki.

Tokoh para sahabat wanita dalam bidang keilmuan ialah Al-Shifa’ ( nama sebenar Laila
binti Abdullah al-Qurayshiyyah) guru wanita pertama dalam islam.Beliau telah mengajar
menulis dan membaca sejak zaman Jahiliah.Sesudah Islam, beliau meneruskan kerjaya
membimbing wanita Islam mempertingkatkan dengan ilmu pengetahuan. Antara anak muridnya
ialah Hafsah binti Umar Al-Khattab isteri Rasullullah s.a.w.

WANITA DAN KEPIMPINAN JIHAD

Jihad di medan perang hanya diwajibkan kepada kaum lelaki sahaja, tidak ke atas kaum
wanita. Ini berasaskan kepada hadis yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Aishah binti Talhah daripada Aishah Ummul Mu’minin, beliau
menyatakan: “Aku telah meminta izin daripada Nabi Muhammad s.a.w untuk berjihad”.
Baginda menjawab, “Jihad kamu(wahai wanita) ialah haji”.

Pengecualian wanita daripada tugas penting ini sesuai dengan fitrah penciptaan mereka. Al-
Bahi al-Khuli (1968 3, 79) menyatakan bahawa pada kebiasaannya wanita akan berasa lemah
dan sakit ketika didatangi haid, hamil, bersalin, menyusa dan mengasuh anak. Pada waktu itu
,wanita tidak dapat melindungi diri mereka sendiri daripada ancaman-ancaman yang mendatang.
Apatah lagi untuk menankis serangan musuh. Maka wajarlah lelaki yang memberi perlindungan,
penjagaan, dan pembelaan ke atas mereka. Menunaikan haji di mekah merupakan jihad yang
paling mencabar bagi kaum wanita menyamai jihad bertempur di medan jihad.

Penglibatan wanita di medan perang

Namun demikian sejak awal kebangkitan Islam lagi,sejarah ada mencatatkan penglibatan
wanita dalan medan perang bersama-sama kaum lelaki.

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Umar bahawa Ummu Aiman telah turut sama
berjuang bersama-sama Rasullah s.a.w dalam peperangan Uhud dan Khaibar. Beliau bertugas
memberi air minuman dan mengubati tentera yang luka. Penglibatan wanita dalam medan perang
bukan sahaja sebagai pembantu tentera. Malah sesetengah di kalangan mereka bersedia
membawa senjata untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.
Dalam keadaan terpaksa, wanita-wanita Islam juga sanggup berjuang dan berjihad
mempertahankan agama, bangsa dan negara. Dalam peperangan Uhud umpamanya, pada waktu
pagi wanita-wanita Islam bekhidmat sebagai pembantu tentera. Tetapi pada waktu petang apabila
keadaan menjadi genting dan strategi tentera kucar-kacir, Ummul Mu’minin Aishah, Ummul
Salamah r.a. serta wanita-wanita Islam yang lain turut berjuang bersama-sama tentera Islam.
Mereka memegang senjata menangkis serangan dan menahan kemaraan musuh daripada
mendekati Rasullah s.a.w.

Umar bin al-Khattab mendengar Rasullah s.a.w bersabda, “Tidaklah aku menoleh ke kiri
dan ke kanan dalam peperangan Uhaud melainkan aku dapati Ummu Ammarah sedang berjuang
berhanpiran denganku”(Ibn Saad). Ummu Ammarah muncul sebagai pahlawan handalan. Beliau
menggunakan pedang dan panah. Di dalam peperangan ini Ummu Ammarah mendapat tiga belas
liang luka. Salah satu daripada lukanya itu sembuh sesudah masa berlalu selama setahun. Malah
beliau telah menyuruh anaknya Abdullah bin Yazid meneruskan perjuangan sebaik sahaja beliau
selesai membalut luka anaknya, tanpa sedikit pun perasaan bimbang.
PERANAN DAN SUMBANGAN WANITA DALAM PERKEMBANGAN
SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM al-ANDALUS
Wanita di al-Andalus mempunyai kedudukan yang tinggi kerana perana istimewa mereka
dalam meningkatkan kebudayaan dan memperkembangan masyarakat. Kecemerlangan wanita
ini adalah berasaskan dua faktor. Faktor pertama ialah persekitaran toleransi yang terdapat di al-
Andalus. Manakala faktor yang kedua ialah kestabilan politik dan kemajuan ibukota besar di al-
Andalus yang meliputi Cordova, Seville, Valencia, Granada, Saragossa dan Ronda malah
sehingga ke seluruh al-Andalus sejak abad ke-8M hingga abad ke-13M(al-Kazbari 1999).

Peranan wanita dalam bidang politik dan pentadbiran

Peranan dan sumbangan wanita dalam bidang politik dan pentadbiran memang tidak
dapat dinafikan. Golongan ini berjaya memainkan peranan dalam bidang ini biasanya
mempunyai hubungan dengan orang-orang penting dalam negara contohnya sebagai isteri,
hamba, ibu, anak perempuan, nenek, cucu atau saudara perempuan kepada khalifah Banu
Umayyah di Cordova, sultan-sultan Muluk al-Tawa’if, sultan Dawlah al-Murabitin, sultan al-
Muwahhidin dan juga sultan Banu Nasr(Viguera 1992). Wanita golongan ini berjaya memainkan
peranan dalam mempengaruhi tokoh yang mempunyai ikatan dengan mereka lantas mencorak
secara langsung perkembangan politik negara pada masa itu.

Antara contoh yang boleh dilihat ialah peranan yang dimainkan oleh Sabihah, permaisuri
khalifah al-Hakam al-Mustansir. Semasa al-Hakam memerintah negara, beliau lebih lebih
banyak menumpukan perhatian kepada hal ehwal ilmu. Ini telah memberi ruang yang luas
kepada isterinya Sabihah untuk mentadbir kerajaan. Berdasarkan kemampuan dan
kebijaksanaannya, Sabihah menjadi sangat berkuasa dan berpengaruh. Malah, sejarah
mencatatkan bahawa kekuasaan pada masa tersebut berada di tangan Sabihah. Beliau diberi
seorang setiausaha yang dilantik oleh khalifah iaitu Muhammad ibn Abi Amir. Sebagai seorang
yang berkuasa dalam negara, Sabihah sering menerima kunjungan utusan-utusan, pembesar-
pembesar negara dan juga penyair-penyair. Beliau juga turut mengetuai Majalis al-Hukm dan
langkah-langkah pentadbiran negara. Selain mempunyai seorang setiausaha, Sabihah juga
mempunyai seorang pembantu iaitu Ja’far al-Mashafi yang menjawat jawatan al-hajib yang
menyamai jawatan menteri. Dengan pengaruh yang ada padanya, Sabihah berjaya mempengaruhi
khalifah supaya melantik Ibn Hisham (yang berusia 11 tahun) sebagai pewaris dan bukannya
melantik al-Mughirah (yang berusia 26 tahun). Walaupun pelbagai dugaan yang menimpa
Sabihah selepas kematian al-Hakam, misalnya konspirasi menjatuhkan Ibn Hisham. Sabihah
tetap berjaya mempertahankannya. Selepas itu, Sabihah terus menguasai pemerintahan negara
dan beliau disayangi oleh rakyatnya kerana polisi cukai yang rendah. Dengan ini menunjukkan
bahawa beliau mempunyai pengaruh yang besar dan kuat dalam pentadbiran negara.
Selain Sabihah, Fatimah binti Amir al-Muslimin Abi Abd Allah ibn Amir al-Muslimin al-
Ghalib bi Allah iaitu isteri kepada salah seorang pemerintah Banu Nasr, Amir al-Muslimin Abi
Abd Allah al-Ghalib bi Allah, turut dicatatkan sebagai antara tokoh yang bertanggungjawab
menjaga urusan pemerintahan negara pada zaman pemerintahan suaminya. Pengalaman beliau
seterusnya dimanfaatkan oleh anak dan cucu beliau sehingga beliau meninggal dunia pada 749H.
Tokoh ini tentunya mempunyai pengaruh yang besar dan kebolehan yang hebat kerana mampu
mempengaruhi suami, anak dan cucunya dalam menjalankan urusan pemerintahan negara.
CONTOH-CONTOH TOKOH WANITA ISLAM DALAM SEJARAH

Arwa Binti Ahmad Bin Jaafar Al-Shohiliyyah

Beliau merupakan permaisuri Yaman.Selepas mengahwini al-Mukram,suaminya menghidap

sejenis penyakit yang menyebabkan beliau menyerahkan mandat pemerintahan

kepadanya.Selepas mendapat mandat itu,Arwa membuat benteng di kaki bukit dan membantu

suaminya mengurus negara dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan.Walaupun suaminya

meninggal dunia pada tahun 484H,beliau masih menjadi tempat rujukan para menteri.Walau

bagaimanapun,beliau tidak terlalu menonjolkan diri dan bertindak di belakang

tabir.Namun,mimbar-mimbar Yaman sering menyeru namanya.Beliau pernah berkhutbah kepada

penyokong-penyokong Fatimah dan kemudian kepada penyokong-penyokong Sulaihi.

Siti al-Malik binti al-Aziz al-Fatimi

Beliau adalah ibu politik yang mempunyai akal yang cerdas.Beliau pernah mencipta helah

membunuh saudaranya,al-Hakim apabila perbuatannya semakin melampau dan kezalimannya

semakin menjadi-jadi.Beliau menegah al-Hakim dengan katanya,”Wahai saudaraku,berhati-

hatilah.Takut nanti rumah ini roboh di tanganmu sendiri.”

Tarakan Khatun al-Jalaliyyah bin Thokhan Khan

Beliau adalah wanita berketurunan Turki.Antara contoh kepintaran beliau dalam politik adalah

beliau menyembunyikan kematian suaminya,Sultan Malik Shah pada pertengahan bulan Syawal

tahun 484H.Beliau melakukannya supaya anak sulungnya dapat melantik Ibnu Zubaidah binti

Yaquti sebagai raja selepasnya.Beliau berjalan menuju ke Baghdad membawa mayat

suaminya.Di sana beliau sanggup menghabiskan wang supaya pembesar-pembesar menutup


mulut mengenai kematian suaminya.Kemudian,beliau meminta mereka melantik

anaknya,Mahmud bin Malik Shah memegang takhta kerajaan.

Zahran binti Jawali

Beliau adalah saudara Raja Diqaq,Sultan Damsyiq dan beliau berkuasa pada zamannya.Sebaik

sahaja beliau melihat anaknya Syamsul Muluk Ismail semakin sesat,banyak melakukan

kerosakan dan pertumpahan darah ke atas negara-negara Islam,beliau memerintahkan orang

suruhannya supaya membunuh anaknya bagi menyekat kejahatan anaknya.Akhirnya mereka

membunuh anaknya pada tahun 529H.Zamrad kemudian menyuruh saudaranya,Syihabuddin

Abu al-Qasim Mahmud bin Buri untuk menggantikan anaknya.Walau bagaimanapun,

Syihabuddin dibunuh pada 23 syawal tahun 533H.Zamrad memaklumkan berita itu kepada Amir

‘Imaduddin Atabuk di al-Musili.


SISTER IN ISLAM DARI SEGI KEPIMPINAN WANITA DALAM ISLAM

Sisters in Islam (ditubuhkan pada tahun 1988) atau dikenali SIS merupakan sebuah
organisasi yang dianggotai sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang
memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka Islam. SIS menekankan pentingnya untuk
mentafsir semula Qur'an dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya.

SIS menyokong semangat revolusi Islam dan mengakui Islam telah mempertingkatkan
martabat wanita apabila ia diturunkan 1,400 tahun dahulu. Mereka percaya Islam menolak
penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan martabat
kemanusiaan.

Objektif utama SIS adalah:

 Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang
mengambil kira pengalaman dan realiti wanita
 Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah
amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih
rendah daripada lelaki
 Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar
mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.

Aktiviti SIS merangkumi empat bidang program:

 Penyelidikan dan tafsiran sumber-sumber teks Islam


 Advokasi untuk pembaharuan dasar dan undang-undang
 Meningkatkan kesedaran orang ramai dan pendidikan awam
 Perancangan strategik dan pembentukan dasar

Namun,SIS telah menyatakan beberapa isu yang melanggar hukum syarak.Antaranya ialah

You might also like