You are on page 1of 12

1.

0 SUMBANGAN IBNU KHALDUN



1.1 Manusia dan Ekonomi

Ibnu Khaldun digelar sebagai bapa ekonomi Islam kerana pemikiran dan teori
beliau tentang bidang ekonomi sangat realistik dan logik. Dari sudut manusia, Ibnu
Khaldun menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo
Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi (economic animal). Beliau
berpendapat bahawa setiap manusia yang tinggal di bumi ini haruslah mempunyai ilmu
pengetahuan berkaitan dengan prinsip-prinsip ekonomi.
Selain itu, beliau juga menekankan keperluaan seseorang manusia tersebu
menjauhi perbuatan yang bersifat jahat dan bertentangan dengan hokum agama.
Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki
dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat. Berdasarkan
analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang
manusia adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam.
Ibnu Khaldun juga mengemukakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi
seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan
(moderation), dan fairness. Beliau menyatakan pendapat tersebut selaras dengan
hukum dalam Islam bahawa ekonomi haruslah mempunyai sifat keadilan (Justice).
Ditekankan bahawa keadilan berfungsi sebagai tulang belakang dan asas kekuatan
sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan
hancur dan musnah. Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai
merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah,
mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat
dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan
sesuatu yang berlawanan dengan Islam adalah salah di sisi agama.
"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk
kerjapaksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah
apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."
- Ibn Khaldun

Dalam bidang ekonomi, pelbagai teori yang telah dikemukakan oleh Ibnu
Khaldun seperti teori pengeluaran, pengagihan, nilai, wang dan harga. Melalui teori
pengeluaran, dalam kehidupan manusia mempunyai kehidupan perekonomi yang
sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan
permintaan. Beliau menyatakan teori pengeluaran adalah berasaskan kepada faktor
buruh dan kerjasama masyarakat. Dalam dua faktor cabang ini, faktor buruh
memainkan peranan yang penting dalam proses pengeluaran di samping faktor-faktor
lain.
Sehubungan dengan itu, Ibnu Khaldun menerangkan tentang sistem kenaikan
yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Ini
merupakan salah satu teori nilai, harga dan wang yang telah dikemukakan oleh Beliau.
Dalam hal ini, beliau juga menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan
supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Ibn
Khaldun tidak memfokus kepada kajian mengenai perbezaan antara teori nilai diguna
(use value) dengan nilai pertukaran (exchange value) secara mendalam. Tetapi
beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai
buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. Beliau juga mengatakan :
"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk
mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk
mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh.
Oleh itu, nilai barangan yang ditetapkan adalah dikira mengikut berapa jumlah nilai
tenaga buruh yang digunakan untuk menghasilkan barangan tersebut. Harga buruh
merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu
sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.

Melalui sektor ekonomi ini, Ibnu Khaldun juga ada mengemukakan teori
berkaitan dengan sistem pengagihan. Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri
daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Elemen-
elemen ini dijadikan sebagai pulangan dan sara hidup kepada masyarakat. Oleh sebab
itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran,
pertukaran, dan perkhidmatan awam. Manakala keuntungan terhasil
daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga
belian.
Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya
dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong
pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan
keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang
asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja
keras untuk diri mereka sendiri.

1.2 Bidang Sejarah, Sosial dan Falsafah.
Ibnu Khaldun dikenali sebagai ahli falsafah Islam yang amat dihormati oleh ramai
tokoh-tokoh Timur dan Barat. Ilmu yang telah beliau utarakan 500 tahun lebih awal
berbanding tokoh-tokoh bidang yang sama di Eropah seperti Aguste Comte, Adam
Smith dan David Ricardo.
Malah Ibnu Khaldun ada menyatakan pendapatnya mengenai Tamadun iaitu
"Kalimah Tamadun memberi erti segala pelbagai dalam kemewahan hidup dan setiap
usaha untuk mempertingkatkan kilang perindustrian yang sentiasa digunakan dalam
berbagai-bagai sektor".
Melalui pendapat ini dapat dilihat bahawa Beliau mempunyai pandangan minda yang
luas dan logik berkaitan dengan proses dan fungsi tamadun. Dalam analisi laporan
sejarah, Beliau telah menunjukkan empat perkara melalui pemerhatian yang telah
dibuat iaitu menghubungkan peristiwa-peristiwa satu dengan yang lainnya melalui
kaedah sebab dan musabab, mengambil kiasan antara yang telah lalu dengan apa
yang berlaku masa hadhir, mengambil kira kesan dari alam sekitar dalam apa yang
berlaku dan mengambil kira kesan daripada keadaan-keadaan perekonomian dan
perkara-perkara yang diwaris.

Beliau juga mengkaji tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada
kemajuannya dan sebab-sebab kejatuhan sesuatu tamadun tersebut. Oleh itu, beliau
telah mengasaskan satu sains baru iaitu sains kemajuan sosial atau sosiologi. Sains
baru ini telah dikemukakan untuk kegunaan masyarakat manusia dalam kehidupan
harian mereka.
Dalam bidang sejarah pula, Ibn Khaldun berpandangan bahawa sejarah adalah
sesuatu sistem yang tertakluk kepada undang-undang semesta. Beliau juga ada
menyatakan kriteria dalam fakta sejarah iaitu Peraturan bagi membezakan apa yang
benar dan apa yang palsu dalam sejarah adalah berdasarkan kebolehjadian atau
ketidak bolehjadiannya. Beliau turut berpendapat

1.3 Buku Al-Muqaddimah, Al-Ibbar, Al-Ta'rif
Al Muqaddimah (Pendahuluan) merupakan salah satu buku yang paling masyhur
Ibn Khaldun Ia adalah masterpiece dalam kesusasteraan mengenai falsafah sejarah dan
sosiologi. Tema utama dalam karya besar ini adalah untuk mengenali fakta-fakta
psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada kemajuan
tamadun manusia dan peristiwa-peristiwa semasa dalam sejarah. Ibn Khaldun juga
mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal
(secara pengalaman dan kajian).
Karya tersohor ini menghuraikan beberapa aspek dalam kehidupan bermasyarakat,
proses pembentukan negara, faktor kemajuan dan kemunduran sesebuah peradaban
manusia, di samping menerangkan juga tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
bidang perniagaan, perindustrian dan pertanian.
Dalam buku tersebut, beliau telah menganalisis daya gerak hubungan
perkauman dan menunjukkan bagaimana rasa perkauman (syub al-asabiyyah) dapat
menghasilkan kenaikan tamadun dan kuasa politik baru. Beliau mengenal pasti ulangan
hampir berirama bagi kebangkitan dan kejatuhan dalam tamadun manusia, dan
menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepadanya.
Bagi buku Al-Ibbar, Ibn Khaldun telah menulis tentang bidang ekonomi dan
sejarah. Dalam kitab ini, beliau membicarakan sejarah-sejarah dunia yang merangkumi
sejarah bangsa Arab, sejarah para penguasa semasa, penguasa-penguasa Eropah
sezaman dengannya, sejarah Arab zaman purba, Yahudi, Yunani, Rom, Parsi purba,
dan sejarah islam, dan sejarah Mesir dan sejarah Afrika Utara, terutamanya sejarah
bangsa Barbar dan kabilah-kabilah yang berdekatan. Beliau menyatakan serba sedikit
tamadun yang berlaku dalam sejarah-sejarah





The History of IBN MAHDY The KHARIJITE and of his son.

Aly ibn Madhy berasal dari al-Anbarah di sempadan laut berhampiran Zabid.
Beliau telah hidup di rumah agama selepas persaraan dan menumpukan
kehidupannya dalam agama sahaja.
Selepas beberapa tahun, beliau pergi menunaikan haji.
Aly telah kembali ke Yamen dan berkhtubah.
Beliau amat fasih dalam Al-Quran.
Bermula tahun 561,Aly menjelajah untuk berkhutbah kepada orang-orang di
padang pasir.
Apabila ibu Fatik mendapat pengaruh penting ke atas Jayyash Bani,dalam hari-
hari anaknya Fatik daripada Mansur, dia menjadi percaya kepadanya, dan
dia melepaskannya,
Kaum.kerabat beliau dan keluarga dengan beliau bersekutu oleh perkahwinan
yang menyebabkan pembayaran di atas tanah mereka.
Penduduk di tanah tinggi tersebut telah mendorong Ibn Mahdy untuk
mengangkat sumpah menyokong mereka.
538, beliau telah keluar dari Tihamah untuk mencapai al-Kadra tetapi beliau
dikalahkan dan kembali ke pergunungan sehingga tahun 541.
Kemudian Aly telah menyertai Banu Khaulan,bersama-sama dengan puak-puak
Haywan atau ash-Sharaf.
Aly Mahdy memberi orang-orang jawatan sebagai Ansar, yang telah
menemaninya dari Tihamah dan beliau telah mengurniakan nama al-Muhajirun.
Beliau dilantik sebagai ketua Ansar (Saba) dan satu lagi diberi tajuk Sheykh al-
Islam (Nubah).
Beliau dihantar ke daerah Tihamah lebih awal dan dia telah dinaikkan pangkat
selepas negara terpencil Zabid bergabung.
Aly telah memberhentikan kenderaan di jalan raya awam menembusi istana ad-
Dathir, setengah dari peringkat Zabid.
Omarah kata beliau telah menyerang majlis-malis tersebut dalam tempoh yang
panjang.
Pada masa tersebut, rakyat telah meminta bantuan daripada Sharif Ahmad ibn
Hamzah, Suleymanite putera Sadah.
Sebagai pulangan, mereka haruslah membunuh tuan mereka Fatik anak
Muhammad pada tahun 553.
Sharif telah diisytharkan berdaulat tetapi dia tidak dapat melawan musuhnya dan
melarikan diri.
Aly Mahdy telah menaklu Bandar pada bulan Rajab 554, dan meninggal dunia
tiga bulan selepas penaklukan.
Aly telah diberi nama Iman Mady, Putera yang setia di Khutbah.
Beliau menubuhkan peraturan dan mazhab yang bosan untuk diterangkan.
Aly juga menghukum sesiapa yang menggunakan wain untuk mati.
Aly ibn Mahdy diganti oleh anaknya Abd an-Naby.
Anak kedua iaitu Abd Allah menentang Abd an-Naby berkaitan dengan pemilikan
diperolehi Zabid, dan di Khutbah, beliau digelaran sebagai Imam.
Tetapi Abd an-Naby berjaya menangani tentangan tersebut.
Abd an-Naby telah mengusir Abd Allah dari Bandar dan menjadikan diri dia
sebagai penguasa Bandar Yamen.
Pada masa tersebut, terdapat 25 buah kerajaan yang terpisah dalam negara
tersebut telah dikuasai oleh Abd an-Naby.
Hanya Aden sahaja yang tidak dikuasaai dan Abd an-Naby mengenakan
pembayaran penghormatan.
Semasa Shams ad-Daulah Turan Shah ibn Ayyub abang kepada Saladin, telah
menyerang kerajaan Yamen (566) dan menangkap Abd an-Naby dengan seluruh
kekayaannya.
Beliau telah menjadikan Zabid sebagai pusat kerajaan.
Dengan kejatuhan pemeritahan Banu Mahdy, kedaulatan Arab akhirnya berakhir
di Yaman, dan pemeritahan yang tertinggi kemudiannya dipegang oleh Gluzz
dan Freedmen.







REFLEKSI
Oleh Fanly Soh Swee Fong

Syukur kepada Tuhan atas kekuatan dan kesempatan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Setelah hampir beberapa minggu
melaksanakan tugasan titas ini, banyak pengetahuan dan pengalaman yang telah saya
perolehi sepanjang proses mencari bahan dan maklumat. Pada mulanya, kami
mengalami banyak kekangan untuk mendapat sumber biodata atau latar belakang
tokoh Ibnu Khaldun kerana kebanyakan maklumat daripada internet tidak mempunyai
keseragaman kefahamanya. Ini menyukarkan kami untuk memahami dan mengambil
maklumat daripada satu sumber sahaja.
Namun begitu, dengan ada perbincangan kumpulan maka kami menggunakan
sumber internet yang lebih dipercayai seperti buku, pdf dan Wikipedia. Sedikit
sebanyak sumber-sumber ini telah membantu dalam proses pengumpulan idea dan
data tugasan kami. Tambahan pula, kami terpaksa mencari buku-buku hasil Ibnu
Khaldun selain daripada buku Muqadimah. Ini merupakan satu cabaran bagi saya
kerana buku-buku Ibnu Khaldun yang lain sukar untuk didapati daripada Pusat Sumber
dan mana-mana laman lain. Tetapi kami bersyukur kerana akhirnya kami berjaya
mendapat satu buku yang juga ditulis oleh Ibnu Khaldun tetapi bergabung dengan
tokoh-tokoh yang lain. Buku yang kami pilih ialah Yaman its early Medieval History.
Namun begitu, kami mempunyai kesukaran untuk memahami dan menukarkan setiap
ayat bahasa Inggeris dalam buku tersebut ke bahasa Melayu. Banyak perkataan dan
perkara yang tidak dapat kami fahami berkaitan dengan sejarah salasilah keturunan
pemeritahan kerajaan Yaman.
Dalam penterjemahan buku Ibnu Khaldun ini, banyak perkataan dalam bahasa
Arab telah saya pelajari serba sedikit maksud dan kegunaannya. Sebagai contohnya,
perkataan Al-Quran dikenali sebagai Kuran dan lain-lain. Keseluruhannya, banyak
pengetahuan secara terperinci dan mendalam tentang sumbangan-sumbangan, buku-
buku dan teori-teori yang telah dikemukakan oleh tokoh Ibnu Khaldun ini. Dalam
sumbangan beliau, saya amat mengagumi kehebatan dan kebijaksanaan beliau dalam
pemikiran yang begitu logik dan realistik akan aspek ekonomi, sosial dan falsafah. Ini
memberikan saya kesedaran bahawa sebagai seorang bakal guru haruslah mempunyai
semangat dan keyakinan yang tinggi untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu yang
lebih luas supaya pengetahuan yang sedia ada tidak hanya tertumpu kepada
pengetahuan tentang pembelajaran kelas sahaja.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya berasa seronok kerana dapat
melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun terpaksa menterjemahkan
buku-buku Ibnu Khaldun yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Berterima kasih juga
kepada rakan-rakan sekumpulan yang bergading bahu saling bantu-membantu dalam
mencari bahan dan membuat tugasan ini. Tanpa kerjasama yang proaktif ini, kami tidak
dapat menyiapkan tugasan tepat pada masa yang telah ditetapkan.


RUJUKAN


http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id2.html
http://man999.tripod.com/IBNU_KHALDUN.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Al-Rahman_Ibn_Muhammad_Ibn_Khaldun
http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/citu/web/manual%20penga
jaran%20ctu151.pdf

You might also like