You are on page 1of 1

TUTORIAL 6

NAMA : RADIAH BINTI RAMLI


: NURUL AIDA BINTI HUSSIN

Ulasan cerita The Ron Clark Story
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana seorang guru, Mr. Ron Clark mengawal tingkah laku
murid-muridnya di dalam bilik darjah sehingga mampu mengubah sikap mereka menjadi lebih
baik dan bersemangat untuk belajar. Antara tindakan yang telah diambil oleh Mr. Ron Clark
untuk mengendalikan kawalan kelas ialah:
1. Mr. Clark menekankan hubungan sesama mereka adalah sebagai sebuah keluarga.
Mereka perlu saling menghormati, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.
2. Mr. Clark telah menetapkan peraturan-peraturan tertentu semasa kali pertama masuk
kelas. Setelah beberapa kali masuk ke kelas dan membuat pemerhatian terhadap situasi
kelas tersebut, beliau telah menambah beberapa peraturan baharu yang dirasakan perlu
untuk dipatuhi oleh muridnya.
3. Dari semasa ke semasa, Mr. Clark cuba mengenali dan memahami latar belakang setiap
anak muridnya. Beliau meluangkan masa melawat muridnya di rumah bagi mengetahui
aktiviti harian yang dilakukan oleh murid. Beliau bermain bersama-sama murid bagi
membina hubungan yang baik dengan mereka.
4. Mr. Clark mempelbagaikan kaedah pengajaran dan menerapkan unsur fun learning
dalam proses P&P seperti nyanyian dan sebagainya.
5. Mr. Clark sering memberi kata-kata semangat dan motivasi diri kepada murid-
muridnya supaya rajin belajar dan mengetahui kepentingan menuntut ilmu.
6. Mengenali ibu bapa murid dengan lebih dekat.

You might also like