You are on page 1of 1

DOA SOLAT HAJAT UPSR

Wahai Tuhanku, kurniakanlah anak-anak kami ini kefahaman para nabi dan hafalan para rasul serta
mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah anak-anak kami ini
kesihatan.

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai.
Ingatkanlah anak-anak kami ini apa-apa yang telah mereka baca,
apa-apa yang mereka pelajari dari guru-guru mereka dan tidak akan lupa apabila diperlukan kelak

Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Jadikanlah anak-anak kami ini sebagai anak-anak yang pintar, anak-anak bertaqwa, yang menjadi
harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah mereka dikalangan orang-
orang yang soleh dan solehah.

Ya Allah Ya Latif
Kami guru-guru dan ibu bapa mereka dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan
anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan
taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala
usaha yang bersungguh-sungguh selama ini dapat menunai hajat mereka iaitu mendapat sepenuh
kejayaan 5A.

Di hari yang mulia ini juga kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah anak-
anak kami yang bakal menduduki peperiksaan cetusan idea yang bernas, kesihatan akal fikiran,
kesihatan rohani dan kesihatan jasmani supaya meraka dapat mengapai cita-cita mereka, cita-cita
guru-guru dan cita-cita ibu bapa mereka serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah berikanlah mereka sepenuh kekuatan, jauhi sifat kegusaran, jauhi perasaan gemuruh dan
gentar agar anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini mampu menjawab soalan
peperiksaan dengan penuh ketenangan, dengan penuh dedikasi yang sangat utuh dan akhirnya
memperolehi keberhasilan yang dicitakan iaitu 5A UPSR.

You might also like