You are on page 1of 2

Bahagian A

Berdasarkan grafik di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor pemilihan
rakan sebaya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.







( 20 MARKAH )

Pilih satu daripada soalan soalan di bawah. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.

1. Pelbagai peristiwa pahit manis telah anda tempuhi sepanjang hidup anda. Peristiwa-
peristiwa tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa dan
minda anda.
Gambarkan sama ada peristiwa pahit atau manis yang sukar untuk anda lupakan.

2. Anda mendapat berita tentang rakan anda yang berjinak-jinak dengan rokok.
Tulis sepucuk surat kepadanya untuk menasihatinya.

3. Pada malam itu hujan turun renyai-renyai. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul
12 tengah malam. Sayup-sayup kedengaran ketawa seperti orang mengilai. Suara itu
semakin lama semakin menghampiri pintu belakang rumahku. Aku teringat akan
tingkap bilikku yang belum kututup. Tiba-tiba..
Mula cerita anda dengan perenggan di atas.

4. Gejala lepak masih berlaku dalam kalangan remaja sehingga mendapat perhatian
daripada semua pihak.
Huraikan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan bagi mengatasi gejala ini.
( 40 markah )
FAKTOR-FAKTOR
PEMILIHAN
RAKAN SEBAYA
Berkongsi cerita
dan masalah
Persefahaman
sesame rakan
Berkongsi minat
yang sama

Mempunyai
kelebihan tertentu

You might also like