You are on page 1of 5

fThursday, August 26, 2010

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE


Robert Mills Gagne







Robert Mills Gagne lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Beliau
meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada
tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut
College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962),
dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan
Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne
juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland,
Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-
1961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966). Selain itu, ia menjawat sebagai
pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).

Pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan latihan
ketenteraan Amerika Syarikat dan industri. Gagne dan Briggs LJ termasuk di antara para
perintis awal konsep desain sistem pembelajaran yang menunjukkan bahawa semua
bahagian dari suatu pelajaran atau suatu tempoh arahan boleh dianalisis dan bahawa semua
bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama sebagai rancangan bersepadu untuk
arahan.Dalam sebuah rencana yang signifikan bertajuk "Pendidikan Teknologi dan Proses
Belajar" (Pendidikan Peneliti, 1974), Arahan Gagne ditakrifkan sebagai "Rangkaian kegiatan
yang dirancang luaran yang mempengaruhi proses belajar dan dengan demikian
meningkatkan pembelajaran."


Teori Pembelajaran Gagne



Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran
hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat
yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :






Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:


(a)Pembelajaran Isyarat
Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya,
apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang
ke rumahdengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah
mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku.
Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan
memberi ucapan, Selamatsejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah
dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

b)Pembelajaran Gerak Balas
Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan
dengangerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya
gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja
sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !.Ali
akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk
mendapat pujian daripada ibunya.

(c)Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran
sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian
merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang
dijalankan.

d)Pembelajaran Pertalian Bahasa
Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa
untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu
rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari
dahulu.

(e)Pembelajaran Diskriminasi
Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,
untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada
masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting
berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk
rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting
dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada
maklumat tidak penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk
disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f)Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,
iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat
membentukkonsepyang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan
terhadap objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak
contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan
tepat.

(g)Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan
dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan
rumus, prinsipdan generalisasi.

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep
danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat
beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari
maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.




Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu
model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan
maklumat dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa
pembelajaran (Slavin 1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut
ditunjukkan dalam rajah dibawah:






Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam
pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

-Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula
daripadayang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru
mengajar sesuatukemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar
telah menguasai kemahiranasas yang perlu untuk pelajaran baru.

- Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru
merancangpengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu
meliputi 8 fasapengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

You might also like