You are on page 1of 2

Pada 8 Julai 2014 Unit Kokurikulum telah memberikan tugasan Program Bina

Insan Guru (BIG) Fasa 3. Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang
diwajibkan ke atas semua pelajar yang mengikuti mana-mana pengajian di IPG
seluruh Malaysia termasuklah di IPG Kampus Pulau Pinang. Sehubungan itu, saya
menyertai bengkel berkaitan etika sosial yang bertajuk Pengucapan Awam pada hari
19 Ogos 2014 pada pukul 2.30 hingga 5.00 petang di Dewan Persidangan.
Ceramahnya disampaikan oleh En.Mat Salleh Bin Mohamad Zain dari Unit
Kokurikulum. Seramai 82 orang pelajar guru dari empat kelas iaitu kelas Pengajian
Tamil, Matematik 1, Matematik 2, dan Pemulihan telah mengikuti program ini.

Terdapat beberapa kekuatan dalam Bengkel Pengucapan Awam ini, iaitu
peserta dapat memahami apa itu pengucapan awam dan bagaimana caranya
ataupun teknik pengucapan awam. Beliau juga menerangkan bahawa bagaimana
hendak menjadi pengucap awam yang hebat. Beliau juga menekankan beberapa
teknik yang harus mematuhi untuk menjadi seorang pengucap awam yang baik.
Iaitu, kita harus berlatih, perlu menguasai bahasa, perlu memperbanyakkan baca
buku-buku ilmiah. Selain itu, beliau juga menjelaskan tentang kepentingan intonasi
suara dan ekspresi muka yang akan mempengaruhi sesuatu pengucapan awam.
Maklumat-maklumat ini amat berguna kepada para pelajar guru yang bakal menjadi
guru pada masa akan datang.
Seterusnya, bagi memastikan pelajar guru dapat berucap dengan
menggunakkan teknik yang betul iaitu intonasi suara yang betul, beliau
membahagikan kami dalam kumpulan dan beliau juga memberi satu teks yang sama
kepada semua kumpulan. Kemudian, setiap kumpulan perlu menghantar seorang
wakil untuk berpidato. Dengan ini, pelajar guru dapat memahami lebih mendalam
lagi tentang pengucapan awam dan pelajar guru dapat peluang untuk berpidato di
kalangan pelajar guru yang lain. Kaedah ini akan menyakinkan lagi untuk berpidato
dengan berani tanpa bergetar.
LAPORAN REFLEKTIF
CERAMAH
KEKUATAN

Selain itu, ada juga beberapa kelemahan dalam bangkel pengucapan awam
ini, iaitu apabila selesainya ceramah daripada En Mat Salleh, kami diberi latihan
dalam kumpulan tetapi hanya seorang sahaja mendapat peluang untuk berucap di
kalangan ramai dan juga di depan beliau. Ia tidak memberi kesan secara
keseluruhan kerana ramai yang berminat untuk mencuba tetapi tidak mendapat
peluang pada masa itu. Ia menyebabkan ramai kecewa kerana tidak dapat
menunjukkan bakatnya di hadapan orang ramai. Selain itu, ada juga satu
kekurangan lagi, apabila rakan berucap di hadapan, ada beberapa orang bercakap
di belakang. Keadaan ini menganggu kelancaran orang yang berucap di hadapan.
Keadaan ini perlu dibetulkan pada masa akan datang. Kita harus menghormati rakan
sebaya kita yang mencuba sesuatu di hadapan orang ramai. Selain itu, pengendali
bengkel juga perlu memberi masa yang mencukupi untuk semua peserta supaya
semua dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya.

Dari segi peluang, ada beberapa orang mendapat peluang untuk berucap di
hadapan tetapi yang lain juga mendapat peluang untuk berucap dalam kumpulan.
Sebagai seorang guru, kita boleh juga menggunakan peluang ini untuk
meningkatkan keyakinan diri kita dan juga boleh menunjukkan bakat kita.

Dari segi ancaman pula, tiada ancaman dalam bengkel ini. Bengkel berjalan
dengan lancar dan selamat tanpa sebarang ancaman dan gangguan.
Secara kesimpulannya, Progaram Bina Insan Guru (BIG) fasa 3 iaitu Bengkel
Pengucapan Awam ini amat berguna kepada saya dan juga semua peserta kerana
ia memberi pendedahan kepada para pelajar guru dalam mengendalikan suatu
pengucapan awam dengan menunjukkan kepatuhan dan memahami serta
menghayati nilai etika keguruan. Akhir kata, pengucapan awam yang baik dapat
mengubah hala tuju kehidupan manusia sejagat.

KELEMAHAN
PELUANG
ANCAMAN

You might also like