You are on page 1of 16

OLEH :

NURUL HUDA BINTI ABDUL


WAHAB
NAJWATUL HUSNA BINTI
JOHAN

EDU 3109
PENDEMOKRASIAN
PENDIDIKAN
APA ITU
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN??
Pendemokrasian = prinsip-prinsip
kesamarataan hak-hak sosial setiap individu
yang menganggotai sesuatu masyarakat.

Pendidikan = proses mendidik dan dididik
yang dikatakan berkait rapat dengan
proses PdP
Pendemokrasian pendidikan = persamaan
hak yang sama rata bagi setiap individu
dalam proses PdP yang disediakan oleh sistem
pendidikan tanpa wujudnya sebarang
pendiskriminasian di semua peringkat individu
atau masyarakat.

Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan =
kemampuan sistem pendidikan negara kita
dalam menyediakan peluang untuk
menikmati pendidikan yang luas, adil,
saksama & bermutu untuk semua lapisan
rakyat Malaysia.
KEPENTINGAN ISU
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Melibatkan pengurus / pentadbir pendidikan,
masyarakat, guru dan pelajar.

1) Pengurus/Pentadbir pendidikan :
Sebagai pengasas dan sandaran dalam
membuat perancangan bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan
2) Masyarakat :
Dapat memberi kesedaran tentang
kepentingan dan keperluan pendidikan
Dapat meningkatkan keprihatinan
terhadap perkembangan terkini
Dapat menimbulkan minat terhadap
pendidikan.
Dapat berkongsi idea dalam menangani
masalah pendidikan
Dapat menjadi penyumbang kepada
maklum balas tentang keberkesanan
sistem pendidikan.
3) Guru :
Golongan penting dalam menentukan
kejayaan perlaksanaan sesuatu
perancangan.
Perlu memastikan setiap murid mendapat
persamaan hak yang sama rata dari segi
peluang mendapat pendidikan yang
bermutu.

4) Pelajar :
Memberi kesedaran tentang peluang yang
disediakan oleh sistem pendidikan negara.
Pelajar harus sedar bahawa pendidikan
adalah untuk masa depan mereka.

RANCANGAN & AKTIVITI
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Isu pendemokrasian pendidikan di Malaysia
khususnya dari segi peluang dan kualiti
pendidikan dapat dilihat dari beberapa aspek
pendekatan, perlaksanaan dan amalan seperti
berikut:

1) Sistem Pendidikan :
Terdiri daripada beberapa peringkat
pendidikan iaitu peringkat rendah (6tahun),
menengah rendah (3tahun), menengah atas
(2tahun), tingkatan enam (2tahun) dan
pendidikan tinggi.
Wujudnya Sekolah Pendidikan Swasta dan
Sekolah Agama Rakyat iaitu warisan dari
Sistem Pondok sebagai pilihan untuk
mendapatkan pendidikan.
Golongan murid istimewa juga tidak
diabaikan oleh sistem pendidikan negara
(Kelas Pendidikan Khas).
Langkah meningkatkan bilangan pelajar di
universiti juga memantapkan
pendemokrasian. Lebih banyak peluang
pendidikan dibuka (Uitm, IPGM, Kolej-kolej
dsb).
2) Pendidikan Untuk Semua :
Bebas untuk semua golongan masyarakat
tidak kira kaum.
Mewujudkan SPBT, RMT dan pemberian
biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau
lain-lain agensi bagi mereka yang layak selain
daripada pendidikan percuma.
Namun, masih ada sebilangan murid yang
tidak dapat meneruskan persekolahan akibat
desakan hidup keluarga. Jadi pelaksanaan
sistem pendidikan yang wajib dilakukan.(ibu
bapa akan dikenakan denda jika tidak
menghantar anak mereka ke sekolah)
3) Pendidikan Sarwajagat/ Sejagat :
Had umur untuk mendapatkan pendidikan
formal semakin diperluaskan.
Sebagai contoh kini pelajar boleh
meneruskan pengajian ke tingkatan 4
walaupun keputusan PMR yang diperolehi
minimum. Perakuan ini dibuat oleh
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979.
Terdapat isu yang menjadi cabaran dan
harus ditangani sistem pendidikan iaitu,
kesanggupan pelajar yang memperolehi
kelulusan yang minimum itu sendiri untuk
meneruskan pelajaran dan masalah kualiti
pelajar.
4) Kemudahan dan Infrastruktur :
Kemudahan asrama, Pusat Sumber Sekolah,
komputer, tenaga pengajar yang berkualiti,
dan sebagainya.
Untuk perkembangan pendidikan di luar
bandar asrama desa dibina di setiap
daerah, dengan keutamaan diberikan
kepada kawasan pendalaman.
Dari segi kemudahan dan infrastruktur
pendidikan luar bandar, Malaysia boleh
dikatakan di antara negara membangun
(contoh penghantaran guru baru ke
kawasan pedalaman)

5) Pendidikan Bertaraf Dunia :
Melakukan pelbagai usaha bagi
meningkatkan mutu pendidikan sehingga ke
taraf dunia
Perubahan KSSR, sistem pentaksiran,
penggunaan ICT dan sebagainya.
Skop pendidikan perlulah lebih luas dan lebih
global bagi mengatasi cabaran semasa dan
meningkatkan sistem pendidikan bagi
kemajuan negara dan bangsa.
6) Pendidikan Berkualiti :
Untuk mencapainya, Kementerian Pendidikan
perlu menambahbaikkan sistem pendidikan,
kurikulum, profesion pendidikan, kemudahan
fizikal dan kelengkapan serta keefisienan
pengurusan.
Pelaksanaan pendidikan tanpa mengira
tahap sosio-ekonomi, keadaan fizikal dan
tempat tinggal.
7) Pendidikan Berterusan :
Tidak mengambil kira akan batas usia
individu, mereka masih disediakan peluang
untuk menyambung pendidikan.
Sebagai contoh kini kita dapat lihat
pendidikan jarak jauh diperluaskan dan
menjadi agak biasa. (e-PJJ, OUM, KDC)
Peluang ini dapat meningkatkan minat dan
permudahkan semua individu untuk
meneruskan pelajaran demi
mempertingkatkan taraf pendidikan
mereka.

8) Sekolah Asrama Penuh :
Satu usaha bagi pendemokrasian
pendidikan di mana menyediakan peluang
pendidikan yang lebih berkualiti khususnya
pelajar yang berpotensi dan cemerlang.
Sekolah teknik, SBP, MRSM dsb.



SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like