You are on page 1of 64

1

KEPIMPINAN DAN
MOTIVASI
KAMALUDDIN BIN SALAM@NOR
GPK PENTADBIRAN
SK BANDAR BARU BANGI
SELANGOR
2
OBJEKTIF
Memahami definisi kepimpinan, ciri-ciri
pemimpin dan perbandingan pemimpin dan
pengurus
Mengaplikasi gaya kepimpinan
Memahami definisi dan teori-teori motivasi
Mengaplikasi kaedah memotivasikan pekerja
3
KEPIMPINAN
&
MOTIVASI
Pengenalan
Kepimpinan
Pengenalan
Motivasi
Def.
Kepimpinan
Ciri-Ciri
Pemimpin
Pemimpin Vs.
Pengurus
Def. Motivasi
Teori-Teori
Motivasi
Kaedah
Memotivasi
Pekerja
Autokratik
Demokratik
Laissez Faire
Islamik
Maslow
Dua Faktor
Herzberg
X dan Y
Z
Gaya
Kepimpinan
4
5
1. Adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau
kumpulan ke arah mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
(Pengenalan kpd perniagaan oleh Zumilah)

2. Merupakan suatu proses di mana pemimpin akan cuba
mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi
melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai
matlamat kerja bagi unit dan organisasi.
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut.
Ia mempengaruhi perlakuan pekerja dengan berbagai
cara untuk mencapai matlamat
(Asas pengurusan perniagaan oleh Abu Bakar Hamed
et al)


A) Definisi Kepimpinan
6
3. Sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan
manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya
mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian
matlamat organisasi.
Manusia patut digalakkan untuk menanam
kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja.
Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan
kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan
ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat
organisasi
( Asas pgrsn-Jaafar Muhd)
Definisi Kepimpinan (samb)
7
Definisi Kepimpinan (samb)
Tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan:

1) kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain
sama ada pekerja-pekerja bawahan yang
dipertanggungjawabkan atau para pengikut
2) para pemimpin mempunyai autoriti untuk beri arahan
dan memantau aktiviti yang dijalankan oleh anggota
kumpulan
3) berkemampuan menggunakan pelbagai bentuk kuasa
bagi mempengaruhi subordinat melalui pelbagai kaedah
8
B) Ciri-Ciri Pemimpin
Kategori Pemimpin :
9
Pemimpin yang dilantik disebabkan kedudukan
formal dalam organisasi contoh:

Pengurus Jabatan Kewangan merupakan
pemimpin formal

Disebabkan kedudukannya sebagai seorang
pengurus maka secara tidak langsung beliau
merupakan pemimpin jabatan berkenaan
10
Pemimpin yang dilantik secara tidak formal oleh
organisasi untuk mengetuai sesuatu kumpulan sosial
yang terbentuk dalam organisasi.

Kumpulan yang ditubuhkan secara tidak formal untuk
memperjuangkan kepentingan tertentu mungkin akan
melantik seorang pemimpin.

Kepimpinan beliau ini tidak disahkan oleh organisasi.

Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih rendah
atau lebih tinggi atau setara dengan ahli kumpulan lain
11
Ciri-Ciri Pemimpin Efektif

1. Bercita-cita, Keinginan Dan Semangat Untuk Memimpin
2. Jujur Dan Integriti
3. Keyakinan Diri
4. Berpengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Dalam
Kerjaya
5. Bertimbangrasa Dan Bertolak Ansur
6. Sedia Menerima Teguran
7. Mengakui Kesilapan Dan Memperbetulkan Kesilapan
8. Tidak Mendahulukan Kepentingan Diri
9. Tidak Memandang Rendah Orang Lain
10. Tekun
11. Sabar
12
STATUS
PERKARA
PEMIMPIN PENGURUS
Bersifat
peribadi
Interaksi peribadi
dgn pekerja untuk
tujuan
mempengaruhi
mereka
Tidak melibatkan
interaksi peribadi
Kedudukan
dalam
organisasi
Tidak semestinya
disebabkan oleh
kedudukan dan
jawatan formal
dalam organisasi
Disebabkan oleh
kedudukan dan
jawatan formal dalam
organisasi
C) Perbandingan Pemimpin & Pengurus
13
STATUS
PERKARA
PEMIMPIN PENGURUS
Sikap &
Motivasi
Aktif dari aspek
kemanusiaan
disebabkan fungsi
mempengaruhi
pengikut
Pasif
Lebih
mementingkan
pencapaian matlamat
(aspek teknikal)
Skop
pendekatan
Menangani
perubahan dgn
membentuk visi
tertentu
Menangani
kerumitan dan
masalah dalam
organisasi
Memastikan
organisasi berjalan
pada landasan yang
betul
Perbandingan Pemimpin & Pengurus (samb)
14
1. Bersifat peribadi
A. Salah satu perbezaan utama bahawa kepimpinan lebih
bercorak peribadi berbanding pengurusan
Disebabkan pemimpin perlu mendorong, memujuk dan
mempengaruhi orang lain agar mereka melaksanakan
arahan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan

B. Pengurus pula perlu menitikberatkan fungsi pengurusan
yang bukan bersifat peribadi
contoh: tugas merancang atau membaca laporan tidak
melibatkan interaksi peribadi
15
2. Kedudukan dalam organisasi
A. Menjadi pengurus kerana kedudukannya yang formal
dalam organisasi.
Berjawatan formal menyebabkan pengurus ada
tanggungjawab dan autoriti tertentu di mana pengurus
akan berperanan sebagai seorang pemimpin

Walaupun berkedudukan formal dalam organisasi
sesorang pengurus tidak semestinya ada ciri-ciri
kepimpinan yang baik.
Biasanya pengurus dilantik untuk menjadi pengurus
kerana mempunyai pengetahuan, berkemahiran dan
berkeupayaan mengurus dalam dirinya

16
2. Kedudukan dalam organisasi (samb)

B. Seorang pemimpin tidak semestinya dilantik secara
formal dan berjawatan formal dlm organisasi.
Contoh kumpulan kerja tidak formal seperti Kesatuan
Sekerja dalaman, seseorang ketua mungkin dilantik
disebabkan oleh ciri kepimpinan yang ada padanya
walaupun bukan seorang pengurus.

Sebaliknya pemimpin yang mungkin tidak ada kedudukan
formal dalam organisasi dilantik disebabkan oleh ciri-ciri
kepimpinan yang ada padanya

17
3. Sikap dan motivasi
Pengurus dan pemimpin berbeza dari segi motivasi dan
cara berfikir serta bertindak

A. Biasanya pengurus mempunyai sikap yang bukan
bersifat peribadi, tugas pengurus untuk memastikan
matlamat yang telah ditetapkan tercapai.
Pengurus tidak ambil berat tentang cara yang
digunakan samada betul atau salah untuk mencapai
matlamat tersebut.

B. Pemimpin pula bersikap lebih aktif & lebih ambil
berat tentang cara yang digunakan untuk capai matlamat.
Pemimpin ambil berat tentang hal ehwal subordinatnya
kerana hendak mempengaruhi mereka untuk
melakasanakan arahannya
18
4. Skop pendekatan
A. Pengurusan perlu untukmengatasi kerumitan dalam
organisasi maka pengurus perlu pastikan operasi
berjalan lancar dalam landasan yang betul.
Ia dilakukan oleh pengurus melalui perancangan formal,
merekabentuk struktur organisasi yang ketat dan
memantau hasil berdasarkan rancangan yang disusun

B. Kepimpinan pula diperlukan untuk menangani
perubahan. Sebab pemimpin perlu menjelaskan arah
tujuan dengan membentuk visi yang sesuai,
menyelaraskan semua usaha subordinat dengan
memaklumkan kepada mereka visi yang dibentuk serta
memberi semangat kepada subordinatnya untuk
menangani semua halangan.

19
4. Skop pendekatan (samb)

Kesimpulannya pengurusan menekankan aspek
teknikal dalam pengurusan organisasi manakala
kepimpinan lebih menekankan kepada aspek
kemanusiaan dalam pengurusan organisasi

20
DEFINISI - Pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin
untuk mempengaruhi subordinatnya

Pengurus boleh mempengaruhi secara:
1. membuat keputusan untuk subordinat,
2. beri panduan kepada subordinat untuk membuat keputusan atau
3. beri autoriti sepenuhnya kepada subordinat untuk membuat keputusan
dalam menyelesaikan sesuatu masalah

Jelas bahawa pengurus atau pemimpin ada pelbagai alternatif untuk
membuat keputusan
Maka dalam proses kepimpinan pengurus boleh menggunakan berbagai
gaya kepimpinan sesuai dengan keadaan

D) Gaya Kepimpinan
21
Gaya Kepimpinan
Gaya
Kepimpinan
Autokratik
Gaya
Kepimpinan
Demokratik
Gaya
Kepimpinan
Laissez Faire
Gaya
Kepimpinan
Islamik
22
I. Gaya Kepimpinan Autokratik
Pengurus memberi arahan kepada pekerja dengan
andaian pekerja akan mematuhi tanpa banyak soal
Proses membuat keputusan hanya dibuat oleh
pengurus
Subordinat tidak terlibat dalam membuat sebarang
keputusan
Pengurus membuat keputusan dan memberitahu
pekerja apa yang harus pekerja lakukan
Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi
krisis, mempunyai pekerja baru dan pekerja yang
tidak bermotivasi
23
II. Gaya Kepimpinan Demokratik
Pengurus melibatkan pekerja dalam
proses membuat keputusan tetapi keputusan
muktamad adalah ditangan pengurus

Melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan
Darjah penglibatan subordinat dalam membuat keputusan
bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi
Pengurus berbincang dengan subordinat untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi
Keputusan lebih berkualiti
Dapat memajukan bakat dan memperkembangkan kemahiran
pekerja
Pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih
bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat bersama
24
III. Gaya Kepimpinan Laissez-faire
Pengurus bertindak sebagai jurutunjuk atau
pemudahcara kepada pekerja dan pekerja
dibenarkan membuat keputusan.

Pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat untuk
membuat keputusan dan bertindak
Subordinat menggunakan kemahiran dan pertimbangan
dalam menyelesaikan sesuatu masalah
Subordinat akan membuat keputusan berdasarkan
lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk
mencapai matlamat kerja
Gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja bermotivasi
tinggi, berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran
dalam kerjayanya
25
IV. Gaya Kepimpinan Islamik
Gaya kepimpinan berdasarkan Al Quran,
Al Sunnah dan Syura

Dalam pengurusan Islam raja perlu
mentadbir dan bertindak sebagai pengurus atau ketua

Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang
berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah

Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimpin dengan
mematuhi arahan pemimpin

Amir wajib menerima kuasa dan tanggungjawab
pengurusan yg diberi kepadanya oleh negara atau
organisasi sebagai amanah bukan sahaja amanah dari
pekerja atau rakyat juga amanah daripada Allah SWT.

26
IV. Gaya Kepimpinan Islamik (samb)
Amanah (tugas-tugas pengurusan) yang diterima perlu
ditadbir, diputuskan atau dibincangkan menerusi konsep
syura iaitu permuafakatan di antara Amir dan pekerja
bawahannya serta pengurus-pengurus yang lain

Menekankan konsep tawakkal setelah semua idea dan
perancangan diatur dengan teliti bagi mencapai matlamat
organisasi kerana hanya Allah yang mengetahui akhir
setiap pekerjaan

27
28


- Merujuk kepada rangsangan dalaman (proses psikologi)
yang mengarahkan kelakuan manusia untuk mencapai
matlamat
Ferrell, Business: A Changing World, 5
th
Edition

Dari perspektif Pengurusan:
Satu dorongan dalaman yang wujud dalam diri seseorang
usahawan/pekerja untuk berusaha bersungguh-sungguh
bagi mencapai matlamat organisasi

A) Definisi Motivasi
29

Dari perspektif psikologi:
Satu proses yang kompleks melibatkan keadaan
dalaman (naluri manusia dan rangsangan) serta luaran
individu (perlakuan dan tindakan)
Ditakrif sebagai proses psikologi yang merangsang dan
mengarahkan tindakan manusia secara berterusan
untuk mencapai matlamat
Ia melibatkan keperluan yang dirasai dalam kehidupan
seseorang pada sesuatu ketika

Definisi Motivasi (Samb)
30
Keperluan ini
mewujudkan
rangsangan atau
desakan naluri dari
dalam diri manusia

Ini menyebabkan
manusia bertindak ke
arah matlamat atau
kehendak tersebut


Keperluan
(lapar nasi)
Rangsangan
(untuk makan)
Tindakan
(mencari nasi)
Matlamat/kepuasan
(makan & kenyang)
maklumbalas
Proses motivasi
Definisi Motivasi (Samb)
31
Teori Hirarki
Keperluan
Maslow
Teori Dua
Faktor
Herzberg
Teori X dan Y
Teori Z
B) Teori-Teori Motivasi
32
I. TEORI HIRARKI MASLOW
Menghuraikan bahawa manusia mempunyai beberapa
tingkat keperluan secara teratur

Abraham Maslow mengemukakan 5 tingkat keperluan
yang setiap manusia ingin kecapi iaitu keperluan
fisiologi, keselamatan, sosial, esteem dan aktualisasi diri

33
Keperluan Fisiologi
Keperluan Keselamatan
Keperluan Sosial
Keperluan Esteem
Keperluan Aktualisasi Diri
TEORI HIRARKI KEPERLUAN MASLOW
34
Hiraki Keperluan Maslow
Fisiologi
Keselamatan
Sosial
Maruah-Diri
Penyempurnaan
-Diri
Keinginan utk
mkn,tempat
tinggal, &
pakaian
Keinginan utk
perlindungan kerja
Keinginan utk
perhubungan &
penerimaan
Keinginan utk
status &
kedudukan
Keinginan utk
memenuhi
kehidupan &
mencapai
potensi
35
i. Keperluan Fisiologi
Berhubung keperluan asas manusia untuk terus hidup

Merupakan keperluan terbawah sekali yang harus
dipenuhi oleh semua manusia seperti keperluan makanan,
pakaian, tempat tinggal dan sebagainya

Bagi memenuhi keperluan ini manusia harus berusaha
atau bekerja untuk mendapat keuntungan, upah dan gaji


36
ii. Keperluan Keselamatan
Untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara-perkara
yang boleh mencederakan atau menjejaskan masa
depannya

Manusia lebih sedar tentang keperluan keselamatan setelah
keperluan fisiologi telah dipenuhi

Pekerja akan merasa selamat untuk bekerja sekiranya
mereka tahu bahawa mereka tidak akan kehilangan
pekerjaan atau dibuang kerja

Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat kerja
yg bersih dan kondusif, skim pencen, insurans dan
sebagainya bagi menjamin keselamatan dan masa depan
pekerja mereka

37
iii. Keperluan Sosial
Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat
terhadap individu
Ia tercetus apabila keperluan fisiologi dan keselamatan
sudah dipenuhi
Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri
Ia memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk
berinteraksi
Di dalam organisasi para pekerja akan dikelompokkan
dalam satu kumpulan kerja dan mereka akan berinteraksi
dan bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat
organisasi

38
iv. Keperluan Esteem
Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di bawah dipenuhi

Keperluan ini agak sukar dipenuhi

Ia berhubung dgn penghargaan diri, penghormatan,
status dan sebagainya

Dalam organisasi keperluan ini boleh dicapai sekiranya
pekerja dapat menunjukkan prestasi yang baik dan diberi
kenaikan pangkat, gaji yang tinggi, penghargaan kerja
dan lain-lain ganjaran yang melibatkan kenaikan status
pekerja tersebut

39
v. Keperluan Aktualisasi Diri
Keperluan terakhir yang akan dipenuhi

Merupakan pencapaian terakhir yang diinginkan oleh
seseorang manusia

Melibatkan seorang manusia menggunakan bakat dan
potensi yang ada padanya untuk mencapai apa yg
dihajatinya

Pekerja seperti ini suka kepada kerja yang mencabar,
berorientasikan pencapaian, kreativiti dan bercita-cita tinggi


40
v. Keperluan Aktualisasi Diri (samb)
Teori Maslow menyatakan bahawa motivasi manusia
bermula dgn keperluan asas & keperluan keselamatan
dlm kerjayanya. Setelah seseorg mencapai satu tahap
barulah ia meningkat & berikhtiar utk mencapai tahap
yg lebih tinggi.
41
HI !!
NAMA SAYA ABRAHAM
MASLOW
42
II. TEORI MOTIVASI HERZBERG
Frederick Herzberg mengkaji perlakuan manusia dan
mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada Model
Penjagaan Motivasi (Motivation - Maintenance Model)

Terdapat 2 set faktor yang mempengaruhi gelagat pekerja
iaitu:

1. Faktor-faktor hygiene/penjagaan
2. Faktor-faktor motivasi/dorongan

43
Faktor Dorongan
Faktor Hygiene
Kepuasan Kerja
Neutral
Ketidakpuasan
Kerja
Rendah Tinggi
Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas Kepuasan
Kerja
(Sumber : Landy & Trumbo, 1976 :87)
44
Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas Kepuasan Kerja
Tidak puas hati Puas hati
Faktor Motivasi
Pencapaian Pengiktirafan
Kenaikan Pangkat Pekerjaan itu sendiri
Peluang berkembang Tanggungjawab
Ketidakpuasan hati Tiada ketidakpuasan hati
Faktor Hygiene
Kualiti Penyeliaan Polisi Syarikat
Gaji Keadaan fizikal tempat kerja
Hubungan antara pekerja Keselamatan di tempat kerja
Rendah
Rendah
Tinggi
Tinggi
Sumber: David Holt, Management: Principal and Practice
45
i. Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors)
Dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan (hygiene factors)

Berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang daripada
berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya faktor-faktor tersebut
wujud dalam organisasi

Walau bagaimanapun faktor-faktor ini tidak dapat memotivasikan
pekerja atau memberi kepuasan kepada mereka

Faktor hygiene/penjagaan terdiri daripada kualiti penyeliaan, polisi
syarikat, gaji, keadaan fizikal tempat kerja, hubungan antara pekerja
keselamatan di tempat kerja

Faktor hygiene jika diberi perhatian akan mengurangkan/mentiadakan
ketidakpuasan hati dan jika tidak diberi perhatian, akan meningkatkan
ketidakpuasan hati
46
i. Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors) (samb)
Faktor Penjagaan
Dasar dan Pentadbiran Keselamatan Pekerja
Organisasi Hubungan Interpersonal
Penyeliaan Status
Gaji Keadaan Tempat Kerja
Kehidupan Peribadi
47
ii. Faktor-faktor Motivasi/Dorongan
Faktor-faktor berkaitan dengan pekerjaan yang
dapat memberi kepuasan dan seterusnya dapat
memotivasikan pekerja

Ketiadaan faktor-faktor ini akan menyebabkan
timbulnya rasa ketidakpuasan kerja



Faktor Motivasi/Dorongan
Pencapaian Pengiktirafan
Kenaikan Pangkat Pekerjaan itu sendiri
Peluang untuk berkembang Tanggungjawab

48
Antara faktor-faktor motivasi adalah:
Pencapaian;
yakni peluang-peluang mencapai sesuatu matlamat kerja
yang mencabar

Penghargaan;
yakni penghargaan terhadap sumbangan dan usaha

Tanggungjawab;
yakni diberi tanggungjawab dan tugas kerja yang baru

49
Kesimpulannya:

Kehadiran faktor motivasi menyebabkan seseorang
merasai kepuasan kerja, dan ketidakhadirannya tdk
semestinya membawa ketidakpuasan kerja.

Kehadiran faktor hygiene mengurangkan
ketidakpuasan kerja, dan ketidakhadirannya
menyebabkan ketidakkpuasan kerja.

Kemajuan;
Iaitu peluang untuk memajukan diri dan status kerja
berdasarkan prestasi kerja

Kerja itu sendiri;
Iaitu berhubung dengan kerja yang dapat memberi
kepuasan, penonjolan diri dan mencabar

50
III. TEORI X & TEORI Y
Douglas McGregor seorang ahli psikologi
membuat andaian berhubung dgn gelagat
pekerja yang boleh dijadikan panduan
pengurus dan pemimpin

Pengurus perlu guna cara yang berbeza
untuk memberi motivasi pada pekerja yang
berbeza dari segi nilai, kepercayaan, sikap,
kebolehan dan beberapa ciri lain yang
mempengaruhi gelagat mereka


51
Kebanyakan pekerja tidak suka bekerja dan seboleh
mungkin cuba elak diri dari buat kerja

Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja untuk
mencapai matlamat organisasi

Kebanyakan pekerja malas, mengelak dari
tanggungjawab, tiada cita-cita dan lebih menekankan
keselamatan diri

Kebanyakan pekerja cuba elak diri dari memimpin

Pekerja hanya akan melakukan kerja yang baik jika ada
insentif kewangan

i. Andaian tentang pekerja dalam Teori X
52
ii. Andaian pekerja di bawah Teori Y:
Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja

Pekerja boleh kawal diri sendiri, lebih suka memberi panduan
diri, berinovasi dan kreatif

Pekerja suka ambil tanggungjawab dan suka memimpin

Pekerja mempunyai komitmen pd matlamat organisasi dan
berkeinginan melakukan kerja dengan baik bukan semat-
mata memerlukan insentif kewangan

Motivasi dan potensi pekerja sememangnya sudah sedia
wujud dalam diri pekerja dan pihak pengurusan hanya perlu
menggilapkan potensi-potensi tersebut

53
IV. TEORI Z oleh Ouchi
Teori yang menggunakan ciri-ciri kejayaan pengurus
Jepun dan Amerika Syarikat
Adalah gabungan daripada ciri-ciri pengurusan Jepun
(Timur) dan A.S.(Barat). Ciri-cirinya:
a. Melibatkan semua kakitangan dalam proses
membuat keputusan untuk mencapai kepuasan
b. Pekerjaan adalah untuk seumur hidup bagi
mencapai kepuasan
c. Tanggungjawab peribadi
d. Peluang gunakan kemahiran
e. Berhati-hati dlm penilaian dan kenaikan pangkat
utk membina keyakinan
54
TEORI Z (Samb)
Ada kaitan rapat Teori Z danTHM
Teori Z menekankan rasa tanggungjawab, kesetiaan dan
penglibatan semua pihak dalam pengurusan organisasi tidak
tertakluk kepada pengurus sahaja
Maka pekerja terlibat dalam penentuan matlamat,
pembuatan keputusan, penyelesaian masalah, melakar dan
melaksanakan peluang
Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan dapat
meningkatkan motivasi mereka
Semua pekerja dipastikan terlibat dalam pengurusan
organisasi walaupun pekerja tidak suka melakukan perkara-
perkara di luar bidang mereka
55







Penetapan Matlamat
Pengurusan Bermatlamat
(MBO)
Rekabentuk/Pusingan Kerja
(Job Rotation)
Pengkayaan Kerja
(Job Enrichment)
Ganjaran
Kualiti Suasana Kerja
Perluasan Kerja
(Job Enlargement)
A) C) Kaedah Memotivasikan Pekerja
Pengupayaan
(Empowerment)
56
Proses menetapkan tahap prestasi tertentu
untuk dicapai dalam suatu tempoh masa
yang ditetapkan
Ciri-ciri objkektif yang baik seperti; spesifik
dan jelas, mencabar tetapi tidak terlalu sukar
Jelas dan mudah difahami
Objektif organisasi disampaikan samada
dalam bentuk ayat atau mekanisme yang
jelas kepada pekerja
Contoh:untung yang hendak dicapai pada
tahun 2002 ialah RM 1juta
Mencabar dan tidak terlalu mudah dan
terlalu sukar
Ganjaran dan hukuman yang setimpal
Beri maklumat prestasi kerja dari masa ke
semasa
I. Penetapan Matlamat
57
II. Pengurusan Bermatlamat (MBO)
Pengurusan dan subordinat bergabung tenaga dalam
membentuk dan merangka objektif

Motivasi dan prestasi kerja akan meningkat sekiranya
pekerja terlibat dalam penyediaan objektif

Terdapat prosedur (langkah-langkah tertentu) dalam
melaksanakan Pengurusan Bermatlamat (MBO)

Penilaian prestasi dari masa ke semasa

Pemberian ganjaran jika pekerja mencapai prestasi
yang dikehendaki

58
59
III. Rekabentuk Kerja/Pusingan Kerja
(Job Rotation)
Teknik ini membolehkan
pekerja digerakkan secara
sistematik dalam organisasi.

Dapat beri peluang kepada
pekerja mencuba pelbagai
kerja yang boleh meningkatkan
kemahiran mereka

Dapat mengelakkan kebosanan
dalam melakukan
pekerjaan/suasana yang sama
setiap hari.
60
IV. Perluasan Kerja (Job Enlargement)
Kombinasi tugas-tugas yang telah
digabungkan untuk dilakukan oleh pekerja
dalam memberi kepelbagaian kerja dan
cabaran terhadap mereka.
Pekerja akan bertanggungjawab mengawal
dua atau tiga tugas dalam satu masa.
Sesuai digunakan jika pekerja merungut
bahawa kerja yang dilakukan sebelum ini
terlalu mudah dan mempunyai skop kerja
yang kecil.
61
v. Peningkatan / pengkayaan kerja
Menyediakan pekerja dengan kerja yang lebih bermakna
dan kebertanggungjawaban yang lebih

Memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada pekerja
untuk menjalankan perancangan tugas mereka dan
mengawalnya hingga selesai.

62
VI. Kualiti Suasana Kerja
Program untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi
(pengurusan kerja, pekerja dan keadaan kerja yang
baik)

Pengalaman kerja seronok => prestasi cemerlang.

Kaedah ini dibentuk supaya pekerja merasa seronok
dengan diri, kerja dan organisasi.

Antara kaedahnya ialah dengan pampasan yang sesuai,
persekitaran kerja yang selamat, peluang meningkatkan
diri,program pembangunan dan kelonggaran jadual kerja

63
VII. Pengupayaan (Empowerment)
Pekerja berkuasa/diberi kuasa terhadap proses kerja (eg.kawal
belanjawan kewangan, beri cadangan, buat jadual kerja etc.)

Kaedah ini dapat mengukur/mengawal prestasi kerja pekerja

Mereka diberi tugas penting untuk diri sendiri dan orang lain dan
mereka percaya bahawa mereka mampu menjalankan tugas dengan
jayanya
64
VIII. Ganjaran
Suatu balasan kepada usaha-usaha dan kerja yang dilakukan
oleh pekerja.

Melibatkan ganjaran kepada pekerja samada :
Bentuk Wang Meliputi gaji, upah dan bonus
Bentuk Bukan Wang Meliputi penghargaan atau
kepercayaan dari pihak majikan

Objektif utama adalah untuk memotivasikan pekerja dan
menggalakkan pekerja bekerja dengan lebih tekun dan
bersemangat.

Nilai ganjaran adalah berdasarkan tanggungjawab yang dipikul
dan kedudukan yang disandang oleh pekerja

You might also like