You are on page 1of 21

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 1



Soalan 3
Anda juga dikehendaki menjelaskan dengan sekurang-kurangnya 6
contoh proses penerbitan ayat dengan menggunakan konsep
transformasi generatif.

1.0 Pengenalan
Proses penerbitan ayat sebenarnya berasal daripada konsep
tatabahasaTransformasi-Generatif, iaitu menukar dan menerbitkan ayat.
tatabahasaTransformasi-Generatif merupakan aliran transformasi
generatif, iaitu satu aliran mazhab pengkaji bahasa yang telah
dikemukakan oleh NoamChomsky. Beliau merupakan seorang professor
linguistik yang telahmenyumbangkan buah fikirannya berkaitan
transformasi-generatif di Massachusetts Institute of Technology.
Transformasi-generatif yang dikemukakan oleh Chomsky telah
diperkenalkan pada tahun 1957 melaluipenerbitan sebuah tesisnya yang
bertajuk Syntactic Structure. Kemudiannya, teori transformasi-generatif
ini telah diperbaiki dan diperluaskan olehChomsky dalam bukunya,
Aspect of the Theory of Syntaxyang memberitumpuan pada makna dan
ayat.
Teori ini berpendapat bahawa setiap ayat yang dihasilkan
mengandungi dua peringkat, iaitu struktur dalaman dan struktu
permukaan.Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi ayat
dasar atau ayat inti,manakala struktur permukaan pula ialah struktur yang
telah mengalamiperubahan daripada struktur dalaman dan juga
merupakan bentuk ayatyang dituturkan oleh seseorang penutur.
Mengikut hukum transformasi-generatif, struktur dalaman dan struktur
permukaan diterbitkan oleh duarumus tatabahasa.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 2

Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasadan Rumus
Transformasi. Rumus Struktur Frasa akan menbentuk ayat
pada struktur dalaman, manakala Rumus Transformasi pula akan
menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil
daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai
persamaan.Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi
input kepadapenerbitan ayat pada peringkat permukaan.

2.0 Proses Penerbitan ayat
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008 : 538), penerbitan sesuatu
ayatdimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses
gramatis,iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang
berfungsi mengubahaturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu
unsur dalam ayat ataufrasa. Dalam bahasa Melayu, proses penerbitan
ayat melibatkan prosespengguguran, proses penyusunan semula dan
proses peluasan.

2.1 Proses Pengguguran
Proses pengguguran adalah satu proses transformasi yang berlaku
pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur -unsur atau
konstituen tertentu seperti pengguguran subjek, predikat dan sebagainya
daripada binaan ayat asalnya. Proses pengguguran dalam Bahasa
Melayuini mempunyai beberapa istilah lain yang digunakan oleh tokoh-
tokohbahasa. Asmah Haji Omar (1993:369) menggunakan konsep
penghilanganbagi proses pengguguran ini. Beliau mendifinisikan
penghilangan sebagaiproses yang menghilangkan binaan-binaan
tertentu daripada pola dasar.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 3

Menurut Arbak Othman (1980:77) pula, pengguguran juga disebut
sebagaidelesi. Abdullah Hassan et al. (2006:114) dan Nik Safiah Karim
et al.(2008:538) masing-masing bersetuju bahawa proses pengguguran
utamadalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran frasa nama
sebagai subjekdan pengguguran frasa predikat. Walau bagaimanapun,
Nik Safiah Karimet al. (2008:538) berpendapat bahawa ada dua lagi
jenis pengguguranutama, iaitu pengguguran frasa nama yang
mendahului frasa relatif danpengguguran kata nama yang berfungsi
sebagai inti dalam frasa nama.

2.1.1 Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:538), Arbak Othman
(1980:82)dan Abdullah Hassan et al. (2006:114), proses pengguguran
frasa namasebagai subjek boleh berlaku dalam ayat perintah yang
melibatkanpengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua. Walau
bagaimanpun,terdapat lagi penambahan proses pengguguran frasa
nama sebagai subjekini. Abdullah Hassan et al. (2006:115) menambah
proses pengguguranjuga boleh berlaku melalui pengguguran subjek kata
ganti nama orangketiga dan pengguguran frasa nama. Nik Safiah Karim
et al. (2008:538)juga ada menambah bahawa subjek yang serupa dalam
ayat majmukboleh digugurkan. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa
pengguguran frasanama sebagai subjek terbahagi kepada empat jenis,
iaitu pengguguransubjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat
perintah, pengguguransubjek kata ganti diri orang ketiga, pengguguran
frasa nama dan pengguguran subjek frasa nama yang serupa dalam ayat
majmuk.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 4

i. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Menurut Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, jika terdapat
beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti
sama, yang diberi tanda I dalam ayat-ayat yang bergabung
menjadi ayat majmuk dibawah, maka subjek frasa nama yang
serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang
di awal ayat majmuk tersebut.
Contohnya :
(1a) Ayah pergi kerja dengan muka yang muram. Emak pula
asyik termenung.
(1b) Ayah dan emak berasa risau.
Dalam contoh ayat majmuk di atas, subjek yang serupa telah
digugurkan. Subjek ayah pergi kerja telah digugurkan oleh sebab
kedua-dua subjek menunjukkan orang yang sama.

ii. Pengguguran frasa Predikat

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, jika terdapat frasa
predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, maka
kesemua frasa predikat serupa kecuali yang terakhir boleh
digugurkan berdasarkan contoh ayat
di bawah :-
(2a) Aku ingin bertanya ayah dan emak kenapa mereka bersusah
mereka bersusah hati?
(2b) Aku ingin bertanya, kenapa mereka bersusah hati?


SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 5

Predikat ayah dan emak dalam ayat (2a)boleh digugurkan kerana
ayat (2b) telah membawa maksud yangjelas tanpa kehadiran
predikat ayah dan emak.

iii. Pengguguran frasa nama

Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:115), frasa nama juga
dapatdigugurkan sekiranya konteks ayat sudah jelas dan tidak
menimbulkankekaburan pada ayat. Penerangan ini dapat dijelaskan lagi
berdasarkan contoh ayat di bawah :-
(3a) Ayah dan emak tidak banyak bercakap.
(3b) Mereka tidak banyak bercakap.
Dalam contoh ayat (3a), ayah dan emak merupakan frasa nama
yangmengisi konstituen subjek dalam ayat. Frasa nama ayah dan emak
bolehdigugurkan seperti dalam ayat (3b) kerana sudah membawa
maksud yangjelas dan boleh difahami.

iv. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:540), jika terdapat
beberapafrasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama
dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk, maka subjek frasa
nama yangserupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang
terdapat padaawal ayat majmuk. Contohnya :-
(4a) Ayah risau. Kakak kau nak pindah sekolah. Ayah takada duit.
(4b) Ayah risau kerana takada duit, kakak nak pindah sekolah.
Dalam contoh ayat (4a), terdapat subjek frasa nama Ayah yang
serupa dalam ayat yang berpotensi untuk bergabung bagi membentuk
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 6

ayat majmuk. Jadi, subjek frasa nama ayah dalam ayat kedua yang
serupa tersebut boleh digugurkan bagi membentuk ayat majmuk dengan
menggunakan kata hubung kerana dalam ayat (4b)

2.1.2 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:557), frasa nama yang
serupa yang mendahului frasa relatif boleh digugurkan apabila dua
ayat digabungkan dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang
satu lagi sebagai frasa relatif. Dalam Bahasa Melayu, proses
pengguguranjenis ini boleh berlaku dalam kedudukan frasa nama
sebagai subjek dan frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam
kedudukannya sebagaiobjek. Contohnya :-

(13) Aku tak inginkan puji-pujian itu. Aku tak mahu ayah bersusah hati.
Aku tak inginkan puji-pujian kerana tidak mahu ayah bersusah
hati.

3.0 Kesimpulan
Proses penerbitan ayat terbentuk apabila beberapa unsur,sama
ada unsur perkataan atau unsur frasa mengalami penambahan pada
frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar (Ahmad Khair Mohd,
2003:147).Terdapat tiga proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu,
iaitu proses pengguguran,proses peluasan dan proses penyusunan
semula.Pendapat Nik Safiah Karim et al.(2008),Asmah Haji
Omar(1993),Abdullah Hassan et al.(2006)dan Arbak Othman
(1980)berkaitan proses penerbitan ayat adalah hampir sama,namun
agak berbeza dari segi penggunaan istilah dan pembahagiannya. Nik
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 7

Safiah Karim et al.(2008)dan Abdullah Hassan et al.(2006) sependapat
dalam penggunaan istilah pengguguran,penyusunan semula dan
peluasan ayat. Asmah Haji Omar (1993) pula menggunakan istilah lain
bagi proses pengguguran ayat,iaitu penghilangan.Selain itu,Arbak
Othman(1980) pula menggunakan istilah delesi yang berasal daripada
delectiondalam bahasa Inggeris untuk proses pengguguran,
pergerakan untuk proses penyusunan semula dan penambahan untuk
proses peluasan.
Berdasarkan pendapat Abdullah Hassan et al. (2006) dan Nik
SafiahKarim et al. (2008) berkaitan dengan proses pengguguran ayat,
dapatlahdisimpulkan bahawa proses peluasan yang utama dalam bahasa
Melayuterbahagi kepada empat, iaitu pengguguran frasa nama sebagai
subjek,pengguguran frasa predikat, pengguguran frasa nama yang
mendahuluifrasa relatif, dan pengguguran kata nama yang berfungsi
sebagai intidalam frasa.

Dalam proses penyusunan semula pula, Nik Safiah Karim
et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) masing-masing
sependapatdalam membahagikan proses penyusunan semula dalam
bahasa Melayukepada tiga jenis, iaitu penyusunan semula frasa sebagai
subjek, penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan
semulamelalui ayat songsang.
Walau bagaimanapun, Arbak Othman (1980)ada menambah satu
lagi proses penyusunan semula, iaitu transformasirelatif, manakala
Asmah Haji Omar (1993) pula tidak membuatpecahan-pecahan kecil
dalam proses penyusunan semula ini sepertiyang dibuat oleh Nik Safiah
Karim dan Abdullah Hassan. Di sampingitu, Nik Safiah Karim et al.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 8

(2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006)juga bersependapat bahawa
proses peluasan ayat dalam bahasa Melayuboleh berlaku melalui
peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasanfrasa predikat, peluasan
dengan kata hubung,dan peluasan melaluiproses komplementasi.
Walau bagaimanapun, Abdullah Hassan et al.(2006) menambah satu
lagi bentuk peluasan, iaitu peluasan denganfrasa adverba (keterangan).





















SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 9


Soalan 2 Secara berkumpulan (2 orang) atau individu juga, anda
dikehendaki mencari sekurang-kurangnya 10 jenis ayat
yang terdiri daripada ayat penyata, ayat Tanya,
ayat perintah dan ayat seruan dari teks yang telah dipilih
dan menganalisisnya dengan menggunakan rajah pohon
yang sesuai.

Ayat ialah perkataan-perkataan yang mempunyai susunan tertentu
dan makna yang lengkap. Ayat yang lengkap mempunyai subjek dan
predikat. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat, iaitu ayat
penyata, ayat Tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

1.0 Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat
Satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan
Atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat ini juga disebut
Sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan petikan yang
Telah dipilih, ayat penyata adalah seperti di bawah :-








SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 10

a) Ayah pergi kerja dengan muka masam.

Ayat

Subjek Predikat

Ayah(KN)

pergi kerja dengan muka yang muram

(KK) (KK) (KH)
pergi kerja dengan muka yang muram

(KA)
muka

(KH) (KS)
yang muram









SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 11

b) Ayah dan emak tidak banyak bercakap.

Ayat


Subjek Predikat
Ayah dan emak tidak banyak bercakap

(KN) dan emak tidak banyak bercakap(KK) Ayah
(KS) (KH)
(KH) (KN) tidak banyak
dan emak

c) Emak dan ayah tidak banyak berubah.
Ayat

Subjek Predikat

Emak dan ayah tidak banyak berubah

(KN)
emak dan ayah tidak banyak berubah(KK)

(KH) (KN) (KS) (KH)
dan ayah tidak banyak


SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 12

2.0 Ayat Tanya
Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan
Sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan
Perkataan tertentu, ayat Tanya dapat digolongkan kepada dua jenis,
Iaitu :-
a) Ayat Tanya tanpa kata Tanya
i) Ayah yang buat janji itu!

Ayat


Subjek predikat

Ayah yang buat janji itu!
(KN)
(KH) buat janji itu!
Yang

Buat janji itu!

(KK) (KK) (KS) (TS)
Buat janji itu !




ii) Kakak dah lupa pesan ayah agaknya?
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 13

Ayat



Subjek predikat
Kakak dah lupa pesan ayah agaknya?

(KN) (KK) pesan ayah agaknya?
kakak dah lupa

(KH) (KS) (KN)
dah lupa ayah agaknya?

(KS) (TT)
agaknya ?











iii) Di mana ayah nak cari?
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 14

Ayat

Subjek predikat

Di mana ayah nak cari?

(KS) (KA) (KN)
di mana ayah nak cari?

(KH) cari?
nak
(KK) (TT)
cari ?













3.0 Ayat perintah
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 15

Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat
oleh penutur terhadap pendengar. Ayat ini bertujuan untuk menimbulkan
satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak, dan
engkau yang biasanya digugurkan. Ayat ini terdiri dari ayat yang
bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta. Ayat
perintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada
keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya
bertujuan untuk mendapat respon pendengar.
Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel -lah. Ini kerana,
tanpa partikel -lah, nada suara ketika mengucapkannya dirasakan
agak keras atau kasar. Dengan adanya partikel -lah, maka untuk
melembutkan perintah. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4
jenis :-
Ayat suruhan
Ayat larangan
Ayat silaan
Ayat permintaan
Contoh ayat perintah yang terdapat dalam petikan yang dianalisis
ialah seperti berikut :-








i) Basikal yang ada beri saja kepada adik kau!
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 16


Ayat

Subjek predikat

Basikal yang ada beri saja kepada adik kau


(KN) yang ada beri saja kepada adik kau

(KH) (KS) (KK) (KS) (KA) adik kau
yang ada beri saja kepada
(KN) (KG)
adik kau













SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 17

ii). Cakaplah ayah. Mana tahu adik boleh tolong.
Ayat

Subjek predikat
Cakaplah ayah mana tahu adik boleh tolong

Cakaplah ayah mana tahu adik boleh tolong
(KK) (PAR) (KN)
Cakap lah
(KA) (KH) (KN) boleh tolong
Mana tahu adik
(KH) (KK)
Boleh tolong













4.0 Ayat seruan
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 18

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada
atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan,
seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi
seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang
biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata
seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi,
wah, cis, eh, aduh, syabas, aduhai dan sebagainya.
Contoh ayat seruan dalam petikan ialah seperti berikut :-
i) i) Ayah yang buat janji itu!

Ayat


Subjek predikat

Ayah yang buat janji itu!
(KN)
(KH) buat janji itu!
Yang

Buat janji itu!

(KK) (KK) (KS) (TS)
Buat janji itu !


ii) Duit boleh dicari, ayah! jelasku.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 19

Ayat

Subjek predikat

Duit boleh dicari ayah jelasku

Duit boleh dicari ayah! Jelasku

(KN) (KH) (KS) (KK) ayah ! jelas ku
Duit boleh di cari (KN) (KS) (KK) (KN)

5.0 Kesimpulan
Jelas bahawa bidang sintaksis, yang mengkaji persoalan bentuk,
struktur, dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam
penganalisisan sesuatu bahasa.












SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 20

Refleksi (Madlane Ak. Assing / 720714-13-5384)

Saya telah menerima tugasan ini pada 24 Ogos 2013 oleh
pensyarah pembimbing bagi subjek sintaksis 3010. Kami diminta
untuk mencari pasangan dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya
bersama rakan saya Zainon Bt. Tahir telah berkolaborasi dalam
menyelesaikan tugasan ini. Pertama sekalinya kami telah membuat
pembahagian tugas dan membuat perbincangan awal sambil
bertanya kepada pensyarah pembimbing sebagai gambaran awal.
Setelah itu kami bergerak sendiri dengan tugas masing-
masing. Buat pertama kalinya saya membaca tugasan dan kehendak
nya, saya rasa tugasan ini amatlah mencabar dan amat sulit buat
saya sudah 9 tahun tidak mengajar bahasa Melayu. Banyak sudah
saya ketinggalan dalam bahasa Melayu dan perkembangannya.
amat banyak kekangan pada saya kerana saya sudah tidak begitu
mahir dan pasti beberapa aspek dalam jenis-jenis ayat, pembentukan
kata, frasa-frasa dan sebagainya. Sintaksis ini pada saya, bukan
satu bidang yang mudah dan ringan.
Untuk mengatasi masalah ini, saya menjadikan perpustakaan,
rakan-rakan sebagai rujukan disamping menjadi laman sesawang
sebagai peneman. Mengalir jugalah air mata saya, dalam usia
yang sebegini saya gagal menghantar tugasan tepat pada waktunya
sehingga saya perlu minta penangguhan kepada pensyarah. Buat
pertama kalinya setelah berada dalam semester 5 saya gagal
menghantar tugasan tepat pada tarikhnya. Namun saya berasa
bersyukur kerana pensyarah saya amat memahami dan mengerti.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 21

Masalah ini bukanlah kerana disengajakan tetapi ketidakfahaman
menghimpit diri sehinggakan saya merasakan diri ini seperti seorang
pengemis bertanya pada rakan-rakan sekelas tentang tugasan. Saya
amat berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan
saya rakan-rakan yang begitu prihatin dan mempunyai perasaan ingin
membantu. Dalam kelas BMM2 inilah saya telah belajar mengenali
rakan sejati dan rakan berbudi.
Akhirnya, tugasan ini berjaya juga disiapkan walaupun saya
dan rakan saya menghadapi pelbagai kekangan. Dari pengalaman
ini, saya tanamkan semangat dan kekuatan agar saya lebih bersabar
dan bertawakal dalam menghadapi apa jua rintangan sehingga ke
akhir perjuangan ini.

You might also like