You are on page 1of 39

- Deontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang

bermaksud yang diharuskan atau diwajibkan



- Teori ini mempunyai dua aspek iaitu tindakan dan peraturan.

- Perbezaannya, teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa
pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada
perkara-perkara umum seperti peraturan masyarakat atau
prinsip-prinsip tertentu .

- Teori deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu
untuk membuat rujukan kepada prinsip-prinsip atau peraturan
tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu persepsi yang
terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.

Teori Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama,
iaitu Prinsip Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme.

Prinsip Kewajipan


Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologikal peraturan
yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) ialah
prinsip kewajipan

Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama
menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak.
Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab
kemoralan.( Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa,
sebagai ibu, suami, pemain dalam pertandingan, walaupun
kadang kala ia dianggap tanggungjawab etika).


Konsep tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik
tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan.

Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat, tujuan
seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan
itu adalah baik atau betul.

Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah
yang wujud tanpa sebarang pengecualiaan atau syarat-
syarat.

Mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip
tersebut mesti diterima secara umum, dapat menghormati
manusia dan pihak yang bertanggungjawab
Kewajipan Prima Facie

ir William David Ross (18771940) bersetuju dengan Kant
bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan
akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan
kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat
kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi
kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius
memerlukan kita buat yang berlainan.

Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut
dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia
melakukannya. Ross menyusun sebuah daftar kewajipan
yang semuanya merupakan kewajipan prima facie:


Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang
diadakan dengan bebas

Kewajipan ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral
dan material

Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih
kepada orang yang berbuat baik kepada kita.

Kewajipan keadilan: kita harus membahagikan hal-hal
yang menyenangkan sesuai dengan khidmat orang
berkaitan.



Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang
lain yang memerlukan bantuan kita.

Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus
mengembangkan dan meningkatkan bakat kita di
bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya.

Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-
satunya kewajipan yang dirumuskan Ross dalam
bentuk negatif)

7
Berasal dari Yunani Deon (yang
diharuskan atau diwajibkan )

Greek: Kesudahan atau keputusan

Pengasas: Immanuel Kant (1724-1804)


TEORI DEONTOLOGIKAL
aliran atau gerakan falsafah moden yang
menegaskan pentingnya pengalaman dan
tanggungjawab seseorang individu dan
tekanan-tekanan yang terbit daripadanya ke
atas individu berkenaan yang dianggap dapat
bertindak dengan bebas
(Kamus Dewan)

JENIS-JENIS TEORI DEONTOLOGIKAL
orang yang menganut falsafah
bahawa manusia adalah
bebas,bertanggungjawab
membentuk kehidupan serta
nilainya sendiri dan mesti
mengalami kehidupan
sepenuhnya pada setiap waktu
(Kamus Dewan).


10
Soren Kierkegaard
Martin Heidegger
Karl Jaspers
Gabriel Marcel
EKSISTENSIALISME
Jean Paul Sartre
SIAPA YANG MEMPERKENALKAN
TEORI ?
KITA YANG MENENTUKAN
BAGAIMANA KITA HENDAK HIDUP
melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang
berfungsi sebagai panduan moral
Jean Paul Satre
Memperkenalkan konsep
kemoralan berasaskan
andaian KEBEBASAN
12
Jean Paul Satre
Beliau mengemukakan hujah
mengenai eksistensialisme
dalam bukunya
Being and Nothingness
Etika situasi menilai sesuatu
perbuatan sama ada wajar
atau tidak wajar berdasarkan
situasi atau keadaan pada
waktu tersebut.
Teori ini juga
dikenali sebagai
etika situasi
Perkenalkan konsep KEWUJUDAN SAH
Heideggar
Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat
pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak
membenarkan dirinya dipengaruhi oleh
pendapat dan pandangan orang lain dalam
membuat pilihan dan keputusan moral.
14
falsafah ini terlalu individualistik
bergantung atas faktor-faktor yang
subjektif iaitu merenung ke dalam,
penghayatan emosi dan perasaan
keseorangan
Menurut Van Scottes, Kraft dan
Haas(1979)
kerana
15
Menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice)
dalam situasi yang mereka berada.
Terdapat tiga bentuk kebebasan:
Kebebasan
kehendak
Kebebasan
moral
Kebebasan
jasmani
bermaksud kebebasan bertindak
tanpa amanah,paksaan dan larangan.

Mengikut eksistensialisme,seseorang itu merasakan
kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar,
tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri.

Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral,
individu mesti menggunakan kebebasannya untuk
mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi
yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi
berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan
moralnya sendiri.
Pandangan Eksistensialisme dari sudut
Epistemologi ( ilmu )
Mereka berpendapat
manusia mengetahui
melalui pengalaman.
Tidak ada kriteria
atau objektif yang
boleh menentukan
samada pemahaman
seseorang itu betul
atau salah.
Kebenaran sentiasa
relatif ikut
pertimbangan
seseorang.
CONTOH
TEORI
EKSISTENSIALISME
ASPEK PENDIDIKAN
Sistem sekolah atau guru tidak mempunyai hak untuk
menekankan matlamat pendidikan ke atas murid.

Maka, matlamat pendidikan tidak digariskan. Selain hal itu,
mazhab ini juga tidak menggariskan subjek-subjek yang
perlu diajarkan di sekolah.

Walau bagaimanapun, subjek-subjek yang bersifat estetik
dan berfalsafah seperti seni, kesusasteraan, dan drama
difikirkan relevan.
Dari aspek guru pula, guru berperanan sebagai pemangkin
yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid
meluahkan perasaan dan emosi.

Guru juga perlu menggunakan teknik atau kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan aktiviti
serta berpusatkan murid-murid.

You might also like