You are on page 1of 1

ISL 8

Antara prosedur yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan transparensi yang


berkesan ialah jangan cuba memasukkan terlalu banyak maklumat dalam satu
transparensi. Hadkan satu konsep atau satu aspek dalam satu transparensi atau
menggunakan beberapa siri transparensi untuk menerangkan satu topik yang
kompleks. Jika terlalu banyak kandungan di masukkan ia akan menyukarkan
parapenonton melihat dan menyebabkan kekeliruan konseptual. Reka bentuk
transparensi harus sistematik. Cara maklumat dipersembahkan adalah penting untuk
menentukan samada bahan itu berkesan dari perspektif pengajaran.
Maklumat perlu disusun secara jelas dan sistematik serta kata kunci ditonjolkan
dengan menggunakan fon atau warna yang berlainan. Pastikan semua bahan
transparensi dapat diprojeksikan pada skrin. Maka, guru perlu berhati-hati semasa
menyediakannya agar ruangan yang betul diisi sewaktu memasukkan maklumat. Teknik
menyediakan transparensi pula ialah secara write-on atau tulis terus. Filem transparensi
ini boleh digunakan secara terus dengan menulis di atasnya. Teknik seterusnya ialah
termal atau peka haba. Transparensi ini mempunyai permukaan bersalut lapisan bahan
kimia termal. Kemudian teknik terakhir ialah transparensi dicetak dan salinan foto.
Transparensi dicetak terus dan salinan foto amat jelas

You might also like