You are on page 1of 15

1.

0 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR, BERTUTUR, MEMBACA DAN


MENULIS.

1.1.1 KEMAHIRAN LISAN
Pendahuluan :
Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan
hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang
itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah
bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak
dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.

1.2.0 Kemahiran Mendengar
Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di
peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian
terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan,
dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap,
16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan
penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus
mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah.
Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam
proses Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada
kaedah pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971:I)
menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah
antara 50% - 100%.

1.2.1 PROSES MENDENGAR
Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:
a) Mendengar deretan bunyi bahasa
Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan
maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah
datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas
dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah
deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu
yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

b) Memahami bunyi tersebut
Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan
bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar
akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam
perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau
tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang
berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

c) Menguasai makna
Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat
memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan
deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain
dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi
lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah
melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata,
pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang
dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat
interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyi

Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat
tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan
sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

1.2.2 JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis:

1.2.2.1 Mendengar Secara Intensif

Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya
dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif
boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang
berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan
kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Latihan yang berpusatkan
kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagai-bagai
cara. Antaranya ialah:

i) Mendengar arahan

Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya.
Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-
rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik
akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula
segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu
tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan
sebagainya.



ii) Menjawab soalan kefahaman

Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal
pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk
fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai
aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan,
memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu,
membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya.

iii) Mendengar untuk mendapatkan maklumat

Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian
tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih
murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja
dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-
murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar
dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dn
mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dn
mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang
tetentu dalam seminggu dan sebagainya.

iv) Membuat ringkasan

Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasna tentang
apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih
dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar
sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk
laporan bertulis.




v) Menyelesaikan masalah

Murid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang
bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada
mulanua diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami
meksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu
mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid
diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara
bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu bolehbertutur Bahasa Melayu,
tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran
mendengar secara intensif.

Setelah murid-murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru
boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci bahasa. Pada
peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu
bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk
bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh
menterjemah sebahagian besaar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami
apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka
terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar
berbagai-bagai bentuk bahasa.

Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru
boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan-kesalahan
yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boelh membawa perhatian murid-
murid kepada aspek-aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan,
intonasi, jeda, nada,tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta keslahan-kesalahan
seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan murid-
murid.



1.2.2.2 Mendengar Secara Ekstensif

Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-
murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara
ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan
dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang
seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui
aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi.
Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis.
Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa
yang didengarnya itu. Kemungkinan murid-murid boelh memberi komen daripada
apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada
sebuahtafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu
menyediakan murid-murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta
hujah dengan baik.

1.2.3 BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR

Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
Antaranya ialah:

1.2.3.1 Mendengar secara pasif
Ini merupakan peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat
ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran
yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si
pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan
semula perkara-perkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong
kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang
diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar
untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.

1.2.3.2 Mendengar Secara Bertelau-telau

Mendengar secara bertelau-telau berlaku dilalangan pelajar bahasa kedua.
Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif.
Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan
menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka
kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.

1.2.3.3 Mendengar Tanpa Tindak Balas

Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak
membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak
peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami
sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan
menyebabkan mereka tiak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih,
simpati atau sebagainya.


1.2.3.4 Mendengar Secara Membuak-buak

Hal ini berlaku dikalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk
kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di
peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih
rendah. Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kelangan pelahar
bahasa ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya
memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka
terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.




1.2.3.5 Mendengar Dengan Beremosi

Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa
yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan
sesuatu hingga memberanngsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar,
memaham dan bertindak terhadap ujaran tersebut.

1.2.3.6 Mendengar Secara Berhati-hati

Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan
secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap
kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu
percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan
ituadalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami
dengan tepat dan betul.

1.2.3.7 Mendengar Secara kritikal

Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai
kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si
pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan
sesuatu fakta yang didengarnya.

1.2.3.8 Mendengar Dengan Pengamatan

Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan pelajar yang sudah
boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses
mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si
pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika
ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.



1.2.3.9 Mendengar Secara Kreatif

Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia
manjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat
ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu
setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini bermakna ia dapat
memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh
membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan
jitu.

1.2.4 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR
-Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
-Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.
-Melakukan sesuatu yang disuruh.
-Menjalankan perintah dan permintaan.
-Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
-Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

(b) Peringkat pertengahan
-Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.
-Mengenal maklumat khusus.
-Mengesan urutan.
-Mengenal sebab dan akibat.
-Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi.
-Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.



(c) Peringkat maju
- Mengenal isi-si penting
-Mengetahui peranan dan perhubungan orang-orang yang bercakap.
-Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.
-Mentafsirkan maksud orang yang bercakap.
-Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan.
-Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.
-Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur
tatabahasa.

1.2.5 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Dalam melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bagi memastikan pengajaran berjalan dengan berkesan.
Perancangan boleh dilakukan mengikut tiga peringkat yang berikut
Peringkat pramendengar
Peringkat semasa mendengar
Peringkat selepas mendengar






1.3 KEMAHIRAN BERTUTUR
1.3.1 Pengenalan
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa manusia( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh
kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di
sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya
mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai
pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-
kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang
dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi
membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

1.3.2 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN
Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya
pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan
sembilan aspek pertuturan seperti berikut:
Sebutan,Tekanan, Mora(panjangpendek), Jeda(persendian), Intonasi, Nada,
Tatabahasa, Kelancaran, Kefasihan, Laras Bahasa.
1.3.3 TUJUAN BERTUTUR
Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan
buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan
perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam
aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru
haruslah memastikan murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari
segi sebutan, intonasi serta menggunakan ayat dengan tepat.



1.3.4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LISAN
Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat iaitu :
Peringkat Persediaan
Peringkat Perlaksanaan Aktiviti
Peringkat Susulan dan Penilaian

1.4 KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran
membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar
dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan
yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan
daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.
Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca
memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.
Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti
verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan
bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan
menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan
pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas
bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang
pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama
kemahiran lain seperti mengira dan menulis.

1.4.1 TUJUAN MEMBACA
Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
a) Tujuan serta-merta
Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memahami
sesuatu bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh
membaca, maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca
dengan cepat, tidak teragak-agak dan tidak mengambil masa yang panjang untuk
menghabiskan sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga bererti
murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru.
b) Tujuan Lanjut
Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah,
membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah
hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan
cara yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka
menambah satu lagi alat perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan diri
dengan orang lain yang ada di sekelilingnya.
1.4.2 PROSES MEMBACA
Proses membaca yang bermatlamatkan kefahaman melibatkan proses mental yang
kompleks iaitu merangkumi proses-proses seperti yang di bawah:
Dalam pengajaran bacaan di sekolah rendah, penekanan diberikan kepada bacaan
mekanis dan bacaan mentalis. Pada peringkat awal, proses pengajaran dan
pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis , iaitu guru akan memberikan
contoh sebutan bunyi-bunyi dan bacaan yang betul dengan kuat dan jelas. Proses
ini diikuti oleh murid yang akan membunyikan secara kuat sama ada secara
beramai-ramai, berkumpulan ataupun secara individu.

Murid-murid akan diajar dengan bacaan mentalis atau akaliah setelah mereka
menguasai atau berkemahiran dalam bacaan mekanis. Murid-murid diberi masa
untuk membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan sebelum bahan berkenaan
dibincangkan atau menjawab soalan-soalan untuk menguji kefahaman murid-murid.
Bacaan mentalis ini boleh juga diikuti dengan bacaan kuat. Perkara penting yang
perlu diketahui oleh guru ialah bacaan mentalis diutamakan bagi murid-murid di
sekolah rendah, sementara bacaan mentalis lebih diutamakan pada peringkat
sekolah menengah.
1.4.3 JENIS-JENIS MEMBACA
Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;
Bacaan mekanis : Merupakan bacaan kuat yang mementingkan sebutan
huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang
betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada
perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.
Bacaan mentalis : Dikenali juga sebagai bacaan akaliah dan merupakan
bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara
aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.
Bacaan intensif : Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat. Ianya juga member penekanan kepada kajian-
kajian terhadap cirri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan
perkataan.
Bacaan ekstensif (meluas) : Merupakan bacaan meluas yang menekankan
aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas.Bacaan jenis ini
menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan,menambah kemahiran memaham
dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca; kebiasaannya
melalui pembacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di
samping berpeluang menambah ilmu pengetahuan.

1.4.4 PERINGKAT-PERINGKAT PEMAHAMAN MEMBACA
Pemahaman membaca bermaksud satu system yang merekod segala maklumat
secara konstektual dalam pemikiran pembaca. Setiap konsep membentuk satu set
minda dan dalam waktu yang sama, pembinaan makna berlaku. Pengalaman lalu,
sedia ada menggabungkan pengalaman baru, member kekuatan kepada
pemahaman makna yang sebenar. Terdapat empat peringkat pemahaman bacaan
iaitu :
a) Peringkat Lateral (penubuhan makna)
b) Peringkat Interpretasi (pentafsiran makna)
c) Peringkat Inferens (perumusan makna)
d) Peringkat menilai (penilaian makna)
1.4.5 TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN DAN PEMAHAMAN
Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca. Teknik-teknik ini boleh
dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi ,
kecerdasan pelajar dan tujuan membaca. Berikut ialah beberapa teknik membaca:
Teknik Membaca SQ3R
Teknik digunakan pada tahap pelajar berpencapaian baik dan mahir membaca.
Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk menguji pemahaman pelajar
berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R
bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941). SQ3R membawa maksud :
S SURVEY (TINJAU)
Q QUESTION (PENYOALAN/PERTANYAAN)
R READ (BACA)
R- RECITE (IMBAS KEMBALI)
R- REVIEW (BACA SEMULA)
Teknik Membaca KWLH
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan
sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan
pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baru selepas proses
pembacaanya.
KWLH bermaksud:
K (KNOW) - Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca).
W (what) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca).
L (learnet) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca).
H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang lain.

Teknik Directed Reading Thinking Activity (DR-TA) (Aktiviti Membaca Berfikir
Terarah)
Teknik ini diperkenalkan oleh Russel Stauffer (1969/1975). Menurut beliau, teknik ini
membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan
bacaan (teks, imej, symbol, grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan
dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal
dan mengesahkan maklumat yang dibaca.











1.5 KEMAHIRAN MENULIS

Pengenalan
Menulis ialah pembentukan simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan
bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej , maklumat atau
idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik
semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambing bunyi
yang kita buat semasa kita bercakap.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan kemahiran menulis
ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di
samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

1.5.1 Konsep Menulis
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan
mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid
juga perlu mengusai struktur karangan seperti tahu menulis panduan,
pemerengganan dan menulis kesimpulan.

1.5.2 Tujuan Menulis
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk
melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan
situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.








1.5.3 Peringkat Kemahiran Menulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf
dengan kemas dan dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan
dan matra diberikan kepada murid.
Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke
peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar kemahiran membentuk
huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis
huruf, suku kata, perkataan dan ayat.
Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh
menulis pelbagai jenis karangan. Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan
idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam
masa yang sama, mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan
yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan
menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

1.5.4 Jenis-jenis Penulisan
Penulisan boleh dibahagikan kepada lima kategori, iaitu karangan, penulisan ringkas,
penulisan untuk majlis rasmi, surat dan penulisan untuk papan kenyataan.

Penulisan Terkawal
Karangan terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa
dan isi yang terdapat dalam karangan terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk
mengurangkan kesilapan di dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid
mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

Penulisan Separa Terkawal
Karangan nsepara terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru tetapi murid
diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan
perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.
Penulisan Berpandu
Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru.

Penulisan Separa Berpandu
Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat
atau panduan guru.

Penulisan Bebas
Jenis karangan ini member kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang
sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk
karangan bebas seperti berikut:
Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal jari dan
tangan. Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan
tangan, iaitu penyelarasan yang penting bagi kebolehan menulis.

Masalah Pengajaran Menulis
Terdapat bayak masalah berhubung kait dengan pengajaran menulis di sekolah di
Negara ini.Antaranya ialah pengaruh bahasa dialek negeri masing-masing. Perkara
ini telah menimbulkan masalah kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu
Standart yang betul. Masalah ini banyak berlaku di Kelantan di mana guru yang
mengajar Bahasa Melayu itu berterusan bertutur dalam dialek Kelantan
menyebabkan murid tidak dapat berbahasa dengan betul. Ketika menulis, murid
akan mencampur adukkan bahasa dialek masing-masing menyebabkan berlakunya
kesalahan ejaan ketika menulis. Penyelesaiannya ialah guru hendaklah
menggunakan Bahasa Melayu baku yang sebenarnya ketika mengajar di dalam
kelas untuk mengatasi masalah seumpama ini khususnya di Negeri Kelantan.
Elakkan menggunakan dial alek Kelantan di sekolah.

You might also like