You are on page 1of 3

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara


Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang Berbahagia Batin Awang bin Lijon
Batin Kg. Putra

Yang Berusaha Tuan Haji Tholibon bin Hassan,
Guru Besar Sekolah kebangsaan putra

Puan Rugayah othman, Guru penolong Kanan 1

Puan Sarimah binti Shamsudin,gpk kokurikulum

para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan
sekolah yang bersejarah ini dalam majlis Penyampaian bantuan khas awal persekolahan
rm100. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Batin Awang kerana
sudi hadir dalam majlis Penyampaian bantuan khas awal persekolahan rm100 pada tahun
ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat
sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al
Fadhil Ustaz Syed Syukri bin Syed Alwi untuk memimpin bacaan doa.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Syed Syukri bin Syed Alwi atas
bacaan doa sebentar tadi.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Majlis pada petang yang berbahagia ini dimulakan dengan ucapan dari guru besar sekolah
kebangsaan putra, tn. Hj tholibon bin hassan. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji tholibon, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.



Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji tholibon bin
hassan, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat.
majlis mempersilakan Yang Berbahagia Batin Awang bin Lijon, Batin kg. putra untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis penyampaian bantuan khas awal
persekolahan bagi tahun 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Batin Awang bin Lijon,
atas ucapan serta perasmian Majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan bagi
tahun 2013 sebentar tadi.

Setrusnya majlis mempersilakan tetamu kehormat kita Batin Awang diiringi oleh tuan guru
besar, tn hj tholibon untuk menyampaikan bantuan khas awal persekolahan rm100 kepada
12 orang murid sebagai simbolik kepada penyerahan wang rm100 kepada semua pelajar sk
putra. Dipersilakan.


Sebelum penyampaian wang rm100, ada sedikit acara yang kita selitkan iaitu penyampaian
sijil Penghargaan diatas prestasi sekolah kita dalam upsr iaitu
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
..........................................Seterusnya kita selitkan juga sedikit penghargaan iaitu
cenderamata kepada guru cemerlang instrusional 2012. Dipersilakan, yang pertama, cikgu
ruzyatilla yacob. Cikgu ruzyatilla telah berjaya mengekalkan rekod bersih pencapaian 100%
matapelajaran matematik upsr selama 2 tahun berturut2. Tahniah diucapkan.

Seterusnya, yang kedua, dipersilakan cikgu maslinda binti mohd adnan. Cikgu maslinda telah
berjaya meletakkan skputra 100% lulus linus bagi kohort yang pertama. Beliau juga berjaya
menguruskan hal ehwal murid tahun 1 dengan jayanya pada setiap tahun. Tahniah
diucapkan.

Seterusnya adalah penyampaian Bantuan khas awal persekolahan rm100 kepada seramai 12
orang murid sebagai simbolik kepada penyerahan wang rm100 kepada pelajar2 sk putra.
Dipersilakan adik
.....................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................



Terima kasih diucapkan kepada Batin awang diatas penyampaian sijil, cenderamata dan duit
bantuan khas awal persekolahan itu tadi.

Kepada ibubapa yang hadir, anda diminta ke tempat2 yang telah disediakan bagi menerima
wang rm100 yang akan disampaikan oleh guru kelas anak-anak tuan puan. Kecuali bagi
ibubapa murid tahun 6 yang akan masuk dewan bagi mengikuti perjumpaan 3 penjuru murid
tahun 6. Jadi wang akan diserahkan selepas perjumpaan nanti. Penyampaian kepada murid
tahun 1 hingga 5 akan diadakan pada jam________iaitu selepas sedikit jamuan di kantin.
Tempat2nya adalah seperti berikut:

Tahun 1 di kelas tahun 1
Tahun 2 di kelas tahun 2
Tahun 3, 4 dan 5 di astaka sekolah
Tahun 6 di dewan ini selepas perjumpaan 3 penjuru.


Kami bagi pihak ahli jawatankuasa majlis Penyampaian bantuan khas awal persekolahan
rm100 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Dipersilakan Tetamu kehormat, guru besar dan guru2 penolong kanan ke kantin kerana ada
sedikit jamuan.


Seterusnya dipersilakan ibubapa dan penjaga untuk ke kantin bagi menikmati sedikit jamuan
dan anda boleh terus ke tempat yang ditetapkan pada jam __________________. Terima
kasih.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

You might also like