Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
10Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
tumbuhan dalam al quran

tumbuhan dalam al quran

Ratings: (0)|Views: 564 |Likes:
Published by b'lalang biru

More info:

Published by: b'lalang biru on Dec 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/15/2013

pdf

text

original

TUMBUHAN DALAM AL-QURAN

A.PENGENALAN
1.MADU
HADIS YANG MENYOKONG
KEHIDUPAN LEBAH
PEMBENTUKAN MADU
KANDUNGAN MADU
KHASIAT MADU
ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN
2.TIN DAN ZAITUN
KHASIAT BUAH TIN
RAHSIA BUAH ZAITUN
KHASIAT BUAH ZAITUN
3.KURMA
4.HABBAH AS-SAUDA
C. PENUTUP

A.PENGENALAN

Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh
dengan ilmu pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu
misteri yang perlu dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah
satu keistimewaan Al-Quran ialah keterangan mengenai
beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tandatanya
para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun
demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong
serta memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut
walaupun pada masa itu tidak terdapat kajian saintifik
mengenainya. Kebanyakan tumbuhan tersebut adalah
penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk
manusia.

Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1.Madu
2.Tin dan Zaitun
3.Kurma
4.Habbah as-sauda

B.TUMBUHAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS
1.MADU

Mungkin diantara kita tertanya-tanya mengenai kaitan
dintara madu dan tumbuhan.ebenarnya madu dan
tumbuhan mempunyai kaitan yang sangat rapat di mana
ianya diterangkan dalam Al-Quran. Madu juga merupakan
ubat yang istimewa sehinggakan terdapat satu surah yang
khusus menceritakan tentang madu lebah .Bagi orang \u2013
orang yang berfikir sahaja yang dapat mengetahui kelebihan
yang Allah berikan dalam kandungan madu lebah ini. Dalam
surah ke-16 iaitu surah An- Nahl yang bermaksud Lebah,

Allah berfirman yang bermaksud: \u201cDan Allah menurunkan
dari langit air (hujan) dan air itu dihidupkan-Nya bumi
sesudah mati-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran tuhan bagi
orang-orang yang mendengarkan(pengajaran).

\u201cDan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar
terdapat pengajaran bagi kamu .Kami memberimu minum
daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu
yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi
orang-orang yang meminumnya. \u201cDan dari buah kurma dan
anggur , kamu membuat minuman yang memabukan dan
rezeki yang baik . Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kebesarab Allah) bagi orang-
orang yang memikirkan.

\u201cDan tuhanmu mewahyukan kepada lebah : \u2018buatlah sarang
di bukit-bukit , di pohon-pohon kayu dan ditempat yang
dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam)
buah-buahan, dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah
memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ,keluar
minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya . Di
dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi
manusia . Sesungguhnya ,pada yang demikian itu, benar-
benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang
yang memikirkan .\u201d (an \u2013Nahl:65-68)

Kelima-lima ayat di atas mempunyai hubungan iaitu Allah
menerangkan bagaimana air yang diturunkan daripada
langit telah menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan sekaligus
telah menghasilkan berbagai-bagai bunga yang mana dari
bunga tersebutlah keluar buah-buahan. Kemudian Allah
telah memerintahkan Lebah untuk menikmati madu yang
terdapat dalam bunga .Akhirnya keluarlah minuman (madu)
yang bermacam-macam warna dari perutnya . Dalam surah
tersebut juga Allah telah menerangkan bahawa madu juga
boleh dijadikan ubat kepada manusia selain daripada
dijadikan makanan .Ayat 68-69 juga dinamakan ayat syifa\u2019
iaitu ayat penyembuh.

HADIS YANG MENYOKONG

Terdapat 2 hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim iaitu :
1.\u201dDiriwayatkan oleh Abu Sa\u2019id al-Khudri r.a katanya:\u2019
Seorang lelaki datang lalu berkata kepada Nabi ;\u2019
Sesungguhnya saudaraku sakit perut \u2018.Lalu Rasulullah s.a.w
bersabda \u201cberilah dia minum madu ,\u201dKemudian lelaki
tersebut memberi minum saudaranya madu.Lalu dia datang
semula lalu berkata ;\u2019Saya telahpun memberinya minum
madu tetapi penyakit tidak Berkurang bahkan semakin
bertambah.\u2019 Rasulullah s.a.w menyuruhnya minum madu
hingga tiga kali. Kemudian lelaki itu datang lagi untuk kali
yang keempat dan menyatakan bahawa saudaranya masih
belum pulih lagi tetapi semakin teruk. Akhirnya Rasulullah
s.a.w bersabda: \u2019Allah benar ,dan perut saudaramu itu
berbohomg.\u2019 .Lalu Rasulullah s.a.w sendiri yang memberi
lelaki itu minum madu.Akhirnya dia sembuh.

2.\u201d Al-Husain menceritakan kepadaku ,Ahmad bin Mani\u2019
menceritakan kepada kami, Marwan bin Syuja\u2019 menceritakan
kepada kami , dari Sa\u2019id bin jubair, dari Ibnu Abbas r.a.
katanya ;\u201dRasulullah s.a.w bersabda;\u201d Ubat terbahagi tiga
:minum madu ,berbekam dan membakar dengan api, dan
umatku dilarang membakar dengan api.\u201d

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
mohamad_farez_2 liked this
Kila Shaari liked this
Kila Shaari liked this
Kila Shaari liked this
Arcain Yura liked this
Kiera Elena liked this
Anuar Ibrahim liked this
habilnabil liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->