You are on page 1of 2

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya

kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini
dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi
guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah
dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara
keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Budaya
persekolahan perlu berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan
penyayang.
Cabaran ke 6 Wawasan 2020:
...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan
sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia
sains dan teknologi pada masa depan... (Mahathir Mohamad, 1998)
Kaedah pengajaran guru hendaklah menekankan kepada pencapaian objektif spesifik yang
dicapai oleh pelajar dengan pelbagai pendekatan termasuklah secara individu,
berpasangan, kumpulan kecil, dengan kehadiran fasilitator ataupun dengan menggunakan
simulasi multimedia berasaskan komputer. Pelajar perlu digalakkan untuk mengambil
bahagian secara aktif yakni mereka akan membina dan ikut serta dalam proses
pembelajaran. Teknik pengajaran ini akan melibatkan pelbagai teknik pedagogi dan kaedah
pengajaran yang secara khususnya berpusatkan pelajar. Selaras dengan matlamat ini,
langkah Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya yang memberi penekanan pada
elemen teknologi maka keperluan pedagogi, kandungan dan pengetahuan guru perlu dititik
beratkan supaya seiring dengan perkembangan semasa. Guru juga boleh menggunakan
telefon pintar dan tablet terbaharu dalam bilik darjah, dan menggunakan app atau rangkaian
sosial dalam bilik darjah untuk tujuan pendidikan. Pengetahuan dalam reka bentuk
pengajaran boleh membantu guru membina bahan-bahan pembelajaran seperti hipermedia
atau multimedia. Guru-guru juga harus tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD
Rom, cakera padat, hantaran melalui telesidang audio, video, pemancar dan komputer untuk
memudahkan proses penerimaan, penyaluran atau penyebaran maklumat kepada pelajar.
Komputer mempunyai fungsi yang pelbagai dalam bidang pendidikan bergantung pada
operasi penggunaannya termasuklah untuk memproses data, persembahan maklumat,
untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai lagi. Disebabkan fungsi
yang pelbagai ini, Taylor (1980) telah mengklasifikasikan aplikasi-aplikasi komputer
pendidikan kepada tiga mod utama iaitu tutor, tutee dan tool. Guru boleh menjadikan
pengelasan aplikasi computer ini sebagai satu rujukan dan menggunakannya di sekolah
nanti.
Guru juga mesti berusaha untuk memantapkan dirinya dengan menguasai perisian-perisian
komputer dan mengaplikasikannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran demi
meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjanamodal insan di sekolah. Guru harus
mempelajari cara-cara menggunakan perisian-perisian komputer dan aplikasi Internet.
Dalam dunia moden ini, seorang guru harus mengetahui menggunakan perisian-perisian
seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel,dan Microsoft Access.
Manakala aplikasi-aplikasi Internet pula seperti Jaringan Web Sedunia, E-mel, Kumpulan
perbincangan dan Senarai mel. Guru harus tahu menggunakan aplikasi internet tersebut
kerana ia sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
teknologi dalam bilik darjah akan mendorong murid menjadikan masa belajar sebagai masa
yang penuh keseronokan dengan memberi peluang kepada murid untuk mengakses
maklumat dari pelbagai sumber supaya pembelajaran menjadi lebih menarik dan kondusif.
Bagi memantapkan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan komputer, guru
harus berusaha menghadirkan diri ke kursus-
kursus berkaitan perkomputeran, sama ada yang dianjurkan oleh KPM atau Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) mahupun yang disediakan oleh pihak swasta. Contohnya, program
Smart Learning Environment (SLE) yang telah dianjurkan oleh KPM yang bertujuan untuk
meningkatkan infrastruktur sekolah dengan meningkatkan kemahiran sumber manusia
dalam kalangan guru. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Matlamat SLE adalah untuk guru
mengaplikasikan teknologi maklumat di dalam kelas. Berikut merupakan beberapa aplikasi
dari program SLE iaitu word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan
graphing.

You might also like