You are on page 1of 4

Tiga fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.

& Tiga kepentingan Bahasa Melayu


dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Kepentingan dan keperluan semua kaum haruslah sentiasa diutamakan dalam dasar pendidikan negara
kita. Dengan keutamaan ini dalam dasar pendidikan negara kita, pihak kerajaan tidak membezakan soal
pelajaran dalam menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan keturunan. Awang (2006) menjelaskan bahawa Bahasa Malayu telah mencapai taraf bahasa
antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa
perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar di dunia dan bahasa sastera pada abad ke-16
dan ke-17. Sistem pendidikan telah disediakan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah, kurikulum yang sama dan sukatan pelajaran yang seragam serta peperiksaan yang
seragam.

Bahasa Melayu di Malaysia telah diperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum
dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu di Malaysia menjadikan bahasa pengantar antara kaum
yang berbeza-beza. Ia digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang
tidak mempunyai pendidikan sekolah Inggeris adalah Bahasa Melayu. Orang-orang yang mahu
berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka
bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu. Antara orang-orang Cina, Melayu, India
dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua
pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris, maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

Fungsi Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan telah dirumuskan oleh Akta Pendidikan 1961, lanjutan
penegasan perundangan terhadapay Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Bahasa
Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan rakyat termasuklah pelajar-pelajar
sekolah, menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini, menggalakkan
pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya
serta mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan
keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang
dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan amatlah tepat, kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling kerap
digunakan oleh kaum yang paling ramai, iaitu bangsa Melayu.

Sekian lama, Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik
dan universiti. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan
sebagai alat perhubungan dalam P&P. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan
kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima
pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan
kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan
syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada
orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.

Beberapa universiti di luar negara seperti di Britain, Amerika Syarikat, Russia, Thailand, Korea, China dan
sebagainya menawarkan kursus major dan minor Bahasa Melayu kepada mahasiswa masing-masing.
Kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi dengan pembinaan kerusi-
kerusi pengajian Melayu di luar negara dan juga pembinaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu kini berada di atas landasan sempurna sebagai bahasa
pengantar pendidikan. Justeru, dapat kita merumuskan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa
pengantar dalam P&P di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa
ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Selain dipilih sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa pengantar, Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi. Maksud bahasa
rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi. Sebagai
contoh, Bahasa Melayu kerap kali digunakan dalam sistem pendidikan negara, termasuklah urusan surat
menyurat, mesyuarat dan pentadbiran sekolah.

` Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perpaduan di sekolah. Bahasa perpaduan bermaksud
bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat, samaada dalam
kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza
kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai
penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara.
Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan Bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan
terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan bersama Bahasa
Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud rasa kemesraan, kepercayaan,
hormat dan selamat. Rasa kemesraan, kepercayaan, hormat dan selamat merupakan antara faktor yang
membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatupadu dan
menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama. Bahasa Melayu perlulah digunakan sejak kecil lagi
dan amalan untuk berbahasa Bahasa Melayu haruslah bermula dengan sistem pendidikan.

Fungsi Bahasa Melayu lain adalah sebagai bahasa ilmu. Bahasa ilmu ialah bahasa komunikasi yang
bermaksud bahasa sebagai alat penyebaran, penyampaian dan penerimaan maklumat. Bahasa Melayu
boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintektualan bahasa[1]. Bahasa melayu juga
boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu kestabilan seperti
sistem pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa
dan lain-lain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah kelenturan, di mana Bahasa Melayu mudah
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang berlaku dari masa ke semasa.
Bahasa Melayu penting digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Cara paling penting
untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain, ia dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum
di negara ini. Akta Bahasa Kebangsaan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan[2] Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub[3] dalam perlembagaan dan menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat
Malaysia.

Pada tahun 1982, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang
digunakan di mahkamah pada tahun 1990. Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan
dan persefahaman di antara kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.[4] Bahasa Melayu
yang digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah membantu dalam pemupukan perpaduan
kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk berkomunikasi pelbagai kumpulan etnik dan
masyarakat pelbagai dialek atau bahasa. Bahasa Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa
Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami dalam sistem pendidikan
kebangsaan.

Di samping itu, Bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja dalam memenuhi keperluan
manusia, tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan
bahawa perpaduan kaum sangat penting untuk menyumbang ke arah sebuah negara maju mengikut
acuan sendiri. Selain itu, pendidikan dijadikan sebagai alat yang digunakan untuk perpaduan antara
kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956. Oleh itu, apabila pendidikan dianggap sebagai alat
secara automatiknya, Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa perpaduan boleh mengambil
bahagian dalam isu menyatupadukan rakyat kerana Bahasa Melayu itu digunakan sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pelbagai bidang.

Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua france. Pada zaman
kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari
Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan
bahasa komunikasi antarabangsa. Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan
Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara kita adalah untuk menyatukan
murid yang berlainan bangsa di bawah satu sisttem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walaubagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah
dilaksanakan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan
Razak 1956 jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di
negara ini.

Bahasa sebagai medium penting dalam proses menyampaikan ilmu. Oleh sebab Malaysia mempunyai
masyarakat berbilang bangsa, maka dasar pendidikan negara berusaha menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, samaada di sekolah mahupun pusat-pusat
pengajian tinggi. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan
membuktikan keupayaan Bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan
bagi memajukan diri, masyarakat dan negara. Bahasa Melayu memainkan peranan penting sebagai alat
komunikasi untuk memperoleh ilmu. Bahasa Melayu penting sebagai bahasa ilmu dalam sistem
pendidikan kebangsaan supaya peradaban bangsa dapat dipelajari dan difahami. Dalam menyampaikan
maklumat dan ilmu kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini, khususnya kepada pelajar-pelajar
yang tinggal di luar bandar, sudah tentu bahasa yang digunakan mestilah bahasa yang difahami ramai,
iaitu Bahasa Melayu. Ini adalah penting kerana dalam usaha memajukan negara, kita tidak boleh
meminggirkan rakyat yang tinggal di luar bandar. Secara tidak langsung mencerminkan ciri-ciri bangsa
Malaysia yang menolak perkauman atau ketidakadilan dalam sistem pendidikan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi penting untuk dipelajari dalam sistem pendidikan kebangsaan
supaya meningkatkan semangat nasionalisme dan di samping itu memupuk perpaduan di antara kaum-
kaum yang berbilang di negara kita ini.

Penekanan dalam penggunaan Bahasa Melayu amat penting, bukan sahaja untuk tujuan pencarian ilmu
pengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan harian. Sesungguhnya
kita semua sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam sebuah yang mempunyai pellbagai kaum
seharusnya memainkan peranan masing-masing bagi memartabatkan dan meningkatkan Bahasa
Melayu. Kita tidak mahu Bahasa Melayu ditindas oleh bahasa-bahasa yang lain kerana bahasa
melambangkan sesebuah bangsa. Seperti kata Hang Tuah, Takkan Melayu hilang di dunia dan itulah
sebenarnya kita semua inginkan.

You might also like