You are on page 1of 8

Rancangan Pengajaran Harian [RPH]

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia


Tarikh /Hari : 03 Oktober 2014 (Khamis)
Tahun : 1 Bestari
Bil Murid : 30 orang
Masa : 8.10 9.10 pagi
Tema : Mari Bertani
Tajuk : Buah-buahan Tempatan

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni
dalam lagu melalui nyanyian secara
didik hibur.


4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui
nyanyian secara didik hibur.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Menyebut 5 jenis buah-buahan tempatan.
ii. Menyebut seni kata lagu yang diberikan.
iii. Menyanyikan lagu secara didik hibur.

Penyerapan Komponen Seni :
Seni Pergerakan
Seni Visual
Seni Muzik

Sistem Bahasa
Tatabahasa : Ayat Tunggal
Kosa kata : Buah-buahan, tempatan






Pengisian Kurikulum
Ilmu : Kemahiran Hidup dan Sains
Nilai Murni : Bersyukur
Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK
Kreativtii : Imaginasi tentang buah-buahan tempatan yang diketahui
Elemen Keusahawanan
EK 1: 1 Bertanggungjawab terhadap keputusan
EK 1: 2 Sangat peka kepada peluang
EK 3: 1 Merancang
EK 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial : menjaga persekitaran


Kepelbagaian Kaedah dan teknik
KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman
KP : Verbal linguistik, Intrapersonal dan kinestatik
BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang buah-buahan
tempatan.
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan keusahawanan dalam
kehidupan seharian.
Pembelajaran konstruktivisme : Mengumpul idea untuk membentuk idea baharu.

Bahan bantu mengajar

Jenis Bilangan
1 Komputer riba 1
2 LCD 1
3 Lirik lagu 30
4 Buah-buahan maujud 8
5 Lembaran kerja pengayaan 25
6 Lembaran kerja pemulihan 5
7 Komputer 30
8 Kertas A4 30

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah lihat dan makan buah-buahan tempatan.










Langkah
dan Masa

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Catatan

Set Induksi
5 minit



Guru mengadakan
permainan kotak
beracun diiringi lagu
supaya permainan ini
lebih menarik.
(Lagu : Musim Buah-
buahan)







Guru membawa kotak dan di
dalamnya ada beberapa jenis
buah-buahan maujud.
Guru memulakan permainan
kotak beracun dengan merasa
dengan tangan buah di dalam
kotak tersebut dan meneka
buah tersebut sebelum
mengeluarkannya dari kotak.
Permainan ini diteruskan
sehingga beberapa jenis
buah-buahan dapat diteka
oleh murid dengan betul.

Komponen Seni :
Pergerakan
BBM
Bahan maujud
Komputer riba

KB
Menghubung kait

BCB
Memproses maklumat

Pembelajaran
Kontekstual
Menghubungkait kan
dengan pengalaman
dalam kehidupan
Ilmu: Moral
Nilai: Hormat menghormati

Langkah 1

(20 minit)

Tema:Mari Bertani
Lagu:Musim buah-buahan

Buah duku ,buah nangka
Buah manggis dan kelapa
Sama saja labu dan mangga
Hai,sedap manis pula!

Pisang ,langsat ,buah
rambai
Ciku ,nanas dan rambutan
Lazat juga buah tembikai
Menambah zat di badan

Rasa limau manis
Belimbing ,cempedak dan
durian
Harga tidak mahal
Di kedai atau di pinggir jalan

Sunngguh enak ,hai rasanya
Sungguh kaya khasiatnya
Kalau makan buah-buahan
Sihat seluruh badan





Guru mengedarkan lirik lagu
Musim Buah-buahan
Tempatan kepada murid.
Guru membimbing murid
membaca lirik lagu di skrin
kelas.
Murid diminta membaca
secara kelas, kumpulan dan
individu.
Guru menerangkan maksud
lagu ini supaya murid lebih
memahaminya.
Guru menayangkan slaid
PowerPoint berkaitan Buah-
buahan Tempatan.
Guru meminta murid
menamakan buah-buahan
yang ditunjukkan dalam slaid
PowerPoint.

Pengayaan
Membaca lirik lagu di skrin
kelas secara kumpulan dan
individu

Pemulihan
Membaca lirik lagu dengan
sebutan yang betul secara
Komponen Seni :
Seni Muzik
BBB
Lirik lagu
LCD
Komputer

Pendekatan
Berpusatkan pelajar

Teknik
Bimbingan membaca

KP
Intrapersonal
Verbal linguistik

Nilai Murni
Kerjasama









Murid
diperdengarkan lagu
Musim Buah-buahan
Tempatan.

Murid menyanyikan
lagu dengan iringan
muzik.

Murid menepuk
tangan mengikut
tempo lagu



berpasangan (bimbingan
rakan sebaya)

Murid mendengar lagu Musim
Buah-buahan Tempatan.

Murid menyanyikan lagu
mengikut iringan muzik secara
beramai-ramai.

Guru mengajar murid cara
menepuk tangan mengikut
tempo lagu supaya
pembelajaran lebih menarik.

Langkah 2

(15 minit)

Aktiviti Individu
Murid menggunakan
komputer mencari
imej buah-buahan
tempatan.
Setiap murid diminta
mendapatkan satu
imej setiap orang.
Setiap murid diminta
melukis gambar buah
di atas sehelai kertas
A4 yang diberi.



Guru menerangkan cara terperinci
untuk mendapatkan imej buah-
buahan tempatan.
Guru meminta murid bersama
sama menaip imej buah oren.
Apabila semua murid dapat imej
buah oren guru meminta mereka
mencari sendiri buah yang
digemari mereka.
Guru membimbing murid yang
tidak dapat mencari imej buah-
buahan dalam enjin pencarian
google.
Murid diminta melukis gambar
buah yang digemari di dalam
sehelai kertas A4 yang diberi dan
mewarna dengan cantik.
Komponen Seni :
Pergerakan dan Seni
visual.
BBM
komputer

Teknik
Pemerhatian
Bimbingan

KP
Intrapersonal
Verbal linguistik

Nilai Murni
Kerjasama
Bertanggungjawab


Langkah 3

( 15 minit)


25 orang murid
melengkapkan lirik
lagu.

5 orang murid
menamakan buah-
buahan tempatan
yang diberikan pada
lembaran kerja.


Sebagai latihan pengayaan
guru meminta murid
melengkapkan lirik lagu yang
telah dinyanyikan tadi.
Manakala murid pemulihan
guru mengedarkan lembaran
kerja dan meminta murid
menamakan buah-buahan
tempatan tersebut.
Komponen Seni :
Pergerakan
BBM
Lembaran kerja
Pengayaan dan
pemulihan

Teknik
Bimbingan

Penutup
5 minit


Kognitif:
Rumusan isi pelajaran


Guru meminta murid
merumuskan semula apa
yang dipelajari oleh mereka
hari ini.
Guru mengucapkan tahniah
kepada semua murid kerana
berjaya mendapat imej buah-
Komponen Seni :
Pergerakan
KB
Merumus

Nilai
Bersyukur


Sosial:
Pujian dan tepukan

buahan kegemaran masing-
masing dan melukisnya
dengan cantik.
Guru meminta murid
memberikan tepukan kepada
diri masing-masing.


PAS
bertanggungjawab
KP:
Verbal linguistik
Intrapersonal

































LEMBARAN KERJA (PEMULIHAN)
TULISKAN NAMA BUAH-BUAHAN INI .





1.

2.


3.





4.


5.





6.

Tembikai Pisang Durian Kelapa Manggis Rambutan
LEMBARAN KERJA (PENGAYAAN)
LENGKAPKAN LIRIK LAGU INI.
Lagu: Musim buah-buahan

Buah duku ,____________ nangka
Buah manggis dan kelapa
Sama saja labu dan __________
Hai,sedap __________ pula!

Pisang ,langsat ,buah rambai
Ciku ,nanas dan rambutan
__________ juga buah tembikai
Menambah ___________ di badan

Rasa limau manis
Belimbing ,cempedak dan ______________
__________ tidak mahal
Di kedai atau di ____________ jalan

Sungguh_________ ,hai rasanya
Sungguh kaya ______________
Kalau makan buah-buahan
___________ seluruh badan




RUJUKAN INTERNET
http://www.youtube.com/watch?v=hres6lpWCaA (lagu musim buahan)
http://www.slideshare.net/nitiyah/buah-buahan101207105709phpapp01

You might also like