You are on page 1of 2

6

2.2 Jenis Pendekatan Kaunseling


Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, maksud pendekatan dapat ditakrifkan sebagai
kaedah atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas
untuk mengatasi masalah. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia; 2002 pula mentakrifkan
pengertian pendekatan ialah proses, perbuatan, cara mendekati atau usaha dalam
melaksanakan sesuatu aktiviti dengan teliti. Selain itu, penerapan pendekatan, strategi dan
teknik dalam proses bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses perbuatan seseorang untuk
berhubung dengan seseorang sebagai klien yang dilakukan secara dekat dalam
menyelesaikan masalah individu tersebut dengan lebih teliti.
Setelah meneliti aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Program Terukir di Bintang,
didapati terdapat beberapa pendekatan kaunseling yang diserap melalui program ini. Antaranya
ialah pendekatan perkembangan, pendekatan pemulihan dan pendekatan pencegahan. Selain
itu, program ini turut menerapkan dua jenis terapi iaitu terapi kognitif dan terapi seni dalam
beberapa aktiviti yang dijalankan bersama murid-murid. Aktiviti ice breaking merupakan
salah satu langkah untuk guru membina hubungan dan membuat penstrukturan bersama murid-
murid. Hubungan baik terbina apabila murid-murid berasa selesa untuk berkomunikasi dan
memperkenalkan diri dengan lebih mendalam.
Pendekatan pemulihan memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat
dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid
mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlakunya krisis. Pendekatan pemulihan ini telah
diterapkan melalui aktiviti Cermin Diri Hiasi Peribadi dalam program Terukir di Bintang. Aktiviti
ini sebenarnya membantu murid-murid mengenali kekurangan dan kelebihan diri secara
individu. Oleh itu, guru pembimbing dapat memberikan suntikan semangat yang positif agar
murid dapat menilai diri sendiri supaya boleh membuat satu perubahan untuk menjadi lebih
baik. Hal ini penting agar murid sedar kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri sendiri
supaya segala kelemahan tersebut dapat diperbaiki dan kekuatan yang ada dapat
dipertingkatkan menjadi lebih baik.
Selain itu, pendekatan perkembangan juga turut diterapkan melalui aktiviti Latihan
Dalam Kumpulan 1 iaitu mencatat dan mengingat nota. Pendekatan perkembangan merupakan
satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di alam persekolahan supaya mereka
dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Kemudian
aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Melalui aktiviti ini juga turut
7

diterapkan dengan terapi kognitif yang memberikan galakan kepada murid untuk mempelajari
cara-cara mencatat dan mengingat nota menggunakan kaedah yang mudah.
Di samping itu, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan 2 mengaplikasikan terapi seni di mana
murid dibimbing untuk membuat model buah-buahan menggunakan tanah liat secara
berkumpulan. Terapi seni adalah suatu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses
kreatif dalam menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah
semua peringkat umur. Terapi seni mengintegrasikan bidang perkembangan manusia, seni
visual, dan proses kreatif dengan model-model kaunseling dan psikoterapi. Guru mengaitkan
terapi seni dengan dunia realiti murid supaya sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan
tanpa mengenal erti putus asa. Gagal bukan menandakan murid gagal selama-lamanya dan
untuk itu murid perlu lebih berusaha dengan gigih agar mencapai hasil yang diimpikan.
Motivasi Setulus Air Matamu telah mengaplikasikan dua jenis pendekatan iaitu
pendekatan pemulihan dan pendekatan pencegahan. Pendekatan pencegahan merujuk kepada
andaian bahawa satu-satunya masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu menjadi
lebih besar, satu usaha perlu dijalankan untuk menghalangnya. Oleh itu, motivasi Setulus Air
Matamu ini diguna pakai bagi memberikan galakan dan motivasi kepada murid supaya tidak
terjebak dengan gejala-gejala yang negatif atau tingkah laku yang membawa kepada kerosakan
akhlak. Motivasi ini membantu murid supaya sentiasa bersikap positif dan mempunyai
keyakinan diri dalam menghadapi apa-apa masalah. Aktiviti Setulus Air Matamu merupakan
motivasi kepada murid untuk melupakan perkara-perkara negatif yang ada pada setiap individu.
Perkara-perkara negatif tersebut perlu diubah menjadi positif supaya murid menjadi seorang
modal insan yang berguna kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

You might also like