You are on page 1of 1

Pada satu hari,sang kancil pergi ke tepi sungai untuk menghilangkan

dahaga. Setibanya di sungai, Sang Kancil terus meneguk air sepuas-puas


hatinya.
Tiba-tiba, Sang Kancil ternampak beberapa batang pokok jambu
air yang sedang masak ranum di seberang sungai. Hatinya gembira
bukan kepalang kerana mendapat durian runtuh.
Setelah puas berjalan ke hulu dan ke hilir,malangnya Sang Kancil
tidak menemui jambatan yang membolehkannya menyeberangi sungai.
Setelah berfikir sejenak, akhirnya sang kancil mendapat satu akal.
Sang Kancil memanggil semua buaya supaya berkumpul. Sang
kancil memberitahu semua buaya bahawa Raja Sulaiman memmintanya
hendak diberi makan. Bagi memudahkan pengiraan ,Sang Kancil
meminta Sang Buaya berbaris sehingga ke seberang sungai .Sang kancil
melompat ke belakang buaya dan berpura-pura mengira jumlah
buaya.setibanya di seberang sungai , Sang Kancil terus menuju ke
bawah pokok jambu air yang dan menikmati buah jambu air yang
masak ranum. Kebijaksanaannya telah berjaya memperdayakan sang
buaya.

You might also like