Apakah itu Dadah?
Dadah atau "
drug
" adalah bahan atau kimiayang amat merbahaya kepada individu yangmeng-gunakannya kerana ia mengubah caraminda dan tubuh manusia berfungsi. Banyakhal yang berkaitan dengan dadah sentiasamenjadi bahan dalam berita.Apabila mendengar saja perkataan dadah,kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadahseperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnyaterdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruhdunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "
Drug
"bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "
drug
", perkataan "
use"
, "
misuse
" atau "
abuse
"perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "
drug
". Contohnya"
drug abuse
" atau "
misuse of drug
yang membawa maksudpenyalahgunaan dadah.
Dadah
merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenisbahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorangdari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabiladigunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yangmenyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terusbergantung hidup kepadanya.Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "
paracetamol
" dan"
antibiotic
" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yangdikenali sebagai "
caffeine
". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti initidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu,masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman danmakanan ini tidak salah di sisi undang-undang.Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarangpengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan danmasalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh ituKerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta DadahBerbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran,pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadahseumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokainb, ganja, heroin, syabudan "
ecstasy
" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"
dadah yang disalahguna"
.Dadah dan Ciri-cirinya
Dadahmerujuk kepada sejenis bahan kimiapsikoaktif yang mempunyai ciri-ciri sepertiberikut :
•
Mempunyai kesan paling ketara ke atassistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang);
•
Digunakan bukan untuk tujuan perubatandan penggunaannya adalah dilarang;
•
Diperoleh secara haram;
•
Membawa kepada pergantungan fizikal danpsikologikal dan meningkatkan daya tahanterhadap dadah; dan
•
mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatandan fungsi sosial seseorang.
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis sepertiberikut :
•
Opiat dan Opiat sintetik
•
Stimulan
•
Ganja
•
Halusinogen
•
Depresen
•
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna
Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getahdikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diprosesmenjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.