You are on page 1of 2

1.

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
Amalan Muafakat Membawa Berkat
Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Johor untuk menghadiri majlis
perkahwinan anak Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah.
Saya lihat ramai orang kampung yang sibuk bergotong-royong di rumah Pak Long. Ada
yang sedang memasang khemah, membuat pelamin dan juga menyediakan bahan untuk
memasak lauk-pauk di penanggah.
Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas bawang dan
ubi kentang. Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku
lihat abang nyaris-nyaris muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.
Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai sahaja akad
nikah, majlis berinai diadakan. Para tetamu pula dijemput makan di khemah yang telah
disediakan.
Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00 petang. Pengantin
diarak dengan bunga manggar serta paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai
duduk di atas pelamin. Cantik sungguh Kak Sarah, bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar
dan Mak Long Kiah dijemput menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat.
Tetamu yang menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga telur. Selesai
sahaja upacara menepung tawar, pengantin dan para tetamu makan di khemah yang
telah disediakan.
Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga ingin pulang
awal kerana abang akan menduduki peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum
pulang, Pak Long Jaafar sempat mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi
menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan
yang berisi nasi dan lauk-pauk sebagai buah tangan untuk kami.
1. Cari makna setiap perkataan yang berwarna merah di dalam teks dengan
menggunakan kamus.
2. Anda dikehendaki melengkapkan jadual grafik perjalanan cerita di bawah
dengan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks.

You might also like