You are on page 1of 18

Pengenalan

Ujian Aptitud Am merupakan salah satu aspirasi murid dalam


PPPM(2013-20125) yang mana setiap murid perlu menguasai
pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran
kritis, kreatif, serta inovatif.
Maklumat daripada ujian boleh membantu guru mengenali
keupayaan kognitif kemahiran berfikir aras tinggi murid
Ujian Aptitud digunakan untuk meramal kejayaan seseorang di
masa akan datang. Aptitud seseorang adalah berbeza-beza antara
satu sama lain (Chatterjee, 2007)
Ujian Aptitud Am Tahun 3 menguji aras pemikiran tinggi seperti
penyelesaian masalah dan menaakul. Penyelesaian masalah dan
menaakul adalah kemahiran berfikir aras tinggi yang perlu dikuasai
oleh murid untuk mereka berjaya dalam bidang yang akan diceburi
di masa akan datang

Maklumat daripada ujian aptitud dapat membantu guru:
i. Mengenal pasti faktor yang menjana atau menghalang
perkembangan kecerdasan, kebolehan dan bakat yang
dipengaruhi oleh pengalaman hidup
ii. Mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif, mempunyai harga
diri yang tinggi, berpengetahuan serta berkemahiran dalam
pelbagai bidang. Kaedah pembelajaran yang boleh digunakan
ialah simulasi, main peranan, peersembahan dan pembelajaran
inkuiri dan guru boleh mentafsir murid dengan memberikan
peneguhan semasa sesi maklum balas
iii. Membantu meningkatkan keyakinan diri murid kerana apabila
guru dapar menyedarkan murid tentang kecenderungannya
dalam sesuatu jenis kecerdasan, murid tidak perlu merasa
rendah diri jika mereka lemah dalam sesuatu mata pelajaran
Ujian Aptitud AM
Ujian yang menguji kemahiran menyelesaikan
masalah :
i. Numerik
ii. Penaakulan Numerik
iii. Penaakulan Bahasa Melayu
iv. Penaakulan Bahasa Inggeris
Ujian ini ditadbirkan kepada murid Tahun 3
Ujian ini dibangunkan berdasarkan kepada teori
Perkembangan Kognitif. Menurut Piaget minda boleh
berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi
masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan
persekitaran (Gagne, 1977)
Ujian ini TIDAK berdasarkan Kurikulum Kebangsaan
Teori Perkembangan Mental Piaget
Setiap kanak-kanak mempunyai corak
perkembangan yang tersendiri. Kanak-kanak
dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan
peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan
kecepatan perkembangan kognitif.
Piaget berpendapat bahawa perkembangan
kognitif itu berlaku dengan berperingkat-peringkat
dan peringkat yang lebih awal adalah penting
bagi perkembangan peringkat yang berikutnya
Teori Perkembangan Mental Piaget
Proses perkembangan kognitif kanak-kanak lebih
sempurna menerusi tiga kebolehan asas dalam tahap ini :
1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk
melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan
mengira
2. Melalui latiah yang diulang-ulang, rangkaian tingkah
laku dikukuhkan dan digenarisasikan sehingga skema
tingkah laku stabil
3. Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh kanak-
kanak bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah
laku, seperti gambaran mental asas tentang kemajuan

Format Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3
80 Item Objektif Aneka Pilihan
MATEMATIK
20 Item menguji aptitud Matematik
BAHASA INGGERIS
30 Item menguji aptitud Bahasa Inggeris
BAHASA MELAYU
30 Item menguji aptitud Bahasa Melayu
Item mengukur kemahiran menaakul (reasoning) dan kemahiran
penyelesaian masalah
Tempoh Masa Ujian : 1 Jam 30 Minit
Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3
10 item kemahiran perkataan
15 item konsep verbal
5 item penyelesaian masalah dalam aplikasi kritikal
Bahasa
Melayu
5 item word skills
20 item verbal concept
5 item critical application
Bahasa
Inggeris
9 item penyelesaian masalah
4 item penaakulan numerik untuk membuat persepsi
7 item penaakulan numerik untuk logik nombor dan sistem
numerik
Mate
matik
Pentadbiran dan Pengoperasian
Ujian Aptitud Am Tahun 3
1. Dilaksanakan dalam bilik kondusif dan lengkap
2. Semua murid tahun 3 perlu menduduki ujian ini.
Sekiranya TIDAK HADIR dengan alasan yang
munasabah, mrid boleh dibenarkan mengambil
ujian atas budi bicara Guru Besar / GPK.
3. Tempoh Pelaksanaan :
i. Tahun 4 : 11 Mei hingga 22 Mei
ii. Tahun 3 : 6 Oktober hingga 17 Oktober

Prosedur Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3
1. Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian dan berada
dalam keadaan selesa
2. Edarkan kertas jawapan dan kertas soalan
3. Beri arahan kepada murid
a. Tulis nama dan kelas pada borang jawapan
b. Isikan jawapan pada ruang disediakan mengikut soalan
c. Jangan meniru
d. Semak kertas soalan
e. Masa ujian ialah 1 jam 30 minit
4. Arahkan murid berhenti menulis apabila masa ujian tamat
5. Guru / Pengawas hendaklah mengumpul semula kertas soalan dan kertas
jawapan dan pastikan jumlah kertas soalan dan kertas jawapan akur
dengan jumlah murid yang hadir sebelum membenarkan murid keluar dan
kertas soalan hendaklah diserahkan kepada guru Bimbingan dan
Kaunseling

Prosedur Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3
6. Guru kelas hendaklah memeriksa jawapan murid dan memberi skor
7. Guru kelas hendaklah menyerahkan borang jawapan dan skor murid
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
8. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah memasukkan skor murid
dalam fail markah
9. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menyimpan skor murid dalam fail
mengikut kelas dan nama murid mengikut abjad di tempat selamat.
Maklumat skor murid hendaklah disimpan secara hard copy (file) dan sof
copy (sistem)
Ujian Aptitud Am Tahun 3
Peranan JPN - SPP
1. Memberi taklimat kepada Penolong Pengarah Kaunseling,
Penolong PPD PBS dan Penolong PPD Bimbingan
Kaunseling dan Kerjaya Daerah
2. Mengedarkan bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3 kepada PPD
melalui Penolong PPD PBS dan Penolong PPD Bimbingan
Kaunseling dan Kerjaya
3. Melaksanakan pemantauan pengendalian Ujian Aptitud Am
tahun 3 di peringkata PPD
Ujian Aptitud Am Tahun 3
Peranan PPD
PPPD PBS & Bimbingan Kaunseling& Kerjaya
1. Memastikan semua sekolah di bawah PPD telah memuat
turun panduan pentadbiran dan item Ujian Aptitud Am Tahun
3
2. Mengadakan taklimat kepada Guru Besar di PPD masing-
masing berkaitan Ujian Aptitud Am Tahun 3
3. Memastikan pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3 di
peringkat sekolah
Ujian Aptitud Am Tahun 3
Peranan Sekolah Guru Besar
1. Mengadakan perbincangan bersama guru Bimbingan dan
Kaunseling dan guru kelas mengenai pelaksanaan Ujian
Aptitud Am Tahun 3
2. Mengadakan taklimat kepada semua guru di peringkat
sekolah
3. Memastikan guru Bimbingan dan Kaunseling dan guru kelas
melaksanakan Ujian Aptitud Am Tahun 3 berdasarkan proses
kerja yang telah ditetapkan
Ujian Aptitud Am Tahun 3
Peranan Sekolah
Guru Bimbingan dan Kaunseling
1. Memberi taklimat kepada semua murid mengenai
Pentakssiran Psikometrik dan pengendalian dan pengurusan
Ujian Aptitud Am Tahun 3
2. Mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3
3. Menyediak profil berdasarkan skor ujian aptitud am
4. Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan
profil
5. Menyimpan profil dan dokumen berkaitan di tempat yang
selamat dan mematuhi prosedur keselamatan
6. Menyimpan kertas soalan Ujian Aptitud Am Tahun 3 sebagai
bahan rujukan
Ujian Aptitud Am Tahun 3
Peranan Sekolah Guru Kelas
1. Mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3 kepada murid
2. Memeriksa jawapan murid dan menyerahkan skor kepada
Guru Bimbingan dan Kaunseling
3. Menggunakan hasil dapatan profil yang telah dibincangkan
bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk
penambahbaikan perancangan pengajaran dan pembelajaran
serta perkembangan murid

You might also like