You are on page 1of 2

Kesan Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah banyak memberikan kesan atau akibat yang negatif kepada si
penagih dadah. Di antaranya ialah:-


1. Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana
kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang
diperlukan.
2. Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-
bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal
sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutama di
bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)
5. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi
atau gelap.
7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana
bdipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan
gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.
9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal
dan kawalan diri.
Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah
berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti
jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan
individu serta situasi ketika menggunakannya.

You might also like