You are on page 1of 23

Jom Tulis dan Tutur Jawi

1
Jom
Tulis dan Tutur
Jawi
ABU ZAYNAB AL-HUSAINI


Jom Tulis dan Tutur Jawi
2
Dari Lisan Pengarang
Pengenalan: Asal Jawi Dan Sistem Jawi Lama Dan Jawi Moden
Pelajaran 1: Huruf Jawi
Pelajaran 2: Pelajaran 2: Konsonan Khas Pe, Che, Ge, Nge, Ve, Nye ( , )
Pelajaran 3: Vokal A-E-E-I-O-U
Pelajaran 4: Kata Bantu Depan (Di, Ter, Ber, Me, Meng @ )
Pelajaran 5: Kata Sendi Belakang (-An, -Kan, -I, -Lah, -kah @- - - - , - )
Pelajaran 6: Kata Ganti (Se-, Pe-, Pen-, Peng- @ - , - , - , - )
Pelajaran 7: Huruf Ilat Kerana Kemasukan Bahasa Asing
Pelajaran 8: Pelajaran 9: Bunyi -Au, -Ai, -Kang (- - )
Pelajaran 9: Huruf Akhir K Biasanya Ditulis Qof ()
Pelajaran 10: Mula menulis
Pelajaran 11: Semak Bunyi Johor-Riau
Pelajaran 12: Teks Khutbah Eid al-Fitri 1429
Penutup
Jom Tulis dan Tutur Jawi
3
Dari Lisan Pengarang
Buku ini bukan buku permulaan bagi yang tidak tahu menulis, tetapi buku
ini teramat sesuai bagi mereka yang sudah boleh menulis alif ba ta dengan baik
iaitu mereka yang sudah tahu menulis dengan kaedah betul yakni tahu cara
penyambungan hurufnya, biarpun lambat menulis.
Pengarang buku ini tidak mengajak pembaca untuk bertutur bahasa baku
kerana bahasa baku sangat bermasalah dalam penulisan jawi. Oleh itu pengarang
berharap agar pembaca sedia maklum bahasa tulisan jawi ialah berbahasa Johor-
Riau. Hakikat ini pasti sukar diterima oleh sesetengah masyarakat majmuk
Malaysia terutama sekali di Sabah, Sarawak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Bagi masyarakat pantai timur semenanjung Malaysia, mereka tiada masalah
membaca dalam bahasa Johor Riau kerana kitab pondok yang diajar ulama di
sana, sememangnya dibaca dengan bunyi Johor-Riau walaupun pelat
Kelantan/Terengganu tetap tersembul.
Kaedah penyusunan ini berdasarkan apa yang telah saya ajarkan kepada
anak murid saya di sekolah. Mereka lemah dalam Jawi, tetapi selepas
mengajarkan teknik ini, 80% dari mereka menguasai sepenuhnya dan mendapat
kesalahan yang kecil sekitar 5% bagi sebuah cerpen. Ia disusun mengikut skema
tersendiri kerana begitulah IQ bagi murid-murid sekolah rendah setelah saya
mengkajinya.
Sesungguhnya saya berharap ada seseorang dapat membukukan kitab saya
ini untuk dijual atau diedarkan dan saya sesungguhnya memberi izin jika ia
digunakan, diubahsuai, digarap atau didagangkan kerana saya berjuang untuk
JAWI.
Semoga kita dapat mengembalikan kegemilangan jawi dan menjadikan
tulisan jawi sebagai tulisan rasmi di Jabatan Kerajaan mahupun swasta. Insya
Allah.
Ikhlas dari saya,
Abu Zaynab Al-Husaini
(Blogger http://ibnnajib.blogspot.com)
Jom Tulis dan Tutur Jawi
4
Pengenalan: Asal Jawi Dan Sistem Jawi Lama Dan Jawi Moden
Asal usul tulisan Jawi tidaklah diketahui dengan lebih jelas melainkan
pada manuskrip lama seperti Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu.
Ringkasnya, tulisan Jawi mengalami banyak perubahan berdasarkan
bahasa pertuturan dan juga kaedah pemahaman orang awam di Tanah Melayu
atau Malaya atau Malaysia. Sehingga begitu sulit generasi sekarang membaca
manuskrip kuno Tanah Melayu mahupun kitab Turath atau kitab Pondok (juga
disebut kitab kuning).
Manakala bahasa pertuturan bagi tulisan Jawi sudah tentu Bahasa Melayu
Riau yang mana ia masih dituturkan oleh rakyat Johor Selatan (Johor Bahru) dan
Pantai Barat Johor (Kota Tinggi), Singapura dan Riau. Sebagaimana di Riau
yang telah dipengaruhi Bahasa Indonesia, Bahasa Jawi juga telah mengalami
banyak revolusi kerana masalah pertuturan masyarakat majmuk Malaysia. Ini
termasuklah pengaruh bunyi Jawa di pantai timur Johor, pengaruh Baku (Sabah,
Sarawak dan Utara Semenangjung) dan pengaruh pantai timur semenanjung
Malaysia.
Ini hanyalah pendapat saya. Ringkasnya, kalau tidak tahu bercakap Johor-
Riau, sudah tentu anda tidak tahu menulis Jawi. Inilah asasnya dan sebab
mengapa saya tergerak hati untuk menghasilkan buku ini untuk tatapan umum.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
5
Pelajaran 1: Huruf Jawi
Huruf Jawi terdiri dari huruf hijiyah sehinggalah ada beberapa
penambahan huruf sebagaimana yang telah dilakukan oleh Bahasa Urdu, Parsi
dan lain-lain. Huruf hijaiyah ialah seperti berikut:


Saya sengaja tidak memasukkan huruf lam alif () kerana ia merupakan
huruf gabungan sahaja dan tiada masalah mengenainya jika kita sudah sedia
tahu cara menyambungnya. Jika dikira kesemua huruf di atas, dapatlah kita
ketahui bahawa terdapat 29 huruf.
Bahasa Jawi tiada tanda baris fathah, kasrah, dhommah, sukun, tanwin,
ikhfa, izhar, iqlab mahupun idgham. Ia dieja dengan kaedah pertuturan bahasa
Johor Riau. Jika dipecahkan kepada alfabet, maka secara amnya, kita dapati
bunyi setiap huruf hijaiyah adalah seperti jadual di bawah ini.
, , ,
A B D F H J K
, ,
L M N Q R S T
, ,
W Y Z
Apabila melihat jadual di atas, ternyata ada beberapa konsonan dan vokal
yang hilang. Tinggal 24 sahaja dari 29. Jadi adakah ianya hilang selama-
lamanya? Sudah tentu tidak kerana ia akan hadir terutama sekali dalam huruf ilat
dan huruf sendi yang bakal kita pelajari nanti. Disebab itulah kita seharusnya
memahami terlebih dahulu jadual di atas sebelum terus dengan pelajaran yang
berkaitan dengan jadual di atas.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
6
Pelajaran 2: Konsonan Khas Pe, Che, Ge, Nge, Ve, Nye ( , )
Di dalam bahasa Melayu, pasti ada terjumpa ejaan seperti begini:
NYAMAN, VAN, DENGAN, GUNUNG, CEPAT
Maka inilah yang dikatakan konsonan khas, dan ia terdiri daripada enamhuruf
seperti berikut:

nye ve nge ge che pe
NY V NG G C/CH P
Dan inilah faktor mengapa kemasukan konsonan khas oleh pendita bahasa dan
ulama nusantara dibuat semata-mata bagi mengisi tujuan ini. Pada kotak kedua
melintang ialah cara menyebut konsonan tersebut dan kotak ketiga melintang
pula adalah alfabet bagi huruf di atas secara amnya.
Maka tersusunlah tulisan Jawi dalam bentuk tersendiri untuk dipelajari oleh
kanak-kanak di alam persekolahan seperti berikut:


Maka kita telah ada 24+6 huruf jawi asas menjadikannya kesemua sekali 30
huruf jawi. Apabila dicampur dengan huruf hijaiyah yang berbaki lima tadi,
jumlah huruf jawi kesemuanya haruslah 35 huruf. Inilah himpunan huruf jawi.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
7
Pelajaran 3: Vokal A-E-E-I-O-U
Bahasa Melayu mempunyai huruf vokal seperti bahasa Inggeris, cuma ada
penambahan satu lagi bunyi bagi 'E'. Jadual di bawah ialah huruf alfabet dan
bunyinya sekali. Cara bunyi E dalam petak kedua (yang dimerahkan) selepas A
ialah seperti menyebut E bagi EMAK.

A E E I O U
1. Untuk vokal A di atas, penggunaannya seperti mengeja Api ()
2. Untuk vokal E di atas, penggunaannya seperti mengeja Emak ().
Bunyinya di dalam bahasa inggeris seperti bunyi A bagi "a ball, a toy, a junk".
3. Untuk vokal E di atas, penggunaannya seperti mengeja Enak (), Ekor
() dan lain-lain.
4. Untuk vokal I di atas, penggunaannya seperti mengeja Ibu ()
5. Untuk vokal O di atas, penggunaannya seperti mengeja Obor ()
6. Untuk vokal U di atas, penggunaannya seperti mengeja Ubat ()
Jom Tulis dan Tutur Jawi
8
3a. Kemasukan huruf sebelum huruf vokal
Apabila hendak memasukkan huruf hijaiyah sebelum huruf vokal di atas,
maka ada prinsip tertentu pada vokal E (untuk Emak). Lihat jadual di bawah.

Ka Ke Ke Ki Ko Ku
1. Untuk vokal KA di atas, penggunaannya seperti mengeja KAYU ().
2. Untuk vokal KE di atas, penggunaannya seperti mengeja KERAS ().
Catatan: Lihat! Tanda alif dimansuhkan dan hanya tinggal huruf hijaiyah yang
ingin dimasukkan. Inilah prinsip jawi.
3. Untuk vokal KE di atas, penggunaannya seperti mengeja KEM ()
4. Untuk vokal KI di atas, penggunaannya seperti mengeja Itu KITA ()
5. Untuk vokal KO di atas, penggunaannya seperti mengeja KOYAK ()
6. Untuk vokal KU di atas, penggunaannya seperti mengeja KUAT ()
Masih tidak faham lagi? Baiklah saya datangkan lagi contoh kedua pula:

Ta Te Te Ti To Tu
1. Untuk vokal TA di atas, penggunaannya seperti mengeja TANAH ().
2. Untuk vokal TE di atas, penggunaannya seperti mengeja TELAH ().
Catatan: Lihat! Tanda alif dimansuhkan dan hanya tinggal huruf hijaiyah yang
ingin dimasukkan sahaja diletakkan. Inilah prinsip jawi.
3. Untuk vokal TE di atas, penggunaannya seperti mengeja TEKAD ()
4. Untuk vokal TI di atas, penggunaannya seperti mengeja Itu TIDUR ()
5. Untuk vokal TO di atas, penggunaannya seperti mengeja TOLAK ()
6. Untuk vokal TU di atas, penggunaannya seperti mengeja TUAI ()
Dan anda boleh mempraktikkan dengan memasuk apa sahaja huruf hijaiyah
sehingga anda telah mahir menyebutnya.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
9
3b. Kemasukan huruf selepas huruf vokal.
Prinsipnya sama seperti pelajaran 3a, hanya sahaja kita meletakkan huruf
hijaiyah selepas huruf vokal. Cuba lihat contoh di bawah:

AN EN EN IN ON UN
1. Untuk vokal A di atas, penggunaannya seperti mengeja ANTARA ()
2. Untuk vokal E di atas, penggunaannya seperti mengeja ENTAH ()
3. Untuk vokal E di atas, penggunaannya seperti mengeja ENTITI ()
4. Untuk vokal I di atas, penggunaannya seperti mengeja INTAI ()
5. Untuk vokal O di atas, penggunaannya seperti mengeja ONDOH ()
6. Untuk vokal U di atas, penggunaannya seperti mengeja UNTUK ()
Dan anda boleh mempraktikkan dengan memasuk apa sahaja huruf hijaiyah
sehingga anda telah mahir menyebutnya.
3c. Masalah persamaan ejaan
Adakalanya terdapat persamaan ejaan Jawi dengan satu kata benda atau
juga kata perbuatan. Oleh itu, perlulah kuasai bunyi setiap vokal ini. Saya
datangkan contoh antara PEN dan PIN. Kedua-duanya dieja:

Sebagaimana yang telah diterangkan bunyi vokal tadi, huruf ya bagi E dan
I mempunyai fungsi berbeza.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
10
Pelajaran 4: Kata Bantu Depan (Di, Ter, Ber, Me, Meng @ )
Kata Bantu atau Kata Sendi Nama ini merupakan kata penyambung yang
melengkapkan bacaan, melengkapkan satu sifat atau perbuatan, menekankan
satu perbuatan dan juga menunjukkan satu arah lokasi. Biasanya dimasukkan
kata sendiri ini pada kata sifat (Verbs) dan kadang-kala ada juga dimasukkan
kata benda/nama (Nouns).
Di sini saya himpunkan lima kata bantu asas yang sering digunakan. Ianya
tetap dan tidak akan berubah walaupun apa sahaja kata sifat yang memasukinya.
Inilah yang menjadikannya istimewa dan mudah diingati. Lihat hurufnya:
Di Ter Ber Me Meng

Contohnya:
Diambil =
Terambil =
Bermakna =
Memakan =
Mengambil =
dan banyak lagi. Anda boleh cuba dengan memikirkan kata sifat yang lain.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
11
Pelajaran 5: Kata Sendi Belakang (-An, -Kan, -I, -Lah, -kah @ - - -
- , - )
Sebagaimana pelajaran 4, demikian juga pelajaran lima. Yang
membezakan ialah ianya diletakkan pada akhir satu kata sifat, kata nama, dan
kata benda. Saya datangkan lima kata sendi yang biasa digunakan. Lihat jadual
di bawah:
-an -kan -i -lah -kah
- - - - -
comtohnya:
helaian =
hempaskan =
rasai =
baiklah =
bilakah =
Bolehlah dicuba dengan memasukkan apa sahaja kata perbuatan sebagai
kemahiran. Perlulah ditulis agar menjadi mahir menulis Jawi.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
12
Pelajaran 6: Kata Ganti (Se-, Pe-, Pen-, Peng- @ - , - , - , - )
Terdapat juga beberapa kata ganti bagi nama atau sifat atau perbuatan.
Ianya juga asas untuk diingati kerana ia bersifat kekal dan tidak berubah.
Antaranya:
- - - -
Se- Pe- Pen- Peng-
Seorang =
Penyapu =
Penerbit =
Pengaman =
Sebagaimana yang telah diterangkan bunyi vokal tadi, huruf ya bagi E dan
I mempunyai fungsi berbeza. Pen dan Pin Kedua-duanya dieja:

Ejaan bagi kata ganti nama pen- berbeza kerana:


a. Bunyi E bagi Pen (alat tulis) berdasarkan bunyi enak, ekor dan lain-lain lagi.
b. Bunyi E bagi Pen- yakni kata ganti nama pen- itu adalah bunyi E bagi emak,
entah, dan lain-lain lagi. E bagi pen- () dihilangkan huruf alif dan yang tinggal
hanyalah huruf hijaiyah yang dimasukkan sebagaimana yang telah kita pelajari
dalam konsep huruf vokal di awal pelajaran.
Demikianlah latihan yang anda boleh cuba dan jaya. Dan ketahuilah
bahawa anda perlu mengingati dan menghafal pelajaran 1 hingga 5 ini kerana
akan datang yang lebih mencabar iaitu bagaimana hendak menulis jawi.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
13
Pelajaran 7: Huruf Ilat Kerana Kemasukan Bahasa Asing
Huruf ilat bermaksud huruf cacat. Cacatnya ia kerana ia tidak dieja jawi.
Ia terpecah kepada dua iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Inilah yang
berlaku apabila ulama nusantara pada zaman dahulu dan para pandita bahasa
Melayu yang mengekalkan bahasa Arab pada tulisan jawi dan ia kekal sehingga
sekarang.
7a. Bahasa Arab
Huruf ilat ini perlu dihafal dan ianya sekitar hampir 2000 perkataan.
Mengapa? Kerana dalam bahasa Melayu terdapat hampir 2000 perkataan Arab.
Hebat bukan?
Perlukan menghafal kesemuanya? Bagi saya, jawapannya Ya. Mengapa?
Kerana ada satu rahsia yang perlu diketahui bahawa saya telah mahir berbahasa
Arab kerana saya tahu huruf ilat ini dan maknanya. Jadi, secara tidak langsung,
saya telah mempelajari Bahasa Arab melalui Bahasa Ibunda. Itulah yang
membuatkan saya sangat teruja menjadi Bangsa Melayu.
Ibadat Zakat Mahkamah Ulum Syariah

Tahniah Qariah Kariah Mekah Saat

Ini hanyalah beberapa contoh bahasa Arab yang mendapat kemasukan
dalam Bahasa Melayu dan mengekalkan tulisannya. Ada sebilangan kecil yang
berubah tetapi ia terlalu terpencil.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
14
7b. Ilat kerana Bahasa Inggeris
Ia merupakan bahasa moden yang dimasukkan ke dalam Bahasa Melayu.
Kebanyakannya kita tiada masalah mengejanya tetapi 70% murid-murid di
sekolah akan membuat kesalahan ejaan pada huruf G yang melibatkan perkataan
sains yang dimelayukan. Inilah masalahnya kerana kita tidak menyebut bahasa
Inggeris yang dimelayukan ini dengan betul dan tepat.
Tahukah anda kebanyakan huruf G dalam Bahasa Inggeris yang
dimelayukan sebenarnya bukan huruf jim () tetapi berhurf ge (). Masalah ini
berlaku pada perkataan tertentu seperti berikut:
Rumi Teknologi Geografi Giro Geologi
Jawi
Sebutan salah Teknoloji Jiografi Jairo Jioloji
Jadi rahsianya, anda perlu tahu bahawa 50% bahasa inggeris (terutama sekali
melibatkan Sains) yang dimelayukan ini sebenarnya berhurug ge ()!
7c. Ilat kerana berjumpa A dan I di tengah ayat
Masalah perkataan ini sangat terpencil tetapi ianya dalam kategori ayat
yang kerap dituturkan. Perkataannya seperti berikut:
Air Baik Daik Cair

Anda pasti dapat melihat ada yang bersamanya hamzah, dan ada juga
bersamanya tanpa hamzah sedangkan pembinaan hurufnya sama.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
15
7d. Kekalkan ilat kerana memelihara tradisi
Ada antara huruf jawi yang cacat kerana memelihara tradisi kitab pondok,
manuskrip lama dan masalah pertindihan nyata. Ianya tidak banyak tetapi harus
dipelajari dan diingati. Antara hurufnya ialah:
Di

dan ia ditulis sejak zaman-berzaman sehingga sukar diubah dan jika diubah,
maka sesetengah kata sifat yang masuk selepasnya akan rosak.
Kemudian huruf yang seterusnya ialah:
Ini

Ia tidak mengalami perubahan walaupun dimasuki kata sendi akhir. Contohnya:


-
Inilah asas huruf ilat yang perlu diketahui dan perlu dipelajari dengan
hanya memperbanyakkan membaca dan tahu bahasa Melayu.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
16
7e. Ilat Sekekap Ada Sekejap Tiada
Kemudian huruf yang kedua ialah:
Itu

Tetapi ia bersifat cacat sementara kerana ia akan hidup semula apabila mendapat
kemasukan kata sendi akhir. Contohnya:
-
Demikian halnya dengan nasib perkataan berikut:
Ada

Ia bersifat cacat sementara kerana ia akan hidup semula apabila mendapat
kemasukan kata sendi akhir. Lihat contoh berikut:
- - -
Ada lebih 100 jenis perkataan lagi yang mendapat ilat ini tidak termasuk
ilat Arab.
Ilat Arab kebiasaanya menukarkan ta marbutoh () kepada huruf ta ()
apabila dimasukkan dengan kata sendi akhir. Contohnya:
=
Mudah bukan?
Jom Tulis dan Tutur Jawi
17
Pelajaran 8: Bunyi -Au, -Ai, -Ang ( - , - - )
Dalam pelajaran ini, kita akan pelajari kaedah memasukkan asas bunyi ini
iaitu -ai dan -au. Kebiasaannya kita akan temui ia di dalam perkataan lazim
setiap hari tanpa kita sedari. Lihat jadual di bawah ini:
a. bunyi -au
Bau Sau Kau Mau Lau

Contoh ayatnya seperti berikut:
Kerbau Risau Bakau Harimau kalau

Bolehlah dicuba dengan perkataan lain sambil menulis untuk memahirkan
penggunaan bunyi -au ini.
b. bunyi -ai
Kai Sai Tai Mai Lai

Contoh ayatnya seperti berikut:
Pakai Langsai Petai Ramai Pulai

Bolehlah dicuba dengan perkataan lain sambil menulis untuk memahirkan
penggunaan bunyi -ai ini. Tekniknya ialah memasukkan apa sahaja huruf
hijaiyah sebelum -
Jom Tulis dan Tutur Jawi
18
c. Bunyi -ang pula 90% daripadanya merupakan huruf tunggal nge yang mana ia
mendapat kemasukan huruf hijaiyah terbina pada sebelum nge. Kaedah
pembinaannya agak mudah. Lihat jadual di bawah ini:
Bang Cang Dang Kang Lang Mang

Contoh ayatnya seperti berikut:
Terbang Cangkul Rendang Kangkang Helang Mangkuk

Cubalah menulis dan meneka seberapa banyak ayat yang menggunakan tiga
bunyi ini.
Bahasa Melayu Jawi tersusun dengan kaedah fonetik. Banyak sekali
fonetik terutama sekali fonetik kemasukan Bahasa Asing. Pada asasnya, fonetik
Jawi adalah seperti berikut:
a. Dua, contohnya AH ()
b. Satu-dua, contohnya A-KU ( ).
c. Kadang kala dua-satu contohnya GU-A ( ).
d. Kadang kala dua-dua contohnya LA-GU ( ).
e. Kadang kala dengan tiga-dua contohnya SUA-TU ( ).
f. Kadang kala tersusun dengan dua-tiga contohnya PA-KAI ( ).
g. Ada juga dua-satu-dua contohnya CEM-PE-DAK ( ).
h. Ada juga dua-dua-dua, contohnya BA-SI-KAL ( ).
Jom Tulis dan Tutur Jawi
19
Pelajaran 9: Huruf Akhir K Biasanya Ditulis Qof ()
Agak mengejutkan kerana hampir 80% tulisan jawi menggunakan huruf
qaf pada akhir kalimah yang berhuruf "K". Tetapi jangan risau, apa sahaja yang
boleh bersambung dengan kata sendir belakang yakni -kan, kebiasaannya
hurufnya qaf.
Inilah yang menjadikan ianya unik. Tetapi ia bukan unik, kerana begitulah
asal pertuturan Johor-Riau satu ketika dahulu, sebarang wakaf Q akan berbunyi
q seolah-olah ada hukum qalqolah di situ. Tetapi bunyi Q ini akhirnya hilang
dalam lisan melayu dan yang tinggal hanya huruf K sahaja. Contoh bagi ejaan
tersebut ialah:
Letak Pijak Tolak Galak

Katak Lemak Kerak Masak

Perhatikan semuanya berakhir dengan Qaf. Mudah bukan? Dan inilah
sebabnya mengapa ia berakhir dengan huruf Qaf. Ini disebabkan kemasukan
kata sendi -kan akan menjadi rosak atau bertindih sehingga sukar disebut. Lihat
contoh ini:
- - - -
Jadi kesimpulannya, anda tidak perlu risau apakah huruf akhir bagi K atau Q
kerana 80% tulisan jawi menggunakan huruf Qaf. Bakinya yang menggunakan
akhir huruf kaf iaitu 15% kebanyakkannya merupakan huruf ilat Arab dan
Inggeris.
Jom Tulis dan Tutur Jawi
20
Pelajaran 10: Mula Menulis Sambil Membaca

.
.
.
Terjemahan (Sila baca kaedah Jawi!):
Dalem pelajaren ini, kite sudeh mula menyederi behawa sudeh dimulaken pelajeren ini
dengen Jawi. Tideq perlu risau kerane pelajeren yeng kesepuluh ini sanget rendeh lagi
tahepnye. Saye menggalekken ager biasaken diri menulis sembil membace dengen mulut.
Mari kite cube deri susunen asas sehingge susunen yeng penjeng.
Ibu
Ayeh
Datuk
Nenek
Kakek
Abeng
Ciqgu
Kucin
g
Ayem
Dapur

Telivisyen
Radio
Kipes
Sejuk
Panes
Revolusi
Globalisas
i
Benk
Duit
Tilem

Aku
Itu
Ini
Sesiape
Bila
Dimaneke
h
Mendi
Tidur
Maken
Minum

. . -
. -
Jom Tulis dan Tutur Jawi
21
Pelajaran 11: Semak Bunyi Johor-Riau
Dalam pelajaran ini, hanya sekadar sebagai peringatan bahawa jangan
sesekali berbahasa baku ketika membaca jawi. Pastikan huruf E yakni bagi
bunyi emak disebut betul. Ini termasuklah pada contoh pelajaran yang lepas
iaitu:
a. emak seharusnya disebut emek
b. enak seharusnya disebut enek
Pastikan anda tidak tertukar bunyi E bagi enak dengan E bagi bunyi Emak.
c. memakan seharusnya disebut memaken.
d. ubat seharusnya disebut ubet
e. keras seharusnya disebut keres
f. kita seharusnya disebut kite
g. koyak seharusnya disebut koyek
h. tanah seharusnya disebut taneh
i. telah seharusnya disebut teleh
j. tekad seharusnya disebut teked
Pastikan anda tidak tertukar bunyi E bagi enak dengan E bagi bunyi Emak.
k. tolak seharusnya disebut tolek
l. hempaskan seharusnya disebut hempesken
Jom Tulis dan Tutur Jawi
22
Pelajaran 12: Teks Khutbah Eid al-Fitri 1429
-
.
-
Terjemahan (ingatlah, cuba baca kaedah Jawi ini):
Sesiape yeng keadaan usehanye semate-mate berkehendeqkan kehidupen dunya dan
perhiasennye (tanpa mengira halal dan haram), meke kami aken sempurnaken hasil useha
mereke di dunya dan mereke tideq dikurengken sedikitpun pedenye. Merekaleh orang-orang
yeng tideq ade baginye pede hari akhirat keleq selain derepede azab nerake dan pede hari itu
gugurleh ape yeng mereke lakuken di dunya dan batalleh ape yeng mereke teleh kerjeken.
Sekarang, cubalah lagi sekali membaca kaedah ini:
/

. -

.
.

.
.
.

Jom Tulis dan Tutur Jawi
23
.
-
.

:
sumber khutbah: http://ekhutbah.wordpress.com/page/89/

You might also like