You are on page 1of 7

Mohd Redzuan bin Che Ross 901005-08-6017 P6K

Contoh soalan berdasarkan taksonomi bloom


SET 1
1) Aras Pengetahuan
Apakah maksud perkataan leka?

2) Aras Kefahaman
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah.
Ali merupakan seorang pelajar yang sangat gigih berusaha demi mencapai cita-
citanya untuk menjadi seorang doktor.

3) Aras Aplikasi
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I.Kereta abang telah uzur benar dan perlu diganti.
II.Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini.
III.kalau tiada uzur, saya pasti ke rumah awak, kata Pak Ali.
IV.Encik Daud tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur.

4) Aras Analisis
Baca ayat di bawah, kemudian jawab soalan di bawah.
Pertandingan Puisi Pelbagai Kaum yang terbuka kepada semua pelatih di
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya telah mendapat sambutan
hangat.
Rangkai kata sambutan hangat dalam ayat bermaksud?



5) Aras Sintesis
Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi serangkap pantun
yang lengkap.
Masak sebiji di atas peti
Hutang budi dibawa mati
Pisang emas dibawa belayar
Hutang emas boleh dibayar

6) Aras Penilaian
Bandingbezakan kebaikan dan keburukan menonton televisyen.













SET 2
1) Aras Pengetahuan
Di manakah terletak ibu negara Malaysia?

2) Aras Kefahaman
Hani merupakan seorang murid yang rajin membaca buku. Dia digelar
__________ di sekolah tersebut.

3) Aras Aplikasi
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I.Polis cuba mencungkil rahsia daripada orang yang disyaki itu.
II.Aktiviti mencungkil bijih timah di kaki bukit itu giat dijalankan.
III.Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya.
IV.Pertandingan badminton untuk mencungkil bakat baharu akan diadakan
minggu depan.

4) Aras Analisis
Jamilah sentiasa meniupkan semangat kepada farid agar adiknya dapat
berjalan semula.
Apakah maksud rangkai kata meniupkan semangat dalam ayat?

5) Aras Sintesis
Amin lahir pada tahun 1985. Pada tahun bilakah dia menyambut tahun
kelahiran yang ke 28

6) Aras Penilaian
Beri pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan tinggal di asrama.
SET 3
1) Aras Pengetahuan
Siva tidak makan ikan air tawar kerana berbau_________.
2) Aras Kefahaman
Pada malam yang sunyi itu, kedengaran suara orang merungut-rungut. Suara
itu adalah suara keresahan Halim. Nyamuk-nyamuk yang berterbangan di atas
kepala dan mengigitnya telah menganggu tidurnya sejak tadi.
Perkataan merungut-rungut boleh digantikan dengan ?

3) Aras Aplikasi
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul
i. Senyum besar orang itu apabila mendapat pujian daripada majikannya.
ii. Majlis perkahwinan anak bangsawan itu makan belanja yang besar.
iii. Kegawatan ekonomi dunia menjadi masalah besar kepada negara.
iv. Kompleks Mega itu telah dirasmikan oleh orang besar.

4) Aras Analisis
Tiba-tiba aku tersedar
Lamunan yang merugikan terlepas kini
Sejarah hempedu pahit ku lupakan
Kini, ku semaikan benih-benih harapan
Bersama jutaan impian
Aku kan tempuh segala cabaran

Ku semai benih-benih harapan bermaksud




5) Aras Sintesis
Susun semula perkataan-perkataan/frasa-frasa berikut supaya menjadi sebuah
ayat yang sempurna.
yang / terumbang-ambing / perahu / ombak / itu / kecil / dipukul

6) Aras Penilaian
Pilih tanda baca yang betul.
a) Amboi, Cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hedak pergi ke mana,
tanya nenek.
b) Amboi, cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hendak pergi kemana?
tanya nenek.
c) Amboi, cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hendak pergi ke mana? Tanya
nenek.
d) Amboi cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hendak pergi ke mana?
Tanya Nenek.










SET 4
1) Aras Pengetahuan
Tandakan ( B ) pada pernyataan yang benar dan ( S ) pada pernyataan yang
salah.
Kita tidak perlu mematuhi peraturan sekolah. ( )

2) Aras Kefahaman
Mengapakah agaknya Halim menjadi resah ?
3) Aras Aplikasi
Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat.
Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari pekerjaan.

4) Aras Analisis
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara.
II. Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu.
III. Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci.
IV. Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.

5) Aras Sintesis
Susun ayat di bawah mengikut urutan yang betul:
a. kemudian orang ramai menolong mangsa yang cedera.
b. tiba-tiba dia ternampak kemalangan antara sebuah kereta dengan
motosikal.
c. mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital untuk dirawat.
d. Fauzi segera ke pondok telefon dan menelefon polis dan ambulans.
e. Fauzi sedang menunggang basikal di sebatang jalan raya.


6) Aras Penilaian
Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Bincangkan pernyataan tersebut.





RUJUKAN
1. http://wnazi.blogspot.com/2010/09/pembentukan-soalan-berdasarkan.html
2. http://www.smkdms.com/index.php/artikel/akademik/62-aras-aras-dalam-pembinaan-soalan
3. http://diniahfalahiah.blogspot.com/2012/01/kenali-aras-kognitif-taksonomi-bloom.html

You might also like