You are on page 1of 38

Moral merupakan perkataan yang sering digunakan dalam banyak isu dan budaya tetapi

masih belum difahami dengan sepenuhnya. Bill Puka (1976) menyatakan Sekiranya kita
tidak tahu apakah moral kita tidak boleh mengajarnya.
Soalan 1.
Seseorang yang bermoral perlu memiliki dan menguasai ketiga-tiga dimensi moral iaitu
penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Huraikan satu contoh untuk setiap
dimensi moral dalam konteks anda sebagai seorang guru.
Sebagai seorang guru kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai tingkah laku
dan emosi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian sebagai seorang guru perlu
menguasai ketiga-tiga dimensi moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku
moral dalam membentuk tingkah laku pelajar yang bermoral. Moral pada dasarnya berasal
daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore,
1987). Namun, moral merupakan satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku
manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki
sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang
memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula
bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.
Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika
adalah ilmu yang mengkajinya.
Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud
kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta
bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila
atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu.
Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk
individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.
Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing
disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb,
fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan
tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara
umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.



Penaakulan moral
Penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan
berautonomi (bebas). Melalui aspek penaakulan moral ini,
a) Individu dapat memahami sesuatu isu moral.
b) Mengenal pasti alternatif yang ada dan kesannya.
c) Memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap setiap pilihan alternatif itu.
d) Memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional.
f) Rasional, bebas, normatif, tepat, tajam, kreatif, inovatif, kritis.
Sebagai seorang guru kita perlu berupaya membuat penaakulan moral di mana ia
memerlukan pertimbangan atau berfikir secara rasional dan berautonomi ( bebas ).
Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional
berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. Contohnya, seorang murid
telah meniru buat pertama kali dalam peperiksaan akhir tahun kerana ayahnya sangat
garang dan mengugutnya jika dia tidak mendapat tempat pertama, dia tidak akan dapat pergi
ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. Sahsiah murid ini amat
menyenangkan gurunya. Walaubagaimanapun, sebagai guru yang tegas dan adil, guru ini
terpaksa mengambil tindakan mengikut pertauran sekolah.

Emosi moral
Mempunyai emosi moral seperti suara batin, perasaan ini membawa kepada perlakuan
individu secara moral. Emosi moral ini penting untuk mengawal perlakuan, menghalang
individu membuat sesuatu yang bersifat antisosial. Contoh, perasaan empati menyebabkan
seseorang individu membantu orang yang miskin tanpa mengira kepentingan diri.
Inidividu dapat:
a)Mengetahui asal usul sesuatu isu atau situasi.
b) Memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran orang lain.
c) Menyatakan perasaan diri sendiri dalam keadaan yang sama.
d) Membuat keputusan yang adil dan rasional.
empati, simpati, murah hati, kasih sayang, belas kasihan, altruistik, sentimen, berjiwa.

Tingkah laku moral
a) Merujuk kepada segala perlakuan yang dilakukan oleh individu berdasarkan nilai-nilai dan
norma masyarakat. Dapat bertingkah laku moral, iaitu bertindak dengan penuh
tanggungjawab mengikut kemampuan diri terhadap sesuatu keputusan berlandaskan
penaakulan dan emosi moral.
b)Bertanggungjawab, berdedikasi, berprihatinan, bekerjasama.
Pepatah orang-orang zaman dahulu We need a village to raise a child/kita perlu satu
kampung penduduk untuk mendididik seorang individual .
Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan bukan
buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain); yang berkaitan
dengan apa yang betul atau adil.
Ada pelbagai pandangan tentang konsep moral dan konsep pendidikan. Moral
juga bersifat multi-dimensional (Sugarman, 1973). Seseorang yang berpegang pada
pandangan yang tertentu akan mempengaruhi cara fikiran dan hidupnya dan seterusnya
melahirkan insan yang berbeza dari aspek kemoralan. Cara seseorang guru atau ibu bapa
mendidik murid atau anak akan dipengaruhi oleh pandangannya terhadap konsep moral.
Konsep moral dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu kandungan moral, bentuk
moral, dan dimensi moral.
Kandungan Moral
Moral mempunyai sesuatu isi kandungan. Isi kanduangan moral merangkumi dua
aspek, iaitu peraturan masyarakat dan keperibadian manusia yang mulia.
i Peraturan Masyarakat
Manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat membatasi kelakuan dan
kebanyakan perbuatan manusia sendiri supaya manusia tiidak terlalu bebas sehingga 3
mengancam keselamatan dan hak asasi orang lain. Emmet, d.(1966) dalam buku Rules,
Roles, and Relations mengatakan bahawa peraturan manusia tidak wujud sendiri, tetapi
ialah hasil yang terkumpul daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman baru dan lama
dalam kehiduapan manusia. Emmet, d. (1987) terus memberikan penjelasan tentang
tujuan manusia mengadakan peraturan, iaitu manusia lebih cenderung dalam mematuhi
beberapa peraturan dan mengikut adat resam serta kelaziman hidup dalam menghadapi
perhubungan dengan orang lain. Selain daripada itu, peraturan manusia juga boleh
menjimatkan masa kerana ia merupakan satu kriteria rujukan bagi manusia semasa
mereka membuat pemilihan dan keputusan atas sesuatu perbuatan yang perlu dilakukan
oleh mereka. Walau bagaimanapun, kita perlu memahami keperluan untuk peraturan
(yang secara sejagat disahkan sebagai bermoral) dalam masyarakat tetapi tidaklah pula
mematuhinya tanpa berfikir.
Ashmore, Robert B. (1987) dalam buku building a moral system mengatakan
bahawa semua perkara dalam alam semula jadi bertindak mengikut peraturan atau hukum
yang tertentu. Contohnya, semua objek fizikal bertindak mengikut hukum graviti. Hukum-
hukum ini membenarkan kita meramal bagaimana sesuatu badan semula jadi
bertindak. Akan tetapi, selain mengikut hukum-hukum semula jadi ini, manusia boleh
memilih cara mereka bertindak dengan sengaja terhadap sesuatu peraturan, undang-
undang, atau hukuman. Manusia berkebolehan menetapkan matlamat-matlamat hidupnya
mengikut situasi-situasi tertentu, dan memformulakan peraturan-peraturan bagi mencapai
matlamat-matlamat ini. Walau bagaimanapun, mamusia juga boleh melanggar peraturan
peraturan yang ditetapkan mereka sendiri. Kata-kata pujian dan marah, ganjaran hadiah dan
denda bertujuan untuk memperkuatkan pengesahan peraturan-peraturan ini dalam
membatasi kelakuan manusia.
Kepentingan atau fungsi peraturan masyarakat dalam pembentukan insan yang
bermoral membolehkan masyarakat :
1. Mempertingkatkan mutu hidup manusia.
2. Mengembangkan intelek manusia supaya ia berfungsi dengan efektif.
3. Melindungi nyawa manusia dan membenarkan mereka terus hidup.
4. Mempertahankan hak asasi dan kebajikan manusia.
5. Mengelakkan keruntuhan akhlak dan sistem moral dalam masyarakat.
6. Menstabilkan keadaan dan suasana masyarakat. 7. Menjaga keamanan masyarakat.
8. Mewujudkan dan memelihara rukun sosial (social order).
9. Memelihara keamanan masyarakat dengan suasana yang harmonis.
10. Menjimatkan masa dan tenaga individu dalam masyarakat semasa melakukan
sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri dan orang
lain.
Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk semua orang mematuhi semua
peraturan masyarakat dan kita juga tidak boleh memaksa seseorang berbuat demikian.
Oleh itu, apabila segelintir orang tidak mematuhi malah membantah sesuatu peraturan
masyarakat, kita mengharapkan mereka dengan serta-merta mencari jalan penyelesaian
masalah dengan membentuk peraturan-peraturan masyarakat baru yang boleh diterima oleh
semua orang. Jika tidak, huru-hara akan berlaku kerana fungsi-fungsi peraturan masyarakat
yang disenaraikan di atas akan dicabar dan sistem moral akan runtuh dengan
mendadak.
Sebagai kesimpulan, tujuan mengadakan peraturan masyarakat untuk memelihara
kemuliaan manusia dan menjaga ketenteraman masyarakat adalah sama pentingnya. Kita
sebagai insan bermoral tidak sepatutnya mengabaikan kenyataan ini

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu
tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan
dengan kebudayaan, maka tugas pertama berkaitan dengan logik dan estetika manakala
tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika.
WF Connell (1972) pula membezakan tujuh peranan seorang guru iaitu pendidik (nurturer),
model, pengajar dan pembimbing, pelajar (learner), jurucakap dan penghubung terhadap
masyarakat setempat, pekerja pentadbiran serta kesetiaan terhadap perlembagaan.
Dalam Pendidikan Moral, guru memainkan peranan bukan sahaja sebagai agen
moral yang membentuk keperibadian murid-murid, malahan kaedah yang digunakan guru
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan yang
penting bagi memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai. Oleh itu, kita
akan melihat dengan lebih jelas lagi perincian peranan dan tugas guru dalam melaksanakan
dua kaedah pengajaran Pendidikan Moral iaitu kaedah bercerita dan kaedah pameran.

2.1 Peranan Guru dalam Kaedah Bercerita
Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia juga adalah satu siri tindakan guru
yang sistematik untuk mencapai objektif pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya
juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah
penyampaian yang tersusun. Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada
satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun
berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
Kaedah bercerita pula ialah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian pelajar. Bercerita juga boleh mempromosikan minat dalam mana-mana
bahagian kurikulum melalui latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa yang disampaikan.
Secara umumnya, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh
guru yang ingin menggunakan kaedah bercerita dalam Pendidikan Moral. Pertamanya, guru
harus bijak memilih cerita yang sesuai dengan umur, minat dan kecerdasan murid-murid.
Dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, guru-guru telah didedahkan tentang kepelbagaian minat
dan cara belajar murid-murid di dalam sesebuah kelas. Oleh itu, guru harus memilih cerita
yang berkaitan dengan perkara yang diminati murid. Guru boleh mempelbagaikan watak di
dalam cerita yang disampaikan supaya semua murid yang mempunyai pelbagai minat
tersebut dapat memberi perhatian yang sewajarnya semasa guru bercerita. Selain itu, murid-
murid juga lebih senang mengingati isi pelajaran yang berkaitan dengan diri dan persekitaran
mereka.
Perkara kedua ialah guru harus menyesuaikan cerita dengan isi pelajaran yang ingin
disampaikan. Sebagai contoh, objektif pengajaran guru pada hari tersebut adalah supaya
murid dapat menyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap ahli
keluarga. Jadi, guru boleh bercerita tentang kasih sayang seorang ibu yang dibalas oleh
anak yang derhaka; contohnya kisah Si Tanggang yang masyhur. Selain itu, guru juga boleh
mengubah jalan cerita untuk menjadikannya lebih menarik.
Untuk menjadikan kaedah bercerita lebih menarik, guru boleh menggunakan objek-
objek sebenar, objek 3D, gambar ataupun bahan-bahan media seperti audio dan visual
untuk memberikan kesan yang lebih menyeronokkan kepada murid-murid. Ini kerana, murid-
murid mudah hilang fokus terhadap penceritaan yang mendatar dan hanya menggunakan
lisan sebagai medium penceritaan. Aspek kawalan kelas juga dapat ditingkatkan kerana
guru lebih mudah mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada murid-murid dengan
adanya alat bantu mengajar (ABM) atau bahan bantu mengajar (BBM). Kad-kad frasa juga
boleh disediakan oleh guru supaya pengintegrasian subjek lain ke dalam subjek Pendidikan
Moral dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, nilai yang ingin diajar oleh guru ialah hormat-
menghormati. Jadi guru boleh meminta murid untuk mengambil kad frasa dan membina ayat
yang lengkap berdasarkan jalan cerita yang telah disampaikan oleh guru. Oleh yang
demikian, murid-murid bukan sahaja dapat memupuk nilai murni dalam diri malahan
kemahiran bahasa merka juga dapat ditingkatkan melalui kaedah bercerita.
Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat tiga fasa yang harus
diberi perhatian oleh guru yang mana ketiga-tiganya menuntut komitmen dan peranan yang
tinggi daripada guru supaya kaedah bercerita dapat dilaksanakan secara efektif. Fasa
pertama adalah fasa sebelum bercerita. Guru harus memastikan tempat yang akan beliau
gunakan untuk menjalankan kaedah bercerita adalah bersesuaian. Keselesaan menjadi
keutamaan. Adalah disarankan supaya murid-murid dapat duduk mengelilingi guru yang
bercerita jika ruang yang digunakan kecil, guru tidak perlu melakukan banyak pergerakan
dan bilangan murid adalah sedikit. Walau bagaimanapun, jika bilangan murid adalah ramai
maka guru perlulah memberi perhatian terhadap aspek lain supaya suara beliau dapat terus
didengari oleh semua murid. Pastikan juga tiada apa-apa yang menghalang murid daripada
melihat guru yang bercerita.
Guru perlu memastikan semua murid telah bersedia dan memberikan perhatian
sebelum guru mula bercerita. Jika guru tidak mahu sebarang soalan atau gangguan ketika
bercerita, guru haruslah memaklumkan semua perkara tersebut terlebih dahulu agar masa
yang dirancang tidak terbuang begitu sahaja. Murid juga boleh diberi peluang berkongsi
cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman
bercerita yang lebih mendalam.
Fasa kedua ialah semasa bercerita. Guru perlu bercerita menggunakan suara yang
kuat dan jelas. Nada suara juga harus disesuaikan mengikut jalan cerita sama ada suara
tinggi-rendah, perlahan-kuat atau kasar-nyaring. Ekspresi muka juga perlu dipelbagaikan
agar perasaan yang ingin disampaikan oleh guru dalam sesebuah cerita dapat dirasai oleh
murid-murid.
Guru juga perlu membenarkan murid-muridnya untuk mencatat nota sebagai
persediaan untuk perbincangan lanjut pada sesi pembelajaran seterusnya. Namun, hal ini
bukanlah alasan bagi murid untuk tidak memberi perhatian terhadap penceritaan guru. Guru
boleh menyoal, meminta pandangan atau meminta murid menyambung cerita yang
disampaikan oleh guru supaya mereka sentiasa berjaga-jaga dan terus memberi perhatian
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pandangan mata atau eye
contact haruslah sentiasa dititikberatkan oleh guru supaya komunikasi guru-murid akan
menjadi lebih berkesan.
Fasa terakhir ialah fasa selepas bercerita. Guru boleh meminta murid untuk membuat
kesimpulan daripada cerita yang disampaikan guru. Nilai-nilai murni yang dipelajari beserta
contohnya dalam kehidupan seharian juga boleh disoal kepada murid-murid untuk menguji
sejauh mana kefahaman mereka terhadap penceritaan guru.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam kaedah bercerita. Hal
ini kerana, terdapat banyak aspek yang harus dititikberatkan untuk memastikan objektif
pengajaran dapat dicapai, murid-murid dapat memahami isi pelajaran dalam suasana yang
lebih menyeronokkan dan menguji kemampuan guru dalam melaksanakan kaedah ini.

2.2 Peranan Guru dalam Kaedah Pameran
Kaedah pameran ialah kaedah yang menggunakan proses mendengar dan melihat untuk
memberi penjelasan tentang bahan yang dipamerkan. Untuk melaksanakan kaedah ini,
terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian oleh guru bagi memastikan
kelancaran pengajarannya.
Perkara pertama ialah guru harus menentukan objek pengajaran berdasarkan
kemahiran dan kecekapan pelajar. Ini bermakna, objektif yang ditentukan guru boleh dicapai
sesuai dengan kemampuan murid. Jika murid yang diajar mempunyai tahap kecekapan yang
agak rendah, guru bolehlah meletakkan objektif untuk mengukuhkan lagi kecekapan yang
sedia ada ataupun mempelbagaikan kemahiran yang mereka miliki.
Perkara kedua ialah kepelbagaian jenis pameran perlu dipilih oleh guru untuk
dilaksanakan oleh murid-murid. Kepelbagaian jenis pameran bermaksud pelbagai jenis
bahan yang dipamerkan yang merangkumi bahan maujud, carta, bahan audio dan video
serta permainan yang berkaitan dengannya. Guru berperanan sebagai fasilitator yang akan
memantau perkembangan pameran ini.
Guru juga berperanan untuk membantu murid dengan bersama-sama menyediakan
bahan, peralatan dan bekalan yang mempunyai kaitan dengan pameran. Langkah ini penting
untuk menjimatkan sumber yang digunakan serta memastikan setiap bahan dan perlatan
digunakan dengan betul dan berkesan. Setiap peralatan yang terlibat dengan pameran
haruslah diselenggara terlebih dahulu supaya pameran dapat berlangsung dengan lancar.
Selain itu, bantuan daripada guru juga penting untuk memperbetul kekurangan yang terdapat
pada bahan pameran ketika proses pembuatannya lagi.
Seterusnya, guru perlu membuat perancangan yang lengkap terutamanya sekali
mengenai pembahagian tugas dan menerangkan dengan jelas tentang peranan setiap murid
dalam pameran. Apabila semua murid telah jelas dengan tugas masing-masing,
kepincangan dalam proses membangunkan bahan pameran dapat dielakkan. Langkah ini
juga penting untuk memastikan semua murid terlibat dan salah faham mengenai tugas dapat
dielakkan.
Guru juga perlu mengenal pasti sejauh manakah penglibatan dirinya sendiri dalam
kaedah pameran ini supaya murid tidak terlalu bergantung kepada guru keran tugas-tugas
telah diagihkan. Hal ini bererti, setelah tugas dibahagikan kepada murid, guru akan
bertindak sebagai fasilitator yang akan memantau dan memberi bimbingan ketika perlu
sahaja. Ini membolehkan murid-murid lebih berdikari dan membuat tugasan dengan lebih
cermat.
Selain itu, guru juga perlu berbincang dari semasa ke semasa dengan para muridnya
untuk memastikan kejayaan pameran yang dilaksanakan. Murid juga perlulah sentiasa
berjumpa dengan guru untuk meminta pendapat tentang tugasan yang diberikan. Hal ini
kerana, guru memang tidak terlibat secara langsung dalam kaedah pameran. Muridlah yang
banyak memainkan peranan kerana penglibatan yang aktif dalam sesuatu kaedah
pengajaran membolehkan murid lebih memahami apa-apa jua perkara yang diajari.
Tambahan pula, kanak-kanak akan lebih mudah mengingati ilmu jika ia dapat dihayati
menggunakan pancaindera mereka.
Ringkasnya, guru memainkan peranan yang penting untuk memberi bimbingan
kepada murid apabila kaedah pameran dipilih sebagai salah satu kaedah pengajaran moral.
Ia memberi peluang kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan
melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Oleh itu, murid perlulah memahami dengan jelas
tugas mereka seperti yang telah diberikan oleh guru sebelum melakukan apa jua tindakan.

(a) Konsep baik
Menurut kamus pelajar baru perkataan baik membawa memberi faedah atau bagus apabila
menggunakannya. Huraian baik di atas menunjukkan kepada perasaan dalaman individu
terhadap sesuatu yang telah digunakannya. Sebenarnya idea baik itu boleh memberi makna
yang berbeza mengikut situasi atau konteks tertentu seperti :
a)baik dalam konteks pemilihan
b)baik dalam konteks nasihat
c)baik sebab memuji dan bersetuju
d)baik kerana menghargai
e)baik dalam hukuman dan nilaian serta tafsiran
f)baik disifatkan kerana kecekapan

(b) Konsep patut
Dalam etika , patut digunakan dalam tiga aspek yang berlainan. Cuba lihat pada situasi-
situasi berikut :
1.Tindakan patut kita dilakukan bermakna seharusnya dipilih setelah menimbangkan semua
perkara atau tindakan alternative lain. Tetapi tindakan tersebut perlu diberitahu oleh seorang
individu yang mengetahui segala-galanya.
2.Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut juga digunakan untuk
membawa maksud jangan melakukan sesuatu yang seseorang itu patut. Ini bermakna dia
patut membuat sesuatu yang salah, iaitu apa yang dia patut jangan lakukan.
3.Perhatikan lagi penggunaan patut di dalam ayat berikut : Tindakan yang patut saya
lakukan. Ia bermakna satu tindakan yang digemari oleh saya walaupun ia mungkin bukan
tindakan yang unggul.

(c) Konsep benar
Menurut Kant, sesuatu tingkahlaku itu adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau
tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan. Bagi G.E Moore(ahli falsafah Inggeris)
sama ada sesuatu pelakuan dilabel benar atau salah adalah bergantung kepada darjah
keseronokan yang dihasilkan. Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai
kebaikan instrinsik.

4.Hurikan maksud berikut dalam Pendidikan Moral
a) Moral
Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa
maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang
lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan
yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana
moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh
sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis
dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan
yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud
kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta
bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila
atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu.
Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk
individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.
Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing
disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb,
fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan
tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara
umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.


b) Amoral
Amoral dan Immoral .Kata amoral dalam Concise Oxford Dictionary diartikan sebagai
unconcerned with, out of the sphere of moral, non-moral. Jadi, amoral berarti tidak
berhubungan dengan konteks moral, di luar suasana etis, non-moral. Kata immoral
dalam kamus yang sama dimaknai sebagai opposed to morality; moralyy evil. Jadi, immoral
berarti bertentangan dengan moralitas yang baik, secara moral buruk, tidak etis.

C) Etika
Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa InggerisEthic dan bahasa
Greek Ethos yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap
yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.
Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang
berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Menurut Frankena(1973), etika
merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan
pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) pula, beliau mengertikan etika adalah
ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh
manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka. Begitu juga menurut Abdul
Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan
mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu, menurutEncyclopedia Britanica, etika
dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai
sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya.
Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan
ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan menentukan perbuatan yang
dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Erti kata lain, etika adalah aturan atau pola
tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan
buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat . Etika merupakan
tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu
etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral
dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi etika menggariskan beberapa
prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang
salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak.

d) Akhlak
Akhlak boleh ditakrifkan melalui dua pendekatan iaitulinguistic(kebahasaan) dan
pendekatan terminologic(peristilahan). Akhlak dari sudut bahasa berasal daripada perkataan
arab, khuluq yang bermaksud budi pekerti. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan
gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit
tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran.
Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku
manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalah sesuai
dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.
Dari sudut istilah pula, akhlak merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan
atau imej diri berlandaskan kepada ajaran Islam. Erti kata lain, akhlak adalah satu bentuk
tingkah laku yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang mesti dilakukan oleh setiap
individu. Merujuk Ibn Miskawih(w. 421 H/1030 M) yang terkenal sebagai pakar bidang akhlak
terkemuka menerangkan takrif akhlak dari sudut istilah sebagai sifat yang tertanam dalam
jiwa yang mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan tanpa memerlukan pemikiran
dan pertimbangan. Manakala menurut Imam Al-Ghazali (1015-1111 M) yang lebih dikenali
sebagaiHujjatul Islam(pembela Islam) telah mentakrifkan akhlak ialah suatu sifat yang
tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, akhlak ialah
kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.
Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat
dan pembawaan dalam hatinya. Sebagai contoh, analogi berkaitan akhlak ini boleh
diumpamakan seperti pokok dengan akarnya yang membawa maksud tingkah laku atau
perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya. Sama seperti pokok apabila baik
akarnya maka baiklah pokoknya. Jika rosak akar, maka akan rosaklah pokok
dan cabangnya.
TEORI KEMORALAN SOSIAL

Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang
perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Teori ini
merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji secara keseluruhan. Pada
pendapat kami, teori ini sangat berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang berbilang
jenis dan kaum. Teori ini banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang
negara dan amalan sejagat dengan konsep etika. Bagi kami, ia banyak melibatkan amalan
masyarakat.
Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan individu
dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan peraturan moral
yang dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib
diketahui. Peraturan ini tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan
moral ynag telah ditetapkan oleh masyarakatnya.
Teori ini banyak memberikan kelemahan pada memberikan kebaikan. Antaranya
ialah ia banyak menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang
dibuat oleh masyarakat. Selain itu juga, banyak berlaku salah faham, koflik dan ketegangan
kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. Teori ini juga memberikan
kesukaran masyarakat baru untuk menyesuaikan diri dengan moral yang ada kerana masa
dan keadaan telah banyak berlaku perubahan.
Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun
perkara itu bertentangan dengan kehendak hati mereka. Perkara yang paling penting sekali,
ialah tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik dan bagus. Terdapat
juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan akan membawa keburukan.
Ini bermaksud, jika peraturan itu dibuat dengan keadaan yang akan memberikan kesan yang
positif, maka masyarakat akan banyak menerima. Tetapi akan selalunya, perkara seperti itu
sukar untuk berlaku.

Secara keseluruhannya, sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab untuk
memastikan setiap individu perlu memiliki dan menguasai ketiga-tiga dimensi moral iaitu
penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral bagi membentuk insan yang
bermoral dikalangan pelajar dan manusia sekeliling.


Soalan 2
Sejauh manakah konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh melahirkan insan
bermoral. Bincangkan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) juga menjadi teras kepada sistem
pendidikan kebangsaan. FPK ialah gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha
dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan. Semua program dan aktiviti
pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK. FPK yang ideal
diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya mampu
mengangkat taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa.
Menurut John Stuart Mill pendidikan adalah aktiviti memahami potensi yang terdapat
pada seseorang dan seterusnya berbuat sesuatu untuk kesempurnaan tabii. Sebagai yang
terdapat dalam FPK pula, pendidikan adalah untuk perkembangan secara seimbang dan
harmonis unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan unsur intelek, rohani,
emosi dan jasmani tidak boleh secara terasing (compartmentalised) antara satu sama lain.
Seharusnya perkembangan perlu berlaku secara bersepadu (intergrated) dan berpaksikan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penekanan hanya kepada mana-mana
satu unsur hanya akan menjadikan individu yang tidak seimbang. Seterusnya tujuan
pendidikan adalah ke arah melahirkan warganegara yang berpengetahuan, berketrampilan,
berahklak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri hingga
seterusnya dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Dalam membangunkan insan, pembentukan sahsiah adalah antara perkara yang
penting. Usaha ini bagi membentuk generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian
dan akhlak yang tinggi. Ketinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap
individu pelajar terutamanya remaja akan menjadi teras kepada pembangunan negara. Pada
usia muda, remaja pelajar mudah terpengaruh dengan hedonisme yang boleh membawa
kepada aktiviti sosial yang kurang berfaedah seterusnya membawa ke kancah maksiat
seperti mabuk, menagih dadah, merempit, melacur diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala
tersebut perlu dibenteras dan langkah-langkah perlu diambil untuk menanganinya sebelum
ia merebak dan menjadi semakin berleluasa. Justeru, pembangunan insan yang
komprehensif melalui pendidikan diharap akan dapat membendung gejala sosial daripada
terus menular.
Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlu
mempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional; membuat keputusan
dengan tepat dan menyelesaikan masalah dalam kehidupannya secara bijaksana. Pemikiran
kreatif dan kritis perlu diperkembangkan secara seimbang. Perkara ini penting kerana
didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif tanpa memikirkan secara kritis akan
kesan-kesannya. Sebagai contoh ramai remaja yang menunggang motorsikal dengan
pelbagai gaya atau aksi rempit tanpa secara kritis memikirkan kesannya jika mengalami
kemalangan. Selain itu, individu yang terdidik perlu mempunyai kemampuan untuk
berkomunikasi dengan berkesan; berinteraksi dengan persekitaran; dan dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan. Individu juga perlu mempunyai keimanan
dan kepatuhan kepada tuhan bagi melandasi segala aktiviti dalam kehidupannya

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan negara lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
negara yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta negara
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Matlamat falsafah pendidikan guru ialah membina negara guru yang berakhlak mulia,
berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan
berkesan. Kedua ialah mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam
bidang keguruan dan yang ketiga ialah meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru
terlatih secara berkesan.- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-
sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

1.0 Model Konseptual Pendidikan Guru

Model Konseptual Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata
pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di bawah:

Model konseptual pendidikan guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi
utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan
dalam program yang dirancangkan seperti berikut:

Ketuhanan : Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu
sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan : Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai
agen perubahan.
Kendiri : Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme,
pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.
Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina
kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan
bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru
yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai
keguruan.

Kurikulum Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah digubal dengan
mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan
nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut:

Pengetahuan : Merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran
dalam KBSM serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Kemahiran : Merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran
berkomunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi Negara
berilmu dan pedagogi. Pembinaan dan pengukuhan aspek how to
dengan negara tumpuan kepada pengintegrasian teknologi maklumat
dalam pelaksanaan kurikulum.

Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni
keguruan yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang
penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, inovatif, kreatif,
berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion perguruan.

Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan Negara akan memperkembangkan
lagi potensi individu secara dan bersepadu untuk mewujudkan negara yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kapatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
tinggi, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.

Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan
penghayatan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidupsebagai hamba allah yang mempunyai tanggungjawab
untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara. Negara akan mencapai
kebahagiaan di dunia serta kesejahteraan di akhirat.

Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.

2.0 Kod Etika Perguruan Malaysia
Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan
negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
2.21 Maksud Etika
Satu 17egara dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1995)
Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran
dan ketakwaan kepada Allah.
2.22 Maksud Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan 17egara penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion
dalam masyarakat.

2.23 Skop Etika Profesional
Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli 17egara17ional kecuali hal-hal yang
benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.

2.24 Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod
etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat
keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana
kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan atnara ahli dalam organisasi

2.25 Ciri-ciri guru berkualiti dan professional
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik
unggul pada setiap masa.
Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas.
Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan
ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.



2.3 Matlamat pendidikan guru
Berdasarkan kepada falsafah pendidikan guru yang tersebut sebelum ini, maka
matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi,
profesional, sosial dan amalan tingkah laku seperti menguasai ilmu, kemahiran dan amalan
nilai-nilai keguruan serta berupaya mencapai kecermerlangan pendidikan untuk pngisian
tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke-21.
Faktor penting yang menggerakkan kelancaran sistem pendidikan ialah guru atau
pendidik. Guru adalah kumpulan pelaksana pendidikan formal yang diamanahkan untuk
merancang, melaksana dan menilai kesan pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana
tanggungjawab guru terhadap kejayaan misi dan pengisian wawasan pendidikan adalah
tinggi maka wajarlah program pendidikan guru sentiasa dikemas kini supaya selaras dengan
perubahan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan negara.
Dari segi penyediaan guru, falsafah Pendidikan Negara berhasrat menyediakan guru
yang seumur hidupnya mencari ilmu dan mengamalkannya serta boleh menjadi model
kepada insan terdidik pelajar dan masyarakat.
Perancangan dan pelaksanaan pendidikan guru dalam kurikulumnya mengambil kira
matlamat menyediakan guru berkualiti yang dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai
guru yang berkesan. Antaranya guru yang berpengetahuan, berkemahiran mempunyai nilai
murni serta bersikap positif.

2.4 Peranan guru sebagai pendidik di dalam kelas
Guru haruslah membimbing murid-muridnya di dalam kelas agar menjadi
warganegara yang dapat memberi sumbangan kearah kesejahteraan keluarga, masyarakat
dan Negara. Hal ini, akan dapat merialisasikan wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas
perdana menteri Malaysia yang ke-4 iaitu . Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad. Disamping itu,
Malaysia akan dapat melahirkan ramai pemimpin generasi baru yang berkualiti dari segi
aspek rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial. Oleh itu, peranan guru di dalam kelas
sangat penting kepada generasi muda kerana dapat melahirkan warganegara yang
berwawasan.
Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan
dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR serta pengetahuan ikhtisas
keguruan.
Sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa menambah pengetahuan am dan
pengetahuan dalam mata pelajaran. Jika kita mengajar subjek Sains, maka kita hendaklah
sentiasa berterusan mendalami ilmu Sains agar pengetahuan kita sentiasa bertambah. Ada
kata-kata tokoh ilmuan yang mengatakan bahawa mempelajari ilmu tiada penamatnya. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa sebagai seorang guru kita hendaklah berterusan menimba
ilmu. Semasa di dalam kelas, guru boleh memberi beberapa contoh berdasarkan
pengetahuan am dan pengetahuan terhadap subjek tersebut. Oleh itu, murid-murid akan
mudah untuk memahami sesuatu kerana memperoleh pelabagai contoh daripada guru
mereka.
Langkah seterusnya ialah mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras
dengan Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara
suatu masayarakat bersepadu, demokratik, progresif dan berdisplin.
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.
Sebagai seorang guru, kita wajarlah mengamalkan falsafah pendidikan guru dalam
kehidupan harian. Hal ini akan membolehkan kita melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas secara berkesan. Pembentukan modal insan adalah di tangan
seorang guru di dalam kelas. Guru akan menyemaikan nilai-nilai murni dan mendisplinkan
murid-muridnya. Perpaduan juga haruslah dititikberatkan oleh seorang guru kerana ia
termasuk dalam Falsafah pendidikn guru. Di samping mengajar di dalam kelas, guru juga
haruslah mendidik murid-murid supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia. Hal ini akan
menjadikan sekolah sebagai satu pusat melahirkan generasi yang berguna kepada diri,
masyarakat dan negara.
Seterusnya, peranan guru di dalam kelas ialah menyemai dan memupuk amalan
nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Guru.
Etika keguruan haruslah dipatuhi dan di amalkan oleh setiap guru yang mengajar di
dalam kelas. Amalan seperti menghormati orang tua, bersopan santun dan tolong-menolong
haruslah sentiasa di dedahkan di dalam bilik darjah. Guru juga haruslah menunjukkan
contoh yang baik kepada anak muridnya agar murid-murid mengamalkan amalan nilai-nilai
murni dalam kehidupan. Guru juga haruslah sentiasa memberi teladan yang baik kepada
pelajar. Di samping mengajar, guru boleh memupuk nilai-nilai murni selaras dengan etika
keguruan yang di amalkan oleh setiap guru di sekolah. Hal ini kan menjadikan suasana di
dalam kelas lebih komprehensif dan ceria kerana semua pelajarnya mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan harian.
Peranan yang keempat ialah menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti
sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi
memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa hadapan.
Sebagai umat Islam kita juga dituntut supaya mencari ilmu dan mengamalkannya.
Sebagai contoh kita mempelajari Al-Quran dan setelah mengetahuinya kita haruslah
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Guru mempunyai tanggungjawab untuk
mendidik anak muridnya supaya menjadi insan yang berguna pada suatu hari kelak. Selain
daripada melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik, guru juga boleh menyampaikan
ilmu-ilmu tambahan yang kepada pelajar mereka.
Pendidikan masa kini banyak menggunakan teknologi seperti komputer riba. Oleh itu,
sebagai seorang guru kita haruslah melengkapkan diri kita dengan teknologi baru ini.
Semasa di dalam kelas, kita haruslah mendedahkan murid-murid terhadap teknologi baru ini
dengan membuat persembahan video sebagai bahan bantu mengajar. Hal ini tidak akan
berlaku jika guru tidak mempelajari ilmu dan mengamalkannya. Seorang itu akan terus
berada di tompok yang lama kerana dunia sekarang semakin maju dan teknologi semakin
canggih. Sebagi insan guru yang peka terhadap perubahan dunia, kita hendaklah sentiasa
mempelajari sebanyak mungkin ilmu dan mengamalkannya di dalam kelas agar
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Peranan yang terakhir ialah menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta
nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.
Ilmu tidak akan datang sendiri tanpa kita berusaha mencarinya. Guru ialah insan
serba boleh dan mempunyai pelbagai kemahiran. Kemahiran mendidik bergantung kepada
kreativiti individu itu sendiri. Jika guru mempunyai kemahiran mendidik di dalam kelas,
nescaya guru tersebut akan dapat merangsang perkembangan pelajar. Semasa di dalam
kelas, guru hendaklah menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba,
jadual gamba rajah dan permainan uji minda agar suasana di dalam kelas menjadi menarik
dan menyeronokkan. Hal ini akan menyebabkan murid-murid minat untuk datang ke sekolah
dan menghadiri kelas tersebut. Sebaliknya akan berlaku jika guru tersebut tidak mempunyai
kemahiran mendidik serta tidak mengamalkan nilai keguruan di dalam kelas, maka murid-
murid akan cepat berasa bosan dan tidak minat untuk menghadiri kelas berkenaan.
Oleh itu, guru haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran mendidik di dalam
kelas. Pengalaman itu sangat penting dan harus di lalui oleh insan guru. Nilai keguruan juga
haruslah sentiasa diamalkan kerana sebagi seorang guru kita ialah contoh di dalam kelas.
Murid-murid akan mengikut apa yang dilakukan oleh guru mereka. Oleh itu, teladan yang
baik haruslah sentiasa ditunjukkan kepada murid-murid di dalam kelas.











4.0 Bibliografi

H, Poh Swee. (2005). Kemahiran Berfikir Kurikulum Kursus Persediaan Program Sarjana
Muda Pendidikan. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Munir Shuib, Azlena Zainal. (2008). Aktiviti Berfikir. Petaling Jaya Selangor: Prentice Hall.


J. Lyons. (1995). Jilid satu bahasa natural dan tatabahasa sejagat, esei dalam teori linguistik.
Batu caves, kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka

Asmah haji omar. (1998). The malay people ang their languages. Kuala lumpur: dewan
bahasa dan pustaka.

J. Lyons. (1992). Bahasa dan linguistik satu pengenalan. Ampang, selangor darul ehsan:
dewan bahasa dan pustaka

Idris mohd radzi, dahlia janan. (2006). Mengajar dan belajar bahasa melayu. Tanjung malim:
penerbit upsi

Adnan akmajian. (1995). Linguistik: pengantar bahasa dan komunikasi. Kuala lumpur: dewan
bahasa dan pstaka







Soalan 3
Mengapa ramai pemimpin dunia menggunakan aliran Utilitarisme semasa memerintah?
Sebelum mengupas soalan ini dengan lebih lanjut lagi, saya akan memberikan
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Utilitarisme. Utilitarianisme memberi maksud
berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan
yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau
kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Utilitarianisme
juga adalah fahaman atau aliran dalam filsafat moral yang menekankan prinsip manfaat atau
kegunaan (the principle of utility) sebagai prinsip moral yang paling dasariah. Etika
utilitarianisme menganggap bahawa sesuatu itu dapat dijadikan sebagai norma moral kalau
sesuatu itu berguna. Kegunaan atau manfaat suatu tindakan menjadi ukuran normatif.
Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).
Pengasas bagi permulaan teori ini ialah Jeremy Bentham (1748-1832) dan
seterusnya dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873) Jeremy Bentham,
mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan,
manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu keseronokan. Bagi John Stuart
Mill pula, beliau membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill
mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurutnya, petunjuk kualiti keseronokan adalah
seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama, objektif/subjektif. Faktor yang boleh
mempengaruhi keseronokan pula, ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam
tindakan dan kesihatan yang naik. Beliau menjelaskan bahawa Prinsip Kebahagian
Terbanyak yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar
atau pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu.
Keseronokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan
yang diidamkan. Terdapat juga penyokong bagi kenyataan ini pada masa itu, iaitu Quinton
(1973), menganggap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh nilai
natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentu nilai berkenaan ialah keseronokan dan
kesakitan yang wujud bersama.
Utilitarisme dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Act Utilitarism dan Hedonistic
Utilitarianism. Ciri pertama iaitu Act Utilitarism adalah merekod akibat sesuatu perbuatan
sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act
utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak
bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja bermanfaat. Ciri
yang kedua ialah Hedonistic Utilitarianism iaitu mengambil kira kegembiraan, kesan
daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk
menentukan benar atau salah (moraliti ) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira
kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan yang meningkatkan ciri kesetiaan dalam
persabahatan sehingga mencetuskan ciri kegembiraan.
Utilitarisme yakni, bahawa kita harus bertindak sedemikian rupa sehingga
menghasilkan akibat-akibat sebanyak mungkin dan sedapat dapatnya mengelakkan akibat-
akibat buruk. Kebahagiaan tercapai jika ia memiliki kesenangan dan bebas dari kesusahan.
Suatu perbuatan dapat dinilai baik atau buruk sejauh dapat meningkatkan atau mengurangi
kebahagiaan sebanyak mungkin orang. Menurut prinsip utilitarian Bentham: kebahagiaan
terbesar dari jumlah orang terbesar. Prinsip kegunaan harus diterapkan secara kuantitatif,
kerana kualiti kesenangan selalu sama sedangkan aspek kuantitinya dapat berbeza-beza.
Dalam pandangan utilitarisme klasik, prinsip utilitas adalah kebahagiaan terbesar dari jumlah
jumlah terbesar (the greatest happiness of the greatest number). Menurut Bentham prinsip
kegunaan tadi harus diterapkan secara kuantitatif belaka.
Akhirnya, Bentham mengatakan bahawa keuntungan bagi sebuah filsafat moral
berdasarkan prinsip utilitarian. Mulai dari prinsip utilitarian adalah bersih (dibandingkan
dengan prinsip-prinsip moral lainnya), memungkinkan bagi sasaran dan diskusi publik, dan
memungkinkan keputusan dibuat untuk di mana terlihat konflik (prima facie) keinginan yang
legitimate. Selanjutnya, dalam mengira kenikmatan dan penderitaan terlibat dalam
membawa sebuah masalah aksi (the hedonic calculus), ada sebuah komitmen fundamental
terhadap persamaan darjat manusia. Prinsip utilitarian mengandaikan bahawa one man is
worth just the same as another man ada garansi bahawa dalam menghitung the greatest
happiness setiap orang dihitung satu dan tak lebih dari sekali.
Pandangan Jeremy Bentham sangat berbeza, dan beliau menjelaskan bahawa jangan
terburu-buru menilai mana yang baik dan mana yang salah, kerana semuanya itu harus
ditetapkan dan bertujuan untuk memberikan kebaikan pada orang yang paling banyak.
Dengan kata lain, Kant menempatkan benar terlebih dahulu, baru yang baik, sedangkan
Bentham menempatkan baik terlebih dahulu, baru benar. Model atau mahzab yang dianut
Kant disebut Kantian, sedangkan model atau mahzab yang dianut Bentham disebut
Utilitarianis. Bagi seorang Utilitarianis, dia akan melakukan pembohongan, dengan alasan
menyelamatkan nyawa lebih penting, dan apakah berbohong itu salah, Utilitarianis akan
mengatakan ia itu salah, tetapi menyelamatkan nyawa adalah hal yang baik untuk dilakukan.
Dalam hal inilah, baik dan benar ternyata tidak selalu seiring dan sejalan. Kesimpulan dari
aliran Utilitarisme ini adalah Teori kebahagian terbesar yang mengajarkan manusia untuk
meraih kebahagiaan (kenikmatan) terbesar untuk orang terbanyak. Kerana, kenikmatan
adalah satu-satunya kebaikan intrinsik, dan penderitaan adalah satu-satunya kejahatan
intrinsik. Oleh sebab itu, Bentham memperkenalkan prinsip moral tertinggi yang disebutnya
asas kegunaan atau manfaat (the principle of utility).
Kekuatan utilitarisme terletak dalam Rasionaliti tindakannya: tindakan harus dipilih
dan dipertanggungjawabkan (maka juga menekankan tanggungjawab) apakah berguna bagi
sebanyak mungkin orang atau tidak. Utilitarisme menciptakan suasana bertanggungjawab.
Segala tindakan moral tidak dapat dikatakan benar, meskipun sesuai peraturan abstrak
sebelum dipertanggungjawabkan dari akibat-akibatnya terhadap semua pihak.
Universal akibat atau keberlakuan tindakannya: mengatasi egoismetis, utilitarisme
berikhtiar mencapai kebahagiaan semua orang. Utilitarisme menuntut perhatian terhadap
semua kepentingan semua orang yang terpengaruh akibat tindakan itu, termasuk pelaku itu
sendiri
Empat unsur menjadi kayu ukur utilitarisme iaitu mengukur moraliti sebuah peraturan
atau tindakan dari akibat-akibatnya, akibat-akibat yang ditimbulkan adalah akibat yang
berguna, nilai utilitarisme adalah (eudemonisme) tindakan yang betul dalam erti moral
adalah yang mengundang kebahagiaan dan Utilitarisme menuntut agar kita selalu
mengusahakan akibat baik atau nikmat sebanyak-banyaknya. Maka dari itu apabila aliran
utilitarisme ini dikorelasikan dengan cara beretika yang sesuai dengan profesinya iaitu
sebagai contoh Degradasi Kepercayaan Masyarakat Terhadap Kinerja Pemerintah Saat Ini.
Bermula dari permasalahan dan keadaan masyarakat yang semakin prihatin,
penyelesaian masalah-masala tidak selesai terjadi pada demontrasi dan tindakan-tindakan
anarkis lainnya. Hal tersebut memberikan bukti bahawa telah terjadi kemerosotan
kepercayaan masyarakat terhadap pemerintah. Sebagai akibat masalah-masalah kroni yang
belum dapat diselesaikan dengan baik serta kebijakan-kebijakan yang dilakukan pemerintah
belum menyentuh akar permasalahan yang dihadapi masyarakat. DATA menyebutkan,
peringkat indeks korupsi (IPK) Indonesia tahun lalu di posisi 111. Pada 2008 posisi
Indonesia naik, yakni peringkat 126. Untuk 2009, Indonesia di posisi 5 lingkungan ASEAN
atau lebih rendah dibandingkan Brunei Darussalam, Malaysia, dan Thailand. Keadaan saat
inilah, yang menyebabkan kepercayaan masyarakat kepada pemerintah semakin merosot
kerana hak-hak rakyat diabaikan. Kesimpulan yang dapat diambil dari kajian ini adalah
ditinjau dari segi filsafat pemerintahan memerlukan suatu fahaman pemikiran yang dianggap
tepat guna segera keluar dari krisis yang berpanjangan. Suatu fahaman atau teori yang
dapat menjadi sumber bagi pembaharuan hukum dan sosial politik sekaligus panduan dalam
pemerintahan.. Utilitarisme merupakan salah satu teori dalam filsafat moral yang mengukur
tingkat moraliti berdasarkan nilai kegunaan. Prinsip utamanya adalah suatu tindakan dapat
dibenarkan secara moral apabila akibat-akibatnya menunjukkan kebahagiaan sebanyak
mungkin orang yang berkaitan.
Otoriti yang diterapkan dalam teori utilitarisme bukan bererti sewenang-wenangnya
pemerintah dalam mengambil keputusan. Hal ini untuk membentuk citra ketegasan
pemerintah sebagai seorang pemimpin. Diharapkan pemimpin agar tidak ragu-ragu dalam
menetapkan suatu keputusan. Keraguan hanya membuat masyarakat semakin memandang
pemimpin tidak mampu menjalankan kepemimpinannya yang mengakibatkan hilangnya
wibawa di mata rakyat. Keputusan yang baik adalah keputusan yang memberikan kesan
positif kepada masyarakat , meski ada beberapa hal yang harus dikorbankan.
Ramai juga pemimpin dunia menggunakan aliran Utalitarianisme semasa memerintah
disebabkan oleh ciri-ciri utilitarianisme itu sendiri iaitu pertama
Kritis. Utilitarianime berpandangan bahawa kita tidak boleh begitu saja menerima norma
moral yang ada. Utilitarianisme mempersoalkan norma itu. Sebagai contoh, seks sebelum
nikah. Bagi penganut utilitarianisme, seks sebelum nikah itu belum tentu buruk. Harus
dianalisis dulu apakah kegunaan seks pra nikah itu. Apakah akibat baik yang ditimbulkan
seks pra nikah itu lebih besar daripada akibat buruknya. Kalau akibat baiknya lebih besar
maka seks pra nikah itu bukan saja tidak dapat dilarang tetapi wajib dilakukan. Kalau akibat
buruk seks pra nikah itu lebih besar maka seks pra nikah itu wajib dilarang.
Kedua,rasional. Utilitarianisme tidak menerima saja norma moral yang ada. Ia
mempersoalkan dan ini mengandaikan peran rasio. Utilitarianisme ini bersifat rasional
kerana ia mempersoalkan suatu tindakan itu berguna atau tidak. Dalam masalah seks pra
nikah tadi, utilitarianisme mempersoalkan sebab-sebab seks pra nikah dilarang.
Ketiga,Teleologis. Utilitarianisme itu bersifat teleologis kerana suatu tindakan itu dipandang
baik dari tujuannya. Ertinya suatu tindakan itu mempunyai tujuan dalam dirinya sehingga
dapat dipandang baik.
Keempat,Universalis. Semboyan yang terkenal dari utilitarianisme adalah sesuatu itu
dianggap baik kalau dia memberi kegunaaan yang besar bagi banyak orang. Hal ini sering
dipakai dalam bidang politik dan negara. Contoh, di kota A akan dibangun jalan tol kerana itu
beberapa rumah akan kena roboh. Dengan alasan demi kepentingan yang lebih besar dan
kepentingan orang ramai, pemerintah akan meminta mereka yang rumahnya kena roboh
agar berpindah. Tindakan merobohkan ini dianggap benar kerana pengrobohan itu dilakukan
demi kepentingan yang lebih besar dibandingkan kepentingan mereka yang rumahnya
dirobohkan.

Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan
sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap
orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.
Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).
Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya
dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873).
Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi
kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu
kesenorokan.

Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara keseronokan
dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut Mill,
petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama
objektif/subjektif, dan. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan,
pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.

Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan
Terbanyak yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut
kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu.
Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan
yang diidamkan.

1.1.3 Penyokong:
Quinton (1973), menganggap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan
ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentu nilai berkenaan ialah
kesenorokan dan kesakitan yang wujud bersamanya.

1.1.4 Jenis dan Ciri-ciri:
Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat
bolehnya disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil act utilitarinisme. Kita harus
bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan
tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya
tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul.

Jenis-jenis Utilitarianism:

Act utilitarianism:
Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral
atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism. Misalnya aktiviti
riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut
sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan.

Hedonistic utilitarianism:
Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu
tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar
atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya.
Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan
persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi
membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.

Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut:

(a.) Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan
pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.

(b.) Istilah kebahagiaan: Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.


1.1.5 Contoh yang berkaitan:

(a.) Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme
Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu mesti
menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan dianggap
wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi
kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme menyokong tindakan mengebom
bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan
perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak Jepun menang, dunia ini akan hilang sifat
kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.

(b.) Pandangan tentang peraturan yang bermoral
Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi
semua yang terlibat. Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam
kampus perguruan.

(c.) Tindakan mencuri
Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan
kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang
yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.

1.1.6 Kelemahan-kelemahan teori ini:

1. Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan sukar
untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu adalah berbeza.
2. Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah tidak
sama dengan orang lain.















Soalan 4
Mengapakah Teori Keperibadian sukar dijadikan asas kemoralan?

Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan
mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini berkait
rapat dengan kaedah seikap baik dan sifat-sifat seorang insan bermoral. Keperibadian
mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia bukanlah perasaan atau kebolehan dan
kekuasaan manusia merasai kerana seseorang itu tidak boleh dipuji atau dikeji dan
dikatakan baik atau jahat hanya sebab perasaannya atau kerana dia berupaya merasai.
Keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan oleh alam semulajadi. Sebaliknya cara untuk
memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi
satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokan.
Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi menerusi latihan hingga
menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian mulia merupakan jalan
tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan
dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah, jahat buruk dan tercela. Cara yang betul ialah
mengambil pendekatan secara sederhana dan pertengahan.
Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang diberikan terhadap teori ini. Pertama
sekali, terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.
Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah
sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan sederhana berbeza antara
setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang
boleh diukur secara berterusan.
Sebagai contoh, dapat kami berikan disini ialah dalam permainan bola
sepak. Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan
pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang bagus
dan baik. Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap pemain perlu melakukan latihan
yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain perlulah positif dan berdisiplin. Pemain juga perlu
bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak selepas memenangi sesuatu
perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk.
Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral.
Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah yang
patut saya lakukan?" Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada
abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle.
Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat
dua jenis keperibadian mulia iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia
moral.

Aristotle berpendapat keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal
seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap
bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru.

Aristotle juga menganggap, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu
secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut
Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak
dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap
diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.

Oleh itu seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:
Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan
Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai
Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan
keburukan
Berpegang kepada prinsip
Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan
Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan

Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC 322 BC) ini telah meletakkan moral sebagai
sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah sesuatu yang tidak
keterlaluan dan mengambil jalan tengah.

Bagi pandangan Aristotle, melakukan sesuatu dengan berlebihan atau berkurangan adalah
jahat dan tercela. Islam dalam pada masa yang sama juga telah menegaskan bahawa umat
Islam yang baik adalah umat Islam yang sederhana. Seperti firman Allah:

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu
melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.

(al-Baqarah: 190).

Selain itu, firmanNya lagi:
Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami
jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan (pilihan lagi adil), supaya
kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan Rasul itu
(Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu. (al-Baqarah: 143).

Dalam isu-isu berkaitan dengan akal dan wahyu, dunia dan akhirat, material dan spiritual
atau individu dan masyarakat, Islam telah menggariskan sesuatu yang sederhana dan
hikmah.

Walau bagaimanapun, Islam tetap menyokong kritikan terhadap teori ini yang menyatakan
bahawa kadar sederhana itu tidak boleh diaplikasikan dalam semua keadaan terutama sekali
bagi kelakuan yang memang jelas tidak baik dan tercela.

TEORI KEMORALAN SOSIAL

Kemoralan Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan masyarakat dengan
konsep etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum,
tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga menitikberatkan tanggungjawab setiap individu
bagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan
kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. Peraturan
masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan
pantang larang. Kesemua ini adalah bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya, setiap
kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan
keharmonian sesebuah masyarakat.
Ciri-ciri kemoralan Sosial
1. Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah
supaya wajib dipatuhi.
2. Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai
matlamat etika.
3. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral
yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

Kelemahan kemoralan sosial ialah :
a) Ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai peraturan moral
masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan yang lain. Ini
boleh mengakibatkan berlakunya pepecahan dan membawa kepada ketegangan dan konflik
sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif mempertahankan peraturan moral masing-
masing.
b) Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel, contohnya
kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa. Peraturan
yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing seseorang
menghadapi semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan sentiasa berubah.
c) Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh
masyarakat.

d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral.

e) Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan
kehendak hati mereka

f) Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam ditinggalkan

g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan
yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan. Contoh: diskriminasi
kaum dan lain-lain.


3.2.4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA (VIRTUE)

Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa kecenderungan untuk mencapai sesuatu
tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna. Keperibadian mulia ialah
teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seseorang
individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi
piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia
dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak
dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi
atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga
menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan.
Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan
salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti
terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia:
a. Keperibadian mulia intelektual; dan
b. Keperibadian mulia moral.
Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan
memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual
ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu, keperibadian mulia moral tidak
terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan
dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita
bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi
menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan,
menyenangkan serta menyeronokkan.

Ciri-ciri Keperibadian Mulia
Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan;
b. Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai;
c. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan
mengelakkan keburukan;
d. Berpegang kepada prinsip;
e. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; dan
f. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan
kesengsaraan.
Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa
keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang
percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para nabi dan
rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan
Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian dan
pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan
suka meniru atau mengikut teladan.
Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap keperibadian itu
merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang
berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela.
Jadual di bawah menerangkan tentang konsep Jalan Tengah.

Jadual konsep jalan tengah atau virtues Aristotle
Bidang lakuan atau
perasaan
Berlebihan Jalan Tengah Terlalu kurang
kegentaran atau
ketakutan dan
keyakinan
Kegopohan Keberanian Perasaan atau
perlakuan pengcut
atau penakut
Perasaan malu Terlalu malu Sopan Muka tebal
Perasaan marah Panas hati Sabar Kurang semangat
Ucapan diri Cakap besar / Ketulusan / Kata-kata rendah
sombong Kebenaran diri
Perbuatan kasar Kelakar Bijak Canggung
Kelakuan sosial Hampakan diri Ramah tamah Suka gaduh

Kesimpulannya, Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia.
Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.
Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan.
Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana
perbuatansederhana berbeza antara individu dengan individu yg lain.
Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara
berterusan.


















Soalan 5
Apakah prinsip moral yang diamalkan ole aliran Eksistensialisme?
Eksistensialisme pada hakikatnya adalah merupakan aliran filsafat yang bertujuan
mengembalikan keberadaan umat manusia sesuai dengan keadaan hidup asasi yang dimiliki
dan dihadapinya. Fahaman eksistensialisme menghadapkan manusia pada dirinya sendiri.
Menurut Kierkegaard eksistensialisme adalah suatu penolakan terhadap suatu
pemikiran abstrak ,tidak logis dan tidak ilmiah.misalnya bentuk kemutlakan rasional.dengan
demikian aliran ini memandu hidup yang dimiliki dengan pengalaman dan situasi sejarah
yang dialami serta tidak mahu terikat dengan hal-hal yang bersifat abstrak ,segala sesuatu
dimulai dengan pengalaman pribadi ,serta keyakinan yang tumbuh dari diri sendiri yang
bertujuan untuk mencapai keyakinan hidupnya. Gerakan eksistensialisme mempunyai tujuan
yakni memberontak terhadap metode-metode dan pandangan fisafat filsafat barat
tradisional.dan filsafat eksistensialisme adalah suatu pemikiran yang memiliki pengaruh yang
sangat luas.
a) Pandangan Eksistensialisme Terhadap Pendidikan .
Eksistensialisme tidak menghendaki adanya aturan aturan pendidikan dalam segala
bentuk ,oleh sebab itu dalam hal ini eksistensialisme menolak bentuk bentuk pendidikan
yang terjadi seperti saat ini.
b) Ciri-Ciri Watak Umum Eksistensialisme.
1. .filsafat eksistensialisme sebagai filsafat modern eropa barat .
Dunia barat menganggap dunia kehidupan ini sebagai dunia yang berguna untuk
dinikmati,akan tetapi dirasakan sebagai kekosongan ,kehampaan dan kesunyian yang tak
terhingga ,
2. Eksistensialisme adalah filsafat reaksi.
Filsafat eksistensialisme merupakan filsafat reaksi baik terhadap aliran idealisme dan
naturalisme atau materialisme eksistensialisme adalah reaksi atau naturalisme materialisme
kerana manusia diletakkan pada dasar yang sama dengan benda,sehingga manusia
dianggap sebagai mesin yang mana diatur menurut hukum hukum mekanis dan berjalan
secara mekanistis, Di sini manusia bukan sebagai makhluk individual dan makhluk yang
memiliki tanggungjawab tetapi sebagai materi apabila sudah temui jalan buntu materinya
maka telah terpenuhilah martabat kemanusiaannya.
3. Eksistensialisme sebagai filsafat humanis.
Aliran eksistensialisme sebagai humanis mengatakan menolak terhadap segala
macam nilai mutlak absolute yang universal dan rasional .dan aliran ini mengharapkan pada
pandangan yang mengakui kenyataan bahawa manusia adalah subjek yang memberikan
atau menentukan nilai ,yang memberikan erti hidupnya serta keperibadian dirinya.
4. Eksistensialisme sebagai filsafat konflik krisis.
Filsafat konflik sebagai ciri watak yang lain yang mencerminkan pada banyak
pemikiran ,serta banyak pertentangan dengan kenyataan konversional yang berlaku
sehingga sukar untuk ditafsir dan difahami serta sukar menyusunnya ke dalam sistem yang
kukuh.

c) Macam Macam Eksistensialisme Filsafat Pendidikan[2] .
a. Eksistensialisme sebagai filsafat pendidikan keagamaan .
Filsafat pendidikan eksistensialisme di satu pihak merupakan reaksi terhadap filsafat
pendidikan perenialis dan perbezaannya terletak pada kenyataan bahawa yang pertama
menempatkan eksistensi kehidupan agama sebagai lebih penting dari pada essensi
kehidupan agama.
Seorang dikatakan sebagai pemeluk teguh atau individu yang beragama secara
sempurna adalah apabila memenuhi kriteria jiwa roh keagamaan seperti amal ibadah
keagamaan ,sikap terhadap lembaga keagamaan serta keyakinan akan iman terhadap tuhan
yang maha esa ,tetapi suatu kenyataan yang tidak dapat dielakan bahwa tidak semua
criteria diatas yang dapat dikembangkan sama kuat tingkatannya dalam pribadi religious
sehingga eksistensial tidak selalu sejalan dengan esensial ,padahal eksistensialisme lebih
menekankan pada eksistensial dari pada esensial .
Yang dimaksud dengan bereksistensi adalah yang berwujud dalam diri setiap individu
yang beragama ,sedangkan esensialis sama dengan tidak diamalkan dalam diri individu.
Perbezaan fenomenologis eksitensial dengan esensial manusia harus dilihat dari
beberapa faktor penyebab yang lebih bersifat psikologis dan sosiologis dan diantaranya
adalah:
a) Perbezaan jenis kelamin dan umur individu manusianya ,
b) Pengaruh dari kebudayaan yang membatasi tata cara beragama individu.
c) Keterbatasan sebagai akibat keragaman status sosial manusianya.
d) Perbezaan konsep pengertian tentang apa yang disebut dengan jiwa roh beragama
e) Keterbatasan pejabat agama dalam menyiarkan dan menyelesaikan tentang masalah
keagamaan
f) Perubahan dan perkembangan pemikiran tentang jiwa dan roh beragama

d) Pandangan eksistensialisme adalah:
1. Menurut metafisika: (hakikat kenyataan) peribadi manusia tidak sempurna, dapat
diperbaiki melalui kesedaran diri dengan menerapkan prinsip & standard
perkembangan peribadi
2. Epistimologi: (hakikat pengetahuan), data-internalpribadi, acuannya kebebasan
individu memilih
3. Logika: (hakikat penataran), mencari pemahaman tentang kebutuhan & dorongan
internal melaui analis & introfeksi diri \
4. Aksiologi (hakikat nilai), Standar dan prinsip yang bervariasi pada tiap individu bebas
untuk dipilih-diambil
5. Etika (hakikat kebaikan), tuntutan moral bagi kepentingan pribadi tanpa menyakiti
yang lain
6. Estetika (hakikat keindahan), keindahan ditentukan secara individual pada tiap orang
oleh dirinya
7. Tujuan hidup menyempurnakan diri melalui pilihan standar secara bebas oleh tiap
individu, mencari kesempurnaan hidup
b. Eksistensialisme sebagai humanis eksistensialis
Cirri-ciri atau sifat karekteristik lain yang dimiliki oleh filsafat eksistensialis humanis
adalah analisa yang interpretasi fenomena krisis yang mana menganti nilai nilai yang lama
dengan nilai yang baru.
c. Eksistensialisme sebagi filsafat humanism ilmiah.
Masalah yang terakhir adalah eksistensialisme dalam bidang metodologi pendidikan
dan pengajaran.sebagi variasi aliran humanis eksistensialis humanis mendasarkan asas
asa fisafat metodologinya pada kepercayaan atas kebebasan manusia dan penghormatan
atas martabat individu.
Dalam sejarah metodologi pendidikan dan pengajaran umum nya dan pada moral
karakter pada khususnya .dikenal tiga tingkatan iaitu pengajaran ,proses penyampaian
informasi pengetahuan tentang sesuatu yang baik dan benar serta apresiasi atau prose
pengembangan nilai dan tingkah laku yang baik dan benar.
Bagi aliran ini pengertian proses pendidikan adalah suatu proses perubahan tingkah
laku dalam rangka penyesuaian diri .agar setiap individu siap dan cekap dalam mengadakan
penyesuaian ,maka kepada mereka harus diberikan kesempatan dan tempat untuk
mengadakan eksplorasi dan eksprimentasi terhadap dunia dan masyarakat sekitarnya yang
selalu dan cepat mengadakan perubahan sehingga tidak mengalami krisis batin.

Kesimpulan , Aliran filsafat eksistensialisme merupakan suatu pemikiran yang memiliki
pengaruh yang sangat luas dan pada hakikatnya merupakan aliran filsafat yang bertujuan
mengembalikan keberadaan umat manusia sesuai dengan keadaan hidup asasi yang dimiliki
dan di hadapi.

You might also like