You are on page 1of 6

2

2.0 PERAS UGUT SEBAGAI ISU MORAL


2.1 ESEI SATU
Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan penting
ke arah pembentukan sahsiah pelajar. Menurut Dictionary of Education,
disiplin adalah peraturan secara langsung bagi mengawal tingkah laku murid-
murid melalui hukuman atau ganjaran. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Pendidikan (1979), disiplin didefinisikan sebagai kesanggupan
seseorang itu bekerja ataupun membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain dan kesanggupan membaiki
keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup
berkhidmat kepada masyarakat.
Walau bagaimanapun, masalah disiplin adalah suatu perkara yang tidak
dapat dielakkan oleh pihak sekolah. Isu peras ugut bukan sahaja melibatkan
pelajar sekolah menengah sahaja, malah menular kepada murid-murid
sekolah rendah. Dalam satu kes yang dilaporkan, murid Tahun Satu cedera
parah ditikam di sekolahnya. Dia turut dipukul dengan kayu dan dibaling
dengan batu oleh sekumpulan murid lelaki, dipercayai kerana enggan
memberikan mereka wang RM 10 (Utusan Malaysia, 2000).
Masalah peras ugut kian meruncing dewasa ini. Ia adalah salah satu
komponen kecil daripada buli yang bermaksud tingkah laku agresif sama ada
fizikal atau psikologikal yang dilakukan berulang kali ke atas mangsa yang
bertujuan mendatangkan perasaan tidak seronok (Noran Fauziah Yaakub,
2006). Biasanya kumpulan pelajar yang memeras ugut ini mempunyai
kumpulan tersendiri yang disebut gangster. Kumpulan ini mengugut anak
orang kaya ataupun pelajar yang menjadi kebencian mereka. Dalam hal ini,
mereka memeras ugut dengan meminta wang, jika tidak mereka pasti
mencederakan mangsa. Hal ini kebiasaannya dirujuk kepada pihak polis
untuk diselesaikan.
Mengikut perangkaan pada tahun 1994, seramai 138, 358 pelajar atau 9.82%
daripada 1, 408, 672 pelajar sekolah menengah di seluruh negara terlibat
dengan pelbagai salah laku jenayah dan tabiat buruk yang mana 2, 578 kes
3

melibatkan tingkah laku jenayah termasuk peras ugut. Walaupun perangkaan
di atas diambil pada tahun 1994, ia jelas menunjukkan isu moral bukanlah
perkara yang boleh dipandang ringan. Tiada guna kita memekik-mekik slogan
masyarakat progresif lagi berdisiplin sedangkan di sekolah dan di rumah jelas
sekali kelonggarannya.
Isu peras ugut yang tidak ditangani dengan sempurna akan terus menular
dan menjadi duri dalam daging bagi masyarakat. Gangsterisme adalah
masalah paling sinonim yang dapat dikaitkan dengan peras ugut. Sekolah
menjadi pusat aktiviti geng dan bukan lagi tempat untuk mendapatkan ilmu
disebabkan pengambilan ahli-ahli baru untuk lebih mengukuhkan kumpulan
mereka. Trump (1993) mengatakan kehadiran geng ini akan menyebabkan
pelajar dua kali ganda lebih takut menjadi mangsa keganasan berbanding
dengan pelajar di sekolah yang tidak mempunyai geng.
Gangsterisme adalah tingkah laku yang melanggar norma dan batasan
undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh sosial.
Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian
gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini
berkemampuan untuk mewujudkan geng ataupun persatuan. Golongan
remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat
mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher
(1961) juga mendefinisikan geng sebagai satu persatuan yang mempunyai
cirri-ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara
bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan.
Thraser (1963) menyatakan bahawa kewujudan gangster adalah hasil
daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil yang
bertukar kepada perlakuan devian (perkumpulan samseng).
Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
pada tahun 2008, seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun
ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada
jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan. Faktor yang menyumbang
kepada tercetusnya gejala ini dan menjadi trend di seluruh dunia masih
samar. Beberapa faktor seperti media, rakan sebaya dan keadaan setempat
4

turut diutarakan. Walau bagaimanapun, Bodinger-de-Uriarte (1993)
mendapati faktor mendapatkan kuasa dan status merupakan penyebab
utama para remaja menyertai gangster jalanan di Amerika Syarikat.
Dalam peringkat global, gangsterisme yang tidak dikawal akan mencetuskan
keganasan dan peperangan. Apa yang dapat kita lihat adalah keganasan
merupakan salah satu komponen masalah sosial yang terdiri daripada tingkah
laku jenayah dan keganasan domestik yang berlaku akibat gangsterisme
dalam masyarakat. Peperangan pula merupakan satu bentuk keganasan
kolektif yang melibatkan keganasan secara tersusun oleh mereka yang ingin
melaungkan keinginan dan menolak polisi dan amalan sosial yang dirasakan
menekan (Sullivan, 1997).
Kebanyakan individu akan melihat peperangan sebagai konflik bersenjata
antara duan buah negara atau dua pihak dalam sesebuah negara. Walau
bagaimanapun, para ahli sosiologi mendefinisikan peperangan dalam konteks
yang lebih luas, bukan hanya yang melibatkan perang yang diisytiharkan
antara negara dan parti malahan juga peperangan yang tidak diisytiharkan
seperti perang am, perang gerila, operasi tertutup dan sebahagian bentuk
keganasan (Wright, 1964). Peperangan adalah satu keadaan yang
mengakibatkan keganasan iaitu tingkahlaku dengan niat mendatangkan
kesakitan, kecederaan fizikal dan tekanan psikologi kepada manusia atau
merosakkan harta benda (Sullivan, 1997).
Kesan peperangan yang dapat dilihat secara langsung ialah kehilangan
nyawa dan meninggalkan kesan fizikal dan psikologi yang serius kepada
mereka yang masih hidup. Sebagai contoh, dalam Perang Bosnia yang
melibatkan pertumpahan darah antara puak Serb dan Muslim, pihak Serb
telah membunuh hampir kesemua penduduk lelaki di Srebrenica ketika
mereka mengambil alih kawasan tersebut pada Julai 1995. 30, 000 penduduk
yang masih hidup yang majoritinya kaum wanita dan kanak-kanak terpaksa
tinggal di kem-kem pelarian.
Trend ke arah lebih banyak kehilangan jiwa penduduk awam yang bermula
ketika Perang Dunia Kedua telah berterusan ke beberapa perang yang lain
termasuk Perang Vietnam dan Perang Teluk (Ehrenreich, 1997). Hospital
5

yang dibom pula tidak dapat lagi digunakan untuk merawat pesakit dan ini
menambahkan lagi bilangan kematian.
Dalam konteks keganasan kolektif, terrorisme mempunyai beberapa
persamaan dengan peperangan. Kedua-duanya membawa ancaman kepada
kestabilan dunia dan keselamatan domestik. Menurut Vetter dan Perlstein
(1991), pengganas banyak menggunakan taktik seperti pengeboman,
penculikan, menahan tebusan, rampasan kapal terbang, pembunuhan dan
penyeksaan. Ini tiada bezanya dengan peras ugut dan gangsterisme yang
melanda negara ini melainkan ianya dilakukan di peringkat global dan
mendatangkan akibat yang lebih buruk.
Ahli psikologi sosial kontemporari secara umumnya percaya bahawa faktor
individu dan persekitaran boleh menjelaskan mengapa individu pergi
berperang atau melakukan keganasan. Manusia lebih cenderung untuk
bersikap ganas apabila mereka diletakkan di posisi yang mempunyai kuasa
dan hak yang lebih besar berbanding orang lain (Milgram, 1974).
Untuk mengatasi masalah ini, adalah lebih baik jika kita mula mencegahnya
daripada akar umbi, iaitu sebelum berlakunya peras ugut terutamanya di
peringkat sekolah. Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah sosial
adalah penting. Ibu bapa perlu menyedari bahawa pendidikan anak-anak
bermula di rumah dan bukannya di sekolah. Oleh itu, jenis dan corak alam
persekitaran yang disediakan oleh para penjagalah yang menjadi pengajar
utama yang dapat menjadi perangsang kepada anak-anak.
Kawalan ketat ke atas anak-anak dapat menghindarkan mereka daripada
terjebah ke kancah sosial. Selain daripada itu, penglibatan aktif ibu bapa
dalam persekolahan anak-anak membolehkan mereka mengesan masalah
yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab
dalam mewujudkan suasana yang stabil di rumah supaya anak-anak tidak
terganggu dari segi emosi. Keadaan kucar kacir dan penceraian pasti
meninggalkan kesan mendalam ke atas anak-anak (Jagdish Raj Sharma,
1982).
6

Penekanan kepada aspek keagamaan juga perlu diutamakan oleh ibu bapa.
Jika ibu bapa tidak berkesempatan mengajar asas-asas agama kepada anak-
anak, wajar bagi mereka untuk menghantar anak-anak mengikuti kelas fardhu
ain. Sekiranya ibu bapa boleh menghantar anak ke pusat tuisyen untuk
berjaya dalam peperiksaan, mengapa pula anak-anak tidak dihantar ke kelas-
kelas agama untuk menjalani kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat?
Menyentuh peranan guru, guru adalah golongan yang paling hampir dengan
murid selepas ibu bapa. Malah dalam Islam, orang kedua yang perlu
dihormati selepas ibu bapa ialah guru. Sikap guru yang penuh dedikasi dalam
menyampaikan pengajaran secara berkesan bukan sahaja dapat
menghapuskan masalah disiplin, malahan meningkatkan tahap akademik
murid.
Guru Besar pula harus memastikan hukuman yang dikenakan mestilah
bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Murid-murid harus
disedarkan bahawa hukuman dikenakan kepada kesalahan, bukannya
kepada mereka. Guru dan Guru Besar haruslah sentiasa bertindak dalam
pasukan dan tidak menikam belakang dalam melaksanakan tugas.
Usaha membentuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah satu bentuk
kerjasama yang baik bagi mengatasi masalah sosial. Namun begitu, peranan
yang dimainkan PIBG sering dipertikaikan. Hal ini kerana kurangnya
penglibatan ibu bapa dan minat disebabkan urusan lain. Keadaan ini dapat
diperbaiki jika semua pihak tidak mementingkan diri dan memberi perhatian
dan kerjasama dalam membentuk murid berakhlak mulia.
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu sentiasa mengemas kini pekeliling dan
petunjuk tertentu dalam menangani masalah moral di sekolah. Pihak polis
dan Jabatan Kebajikan juga berperanan dalam menempatkan pegawai-
pegawai tertentu bagi menghadapi masalah disiplin, belia dan pelajar.
Kerajaan juga perlu sedar kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan
remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan fikiran
mereka. Paparan di media massa dan elektronik juga harus dikawal dengan
sebaiknya oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dengan nilai Islam.
7

You might also like