You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal : 6 / 8

Minggu Praktikum : Minggu Keenam


Tarikh Peristiwa / : 2 September 2013 6 September 2013
Tajuk Jurnal : Masalah kesukaran mengingati nama murid.

1 Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini saya menghadapi masalah dalam mengingati nama murid
murid. Saya mempunyai 5 kelas yang diajar iaitu 4 Al Khazini, 5 Al Khindi, 5 Al
Biruni, 5 Asmai dan 5 Ibnu Sina. Jumlah keluruhan murid saya ialah 200 orang.

2 Analisis

Masalah ini berlaku kerana :
a. Jam kontak interaksi bersama murid kelas saya adalah terhad.
Pengajaran selama 60 minit yang penuh dengan aktiviti dengan
perancangan yang pelbagai menyebabkan saya kurang menumpukan
perhatian terhadap kepentingan mengingat nama murid.
b. Saya hanya dapat mengingati nama murid yang begitu menonjol di dalam
bilik darjah dan juga murid yang nakal sahaja. Ini menyebabkan saya
hanya dapat mengingati nama mereka sahaja.


3 Cadangan Tindakan Susulan

Setelah melakukan penelitian terhadap masalah dan pencarian maklumat, saya
telah melakukan pelbagai perubahan dalam mengingati nama murid yang diajar.
a. Mengingat sekurang-kurangnya 3 nama dalam sehari. Dengan cara ini
dapat membantu saya memanggil mereka dan memberi peneguhan yang
positif dan negatif.
b. Mengetahui nama panggilan yang selalu digunakan oleh rakan rakan
mereka. Setelah saya mengetahui nama panggilan mereka saya dapat
memanggil mereka dengan lebih mesra dan juga santai. Saya juga cuba
menegur mereka sekiranya terserempak dengan mereka juga merupakan
salah satu jalan penyelesaian yang boleh menyelesaikan permasalahan
saya ini.
c. Di dalam bilik darjah, saya menyediakan kad nama yang dilekatkan di
meja murid. ini memudahkan saya mengingati nama murid. Lama
kelamaan saya akan mengingati kesemua nama murid yang diajar.

4 Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba memastikan mengatasi masalah ini dalam masa 2
minggu. Kepentingan mengingat nama adalah penting kerana dengan
memanggil nama guru dapat memberi peneguhan yang positif dan juga negatif
berdasarkan kepada tingkah laku mereka. kesukaran yang paling ketara adalah
semasa melakukan aktiviti pendidikan jasmani di padang. Keadaan murid amat
amat sukar dikawal. Oleh itu, mengetahui dan mengingati nama adalah sesuatu
yang amat penting bagi seorang guru.





Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

You might also like