You are on page 1of 56

Zaireey@Pendidikan

Jasmani Dan Sains


Sukan
Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan adalah blog mengenai semua aspek
sukan,Pendidikan Jasmani,sains sukan dan rekreasi.
Apa-apa pun sebelum membaca blog saya ni, klilk la iklan ni dulu, ok! Blog ini adalah blog seorang
Pendidik, semua kandungan dalam blog ini adalah bertujuan untuk ilmu pengetahuan dan pendidikan.
Pengendali blog tidak bertanggungjawab atas sebarang salah faham oleh mana-mana pihak yang
membaca blog ini.


Download our FREE Community Toolbar



Powered by Conduit
Carian Tajuk Dalam Blog Ini

Search


powered by

2009 Okt 31
Sistem Pertandingan
4Share
Terdapat beberapa sistem yang digunakan pada masa kini dan di antaranya
ialah:

Sistem Liga
Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan yang maksimum untuk
setiap pasukan yang bertanding. Semua pasukan akan bertanding dengan setiap
ahli dalam kumpulan pertandingan. Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada
pasukan yang bertanding dan dapat menghasilkan pasukan yang benar-benar
baik. Sistem liga sesuai untuk pertandingan yang mempunyai bilangan peserta
atau pasukan yang tidak begitu banyak kerana ianya memerlukan tempoh
kejohanan yang panjang.

Pertandingan Kalah Mati
Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses
pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau
satu peserta atau satu pasukan yang tinggal. Peserta atau pasukan yang tinggal
diisytihar sebagai pemenang. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu
kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. Sistem ini biasa digunakan dalam
keadaan:
(a) Masa yang diperuntukan untuk pertandingan adalah singkat
(b) Peruntukan kewangan yang disediakan untuk pertandingan adalah terhad
(c) Penyertaan adalah besar dan memakan masa untuk mengelolakannya
(d) Bilangan kemudahan yang digunakan adalah terhad

Sistem Liga
Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan yang maksimum untuk
setiap pasukan yang bertanding. Semua pasukan akan bertanding dengan setiap
ahli dalam kumpulan pertandingan. Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada
pasukan yang bertanding dan dapat menghasilkan pasukan yang benar-benar
baik. Sistem liga sesuai untuk pertandingan yang mempunyai bilangan peserta
atau pasukan yang tidak begitu banyak kerana ianya memerlukan tempoh
kejohanan yang panjang.
P
Pertandingan Kalah Mati
Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses
pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau
satu peserta atau satu pasukan yang tinggal. Peserta atau pasukan yang tinggal
diisytihar sebagai pemenang. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu
kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. Sistem ini biasa digunakan dalam
keadaan:
(a) Masa yang diperuntukan untuk pertandingan adalah singkat
(b) Peruntukan kewangan yang disediakan untuk pertandingan adalah terhad
(c) Penyertaan adalah besar dan memakan masa untuk mengelolakannya
(d) Bilangan kemudahan yang digunakan adalah terhad

Bye
Bilangan peserta yang mendapat bye boleh dikira dengan formula gandaan
kuasa bagi angka 2. Bilangan penyertaan ialah 14 angka ganda dua yang terdekat
iaitu 2(4) = 16.
Jadi bilangan bye = 16-14
= 2
Dua peserta yang mendapat bye akan diagihkan kepada dua kumpulan atas dan
kumpulan bawah. Sekiranya dua bye yang diperuntukan, bye akan diberi
kepada peserta pilihan pertama dan kedua.

Pertandingan juga di kenali sebagai sistem corong terbalik. Sama seperti sistem
corong pertandingan ini merupakan gabungan tangga dan piramid. Pemain yang
berada dalam kedudukan piramid akan mengikuti peraturan piramid dan peserta yang
berkedudukan tangga akan mengikut peraturan tangga. Dalam bentuk corong peserta
akan cuba menuju ke kedudukan paling rendah sekali.
Contohnya
Peserta pada kedudukan tempat ke 7 terpaksa mencabar 6 dan 8 sebelum mencabar
pasukan di aras atas 4 atau 5 (sistem piramid). Peserta pada tempat ke 3 akan
mencabar peserta pada tempat ke 2 untuk naik ke tempat ke 2 sekiranya menang
(sistem tangga)



Pertandingan Bentuk Corong
Share
Pertandingan dalam bentuk corong merupakan gabungan tangga dan piramid. Pemain
yang berada dalam kedudukan piramid akan mengikuti peraturan piramid dan peserta
yang berkedudukan tangga akan mengikut peraturan tangga. Dalam bentuk corong
peserta akan cuba menuju ke kedudukan paling rendah sekali.
Contohnya
Peserta pada kedudukan tempat ke 7 terpaksa mencabar 6 dan 8 sebelum mencabar
pasukan di aras atas 4 atau 5 (sistem piramid). Peserta pada tempat ke 3 akan
mencabar peserta pada tempat ke 2 untuk naik ke tempat ke 2 sekiranya menang
(sistem tangga).




Pertandingan Bentuk Piramid
Share
Konsep sistem ini sama seperti sistem tangga tetapi bezanya sistem ini mempunyai
ramai peserta atau pasukan dalam satu aras. Semakin ke bawah piramid semakin
banyak peserta atau pasukan dalam satu aras. Pertandingan bentuk ini boleh
dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat
awal. Peserta yang berjaya di kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke
puncak piramid atau corong. Contohnya jika 2 ingin mencabar 1, pasukan 2 akan.
Sistem piramid dibahagikan kepada dua artenatif
Sistem Piramid Aternatif Pertama
Dalam sistem ini pemain boleh mencabar di kiri dan kanan kemudian mencabar kiri
dan kanan atasnya. Contohnya 8 hanya boleh mencabar 7 dan 9 sebagai rakan searas.
Kemudian sekiranya menang ia boleh mencabar 4 dan 5.

Sistem piramid aternatif pertama

Sistem Piramid Aternatif Kedua
Dalam sistem ini pemain boleh mencabar mana-mana sahaja pemain di aras yang sama
kemudian mencabar mana pemain di atasnya. Contohnya 8 hanya boleh mencabar 7, 9
dan 10 sebagai rakan searas. Kemudian sekiranya menang ia boleh mencabar 4, 5 dan
6.



Sistem piramid aternatif kedua

Posted by zaireey at 01:36 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Pertandingan Bentuk Piramid, Sistem Pertandingan
Sistem Tangga
Share
Dalam sistem ini peserta yang di bawah akan mencabar peserta yang berada di
atasnya untuk memperbaiki kedudukannya. Peserta dalam sistem tangga ini di susun
mengikut seeded terkini. Keistimewaan bentuk ini ialah setiap peserta ditempatkan
mengikut kebolehan mereka di akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam
pertandingan tinju.
Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang, peserta mencabar akan
mengambil alih kedudukan peserta yang dicabar. Peserta dicabar akan turun satu
tangga ke bawah.
Terdapat pelbagai sistem tangga:
a. Sistem Satu Tangga
Pemain dalam sistem ini hanya boleh mencabar pemain yang berada satu tangga di
atas. Contohnya jika kita rujuk jadual di atas Aiman boleh mencabar Denis tetapi tidak
boleh mencabar Haikal. Sekiranya Aiman menang di akan mengambil tempat Denis
dan Denis akan turun satu tangga.
b. Sistem Dua Tangga
Pemain dalam sistem ini hanya boleh mencabar pemain yang berada satu tangga di
atas. Contohnya jika kita rujuk jadual di atas Aiman boleh mencabar Haikal tetapi tidak
boleh mencabar Amirul. Sekiranya Aiman menang di akan mengambil tempat Haikal
dan Haikal dan Denis akan turun satu tangga.
c. Sistem Tiga Tangga
Pemain dalam sistem ini hanya boleh mencabar pemain yang berada tiga tangga di
atas.
Sistem Alternatif Tangga
Pemain dalam sistem ini akan cabar mencabar pemain yang dalam kumpulan awal
tangganya. Kemudian pasukan johan dan naib johan tangga awal ini akan masuk ke
pusingan
Peserta Kedudukan
Amirul 1
Haikal 2
Denis 3
Aiman 4
Arif 5
Atan 6
Ahmad 7
Abu 8
Hafis 9


Sistem tangga alternatif 3 kumpulan

Posted by zaireey at 01:31 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Sistem Pertandingan, Sistem Tangga
Sistem Cabar Mencabar
Share
Sistem pertandingan cabar mencabar biasa di jalankan tanpa jadual formal. Sistem
cabar mencabar merupakan sistem pertandingan yang memakan masa yang lama.
Dalam sistem cabar mencabar tiada peserta atau pasukan yang akan tersingkir. Sistem
ini sesuai di gunakan untuk kelas pendidikan jasmani. Selain daripada itu sistem ini
sesuai untuk sukan mempertahankan diri seperti tinju, silat dan lain-lain.

Posted by zaireey at 01:28 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Sistem Cabar Mencabar, Sistem Pertandingan
Kalah Mati Dua Kali
Share
Sistem ini terbahagi kepada dua kumpulan yang kalah atau kumpulan yang menang.
Sistem ini seperti sistem kalah mati sagu hati. Namun yang berlainan juara kumpulan
kalah akan bertanding dengan juara bagi kumpulan yang menang bagi menentukan
juara. Tujuan pertandingan ini ialah untuk memberi peluang kepada pasukan yang
kalah untuk memenangi pertandingan. Sistem pertandingan ini akan membangkitkan
motivasi peserta. Walaupun kalah di peringkat awal tetapi peserta masih berpeluang
memenangi pertandingan. Johan kedua-dua kumpulan kiri atau kanan akan bertemu di
dalam pertandingan akhir.Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan
yang telah kalah (juara kumpulan kalah,kiri) sekali, maka pasukan yang tewas (juara
kumpulan menang, kanan) boleh meminta satu lagi perlawanan (untuk menentukan
juara).
Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 akan
menyandang JUARA/ JOHAN, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan akhir, maka
2 berhak memohon untuk bertanding semula bagi menentukan JOHAN.

Jadual pertandingan kalah dua kali

Posted by zaireey at 01:12 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Kalah Mati Dua Kali, Sistem Pertandingan
Kalah Mati Bersagu Hati
Share
Sistem kalah mati bersagu hati meliputi dua bahagian iaitu bahagian kumpulan yang
menang dan bahagian kumpulan yang kalah. Tujuan pertandingan ini ialah untuk
memberi peluang kepada pasukan yang kalah untuk memenangi kumpulan sagu hati.
Pertandingan ini akan membangkitkan motivasi peserta. Walaupun kalah di peringkat
awal tetapi peserta masih berpeluang memenangi pertandingan kumpulan sagu hati.




Rajah : Jadual pertandingan kalah mati sagu hati

Posted by zaireey at 01:07 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Kalah Mati Bersagu Hati, Sistem Pertandingan
Sistem Kalah Mati bagi Kes di atas 14 Pasukan
yang Bertanding
Share



Bye
Bilangan peserta yang mendapat bye boleh di kira dengan formula gandaan kuasa bagi
angka 2
Bilangan penyertaan ialah 14 angka ganda dua yang terdekat ialah 2 = 16
Jadi bilangan bye = 16-14
= 2
Dua peserta yang mendapat bye akan di sebarkan kepada dua kumpulan atas dan
kumpulan bawah. Sekiranya dua bye yang di peruntukan bye kan di beri kepada
peserta pilihan pertama dan kedua
Bilangan Pusingan
Bilangan pusingan boleh di tentukan dengan melihat 2 = sama atau lebih dari nombor
yang terdekat dengan bilangan penyertaan.
X = bilangan pusingan
Oleh kerana 2 = 16, 16 ialah nombor gandaan 2 yang terdekat dengan 14
Kesimpulan bilangan pusingan bagi pertandingan ini ialah 4.
Bilangan Perlawanan
Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1
daripada jumlah penyertaan
Oleh itu bilangan perlawanan = N-1
= 13

Penentuan Tempat Peserta atau Pasukan dalam Jadual
Penempatan pilihan atau seeded Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan
secara adil dengan sebaran yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan
dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut :
Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal
Jika terdapat 2 pilihan, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali

Rajah : Cara menyusun pilihan 1 dan 2 dalam pertandingan kalah mati
Jika terdapat 4 pilihan, aturan berikut perlu digunakan
(a) Pilihan pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.
(b) Pilihan kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah.
(c) Pilihan 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atas dan
(d) Pilihan ke 3 diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atas

Rajah : Cara menyusun pilihan 1 hingga 4 dalam pertandingan kalah mati

Posted by zaireey at 01:05 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Sistem Kalah Mati bagi Kes di atas 14 Pasukan yang Bertanding, Sistem Pertandingan
Pertandingan Kalah Mati
Share
Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses
pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu
peserta atau pasukan yang tinggal, peserta atau pasukan yang tinggal di isytihar
sebagai pemenang. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali
dan kalah mati dua kali. Sistem ini biasa digunakan dalam keadaan:
(a) Masa yang di peruntukan untuk pertandingan pendek

(b) Peruntukan kewangan yang di sediakan untuk pertandingan adalah terhad

(c) Penyertaan adalah besar dan memakan masa untuk mengelolakannya

(d) Bilangan kemudahan yang digunakan adalah terhad

Posted by zaireey at 00:07 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Pertandingan Kalah Mati, Sistem Pertandingan
Kalah Mati Sekali
Share
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus
bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam
mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa,
sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini
bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

Posted by zaireey at 00:07 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Kalah Mati Sekali, Sistem Pertandingan
Liga Lombard
Share
Sistem ini sesuai di laksanakan jika kita diperuntukkan masa pertandingan yang terhad. Sistem liga
Lombard ini amat sesuai di gunakan dalam pertandingan mini permainan. Sebagai contohnya
pertandingan mini bola keranjang, mini bola baling dan lain-lain.


Contoh
Terdapat empat pasukan yang bertanding
Bilangan Pusingan = N-1
= 3
Jumlah perlawanan satu pusingan = N/2
= 2
Masa yang di peruntukan 30 minit
Masa permainan dalam satu pusingan = 30/ bil pusingan
= 10 minit
Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3
5AX7B 3AX2C 5AX3D
6CX9D 4BX0D 3BX4C
Angka di hadapan menujukan jumlah gol yang di jaringkan
Contoh pengiraan skor
Perlawanan A B
Gol jaring 5 7
Mata (5-7) = -2 (7-5) = +2
Keputusan pertandingan

Pusingan
Pasukan 1 2 3 Jum Skor Kedudukan
A -2 +1 +2 2 2
B +2 +4 -1 5 1
C -3 -1 +1 -3 4
D +3 -4 -2 -3 3 (gol banyak)

Posted by zaireey at 00:06 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Liga Lombard, Sistem Pertandingan
Piala Dunia Fifa (Separa Liga 8 Kumpulan)
Share
Sistem pertandingan dalam piala dunia bola sepak FIFA adalah sistem separa liga lapan kumpulan.
Pada peringkat awal pasukan yang mengambil bahagian di bahagikan kepada lapan kumpulan.
Juara dan naib juara bagi kumpulan menjadikan 16 pasukan akan memasuki pusingan kalah mati.
Rujuk www.fifa.com


Posted by zaireey at 00:04 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Piala Dunia Fifa (Separa Liga 8 Kumpulan), Sistem Pertandingan
2010 Nov 26
Separa Liga
Share
Pertandingan separa liga melibatkan pertandingan sistem liga yang melibatkan kumpulan lebih dari
satu di peringkat awal dan kemudian dikuti dengan sistem kalah mati. sistem Separa liga ini di
gunakan dalam kejohanan Piala Dunia FIFA
Separa Liga 4 Kumpulan
Dalam liga separa 4 kumpulan kedudukan pasukan yang mengetuai kumpulan akan di tentukan
melalui pilihan (seeded). Contohnya sekiranya Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat
dalam pertandingan tahun lalu mengambil bahagian pasukan itu akan ditempatkan dalam kumpulan
seperti berikut:-
Jadual : Contoh Empat Kumpulan Separa Liga
Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4
Johan Naib Johan Ketiga Keempat
Undi Undi Undi Undi
Undi Undi Undi Undi
Undi Undi Undi Undi
Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik
hendaklah dipertimbangkan. Kedudukannya bagi memenuhi tempat yang kosong dalam kumpulan
menggunakan sistem undian. Pusingan kedua (suku akhir) Johan dan Naib Johan dalam setiap
kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
Menetapkan pasukan dalam perlawanan kalah mati adalah seperti berikut:
1. Empat pasukan Johan kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan
1(johan Kumpulan A), 3 (Johan Kumpulan C), 5 (johan Kumpulan B) dan 7 (Johan Kumpulan
D). (Rujuk rajah 6.1)
2. Pasukan Naib johan kumpulan harus ditempatkan di kedudukan yang tidak akan
bertemu dengan pasukan johan dalam kumpulan yang sama pada suku akhir dan separuh
akhir. Oleh itu kedudukan 2 (Naib Johan Kumpulan D), kedudukan 4 (Naib Johan Kumpulan
B), kedudukan 6 (Naib Johan Kumpulan C) kedudukan 8 (Naib Johan Kumpulan A)
3. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan
yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

Posted by zaireey at 23:41 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Separa Liga, Sistem Pertandingan
Liga Dua pusingan
Share
Jadual 6.5: Contoh Keputusan Liga Dua Pusingan

P M S K J Ke Mata
A 8 8 0 0 32 0 24
B 8 4 2 2 30 16 14
C 8 2 1 2 22 16 14
D 8 1 0 3 4 26 2
E 8 0 0 4 0 32 0

N = jumlah pasukan
Mengira jumlah perlawanan satu pasukan menggunakan formula
(N-1)x 2 = 2x(5-1)
= 8
Mengira jumlah semua perlawanan yang melibatkan pelawan di atas
(N(N-1)) = (5(5-1))
= 20
Mengira jumlah pusingan
Untuk N = nombor genap Untuk N = nombor ganjil
Jumlah perlawanan suatu
pusingan = N/2
Jumlah perlawanan suatu pusingan
= (N-1)/2
Jumlah pusingan = (N-1) x2 Jumlah pusingan = N x 2
Untuk jadual di atas
N = nombor ganjil
Jumlah pusingan = N x 2
= 10 pusingan
Jumlah perlawanan suatu pusingan = (N-1)/2
= (5-1)/2
= 2 perlawanan
Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 2 Pusingan 2 Pusingan 5
A lwn B D lwn E A lwn C A lwn D C lwn D
C lwn E C lwn B B lwn D B lwn E A lwn E

Pusingan 6 Pusingan 7 Pusingan 8 Pusingan 9 Pusingan 10
A lwn B D lwn E A lwn C A lwn D C lwn D
C lwn E C lwn B B lwn D B lwn E A lwn E


Posted by zaireey at 23:39 0 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz
Labels: Liga Dua pusingan, Sistem Pertandingan
Liga Satu Pusingan
Share
Jadual : Contoh Keputusan Liga Satu Pusingan

P M S K J Ke Mata
A 4 4 0 0 16 0 12
B 4 2 1 1 15 8 7
C 4 2 1 2 11 8 7
D 4 1 0 3 2 13 1
E 4 0 0 4 0 16 0
N = jumlah pasukan
Mengira jumlah perlawanan satu pasukan menggunakan formula
N-1 = 5 -1
= 4
Mengira jumlah semua perlawanan yang melibatkan perlawanan di atas
(N(N-1))/2 = (5(5-1))/2
= 10
Mengira jumlah pusingan
Jadual 6.4: Formula Mengira Jumlah Pusingan
Untuk N = nombor genap Untuk N = nombor ganjil
Jumlah perlawanan suatu
pusingan = N/2
Jumlah perlawanan suatu pusingan
= (N-1)/2
Jumlah pusingan = N-1 Jumlah pusingan = N
Dari jadual di atas
N = nombor ganjil
Jumlah pusingan = N
= 5 pusingan
Jumlah perlawanan suatu pusingan = (N-1)/2
= (5-1)/2
= 2 perlawanan

Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Pusingan 4 Pusingan 5
A lwn B D lwn E A lwn C A lwn D C lwn D
C lwn E C lwn B B lwn D B lwn E A lwn E

Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali
dengan liga dua pusingan.

PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO BERKUALITI

1. Pengenalan

1.1 Peranan dan fungsi surat dalam penghidupan kita
1.2 Takrif surat rasmi

2. Jenis-Jenis Surat

i. Surat tidak rasmi
ii. Surat rasmi
iii. Memo

3. Takrif

i. Surat tidak rasmi
Alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh individu kepada individu
ii. Surat rasmi
Surat rasmi ialah alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh jabatan-jabatan
kerajaan, badan berkanun, swasta atau individu untuk berhubung secara rasmi di
antara satu sama lain
iii. Memo
Alat komunikasi bertulis di dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi

4. Ciri-Ciri
4.1 Surat tidak rasmi
Tidak terikat dengan peraturan-peraturan tertentu (bebas) mengikut citarasa
penulis berdasarkan siapa penerimanya

4.2 Surat rasmi
Mengikut peraturan-peraturan yang tertentu iaitu dari segi format, teknik, struktur
dan penggunaan bahasanya

i. Format
Pengenalan pengirim dan penerima
Rujukan fail (pengirim/penerima) dan tarikh
Ada tajuk surat
Isi surat (satu perkara sahaja)
Akhir surat (harapan, nama pengirim, jawatan)
Identation jaral tepi permulaan menulis)
Jarak perenggan
Jarak baris
ii. Teknik/Kaedah Menulis
Rujukan dan tarikh (kanan/kiri)
Penulisan tarikh ( 12 Januari 1997)
Alamat dan Poskod (highlight)
Ada sistem nombor (kecuali bukan untuk berhubung)
Untuk perhatian (u.p.)
Melalui (jika perlu)
Salinan (jika perlu)
Pendraf/penaip (jika perlu)
iii. Struktur
Ditulis mengikut urutan
a. Pengenalan
Pengirim
Penerima
b. Isi Surat
Perkara
Pengenalan isi
Isi utama/Isi Sokongan
c. Penutup
Harapan
Akhir kata
Slogan
Ungkapan kesetiaan/pengakuan
Tanda tangan/ nama/ jawapan
iv. Pengunaan bahasa yang khusus
a. Ganti nama
Orang pertama
Orang kedua
Orang ketiga
b. Wacana
c. Laras bahasa
4.3 Memo
i. Ditulis secara ringkas. Apa yang pentingkan hanya isi yang pada
umumnya bertujuan :
Makluman
Permintaan/cadangan
Arahan
Menyampaikan maklumat dll.
ii. Ditulis dalam dua bentuk
Bentuk borang
Bentuk terbuka

5. Jenis-Jenis Surat Rasmi
Pemohonan,
rayuan,
bantahan,
makluman,
arahan,
ucapan (tahniah/takziah),
penghargaan,
perakuan,
jemputan,
cadangan, pesanan,
perjanjian,
pekeliling,
iringan dan lain-lain.

6. Prinsip-Prinsip Penulisan Surat Rasmi : 4 C + P
6.1 Correct (Betul)
Ejaan,
tatabahasa,
laras bahasa (pengunaan ganti nama dan gelaran),
data,
fakta ,
maklumat,
wacana,
format,
teknik

6.2 Clear (Jelas)
Tujuan,
perkara/tajuk/msesj,
prosedur/penulisan/protocol,
Struktur penulisan
+ Pengenalan
- Pengirim (nama jabatan, alamat dan perhubungan)
- Rujukan fail dan tarikh
- SULIT/BERDAFTAR/DENGAN TANGAN
- Penerima (jawatan, alamat dan poskod)
- Untuk perhatian (u.p)
- Melalui
- Rujukan kehormat
+ Isi surat
- Tajuk
- Keselarasan rujukan kehormat
- Pengenalan isi utama
- Isi utama / isi sokongan
- Harapan
+ Akhir surat
- Pengakuan / pengakuan kesetiaan
- Tandatangan/nama/jawatan/bagi pihak (b.p.)
- Slogan (tetap/sementara)
- Salinan kepada (s.k.)
- Initial (huru ringkas) pendraf dan penaip
Ayat mudah
Pengolahan (urutan logic)
Pengunaan huruf potong atau akronim
Sistem nombor

6.3 Concise (Ringkas dan padat)
i. Terus kepada mesej
ii. Tidak ada pembaziran perkataan

6.4 Comprehensive (Lengkap)

i. Data utama dan data sokongan
ii. Spesifikasi yang terperinci
iii. Maklumat yang lengkap (data dan fakta)
iv. Rasional / justifikasi
v. Konstruktif

6.5 Polite (Bersopan-santun dan hormat)

i. Diplomasi
ii. Wacana hormat
iii. Wacana rujukan
iv. Wacana harapan
v. Wacana antisipasi
vi. Wacan penutup


7. Format dan Teknik Penulisan

7.1 Jarak tepi (indentation)
7.2 Jarak langkau baris / perenggan
7.3 Jarak selepas koma
7.4 Jarak selepas noktah
7.5 Penekanan (highlight)
7.6 Penekanan rujukan fail
7.7 Penulisan tarikh
7.8 Pernyataan SULIT
7.9 Pengunaan untuk perhatian (u.p.)
7.10 Pengunaan Melalui
7.11 Simbol lampiran (.)
7.12 Sambungan muka surat ( 2/-)


8. Format Memo

8.1 Bentuk Borang


MEMO INTAN
Kepada :
Daripada :
Untuk kelulusan

Sila uruskan
Untuk makluman Sila kaji dan kemukakan

Untuk pandangan

Sila bercakap
Untuk simpanan

Sila taip
Untuk difailkan

Sila cetak
Untuk tandatangan

Sila edarkan
Simpan dalam
perhatian sehinga ..

Sial beri ulasan


CATATAN
________________________________________________

________________________________________________

________________________________________________

Terima kasih

Tarikh : . Tandatangan ..




8.2 Memo Bentuk Terbuka



INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA
(INTAN) MALAYSIA
Fail kami : INTAN Tarikh :
Fail tuan :















PANDUAN MENULIS SURAT RASMI

Panduan yang diberikan untuk kegunaan jabatan kerajaan dan bukan untuk tujuan peperiksaan
awam.

Cara menulis surat rasmi:

1. Nama dan Alamat Pengirim :

1.5 Nama pengirim ialah nama jabatan atau pejabat.

1.6 Lambang Kerajaan Malaysia diletakkan di sebelah kiri alamat pengirim.

1.7 Jarak nama dan alamat pengirim dari atas ialah 3 cm.

1.8 Jarak nama dan alamat pengirim dari tepi ialah 2 cm.
Tajuk


Kepada Salinan
Daripad


1.9 Pada akhir setiap baris hendaklah diletakkan tanda koma , .

1.10 Pada baris akhir diletakkan tanda noktah . .

1.11 Hendaklah dibuat satu garisan panjang melintang muka surat di bawah nama
dan alamat pengirim iaitu dengan jarak Langkau Dua.

1.12 Nama dan alamat pengirim boleh ditulis dengan huruf besar.

2. Nombor Telefon dan Faks:

2.1 Hendaklah ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan baris akhir alamat
pengirim.
.
3. Nama dan Alamat Penerima:

3.1 Nama dan alamat penerima ditulis dengan langkau dua di bawah garis lintang
dan sama lajur dengan nama dan alamat pengirim.

3.2 Nama penerima hendaklah ditulis dengan lengkap termasuk gelaran dan
pangkat.

Contoh: Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji ( isim),

3.3 Di bawah nama penerima hendaklah ditulis nama jawatan dan dikuti dengan
alamat pejabat.

3.4 Rujukan kehormat hendaklah ditulis bersesuaian dengan kedudukan atau
pangkat.


Contoh : Yang Berbahagia Datuk Abdul Rafie bin Mahat,
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Paras 7 ,Blok J Utara,Pusat Bandar Damansara,
50604 Kuala Lumpur.

11.2Pada hujung baris diletakkan tanda koma.

11.3 Baris akhir alamat penerima hendaklah diletakkan tanda noktah .

11.4Sekiranya surat tersebut dikirimkan melalui ketua penerima ,hendaklah ditulis
Melalui dan salinan:. Jaraknya ialah langkau dua di bawah alamat penerima.

Contoh :

En. Yunos bin Husin,
Penyelia Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, (Penerima)
33000 Kuala Kangsar,Perak.

Melalui dan salinan:

Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, (Ketua Penerima)
33000 Kuala Kangsar,Perak.

11.5Sekiranya surat tersebut dikirimkan kepada penerima melalui ketua pengirim, hendaklah
ditulis Melalui dan salinan:. Jaraknya ialah langkau dua di bawah alamat penerima.

Contoh : Guru besar menulis surat kepada Pengarah Pendidikan Perak melalui
Pegawai Pendidikan Daerah.


Pengarah Pendidikan Perak,
Jabatan Pendidikan Perak ,
Jalan Tun Abdul Razak, (Penerima)
30640 Ipoh,Perak.

Melalui dan salinan:

Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, (Ketua Pengirim)
33000 Kuala Kangsar,Perak.




4. Nombor Rujukan:

4.1 Nombor rujukan surat ditulis di sudut kanan, langkau satu di bawah garis
lintang.

4.2 Nombor rujukan penerima ditulis di sebelah atas dan diikuti dengan nombor
rujukan pengirim di bawahnya.


5. Tarikh :

5.1 Tarikh hendaklah ditulis di sebelah kanan muka surat pada baris yang sama
dengan baris akhir alamat penerima.

1.1 Hari bulan ditulis dalam bentuk angka,nama bulan dieja penuh dengan huruf
besar atau kecil dan tahun ditulis penuh dengan angka.


6. Untuk Perhatian:

6.1 Untuk perhatian ditulis dalam kurungan . Boleh ditulis dengan frasa penuh atau
dalam bentuk akronim.

(Untuk perhatian: Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)

atau

(u.p. : Ketua Sektor Pengurusan Sekolah )


7. Perkataan Menghadap Surat:

Iaitu panggilan (sapaan) atau rujukan kehormat kepada penerima.

1.1 Panggilan ini mesti sesuai dengan darjat,pangkat, gelaran dan jantina penerima.

Contoh :

Yang Berhormat,
Yang Mulia,
Yang Berhormat Mulia,
Tan Sri,
Dato, atau Datuk,
Tuan, atau Puan,




Catatan: Sapaan bagi ketua jabatan tidak terikat kepada jantina.Contohnya
sapaan tuan boleh digunakan bagi ketua jabatan lelaki atau
perempuan. Begitu juga sapaan kepada penerima yang umum
digunakan sapaan tuan.

1.2 Panggilan menghadap surat ini hendaklah ditulis dengan langkau dua di bawah nama
dan alamat penerima dan selajur dengan alamat penerima.

1.3 Letakkan tanda koma , di hujungnya.


8. Perkara atau Tajuk Surat:

8.1 Ditulis dengan langkau dua di bawah perkataan menghadap surat iaitu selajur
dengan nama dan alamat pengirim serta penerima.

8.2 Tajuk surat hendaklah tepat,ringkas dan padat serta dapat membayangkan
kandungan surat.

8.3 Huruf pertama pada setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan
digariskan.

8.4 Jika tajuk surat lebih daripada satu baris, hanya baris terakhir digariskan.

8.5 Tajuk surat tidak perlu diletakkan noktah.

Contoh:

Maklumat Guru Sandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti dan
Guru Kontrak Bagi Daerah Kuala Kangsar Tahun 2003

9. Pemerengganan:

9.1 Perenggan pertama atau pembuka surat ditulis dengan langkau dua di bawah
tajuk dan dimulakan selajur dengan tajuk,nama dan alamat pengirim dan
penerima.

9.2 Perenggan pertama tidak dinomborkan dengan nombor 1 tetapi jika ada
pecahan maklumat yang hendak disampaikan boleh gunakan pecahan berikut:

1.1
1.2
1.3 ... dan seterusnya.





9.3 Perenggan kedua dan seterusnya dinomborkan dengan angka dan noktah.

9.4 Jarak antara satu perenggan dengan perenggan yang lain ialah langkau dua.

9.5 Bagi perenggan yang mempunyai pecahan hendaklah digunakan pecahan :

2.1
2.2
2.3 ... dan seterusnya.

Jika ada pecahan seterusnya gunakan huruf ( abjad)

(a)
(b)
(c) ... dan seterusnya.

10. Penutupan Surat :
.
10.1 Penutupan surat rasmi hendaklah ringkas,tepat dan sesuai dengan tujuan
atau hasrat surat tersebut dan tiada nombor.

10.2 Penutupan surat rasmi terdapat tiga penanda wacana dan cogan kata iaitu:

a. Penanda Antisipasi
b. Penanda Penamat
c. Cogan Kata
d. Penanda Akuan atau Rujukan Diri

1.1 Contoh Penanda Antisipasi :

a. Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

b. Atas jasa baik tuan mempertimbang permohonan ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

c. Kesudian tuan melapangkan masa bagi menerima jemputan kami amatlah
disanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. .

1.2 Contoh Penanda Penamat:

a. Sekian terima kasih.
b. Sekian.
c. Sekian untuk perhatian dan makluman tuan.




1.3 Contoh Cogan Kata: Ditulis dengan huruf besar dalam kata petik ( )

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.


1.4 Contoh Penanda Akuan atau Rujukan Diri:

a. Saya yang menurut perintah,
b. Yang benar,
c. Patik dengan hormat dan takzimnya,

1.5 Di hujung kata akuan hendaklah diletakkan tanda koma ,

1.6 Kata akuan ditulis sebelah kiri selajur dengan penutupan dengan jarak langkau dua di
bawah cogan kata.
.

11. Tandatangan dan Nama Pengirim:

11.1 Tandatangan diturunkan di bawah Penanda Akuan.

1.5 Di bawah tandatangan ditulis nama penuh pengirim dengan huruf besar dan
diletakkan dalam kurungan .Di bawahnya ditulis nama jawatan dan perkataan
bagi pihak ketua jabatan jika berkaitan.

1.6 Tidak boleh tulis kata sapaan sebelum nama seperti Encik,Tuan, Yang
Berhormat, Yang Mulia dan lain-lain lagi.

1.7 Perkataan bagi pihak biasanya ditulis dalam akronim b.p.

1.8 Di bawah jawatan tidak perlu letak alamat pejabat.


12.Salinan Kepada :

12.1 Sekiranya perlu dikirimkan salinan surat tersebut kepada pihak lain,tuliskan
dalam jarak langkau dua di bawah nama pengirim.

a. Jika salinan surat untuk edaran dalaman dan jabatan yang sama ,nama
penerima tidak perlu dituliskan alamat penuh.

Contoh:
s.k. :
1. Pengarah Pendidikan Perak.
2. Timbalan Pengarah Pendidikan Perak.
3. Semua Ketua Sektor.
4. Semua Pegawai Pendidikan Daerah.

b. Jika salinan surat untuk dihantar kepada pihak lain di luar jabatan
hendaklah ditulis nama penerima dan beralamat penuh.

Contoh:

s.k. :

1. Pengarah Pendidikan Melaka,
Jabatan Pendidikan Melaka,
Jalan Bukit Beruang,
75902 Melaka.

5. Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,
Jalan Dato Hamzah,
70990 Seremban,Negeri Sembilan..

b. Di bawah salinan kepada boleh juga diltuliskan arahan-arahan
tertentu.

Contoh:

s.k.:

1. Guru Besar SK. Kampung Maamor,Sungai Siput(U):

Sila kemukakan dokumen berikut ke Jabatan Pendidikan Perak
( u.p.: Ketua Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan ) :

1.1 6 salinan Laporan Perubahan ( Kew 8 ) mengikut Pekeliling Jabatan
Pendidikan Perak ( Perkhidmatan Tadbiran ) Bil .2 Tahun 1984
bertarikh
21.7.1984 bersama sama baucar tuntutan mengikut Pekeliling
Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk.Kew.889/64 Pt. II (55 ) & ( 83 )
masing-masing bertarikh 27.12.1984 dan 5.3.1986 bagi tujuan
mempercepat bayaran elaun guru sandaran.
1.2 Salinan sijil akademik yang disahkan.
1.3 Surat penerimaan jawatan ( Lampiran C ).
1.4 Surat Sumpah Bukan Penjenayah dan Bukan Penagih Dadah bagi
guru
sandaran yang pertama kali dilantik. Jika pelantikan kali kedua sila
sertakan salinan yang diakui sah. Bagi tujuan mempercepat pembayaran
elaun dokumen-dokumen ini boleh dihantar kemudian.

2. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (u.p: Ketua Unit Sekolah Rendah).

13. Penulisan Muka Surat:

Ditulis di hujung sebelah kanan atau di bahagian tengah.Sebaiknya ada
penanda sambungan di muka surat sebelah sekiranya ada sambungan.


CONTOH SURAT MI NTA MAKLUMAT


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84, 05-7766354
33007 KUALA KANGSAR. (ALAMAT PENGIRIM) Faks : 05-7761188

_________________________________________________________________
(PENERIMA) (RUJUKAN)
Semua Guru Besar, Ruj. Tuan :
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 30 )
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
Daerah Kuala Kangsar. Tarikh : 13 September 2003

Tuan,

Maklumat GuruSandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti
dan Guru Kontrak ( TAJUK SURAT)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan
bahawa pihak Pejabat Pendidikan Daerah sedang mengemaskinikan maklumat
tersebut . (PENANDA RUJUKAN)

1. Sehubungan dengan ini, tuan diminta menghantar maklumat tersebut
untuk perhatian Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (R ) pada18 September
2003.
(PENANDA PERINTAH)
3. Bersama-sama ini, disertakan Lampiran A,B,C, dan D untuk tindakan
tuan selanjutnya. (PENANDA PENYERTAAN)

Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. (PENANDA ANTISIPASI)

Sekian terima kasih. (PENANDA PENAMAT)


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)





(ABD. RASHID BIN OMAR )
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),
b. p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.




CONTOH SURAT PANGGILAN MESYUARAT


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84, 05-7766354
33007 KUALA KANGSAR. Faks : 05-7761188

_________________________________________________________________
(PENERIMA) (RUJUKAN)
Semua Guru Besar, Ruj. Tuan :
Sekolah Rendah, Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 31 )
Daerah Kuala Kangsar. Tarikh : 15 September 2003


Tuan,

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Rendah
Daerah Kuala Kangsar Kali Keenam Tahun 2003( TAJUK SURAT)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan
bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti yang berikut:
(PENANDA RUJUKAN)
Tarikh : 24 September 2003 ( Rabu ).
Masa : 9.00 Pagi.
Tempat : Sekolah J enis Kebangsaan Cina Tsung Wah,Kuala
Kangsar.

2. Sehubungan dengan ini, tuan dijemput hadir dalam mesyuarat
tersebut.
(PENANDA PERINTAH)
3. Bersama-sama ini, disertakan agenda mesyuarat dan minit mesyuarat yang lalu
untuk makluman dan tindakan tuan.
( PENANDA PENYERTAAN)
Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. (PENANDA ANTISIPASI)


Sekian terima kasih. (PENANDA PENAMAT)

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)



(ABD. RASHID BIN OMAR)
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah( R ),
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.




CONTOH SURAT J EMPUTAN


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84, 05-7766354
33007 KUALA KANGSAR. Faks : 05-7761188

________________________________________________________________________________
(PENERIMA) (RUJUKAN)
Yang Berbahagia, Ruj. Tuan :
Dato Haji Adnan bin Haji Ibrahim, Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 13 )
Pengarah Pendidikan Perak,
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,Perak. Tarikh : 3 Mac 2003

Yang Berbahagia Dato,

Jemputan Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Tahunan
Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 Tahun 2003 ( TAJUK SURAT)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa Kejohanan
Olahraga Tahunan Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-20 akan diadakan seperti yang berikut
: (PENANDA RUJUKAN)

Tarikh : 7 - 9 Mac 2003.
Masa : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang.
Tempat : Padang Kolej Melayu, Kuala Kangsar.

2. Dengan sukacitanya pihak kami menjemput Yang Berbahagia Dato untuk
merasmikan majlis pembukaan kejohanan tersebut pada 7 Mac 2003 ,pukul 2.30 petang
di Padang Kolej Melayu,Kuala Kangsar.
(PENANDA PERINTAH- PERMINTAAN )

Atas kesudian Yang Berbahagia Dato menerima jemputan ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. (PENANDA ANTISIPASI)

Sekian terima kasih. (PENANDA PENAMAT)

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)





(HAJAH ZAWIYAH BINTI AHMED, AMN.)
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar



CONTOH SURAT LAMPIRAN


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
JALAN TUN ABDUL RAZAK, Telefon : 05-7761184
PETI SURAT 84, 05-7766354
33007 KUALA KANGSAR. Faks : 05-7761188

_________________________________________________________________
(PENERIMA) (RUJUKAN)
Ketua Unit Sekolah Rendah, Ruj. Tuan :
Jabatan Pendidikan Perak, Ruj. Kami : PPD. KK/ 02/04/037 R/ ( 25)
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,Perak. Tarikh : 2 Ogos 2003

Tuan,

Data Guru ,Murid dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003
( TAJUK SURAT)
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan bersama-sama ini disertakan Data
Guru,Murid dan Kelas Daerah Kuala Kangsar Pada 31 Julai 2003 untuk tindakan tuan.
(PENANDA RUJUKAN DAN PENANDA PENYERTAAN)

Sekian terima kasih. (PENANDA PENAMAT)

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (COGAN KATA)

Saya yang menurut perintah, (PENANDA AKUAN/RUJUKAN DIRI)





(ABD. RASHID BIN OMAR)
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.
















PENANDA WACANA

Ungkapan yang digunakan dalam surat rasmi bagi menerangkan sesuatu kandungan surat
supaya lebih bermakna atau signifikan.


1. Penanda Rujukan:

Pada kebiasaannya ungkapan ini digunakan pada awal ayat atau perenggan
pertama.

Contoh:

1.5 Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan...

1.6 Dengan hormatnya saya merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia yang rujukannya KP (AM)2952/18/(20) bertarikh 26 Mei 2003 tentang perkara
di atas.

2. Penanda Penyertaan:

Ungkapan yang digunakan untuk memberi isyarat bahawa ada disertakan sesuatu.

Contoh:

2.1 Bersama-sama ini,disertakan Lampiran A untuk tuan kemas kini...

1.1 Bersama-sama ini, saya lampirkan...

2.3 Dengan ini saya lampirkan sesalinan helaian yang tuan kehendaki.

3. Penanda Makluman:

Ungkapan yang menunjukkan adanya pemakluman yang dibuat.

Contoh:

3.1 Dengan ini dimaklumkan bahawa...

3.2 Sukacita dimaklumkan bahawa...

3.3 Dukacita dimaklumkan bahawa...

3.4 Dengan sukacita dimaklumkan bahawa...




4. Penanda Perintah atau Arahan:

Ungkapan yang digunakan untuk menunjukkan perintah.

Contoh:

4.1 Perintah kasar atau tegas:

a. Saya telah diarahkan bagi memberitahu tuan...

b. Dengan ini tuan diingatkan bahawa...

c. Seyogia tuan diingatkan supaya...

d. Saya diarahkan merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa...

e. Sila beri sebab tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap tuan.

1.5 Memberi Harapan:

a. Dengan ini diharapkan tuan...

b. Pihak kami mengharapkan tuan dapat...

c. Saya mengharapkan tuan memaklumkan perkara tersebut kepada...

1.6 Nasihat :

a. Tuan dinasihatkan supaya...

b. Dengan ini tuan dinasihatkan supaya lapor diri dengan segera.

c. Pihak tuan didapati melanggar peraturan... dan dinasihatkan...


1.7 Permintaan:

a. Saya memohon jasa baik tuan...

b. Diharapkan tuan sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kami pada hari
tersebut.

c. Sukacita sekiranya mendapat kerjasama daripada...

d. Ingin saya mendapatkan penjelasan tuan tentang...



5. Penanda Sebab-musabab:

Ungkapan yang menunjukkan penanda sesuatu peristiwa yang menyebabkan
peristiwa yang lain berlaku.

Contoh:

5.1 Saya berkeberatan menerima jemputan tersebut kerana...

5.2 Kejadian tersebut amatlah dikesali dan pihak kami...

5.3 Terima kasih atas jemputan tuan tetapi saya memohon maaf kerana...

5.4 Atas kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan...

6. Penanda Matlamat:

Ungkapan yang menunjukkan danya matlamat atau tujuan yang hendak dicapai.

6.1 Untuk tujuan...

6.2 Untuk pengetahuan tuan...

6.3 Untuk makluman tuan...


7. Penanda Perwakilan:

Ungkapan yang digunakan bagi menandakan wakil bagi pihak tertentu.

7.1 Bagi pihak kakitangan jabatan ini,saya...

7.2 Bagi pihak semua anggota keluarga jabatan ini, ingin saya...

1.4 Sebagai wakil Jabatan Pendidikan Perak ,saya ingin memaklumkan...


8. Penanda Pendapat:

Ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu pendapat.

8.1 Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin mencadangkan...

8.2 Ekoran perbincangan antara pegawai daripada jabatan tuan dengan pihak kami
tempoh hari, saya ingin mencadangkan...

8.3 Oleh sebab tuan akan menghadiri persidangan tersebut, dicadangkan...

9. Penanda Penegas:

Ungkapan yang digunakan bagi memberi penegasan terhadap sesuatu perkara.

9.1 Dengan hormat dimaklumkan bahawa tuan dikehendaki...

9.2 Dengan ini, menjadi harapan kami...

9.3 Dengan ini, didapati pihak tuan telah ...


10. Penanda Sambungan:

Ungkapan yang digunakan bagi menunjukkan kaitan peristiwa dari segi waktu.

10.1 Sebagai lanjutan surat saya dahulu...

10.2 Berikutan daripada percakapan kita tempoh hari...

10.3 Dalam mesyuarat tempoh hari telah diputuskan bahawa...

11. Penanda Sikap:

Ungkapan yang digunakan bersifat emotif tertentu dan boleh dibahagikan kepada
positif dan negatif.

11.1 Positif :

i. Saya merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan tuan...
ii. Saya tidak berhalangan membenarkan pegawai tersebut menghadiri...
iii. Saya tidak berkeberatan...


1.5 Negatif:

i. Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak membenarkan...
ii. Kejadian itu sangat dikesali kerana pihak tuan tidak...
iii. Pihak kami berhalangan membenarkan pegawai tersebut...

12. Penanda Antisipasi:

Ungkapan ini biasanya digunakan pada akhir surat yang berkaitan dengan
penghargaan dan sebab-musabab.

12.1 Atas kerjasama tuan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih.

12.2 Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

12.3 Dengan kehadiran tuan akan menyerikan lagi majlis kami.
.
12.4 Atas pertimbangan tuan bagi permohonan ini amatlah dihargai dan didahului
dengan jutaan terima kasih.

12.5 Atas kesudian tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.


13. Penanda Penamat:

Ungkapan yang memberikan isyarat akan berakhirnya isi surat.

13.1 Sekian terima kasih.

13.2 Sekian.

13.3 Sekian jutaan terima kasih.


14. Penanda Akuan atau Rujukan Diri:

Ungkapan ini hendaklah bersesuaian dengan tujuan menulis surat,situasi pengirim
dan hubungannya dengan penerima.

14.1 Yang benar,

14.2 Saya yang menurut perintah,

14.3 Patik dengan hormat dan takzimnya,



.

















SAPAAN (Sistem Panggilan dan Rujukan Kehormat)

Sapaan yang diberikan di bawah ialah yang berkaitan dengan majlis rasmi dan surat rasmi.
Sapaan melibatkan panggilan seperti yang berikut:

1. Kata pembuka rujukan kehormat : Kebawah ( Sultan)
2. Rujukan kehormat : Duli Yang Maha Mulia (Sultan),Yang Berhormat (ADUN).
3. Gelaran jawatan : Yang di-Pertuan Agong (Agong)
4. Gelaran raja : Sultan
5. Gelaran keagamaan : Haji
6. Gelaran bahasa Arab: Al-Mustain Billah
7. Gelaran warisan: Nik, Syed.
8. Gelaran akademik dan ikhtisas: Profesor (ikhtisas) , Doktor (akademik).
9. Gelaran adat: Datuk Baginda Besar (Negeri Sembilan)
10. Gelaran kurniaan: Tan Sri, Dato Seri,Datuk.
11. Gelaran kurniaan tanpa bintang: Dato Seri Wangsa Diraja (Perak)

Rujukan Kehormat


Bil

Jawatan

Rujukan Kehormat
Penyandang

Rujukan Kehormat
Untuk Isteri
1.



2.
Yang di-Pertuan Agong



Sultan Perak
Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong


Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak
Seri Paduka Banginda
Raja Permaisuri Agong


Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri Perak


3.



4.


5.
6.
7.

8.

9.


10.
11.
12.
13.


Raja Muda



Raja Di Hilir


Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri,Timbalan Meneteri )
dan Setiausaha Parlimen )
Yang Dipertua Dewan )
Rakyat dan Dewan Negara )
Timbalan Yang Dipertua )
Dewan Rakyat dan )
Dewan Negara )
ADUN dan Ahli Parlimen
Tun dan Toh Puan
Tan Sri dan Puan Sri
Datuk/Dato/Datin

Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda Perak.


Duli Yang Amat Mulia
Raja Di Hilir Perak

Yang Amat Berhormat
Yang Amat Berhormat
Yang Berhormat

Yang Berhormat

Yang Berhormat


Yang Berhormat
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia


Duli Yang
Teramat Mulia Raja
Puan Besar Perak

Duli Yang Amat Mulia
Raja Puan Muda Perak

Yang Amat Berbahagia
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia

Yang Berbahagia

Yang Berbahagia


Yang Berbahagia
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia

Bil

Jawatan

Rujukan Kehormat
Penyandang

Rujukan Kehormat
Untuk Isteri

14.
15.

16.

17.
18.
19.
20.
21.
22.

23.
24.


25.
26.
27.
28.
29.
30.

31.
32.
Ketua Hakim Negara
Hakim Besar Malaya dan
Borneo
Hakim Mahkamah Tinggi /
Agung
Ketua Setiausaha Negara
Panglima Angkatan Tentera
Ketua Polis Negara
Pegawai Tentera/Polis
Ketua Setiausaha
Speaker Dewan Undangan
Negeri
Menteri Besar/Ketua Menteri
Setiausaha Kerajaan/
Penasihat Undang-undang/
Pegawai Kewangan Negeri
Ketua Jabatan
Raja/Tengku
Profesor/Doktor
Mufti
Kadi/Ulama
Pengarah Jabatan Agama
Islam
Balu Almarhum Sultan
Raden, Syeikh
Yang Amat Arif
Yang Arif

Yang Arif

Yang Berbahagia
Yang Amat Setia
Yang Amat Setia
Yang Setia
Yang Berbahagia
Yang Berhormat

Yang Amat Berhormat
Yang Berhormat


Yang Berusaha
Yang Mulia
Yang Berbahagia
Sahibul Samahah
Sahibul Fadilah
Sahibus Saadah

Yang Maha Mulia
Yang Mulia
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia

Yang Berbahagia

Yang Berbahagia
Yang Amat Berbahagia
Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia

Yang Amat Berbahagia
Yang Berbahagia


Yang Berbahagia
Yang Mulia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia

-
Yang Mulia





Sapaan Bagi Orang Yang Mempunyai Satu Gelaran:

Contoh:

i. Yang Teramat Mulia Tengku (isim)
ii. Yang Mulia Raden (isim)
iii. Yang Amat Berbahagia Tun (isim)
iv. Yang Mulia Syeikh (isim)
v. Yang Berbahagia Tan Sri (isim)
vi. Yang Amat Berhormat Dato Seri (isim)






Sapaan Bagi Orang Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Gelaran:

1.Jika gelaran itu gelaran warisan yang kanan seperti Tengku dan Raja, gelaran itu
hendaklah didahulukan daripada gelaran kurniaan.

Contoh:

i. Yang Mulia Raja Tan Sri ( isim)
ii. Yang Mulia Tengku Datuk (isim)


2. Sekiranya gelaran warisan itu bukan yang kanan seperti Syed,Meor,Nik dan Megat
gelaran itu hendaklah dikemudiankan daripada gelaran kurniaan.

Contoh:

i. Yang Berbahagia Datuk Nik (isim)
ii. Yang Berbahagia Tan Sri Syeikh (isim)
iii. Yang Berbahagia Datuk Syed (isim)


3. Kalau kedua-dua gelaran yang dimiliki itu gelaran kurniaan maka hendaklah
didahulukan gelaran kurniaan yang lebih kanan.

Contoh:

i. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk (isim)
ii. Yang Berbahagia Datuk Patinggi Tan Sri (isim)
iii. Yang Amat Berbahagia Tun Datuk (isim).

4. Contoh-contoh lain bagi orang yang mempunyai gelaran lebih daripada dua.

i. Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji (isim)
ii. Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. (isim)
iii. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. (isim)
iv. Yang Amat Arif Raja Tan Sri Datuk (isim)
v. Yang Arif Tengku Tan Sri Datuk (isim)
vi. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Syed (isim)


Sapaan Bagi Datuk Gelaran (Gelaran Datuk yang tiada pingat):

i. Yang Berbahagia Dato Lela Jasa . (Terengganu)
ii. Yang Berbahagia Dato Karma Jaya. (Kedah)
iii. Yang Berbahagia Dato Paduka Maharajalela ( Negeri Sembilan)
iv. Yang Berbahagia Dato Seri Wangsa Diraja . (Perak)


Faktor yang menentukan susunan gelaran:


1. Susunan gelaran kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agung paling kanan dan
diletakkan pada permulaan susunan gelaran . Manakala susunan gelaran kurniaan
daripada kerajaan negeri (kedua kanan) .

2. Walau bagaimanapun susunan gelaran juga berdasarkan istiadat kerajaan negeri
dan juga berdasarkan kebebasan individu.



Disediakan Oleh:

Allahyarham En Abd. Rashid bin Omar,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( R ),
Kuala Kangsar.

15 September 2003


Saya tidak menanam nenas,
Tanam kepaya di dalam padi;
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.

Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi;
Emas merah ada berharga,
Budi bahasa bernilai abadi.

(Mohd. Taib Osman, 1975:21)


Rujukan:

1. Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu (DBP)
2. Acara Rasmi Adat Istiadat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan
Perak,Kedah,Selangor, dan Pahang
3. Sejarah Perak,Kedah,Selangor, dan Pahang. (DBP)
4. Panduan Menulis Surat (DBP)
5. Gaya Bahasa Dewan (DBP)
6. Pekeliling Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan.
7. Tatabahasa Dewan (DBP).

You might also like