You are on page 1of 13

Pengenalan kepada konsep

pergerakan
Kumpulan 7: Chong Voon Yen
Pergerakan
Asas
1.1 Kemahiran
Lokomotor dan
Bukan
Lokomotor
1.2 Kemahiran
Persepsi Motor
1.3 Manipulasi
Alatan
Pergerakan Asas
Proses yang memandu pelajar
untuk memperolehi kecekapan pergerakan
menerusi teknik-teknik menyelesaikan
masalah dan improvisasi dengan
menekankan kebebasan ekspresi yang
berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan,
penemuan dan kreativiti.

1.1 Kemahiran Lokomotor dan Bukan
Lokomotor
PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang
menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di
tempat tersebut.
Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat,
melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling
hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada
sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh,
melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola).
Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk
menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.
Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan bergerak
menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada
pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan
pusing putar.
Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk,
tekan tubi, membongkok, mengangkat badan dan sebagainya.
1.2 Kemahiran Persepsi Motor
Penting bagi pembinaan pergerakan
berkordinasi.
Mengenalpasti arah kiri dan kanan dan boleh
memahami perkaitan bentuk atau corak.
Memainkan peranan dalam pencapaian
akademik kanak-kanak.
Diperlukan bagi membaca huruf isyarat.
Contoh-contoh Kemahiran Persepsi
Motor
(a) Mengimbang
Berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting
atau berjalan di atas palang pengimbang.
Imbangan statik dan imbangan dinamik.
(b) Kesedaran Badan
Persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri
Bentuk dan saiz tubuh badan
Bahagian-bahagian tubuh badan
Keupayaan melakukan gerakan membongkok,
melurus, memusing, mengilas dan mengerak badan.
Perasaan akan ditimbulkan dalam situasi yang
berbeza.
(c) Kesedaran Ruang
Ruang adalah kawasan kita hidup
Boleh menyedari tentang keadaan badan
mereka yang sebenarnya.
Ruang Diri
Ruang yang
mengelilingi individu
iaitu lingkungan
kawasan yang
boleh dicapai oleh
bahagian tubuh
badan.
Ruang Am
Kawasan yang
digunakan secara
keseluruhan
semasa melakukan
pergerakan.
(d) Kesedaran Arah
Membolehkan kanak-kanak dapat menyedari dan
seterusnya memanipulasi arah di dalam ruang
persekitarannya.
Terbina disebabkan kesedaran dalaman yang dikenali
sebagai kesedaran hala datar.
(e) Kesedaran Hala Datar (Laterality)
Kesedaran wujudnya arah ke kiri dan kanan, atas,
bawah, hadapan, belakang kiri kanan di sisi tubuh
badan seseorang.

(f) Koordinasi
Interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot
imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul
contoh main bola.
Keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam
pergerakan badan
Melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta
kebolehan anggota tubuh badan
Keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras
pergerakan dengan kemas dan lancar.
Boleh dicapai dengan menyediakan latihan yang sistematik.
1.3 Manipulasi Alatan
Menyediakan diri kanak-kanak untuk mempelajari asas
sukan dan seterusnya menguasai pelbagai kemahiran
sukan.
Perlu melibatkan objek seperti bola, tali, gelung rotan,
pundi kacang dan sebagainya.
Cara mengayakan atau mempergunakan alatan dengan
cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.
Meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya
tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain.
Bentuk Pergerakan Manipulasi Alatan
Membaling dan Melambung
Menyambut
Memukul

You might also like