You are on page 1of 2

Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kemarahan, kegusaran atau rasa kecil hati

daripada pihak yang lain merupakan bahasa yang sopan. Malah, perumpamaan Melayu ada
menyatakan sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa yang mana mempunyai falsafah
yang cukup tinggi dalam konteks kemahiran bertutur dan berbahasa. Malah dalam konteks agama
Islam dan agama-agama lain juga,aspek tutur kata dan berbahasa ini diambil kira sebagai perkara
yang amat penting,kerana ia turut melibatkan hubungan perasaan antara manusia dengan manusia
yang lain.
Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau
interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Di antara ayat-ayat Al
Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah :
"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada
memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati.
Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun".
(Al-Baqarah: 263)
"Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana
menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka
kata-kata yang baik menyenangkan hati".
(Al-Isra' : 28)
"Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu
bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu".
(Al-'Imran : 159)
"Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik
dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.."
(An-Nahl : 125)
Petunjuk-petunjuk dari ayat-ayat Al Quran di atas telah menggariskan bahawa hikmah
kebijaksanaan, lemah lembut dan percakapan dan bahasa yang baik adalah menjadi asas bagi
mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan di antara sesama insan. Manakala sifat-sifat keras
dan kasar serta kata-kata yang menyakitkan adalah dilarang.


Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Belum lurus keimanan seseorang itu sehingga lurus hatinya, dan belum lurus hatinya sebelum lurus
lidahnya. Seseorang tidak boleh masuk syurga selagi ia belum dapat berbuat baik dengan jiran-
jirannya.
Orang yang menggunakan kata-kata kesat dan kasar sebenarnya sedang berhadapan dengan
kekalutan jiwa. Dia sebenarnya sedang berperang dengan bayangan hitam yang ada dalam dirinya
sendiri, kerana itulah sebenarnya. Bahasa yang kesat mencerminkan jiwa penuturnya yang dipenuhi
dendam kesumat dan amat kacau. Rasulullah S.A.W sendiri berdakwah menggunakan bahasa yang
paling baik dan halus dan tidak pernah menggunakan bahasa yang kesat dan kasar dalam
pengucapan baginda.
Namun dapat diperhatikan senario pada hari ini, ialah penggunaan bahasa yang semakin kasar dan
kadangkala juga boleh menggugat keimanan. Ia terserlah dalam penggunaan bahasa di kalangan
muda-mudi termasuk remaja, dalam blog penulisan, bait lagu dan puisi, serta dalam rancangan di
televisyen atau radio. Penggunaan bahasa kasar sememangnya kurang enak didengar, namun itulah
realiti yang terpaksa ditelan hari ini

You might also like