You are on page 1of 11

Amali 1

Awan dan Cuaca


Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang
dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar: iaitu yang
berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk
dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera.
Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang,
paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut :
Peringkat Kawasan
Tropika
Kawasan
Berhawa
Sederhana
Kawasan Kutub
Tinggi 6 - 18 km 5 - 13 km 3 - 8 km
Pertengahan 2 - 8 km 2 - 7 km 2 - 4 km
Rendah Dari paras muka
bumi ke 2 km
Dari paras muka
bumi ke 2 km
Dari paras muka
bumi ke 2 km

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat
seperti berikut:
1. Awan peringkat rendah: Stratokumulus dan stratus.
2. Awan peringkat pertengahan: Altokumulus.
3. Awan peringkat tinggi: Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.

Genera selebihnya tidak tergolong ke dalam peringkat-peringkat di atas sepenuhnya. Awan-
awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain
seperti berikut:
1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke
peringkat tinggi.
2. Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah.
3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat
rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.

Gambar-gambar awan berikut diambil di Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Negeri
Selangor pada bulan Mei, Jun dan Julai 2002. Warna kekuningan oren sesetengah awan
adalah disebabkan pemantulan sinaran suria pada waktu matahari terbit atau matahari
terbenam. Gambar-gambar ini tidak meliputi semua genera yang disebut di atas tetapi akan
ditambah dan/atau disemak semula dari masa ke masa dan diganti dengan gambar-gambar
awan lain berserta komen yang dapat diperolehi untuk memaparkan keadaan cuaca dan
pola awan berkaitan di Malaysia.
Awan Peringkat Rendah (Low Clouds)

Kumulonimbus (Cb)
Ini adalah satu pandangan jarak jauh deretan awan Kumulonimbus (Cb) di Selat Melaka.
Awan-awan ini tinggi berwarna putih / gelap. Tapaknya terletak pada ketinggian kira-kira
1000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai ketinggian melebihi 35000 kaki.
Pembentukan deretan awan ini merupakan satu ciri biasa pada awal pagi Monsun Barat
Daya. Kedudukan sel-sel Cb yang begitu rapat menyebabkan awan-awan itu kelihatan
bersambung. Warna kuning keemasan itu disebabkan pantulan sinar suria pagi yang
sedang terbit di timur. Awan nipis berbentuk topi kelihatan di atas puncak awan Cb
menunjukan kewujudan udara stabil mengalir di atas puncak awan itu (Cb). Awan-awan Cb
ini kerap bergerak masuk ke pedalaman melalui kawasan pantai pada peringkat akhir
Monsun Barat Daya. Apabila ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini
membawa hujan lebat dan ribut petir kepada kawasan terlibat.



Kumulus Kongestus
Ini adalah satu pandangan jarak dekat awan (Kumulus Kongestus) yang sedang
berkembang aktif pada lewat pagi dan awal petang disebabkan pemanasan permukaan
tanah dan perolakan. Awan-awan itu kelihatan seperti popcorn dengan tepian
nyata(clear outline). Warnanya putih pada puncak kerana semua gelombang sinar suria
dipantulkan pada kadar yang sama. Warna gelap itu disebabkan oleh penembusan
terhad sinar suria dan juga kadar serapan yang bertambah terhadap gelombang
selebihnya kerana titisan air besar. Dengan kandungan kelembapan dan penaikan
udara mencukupi, awan-awan ini tumbuh tinggi dan menghasilkan hujan panas. Dalam
keadaan ketidakstabilan udara yang mendalam, ribut petir berlaku pada waktu petang
atau lewat petang.



Kumulus Humilis
Kumulus humilis ialah sejenis awan berwarna putih dengan ketinggian terhad.
Songsangan suhu pada paras atas atmosfera menghalang pertumbuhan terus awan
lalu berlaku penghamparan yang menyebabkannya kelihatan memanjang. Rupa
serabut puncak awan dan langit biru menunjukan kewujudan udara kering di atas awan.


Stratokumulus
Stratokumulus(Sc) ialah awan berwarna kelabu/putih yang terjadi apabila bahagian
puncak awan kumulus yang terbentuk pada waktu petang menghampar di bawah
songsangan suhu. Awan-awan ini terjadi pada lewat petang dan senja apabila
atmosfera mula menjadi stabil. Warna kekuningan muda adalah disebabkan pantulan
sinaran suria pada waktu senja. Stratokumulus juga akan boleh terjadi tanpa
penghamparan awan kumulus.




Fracto kumulus dan Kumulus cuaca cerah

Frakto kumulus ialah awan putih berupa cebisan kain koyak. Ini boleh adilihat pada
bahagian atas gambar. Kumulus cuaca cerah (Fair weather cumulus) yang juga
kelihatan putih kecuali pada bahagian bawah dimana warnanya kegelapan sedikit,
mencapai ketinggian terhad seperti di bahagian bawah foto. Kejadian kedua-dua jenis
awan ini menunjukan kewujudan atmosfera kering.




Frakto stratus
Frakto stratus ialah awan berupa cebisan kain koyak terbentuk dalam udara lembab
bergelora pada paras rendah atmosfera selepas hujan. Warna kekuningan muda latar
belakang adalah disebabkan oleh pantulan sinaran suria waktu senja oleh sirrostratus
yang terjadi selepas aktiviti ribut petir pada waktu petang.

Awan Peringkat Pertengahan

Altokumulus (Ac)
Altokumulus (Ac) dilihat tegak di atas kepala. Tiap-tiap elemen nampak jelas tersisih
antara satu sama lain dengan warna keputihan dan kelabu yang mana
membezakannya daripada Sirokumulus.


Altokumulus (Ac)
Altokumulus(Ac), awan berwarna kelabu/putih dilihat pada waktu senja. Sinaran suria
waktu senja yang menyebabkan awan-awan ini berwarna kekuningan muda dapat
dilihat menerusi awan-awan itu. Elemen-elemen awan itu nampaknya sedang berubah
disebabkan penghamparan di bawah atmosfera yang sedang menjadi stabil.


Altostratus (As)
Altostratus(As), awan kekelabuan meliputi hampir keseluruhan langit. Matahari nampak
malap menerusi awan ini. Gambar ini diambil pada awal senja selepas sedikit hujan.



Altostratus (As)

Altostratus(As), awan kekelabuan (bergantung kepada ketebalan) peringkat
pertengahan yang menghasilkan hujan apabila cukup tebal. Awan-awan ini terjadi
dalam lapisan atmosfera stabil dan boleh menjadi tebal apabila cukup kelembapan dan
penyejukan. Hujan berterusan pada waktu senja dan malam selepas aktiviti ribut petir
pada lewat petang dan senja adalah disebabkan perkara ini. Awan-awan di atas
terbentuk pada waktu senja dan malam hari terdahulu, mula menghilang apabila
matahari terbit pada awal pagi. Awan-awan berlapis ini masih boleh dilihat pada
bahagian bawah gambar.







Awan Peringkat Tinggi

Sirus (Ci)
Sirus(Ci), awan berupa filamen/cangkuk ditiupkan dari kanan ke kiri dalam angin
timuran yang begelora. Awan-awan ini terdiri daripada hablor ais yang terjadi
disebabkan suhu terlalu dingin pada paras tinggi atmosfera.


Sirus (Ci)
Awan Sirus(Ci) ditiupkan angin timuran yang bergelora. Awan ini berwarna putih
dengan pinggiran tidak jelas terdiri daripada hablur-hablur ais.

Sirus (Ci)
Jaluran awan Sirus(Ci) ditiup oleh angin timuran yang bergelora. Warna merah
keputihan yang menakjubkan itu adalah disebabkan sinaran suria semasa matahari
terbit. Awan-awan ini bergerak pantas dari timur ke barat Kuala Lumpur pada kira-kira
0000Z pagi dalam bulan Mei 2002.



Sirus Beralun

Awan sirus beralun (wavy cirrus) meliputi hampir keseluruhan langit.

Sirokumulus (Cc)
Sirokumulus(Cc) diperhatikan pada awal pagi kira-kira 0000Z di Petaling Jaya dalam
bulan May/Jun 2002. Elemen-elemen awan itu kelihatan seperti sisik ikan dibawah
sinaran suria putih.

You might also like