You are on page 1of 3

Kesaksian Dalam Penuduhan Zina

Soalan:
Nisbah bilangan saksi di dalam Islam ialah dua perempuan menyamai seorang lelaki
. Manakala bilangan saksi bagi kes zina ialah empat orang. Saya kurang pasti sam
ada saksi itu merujuk kepada 4 orang lelaki atau memadai 4 orang perempuan. Satu
lagi, dalam kes zina apakah ke-empat orang saksi perlu melihat sehingga masukny
a kemaluan lelaki ke dalam faraj wanita, baru boleh didakwa penzina tersebut. Ma
klumlah hal ini amat sukar untuk dilihat?
Abd Rahman, Terengganu
Jawapan:
Menuduh berzina merupakan perbuatan yang buruk dan sangat besar pengaruhnya
terhadap kejatuhan martabat seseorang, kehilangan kehormatan serta keadaan diri,
keluarga, keturunan menjadi tercela. Itulah sebabnya Islam menetapkan syarat-sy
arat yang ketat untuk menerima atau menolak tuduhan berzina ini, sehingga sanga
t sukar untuk melakukannya. Diantara syarat-syarat kesaksian itu antara lain:

1. Orang-orang yang menyaksikan perbuatan zina itu hendaklah empat orang

Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan terhadap para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, datangkanlah empat or
ang diantara kamu untuk menjadi saksi. Kemudian apabila mereka telah memberikan
kesaksian, maka kurunglah wanita-wanita itu dalam rumah hingga mereka menemui aj
alnya atau hingga Allah memberikan jalan lain kepadanya". (An Nisa' ayat 15)

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita baik-baik berbuat zina dan mereka ti
dak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan
puluh kali pukulan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-laman
ya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasiq".(An Nisa' ayat 4 )

Jika orang-orang yang memberikan kesaksian itu kurang dari empat orang, maka
tuduhan mereka tidak dianggap sah. Bagi penganut mazhab Hanafi, Imam Malik mujt
ahid tarjih dari Mazhab syafei dan Imam Ahmad berpendapat bahawa mereka yang kur
ang dari empat orang harus dihukum. Dasarnya ialah sesuai dengan petunjuk yang d
ilakukan oleh Saidina Umar Ibnul Khattab yang menghukum Abu Bakrah, Nafi' dan Sy
ibl sewaktu mereka menuduh Mughirah berzina.

2. Saksi-saksi itu hendaklah sudah baligh

Sesungguhnya kanak-kanak belum layak untuk diberi kekuasaan dalam memegang h
arta hartanya, oeh kerana itu ia belum layak memberikan kesaksian untuk orang la
in.

3. Saksi-saksi hendaklah sihat akalnya

Tidak dapat diterima kesaksian orang gila ataupun orang yang kurang sihat ak
alnya. Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "tidaklah dicatat
(diambil kesaksiannya) dari tiga orang, pertama orang yang tidur hingga ia terba
ngun, kedua, kanak-kanak hingga ia baligh dan ketiga, orang gila hingga ia waras
.

4. Saksi hendaklah Orang yang adil

Firman Allah maksudnya, "Dan persaksikan dengan dua orang saksi yang adil dianta
ra kamu...."
(Ath Thalaq ayat 2)

Firman Allah yang lain maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasiq membawa
suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu mus
ibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyes
al atas perbuatan itu". (Al Hujarat ayat 6)

5. Orang Islam

Saksi hendaklah orang Islam, baik kesaksian itu diberikan kepada orang Islam
sendiri mahupun yang bukan Islam. Persyaratan ini merupakan perkara yang sudah
disepakati oleh imam-imam mazhab dalam Islam.

6. Tahu Peristiwa secara Terperinci

Orang-orang yang menyaksikan itu hendaklah tahu peristiwa tersebut secara te
rperinci. Bahkan dia melihat dengan jelas adegan jimak tersebut iaitu masuknya z
akar dalam faraj.

Dasar kepada syarat ini sesuai dengan peristiwa Rasulullah SAW menyelesaikan
kes pengakuan berzina yang dilakukan oleh Maiz. Ketika ingin dijalankan hukuman
ke atas Maiz, maka Rasulullah SAW masih bertanya kepadanya, "Wahai Maiz, barang
kali engkau hanya menciumnya, membelainya atau engkau hanya melihat kemaluannya
?. "Tidak, ya Rasulullah", jawab maiz. Kemudian Rasulullah SAW kembali bertanya
kepadanya dengan kata-kata yang jelas tanpa kiasan lagi dan meminta agar dia men
jawab secara jelas pula. Maiz menjawab, "Baiklah ya Rasulullah, aku akan mengung
kapkannya secara jelas". Rasulullah pun bertanya, "Begitu pulakah ketika masukny
a zakar ke dalam farajnya ?". Maka Maiz pun menjawab, "Ya".

7. Saksi menggunakan kata-kata yang jelas

Dalam memberikan kesaksian, para saksi hendaklah menggunakan kata-kata yang
jelas dan tidak dengan kata-kata sindiran. Seperti yang dijelaskan pada hadith d
i atas tadi.

8. Memberikan Kesaksian dalam satu tempat

Para saksi itu hendaklah memberikan kesaksiannya dalam satu tempat. Jika mer
eka memberikan kesaksian secara terpisah, baik dalam erti waktu mahupun tempat,
maka kesaksiannya tidak boleh diterima.

Mengenai perkara ini para pengikut mazhab Imam Syafei, Daud Zahiri dan Zaid
tidak mensyaratkan hal ini. Baik persaksian itu diberikan oleh para saksi secara
serentak dan dalam satu majlis mahupun secara terpisah dalam majlis yang terpis
ah-pisah, semuanya dapat diterima. Sebab Allah SWT hanya menyebutkan kata-kata k
esaksian (syahadah) tidak menyebutkan kata-kata tempat. Lagi pula kesaksian-kesa
ksian yang diberikan mereka dapat diterima, jika satu sama lain bersesuaian wal
aupun tempatnya terpisah.

9. Saksi hendaklah lelaki

Orang-orang yang berperanan sebagai saksi-saksi itu hendaklah laki-laki semu
anya. Menurut Ibnu Hazm kesaksian wanita juga dapat diterima dengan syarat dua o
rang wanita disamakan dengan seorang lelaki. Umpamanya saksi-saksi itu hendaklah
terdiri dari tiga orang lelaki dan dua orang wanita atau dua orang lelaki dan e
mpat orang wanita ataupun seorang lelaki dan enam orang wanita atau seluruhnya t
erdiri dari wanita seramai lapan orang.

10. Peristiwa Tersebut Masih baru terjadi

Peristiwa perzinaan yang disaksikan mereka itu hendaklah merupakan peristiwa
yang masih baru (belum berselang lama). Perkara ini didasarkan atas perkataan U
mar Ibnul Khatab, "Siapa sahaja yang bersaksi atas suatu pengadilan tetapi perka
ranya sudah lama, maka kesaksian tersebut hanya merupakan dendam, dengan demikia
n kesaksiannya tidak diterima".

(Untuk lebih jelas sila rujuk buku Fikih Sunnah oleh Sayid Sabiq jilid 9)





Wallahu A'lam

You might also like