You are on page 1of 4

SK BRICKFIELDS 1

JALAN SULTAN ABD SAMAD


50470 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

KEM 1MURID 1 SUKAN


4 - 5 OKTOBER 2013


SK BRICKFIELDS 1



1.0 PENDAHULUAN
Kem 1Murid 1 Sukan adalah aktiviti kemuncak bagi pelaksanaan Dasar 1Murid 1
Sukan yang telah dijalankan sepanjang tahun oleh pihak sekolah.Kem 1Murid 1
Sukan adalah aktiviti wajib yang perlu dilaksanakan bagi tujuan memberi peluang
kepada murid tahun 3,4, dan 5 secara menyeluruh melibatkan diri dalam sukan
secara terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam
melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia
yang berdaya saing tinggi.

2.0 MATLAMAT

2.1 Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab
sukan menjalankan aktiviti di sekolah.
2.2 Melalui ransangan /tugasan muriddapat :

I Membantu penubuhan dan menguruskan kelab sukan.
II Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab.
III Membantu dalam penganjuran pertandingan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan
aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
3.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam
kalangan murid.
3.3 Menerapakan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan.
3.4 Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.
3.5 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktivitisukan dalam
mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

4.0 SASARAN

Kursus ini mensasarkan kumpulan murid dari tahun 3,4 dan 5 yang terdiri daripada
8 kelab sukan sekolah seramai 40 orang murid , bersama 10 orang guru. Setiap
kelab sukan akan menghantar 5 orang wakil murid.

5.0 TARIKH & HARI

04 Oktober 2013 (Jumaat) hingga 05 Oktober 2013 (Sabtu)


6.0 MASA PROGRAM
04 Oktober 2013 03.30pm: Pendaftaran di SK Brickfields (1)
05 Oktober 2013 05.30pm: Bersurai dari SK Brickfields (1)

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT : Pn. Kok Sea Yin
PENGERUSI : Pn. AsmahBintiTahir
KEM. KOMANDEN : En. Azhar Bin Ismail ( Kem Komando)
PENYELARAS : Pn. Umi Kalsom Binti Abd Rahim
BENDAHARI : Cik Norakma Binti Azhar
FASILITATOR : En. Mohd Hairizan Bin Husin
Pn.Rozalita Binti Suffian
Cik Theresa Savarimuthu


8.0 ATURCARA PROGRAM
(Sila rujuk lampiran)

9.0 KEWANGAN

ANGGARAN
PENDAPATAN
JUMLAH
ANGGARAN
PERBELANJAAN
JUMLAH

Dana 1M 1S







RM500.00







Makan Rm11 X 43
( malam, pagi & tengahari)


Hadiah peserta terbaik
Hadiah kumpulan terbaik

RM 473.00



RM 7.00
RM 20.00


JUMLAH RM
500.00
JUMLAH RM 500.00


11.0 PENUTUP
Pada ke seluruhannya, diharapkan perkhemahan 1M 1S yang akan dijalankan ini
dapat memberi penambahbaikan terhadap murid dan mencapai objektif yang
diharapkan.


Disediakan oleh Disemak oleh

______________________ ____________________________
(Pn. Umi Kalsom Binti Rahim) (Pn. Asmah Binti Tahir)
Penyelaras Kem 1M 1S GPK Kokorikulum


Disahkan oleh

______________________
(Kok Sea Yin)
Guru Besar SKB 1

You might also like