You are on page 1of 45

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS

PJM3110
(KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI)

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI
PENDIDIKAN JASMANI

DISEDIAKAN OLEH:
Mohd Arham Bin Mohd Ramli 881226-03-
5453
Najwa Binti Md Nasir 891102-01-5062
Norshalina Binti Mohd Yunos
890806-01-5736
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

Infrastruktur dan tenaga pengajar
Perkembangan murid
Peralatan dan kemudahan
Persekitaran budaya dan tempat
Infrastruktur
dan
Tenaga Pengajar
INFRASTRUKTUR
Struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dan
sebagainya

Kemudahan dan perkhidmatan asas
(seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan,
kesihatan dan sebagainya, bekalan kuasa elektrik,
dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk
pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara,
masyarakat, organisasi, dan sebagainya), prasarana.

Contoh Infrastruktur Pendidikan Jasmani
1. Padang / gelanggang permainan
2. Stor sukan
3. Bilik persalinan
4. Gimnasium
5. Dewan
6. Stadium

1. Padang / gelanggang permainan

Gelanggang
bola tampar
Gelanggang
futsal Gelanggang
bola jaring
Gelanggang
bola
keranjang
Gelanggang
sepak
takraw
Gelanggang
badminton
Padang / gelanggang haruslah berada dalam keadaan
yang:

-Baik
-Tidak licin
-Rumput pendek
-Terhindar daripada sebarang benda
yang boleh mendatangkan kecederaan
-Bebas daripada sebarang peralatan lain
yang tidak diperlukan


Untuk:
-Memastikan
sebarang aktiviti
dapat dijalankan
dengan lancar
-Menjaga
keselamatan pelajar
dan mengelakkan
daripada berlakunya
sebarang
kecederaan.
2. Stor sukan
Stor sukan haruslah berada
dalam keadaan yang:

-Kemas
-Tersusun
-Teratur
-Dilabel
-Tidak menghalang laluan
-Lengkap dengan perlatan sukan

Untuk:
-Peralatan dapat dicari
dengan mudah
-Mengelakkan kecederaan
3. Bilik persalinan
Bilik persalinan haruslah berada
dalam keadaan yang:

-Bersih
-Lapang
-Dipisahkan bilik persalinan untuk
pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan
Untuk:
-Memudahkan pelajar
menyalin pakaian
-Menghakis rasa malu
4. Gimnasium
Gimnasium haruslah berada
dalam keadaan yang:

-Bersih
-Peralatannya tersusun rapi
-Tidak menghalang laluan
-Berada dalam keadaan yang baik
-Peralatan lengkap

Untuk:
-Memudahkan pelajar
menggunakan peralatan
yang ada
-Mengelakkan kesederaan

TENAGA PENGAJAR
Menurut Anderson (1990), guru pendidikan jasmani
yang efektif perlu membuat keputusan yang cermat
(deliberate) dan mempertahankan pandangan/ hak
(defensible) tentang pengurusan kelas pendidikan
jasmani. Beliau menyatakan bahawa cabaran untuk
mengajar pendidikan jasmani adalah mengetahui bila
dan bagaimana menggunakan apa yang diketahui
tentang pengurusan dan instruksi bagi memaksimumkan
pembelajaran pelajar. Guru pendidikan jasmani harus
memahami tingkah laku pengurusan yang mana
berinteraksi dengan kandungan, konteks dan ciri
pembelajaran.
Ciri-ciri seorang tenaga pengajar pendidikan jasmani
yang baik

Memiliki kriteria asas:
mempunyai pendidikan formal yang baik.
Individu yang berpelajaran mempunyai nilai dan
pengetahuan tentang sesuatu perkara. Boleh menilai
kebenaran dan bukan menerima sesuatu secara
membabi-buta.

mempunyai pengalaman yang sesuai.
Pengalaman membantu dalam pengajaran dengan
membina keyakinan diri. Pengalaman perlu untuk
melakukan pengawasan terhadap pelajar dengan
baik. Membantu dalam usaha meningkatkan
prestasi.

fleksibel dan boleh menjalankan tugas dengan berkesan. Sedia
menerima perubahan sosial yang mungkin wujud dan boleh berfungsi
dalam kedudukan dan situasi yang berlainan.

jelas dengan matlamat yang perlu dicapai dan boleh merancang
untuk mencapai matlamat dengan baik. Melibatkan kos yang rendah
dengan hasil kerja yang tinggi dan bermutu serta selaras dengan aspirasi
organisasi.

mempunyai keadaan mental dan emosi yang stabil dan terkawal.
Berkeupayaan menggunakan pemikiran objektif untuk bertindak dengan
rasional dalam menghadapi tugas seharian. Dapat memisahkan tugas
rasmi dengan tugas peribadi. Mempunyai kawalan diri yang baik, boleh
menerima tekanan kerja, sedia menerima kegagalan dan kritikan, sabar
dan mempunyai kebolehan untuk tidak risau kepada perkara-perkara kecil.

bersedia untuk menjayakan objektif pendidikan jasmani. Meletakkan
kepentingan organisasi sebagai matlamat yang mesti dicapai serta
menganggap kejayaan diri sebagai kejayaan organisasi.


mempunyai sahsiah yang baik. Setiap individu mempunyai sahsiah
tersendiri dan akan ditonjolkan dalam situasi yang berlainan. Sahsiah boleh
dianggap sebagai cara seseorang itu bertindak, mengalami sesuatu
cabaran dan berfikir.

memiliki kesihatan dan keadaan fizikal yang baik. Guru atau jurulatih
menjadi model kepada pelajar. Keadaan fizikal termasuk kecergasan fizikal
yang tinggi penting untuk membuat demonstrasi dan mengajar kemahiran
asas.

boleh berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik.
Keupayaan berkomunikasi secara lisan penting kerana guru atau jurulatih
perlu memberi penerangan dan arahan dengan jelas.

kreatif untuk membentuk program pendidikan jasmani. Kreativiti
diperlukan untuk memenuhi keperluan individu. Guru atau jurulatih biasanya
menghadapi masalah kekurangan alat dan kemudahan serta menghadapi
situasi yang berlainan. Guru yang kreatif akan memikirkan sesuatu sebagai
jalan penyelesaian bukannya menyatakan masalah tanpa sebarang
tindakan.
Kriteria Tenaga Pengajar yang Berkesan
mempunyai pengetahuan yang cukup dalam tugas yang diagihkan

mempunyai kelayakan profesional yang sepatutnya

memenuhi keperluan pelajar melalui program pendidikan jasmani

semangat yang tinggi dan setia kepada jabatan dan ahli-ahli kumpulan

berminat dalam kerja, bersih, tepat pada masa dan berdedikasi terhadap
kebajikan pelajar

progresif, sentiasa mendapatkan maklumat baru, menggunakan kaedah
pengajaran atau latihan yang baru melalui bacaan, menghadiri seminar dan
kursus

arif dalam metodologi (perkaedahan sistem yang merangkumi kaedah
dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu disiplin, kegiatan dan lain-
lain) untuk menyampaikan pelajaran atau latihan

sentiasa menggunakan prosedur penilaian untuk mengukur kemajuan
pelajar dan sebagai kawalan terhadap keberkesanan program

Aktiviti pendidikan jasmani perlu disusun
mengikut kepakaran guru yang ada. Jika
perlu, pengubahsuaian boleh dibuat untuk
memastikan aktiviti boleh dijalankan. Latihan
kemajuan tenaga pengajar perlu
dititikberatkan supaya dalam jangka masa
beberapa tahun tenaga pengajar boleh
ditambah.
PERKEMBANGAN MURID
Sejak lahir, pendidikan jasmani merupakan
sebahagian daripada perkara penting dalam
perkembangan manusia. (*AAHPER, 1955)
Kebanyakan program Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) di sekolah terdiri daripada kemahiran
asas, penerokaan pergerakan, aktiviti menguji diri dan
sukan berkumpulan yang sesuai.
Perkembangan pergerakan asas dan kemahiran
bersukan agak sukar dan memerlukan usaha gigih
dan mengambil banyak latihan untuk mencapai
kecekapan.
*American Alliance for Health, Physical Education
and Recreation
Konsep perkembangan kanak-
kanak
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007), perkembangan bermaksud perihal
(proses dan sebagainya) berkembang
(menjadi maju atau tersebar, membiak,
meluas, dan sebagainya), pertumbuhan,
kemajuan.
D.S. Wright dan Ann Taylor mendefinisikan
perkembangan sebagai perubahan yang
berlaku dalam warisan hayat (baka) dan
organisasi kepada struktur organisma dalam
keadaan yang saling berkait serta berhubung
dengan pertambahan usia.


Perkembangan fizikal dan impikasi dalam
P&P
Awal kanak-kanak (2 6
tahun)
Perkembangan Fizikal Implikasi dalam P&P
Kadar pertumbuhan fizikal
perlahan.
Ketinggian kanak-kanak pada
peringkat ini dua kali ganda
ketinggiannya semasa lahir dan
berat badannya kira-kira empat kali
ganda.
Bermula usia 5 tahun, tubuh
badan bertambah tinggi dan
mengikut nisbah seperti dewasa.
Kanak-kanak agak aktif pada
peringkat ini.

Guru dinasihatkan membantu
kanak-kanak tetapi setakat mana
yang perlu.
Kanak-kanak merasai satu
kepuasan sekiranya berjaya
melakukan sesuatu dengan sendiri.
Kanak-kanak berkembang pada
tahap berbeza. Elakkan daripada
membanding beza antara kanak-
kanak.
Aktiviti bermain yang boleh
disediakan seperti permainan bola,
berlari, dll yang mengambil kira
perkembangan otot, khususnya otot-
otot kecil yang belum sempurna.

Kanak-kanak (7 12 tahun)
Perkembangan Fizikal Implikasi dalam P&P
Stabil dan tidak begitu pesat.
Lebih bercorak
penambahbaikan kemahiran-
kemahiran psikomotor yang sedia
ada.
Pertumbuhan gigi kekal
bermula dan gigi susu akan
diganti.
Ketinggian kanak-kanak
perempuan bertambah dan
mencapai kemuncaknya.
Menghampiri akil baligh,
mereka kelihatan lebih kuat, cepat
dan mempunyai keupayaan untuk
fokus terhadap sesuatu.
Perkembangan otot-otot halus,
koordinasi mata dan tangan
sudah mencukupi untuk aktiviti
lebih mencabar.
Kanak-kanak boleh diajar
menggunakan instrumen dan
peralatan.
Aktiviti permainan dan latihan
yang sesuai seperti berenang,
gimnastik untuk menguatkan otot,
daya tahan serta membina
pergerakan yang lebih cekap.
Guru boleh menyediakan aktiviti
lasak untuk kanak-kanak,
misalnya bola sepak untuk lelaki
dan bola jaring untuk perempuan.
Aktiviti senaman dan
pemakanan yang sesuai perlu
diterapkan kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak (12 15 tahun)
Perkembangan Fizikal Implikasi dalam P&P
Kadar pertumbuhan dan
perkembangan pesat seperti kadar
perkembangan semasa bayi.
Perubahan fizikal seperti saiz dan
bentuk badan mula ke arah dewasa.
Perubahan saiz bagi remaja
perempuan berlaku dengan cepat
satu atau dua tahun sebelum
mencapai akil baligh.
Apabila mencapai akil baligh,
remaja mula menunjukkan sifat
ketara dalam gender masing-
masing.
Pertumbuhan otot remaja lelaki
lebih ketara dan umumnya mereka
lebih kuat secara fizikal berbanding
perempuan.
Rancang aktiviti senaman yang
menyeronokkan dan jadikan
sebagai satu aktiviti sosial yang
sihat.
Kurangkan peluang remaja
perempuan diperhati oleh remaja
lelaki semasa aktiviti senaman.
Guru digalakkan menyediakan
kursus, ceramah tentang aktiviti
seksual dan sistem pembiakan
agar remaja mengetahui aspek-
aspek fisiologi yang berlaku dalam
diri mereka. Tingkah laku seksual
memerlukan remaja membuat
pilihan.
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
Mereka bentuk pengalaman pembelajaran
adalah persiapan untuk melaksanakan
tugas mengajar atau aktiviti pengajaran
dengan menerapkan prinsip-prinsip
pengajaran serta melalui langkah-langkah
pengajaran iaitu perancangan,
pelaksanaan dan penilaian dalam usaha
mencapai matlamat dan objektif yang
telah ditetapkan.
Tyler (1990), pengalaman pembelajaran
adalah bermaksud tindak balas antara
pelajar dengan keadaan yang ditemui
dalam persekitarannya.
Pengalaman verbal
Melibatkan satu deria
Pengalaman visual
Melibatkan satu deria
Pengalaman imaginasi
Melibatkan lebih daripada satu deria
Pengalaman simulasi
Melibatkan hampir atau semua deria
Pengalaman sebenar
Melibatkan semua deria
abstrak
konkrit
Callahan, Clark dan Kellough (1998)
membahagikan tahap pengalaman
pembelajaran kepada lima peringkat;

i. Pengalaman sebenar
Pada tahap ini murid melakukan perkara
sebenar yang perlu diketahui dan
dikatakan tahap yang paling konkrit
(berkesan) kerana melibatkan semua
deria. Apa yang dialami atau dilakukan
sendiri akan lebih kekal lama dalam
ingatan.

ii. Pengalaman simulasi
Pengalaman yang dilalui bukanlah
pengalaman sebenar. Guru membentuk dan
membina persekitaran yang dapat dialami
oleh murid seakan-akan peristiwa sebanar.

iii. Pengalaman imaginasi
Dengan menggunakan teknologi dan media
terkini, guru dapat memperlihatkan perkara
atau situasi yang hendak disampaikan. Murid
akan menggunakan kekuatan mental mereka
dengan mengimaginasikan situasi yang
dapat dilihat.
iv. Pengalaman visual
ABM seperti gambar, carta dan diagram
disediakan untuk mengajar dan menjelaskan
sesuatu perkara. Bahan yang dipaparkan
lebih berbentuk simbolik atau lambang
sahaja. Hanya deria penglihatan sahaja yang
terlibat dalam proses pembelajaran.

v. Pengalaman verbal
Guru menyampaikan pelajaran secara lisan
dan hanya deria pendengaran sahaja yang
terlibat. Cara ini dikatakan paling abstrak
kerana bahasa adalah simbol paling abstrak.
Peralatan
dan
Kemudahan
Peralatan
Objektif pengajaran PJ dapat dicapai
sekiranya murid berpeluang menggunakan
peralatan asas.

Murid dapat menikmati keseronokan sambil
memperkembangkan kemahiran jasmani
mereka

Peralatan yang digunakan hendaklah
bersesuai dengan peringkat umur kanak-
kanak.


Jenis peralatan asas
Alatan asas Butiran
1. Pundi kacang
2. Bola kecil (getah)
3. Bola besar (getah)
4. Tali pendek
5. Tali panjang
15 cm x 13 cm
Biasa
Saiz 4
Panjang 2 m
Panjang 7 m
6. Gelung rotan
7. Bangku gimnastik
8. Tikar getah (perseorangan)
9. Skitel

Untuk guru
1. Pita rakaman
2. Gendang kecil/ kompang
3. Wisel
4. Tamborin
5. Kastenet
6. kerincing
Biasa (37.5 cm)
Biasa
1 m x 0.5 cm
biasa
(sumber: buku sumber- PJ KBSR 1982)
Peralatan tahap 1
Jenis alatan Butir alatan/ saiz
1. Pundi kacang
2. Bola getah kecil
3. Bola getah besar
4. Tali pendek
5. Tali panjang
6. Gelung rotan
7. Bangku gimnastik
8. Tikar getah (perseorangan)
9. Skital
10. Kayu
11. Pita rakaman (pergerakan
kreatif)
15 cm x 13 cm
Biasa
Saiz 4
Panjang 2 m, jejari 0.5 cm
Panjang 7 m, jejari 0.75 cm
Jejari 37.5 cm
Khas untuk sekolah rendah
1 m x 0.5 m
Biasa
Panjang 1.2 m, jejari 1 cm
Biasa

Peralatan tahap 2
Jenis alatan Butir alatan/ saiz
1. Baton
2. Rotan
3. Bola sepak
4. Bola jaring
5. Bola baling
6. Sepak takraw
7. Raket badminton
8. Meja pingpong
9. Net pingpong
10. Pingpong bat
11. Kayu hoki
12. Bola hoki
13. Tilam gimnastik
14. Bangku gimnastik
15. Peti lombol
T. 12. 13
Panjang 1.25 m, jejari 1.5
cm
Saiz 4
Saiz 5: NB 2
Biasa
Biasa
JS. 205
Biasa
Biasa
PP 701
Sesuai sekolah rendah
Biasa
3 m x 1 m x 100 cm
Yang biasa digunakan
5 lapis
Jenis alatan Butir alatan/ saiz
16. Papan lonjak
17. Palang selari
18. Net badminton
19. Net bola keranjang
20. Net sepak takraw
21. Bola tampar
22. Net bola tampar
23. Tiang & net bola jaring
24. Pagar (hurdles)
25. Bola gimnastik irama
26. Bet tenis pader
27. Peluru (lelaki)
28. Peluru (perempuan)
29. Gol hoki
30. Pad penjaga gol
31. Alat permainan sofbol
Biasa
Biasa
BN- 3 A
PHBN- 4
Biasa
Biasa
Biasa
Biasa
Mengikut kesesuaian
Biasa
Biasa
Mengikut spesifikasi yang
ditetapkan
Mengikut spesifikasi yang
ditetapkan
Biasa
Biasa
Biasa
Peralatan reka ganti dalam PJ
Salah satu masalah yang sering
dihadapi oleh guru-guru pendidikan
jasmani ialah kekurangan peralatan
Namun, masalah ini dapat diatasi
dengan alat rekaganti (improvised
equipment)
Peralatan reka ganti ini dibuat, bagi :
- Memastikan pelajaran PJ dapat terus
dilaksanakan
- menjimatkan pembelian peralatan

Sifat-sifat peralatan rekaganti
Terdiri dari pelbagai aspek:
1. fungsi- mempunyai fungsi yang sama
dengan peralatan asal.
2. rupa- mempunyai bentuk yang sama
dengan alatan asal supaya
menggalakkan murid menggunakannya.
3. Daya tahan- dapat menggunakan dalam
jangka masa yang lama
4. keselamatan- tidak membahayakan dan
mencederakan murid
5. Perbelanjaan minimum- menjimatkan
kos.

skital
Gelung- gelung
Bed raundas dan sofbol
Pundi kacang
Bed tenis padder
KEMUDAHAN
Secara umumnya kemudahan sukan
boleh dibahagikan kepada 2 kategori,
iaitu:
1. Untuk kegunaan spesifik
2. Untuk pelbagai kegunaan
1. Kemudahan sukan untuk kegunaan spesifik

- Digunakan untuk sejenis sukan tertentu sahaja.
- Contohnya: padang golf, gelanggang skuasy,
kompleks bowling, dan sebagainya, meja
pingpong.

2. Kemudahan sukan untuk pelbagai kegunaan

- Mempunyai fungsi yang lebih luas
- Dapat menganjur pelbagai jenis pertandingan dan
acara bukan sukan
- Mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti ruang atau
kawasan yang luas, infrastruktur yang mudah alih
serta peralatan yang sesuai dan pelbagai guna
- Contohnya: padang bola, gimnasium, kolan
renang dan dewan.
Persekitaran budaya
dan tempat
Penolakan aktiviti pendidikan jasmani
terdiri daripada beberapa faktor:

- Aktiviti yang tidak digemar
- Aktiviti yang kurang mencabar
- aktiviti yang terlampau susah

-Mempelajari sesuatu yang baru yang
mungkin tidak dapat dipelajari dan diikuti.


- Persekitaran rumah akan membentuk
sikap pelajar terhadap pembelajaran.
Contohnya dapat mewujudkan
sosiolisasi di sekolah.
- Pemilihan aktiviti hendaklah mengambil
kira dari segi sensiviti agama dan
budaya sesuatu tempat. Contohnya
permainan sembunyi, renang dan
musim permainan tertentu.
- Pemilihan tempat pula hendaklah
melibatkan kepada kesesuain aktiviti
yang dipilih.
-aktiviti yang boleh memenuhi
permintaan musim diberi pendedahan
dan keutamaan. Contoh: piala
thomas, sukan olahraga.
-aktiviti juga dipilih mengikut cuaca di
sesuatu tempat iaitu melibatkan hujan,
panas, mendung dan sebagainya.

BIBLIOGRAFI
AAHPER (1955) Physical Education for High School Students,
Washington D.C., AAHPER Publications.
Mok Soon Sang (2008) Perkembangan Kanak-kanak, Puchong,
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2009) Perkembangan Kanak-
kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kuala
Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee (2006) Kaedah Mengajar Pendidikan
Jasmani , Shah Alam, Karisma Production Sdn. Bhd.
Wang Eng Hoe, Ong Tah Fatt, Nadiah Diyana Tan Abdullah (2007)
Pengurusan Strategik Sukan, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Teng Boon Tong (1984) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Petaling Jaya, Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe (1994) Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan
Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

You might also like